Halaman

Ahad, 4 Januari 2015

Heliconia Guyana

  Gardeners yang sukakan bunga yang kriterianya kembang lama atau potongon bunga segar yang tahan lama sebagai hiasan maka pokok bunga heliconia adalah salah satu pokok yang menepati syarat-syarat tersebut. Heliconia ini pula terdapat beratus-ratus jenis tidak membosankan gardener yang suka menambahkan koleksi mereka. Daunnya yang sentiasa hijau subur di celahannya timbul warna bunga yang striking dan bersaiz besar sentiasa menarik perhatian sesiapa sahaja. Kali ini antara koleksi Heliconia big boss yang dapat diperkenalkan ialah jenis Heliconia (psittacorum X spathocircinata) 'Guyana'. Nota untuk team member Kebun Bahagia Bersama yang lain kedudukan "Guyana" ialah menghadap tempat menyidai baju, sebelah akar dani dekat tembok nak menaiki tangga ke backyard tempat kasi makan Avian PETS.
 Kebanyakkan dalam keluarga Heliconia tumbuh tinggi tapi yang 'Guyana' nak banding dengan adik-beradik lain ketinggiannya dikirakan sebagai jenis renek dalam 1 meter. Sesuai juga dijadikan border plant atau pagar semulajadi menutup aurat tuan di dalam rumah. Pokok Heliconia 'Guyana" juga jenis yang cepat membiak. Kebiasaannya bila pokoknya sudah selesa tumbuh di situ bertahun-tahun,  dah merumpun cantik, musim kemarau pun tak pupus sebab tak pernah pun kami siram ianya sentiasa jadi permanent residence Kebun Bahagia Bersama. Heliconia 'Guyana' mudah hidup tak banyak penjagaan cuma sekali sekala bila rasa dah merimbun sangat hanya perlu maintenance  samaada nak kasi hard pruning nampak kemas atau division keluarkan anak-anak pokok lain bila nampak dah compact sangat kelompok pokoknya. 

Heliconia Guyana (psittacorum X spathocircinata) ~
1 set rhizome RM12.00 .

5 ulasan:

  1. pokok ni kena selalu tengok dan dirapi kalau tidak mula dia beranak pinak belambak lambak.


    jafmy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Jafmy.

      Pokok heliconia memang cepat membiak sesuai untuk mereka yang nak fill up garden cepat Instant garden.

      Padam
  2. Salam Diana..if tanam dlm pasu, senang tak ia membiak dan berbunga dengan lebat?terima kasih. Kak Nor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Nor.

      Kalau jenis renek ni boleh tanam dalam pasu. Tak perlu pasu dalam pun tak pe. Tapi nak pasu yang ruangnya lebar supaya mudah biak cepat dan menghasilkan bunga yang banyak. Kalau pasu dah penuh boleh mula buat division rizom pokoknya alihkan.

      Padam
    2. Terima kasih Diana atas penjelasan tersebut.

      Padam