Halaman

Sabtu, 3 Januari 2015

2014 New item Compilation

  Antara azam Team Members Kebun Bahagia Bersama untuk tahun lepas 2014 ialah untuk introduce 1 jenis item anak-anak pokok (termasuklah cuttings/rhizome/tuber/bulb) yang asalnya 100% semaian dari Kebun Bahagia Bersama setiap bulan. Syukur Alhamdulillah tidak disangkakan sebanyak 34 jenis anak-anak pokok dapat dimulakan bekalannya secara official dari Kebun Bahagia Bersama pada tahun 2014. Walaupun tiada item anak pokok yang diperkenalkan pada bulan Julai sibuk dengan ibadah puasa dan musim perayaan, secara purata sekurang-kurangnya 2 jenis item baru release setiap bulan.
  Tambah bahagia apabila anak-anak pokok yang dibekalkan adalah dalam pelbagai kumpulan seperti herba, buah-buahan, tumbuhan air, sayur, hiasan, orkid dan lain-lain. Dapat jugalah memenuhi citarasa minat gardener-gardener yang berbeza di seluruh Malaysia ini dan serba sedikit menambah pengetahuan kami dalam plant kingdom. Terima kasih kepada semua kerana sentiasa membimbing, memberi sokongan dan dorongan, sumber inspirasi dan motivasi untuk kami dapat lebih maju bergerak ke depan.

  Berikut adalah kesimpulan anak-anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama yang officially mula diperkenalkan di laman blog setiap bulan. Untuk info setiap tumbuhan tersebut bolehlah klik di sebelah nama-nya ada (klik sini) yang akan buka laman baru berkaitan tumbuhan tersebut.

~January 2014~



~ Serai Acheh / Tepus Wangi (klik sini) ~

~ Lemon Ginger / Monocostus uniflorus (klik sini) ~

~ Kidneyleaf Mudplantain (klik sini) ~

~ Salak / Snake fruit (klik sini) ~

~ February 2014 ~



~ Louisiana Canna / canna glauca yellow (klik sini) ~

~ Jambu Mawar (klik sini) ~

~ Asparagus seedling ~

~ Tampaka / Bawang Dayak / Bawang Serai (klik sini) ~

~ Pickerelweed / Pondeteria cordata  (klik sini) ~

~ March 2014 ~



~ Orange jessamine / kemuning (klik sini) ~

~ Serai (klik sini) ~

~ Jenjung Merah , The Good Luck Plant / Cordyline fruticosa  (klik sini) ~

~ White Water Sakura / ShiroHanaSakuraDate (klik sini) ~

~ April 2014 ~



~ Costus Green Mountain (klik sini) ~

~ Heirloom Pink Guava (klik sini) ~

~ Crepe Ginger / Lemba Batu (klik sini) ~

~ May 2014 ~



~ Orkid Vagina Bulbophyllum (klik sini) ~

~ June 2014 ~


~ Water Poppy (klik sini) ~

~ Thyme (klik sini) ~

~ Ogos 2014 ~


~ Misai Kucing (klik sini) ~

~ Nanas Madu Sabah (klik sini) ~

~ Kuinin (klik sini) ~

~ September 2014 ~


~ Ubi Bemban / Ubi Garut / Ubi Sagu Bemban / West Indian Arrowroot (Maranta arundinacea) <klik sini> ~

~ Buah Naga Putih (klik sini) ~

~ Ostrich Plume / Red Ginger (Alpinia purpurata) <klik sini> ~

~ Oktober 2014 ~



~ Jambu Bol (klik sini) ~

~ Cili Burung (klik sini) ~

~ Terung Pipit (klik sini) ~

~ November 2014 ~


~ Jeliti (klik sini) ~

~ Binjai (klik sini) ~

~ Pinang / Betel nut (klik sini) ~

~ December 2014 ~



~ Heliconia 'Hanging Lobster Claw' (klik sini) ~

~ Heliconia psittacorum 'Halloween' (klik sini) ~

~ Pisang Nangka (klik sini) ~

  Azam untuk memperkenalkan 1 item baru setiap bulan, InsyaAllah akan bersambung diusahakan juga pada tahun 2015 ini.


8 ulasan:

  1. Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.

    disamping kita bercucuk tanam untuk habuan dunia ini jangan la pula kita lupa tanaman kita untuk hari akhir kita yang abadi.

    jafmy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Jafmy.

      Moga kita bebas bercucuk tanam dari GMO.

      Padam
  2. Alhamdulillah. Begitulah hasilnya jika berbudi pada tanah dan disertai usaha yang berpanjangan. Moga 2015 di mulakan dengan langkah yang baik juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Mala.

      Syukur Alhamdulillah dapat banyak hasil dengan berbudi pada tanah. Semoga tahun 2015 ni dapat inspirasi untuk teruskqn. Thank you for the wish.

      Padam
  3. seronok betul tengok kebun ni- bila lah agaknya nak singgah betul2? erm.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Juliana.

      Balik from holiday. Dah jadi hutan bukan kebun nampaknya.

      Padam
  4. Salam Kak Diana,
    Saya suka bila akak post mcm ni.ni kira macam summary la ye..senang bg tetamu baru kat blog akak seperti saya ni nk tgk tanaman apa yg akak usahakan spnjg tahun.Buat pngetahuan Kak Diana, posting2 akak sblm ni pun belum habis Dan belum puas saya teroka.mmg byk ilmu tntg tanaman yg saya belajar.terima kasih sbb rajin update utk tatapan Dan panduan semua.
    Nyza sg petani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Nyza.

      Syukur alhamdulillah kalau summary ini dapat memberikan panduan mudah untuk semua pembaca. 2 minggu juga posting ini duduk dalam draft tak sempat nak habiskan. Thank you so much luangkan masa membaca ramblings kami ini. Appreciate it very much. Sama-samalah kita hijaukan bumi ini.

      Padam