Halaman

Rabu, 14 Januari 2015

Kacang Tanah Heirloom Pulut

  Salam Bahagia, memang makin seronok apabila dapat menambah pengetahuan dalam jenis variasi kacang tanah kampung/heirloom yang ada di bumi Sabah yang kami balik bercuti awal tahun ini. Kali ini rasa sangat bertuah apabila terserempak dengan kacang tanah pulut yang berwarna putih berbelang merah pekat. Saiz kacangnya juga jenis besar. Memang sedap bila direbus sendiri berbanding dengan yang biasa dah siap direbus di pasar atau supermarket. Kadangkala bila tak habis makan tapau untuk bekalan keluar berjalan-jalan bersama keluarga the next day.

  Syukur Alhamdulillah ini adalah jenis kacang tanah kampung/heirloom yang kelima dapat kami rekodkan. Sebelum ini jenis-jenis kacang tanah kampung yang terdapat di bumi Sabah telah direkodkan oleh kami adalah seperti berikut; Kacang Tanah Tadong, Kacang Tanah Taragang, Kacang Tanah Hitam, Kacang Tanah Batik dan Kacang Tanah Pulut. Sebagai revision bolehlah refer kepada label archives "Nota Tukang Kebun ~ Kacang Tanah". 

Kacang Tanah kampung limited fresh stock baru masuk:

>>> Kacang Tanah Pulut 
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Kacang Tanah pulut bercambah minggu ini.

>>> Kacang Tanah Taragang (klik sini untuk previous posting)
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Kacang Tanah Taragang bercambah semalam.


 Minggu ini juga baru dituai biji benih kacang panjang batik segar dan benih kacang panjang merah dari Kebun Bahagia Bersama. Cuti lama bila balik, banyak dah kacangnya tua di atas pokok. Gambar terakhir adalah kacang panjang batik yang tertumbuh antara 2 pagar jadi berbelit-belit membesar terkepit antaranya.

~ Kacang panjang batik/merah ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .



Self-Collect Day this week:

~ 14hb Januari 2015, Rabu, 9:00PM ~ 9:30PM at Sungai Buloh.

~ 15hb Januari 2015, Khamis, 9:00PM ~ 9:30PM at Saujana Utama.

6 ulasan:

  1. Diana kak dah bank in semalam. tolong cek email ya..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Diana,
    suka pula Julie tengok pokok kacang tanah tu, book 2pkt ye kak :)

    BalasPadam
  3. Salam Diana...saya nak semua di atas satu paket setiap satu.

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Kak Mala.

    Terima kasih banyak-banyak.
    InsyaAllah cuba post minggu depan.

    Salam Bahagia Julie.

    Waalaikumsalam.
    Kacang Tanah di bagus tanam kasi subur tanah juga Julie. Okay simpan untuk Julie 2 pek each.

    Salam Bahagia Awin.

    Mesti seronok tuai kacang tanah lagi seperti hasil dulu moga-moganya.
    Noted dear.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..

    Saya nak beli kacang tanah pulut..

    Minta dalam 5 pek boleh tak..?

    Bagaimana nak contact Tuan blog Kebun Bahagia ya..?

    BalasPadam
  6. Waalaikumsalam Marissaislam,

    Tinggal 3 pek sahaja lagi dalam ready stok kami minggu ini.
    Pesanan boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam