Setiap kali balik kampung Big Boss, tamu yang tukang kebun mesti masukkan dalam program must visit ialah Tamu Tamparuli. Tamu Tamparuli ialah setiap hari Rabu. Kali ini yang tak dapat menahan diri ialah beli bakul buatan hand-made tempatan dari rotan atau buluh. Biasanya di Tamu Tamparuli mesti ada penjual kraf dalam gambar di atas berniaga di spot yang sama. Biasanya penjual kraf ini akan borong direct dari farmers yang ada kemahiran mengayam. Kalau nak harga lebih murah lebih baik beli direct dari tukang anyam biasanya boleh beli secara direct (seperti gambar no. 2).
Jika nak beli kraf seperti gambar No. 1, tukang kebun syorkan beli samaada di Tamu Tamparuli /Tuaran ataupun Tamu Kota Belud biasanya kerap ada farmers turun boleh beli terus dari mereka. Tapi kalau tak jumpa, biasanya middleman macam pengedar seperti gambar No. 1 di tamu harga masih kira murah jika nak bandingkan beli di pusat kraftangan macam di Pasar Philippine Kota Kinabalu (harga dah at least 7 X ganda). Kali ini sebab rindukan PETS yang kena tinggal di KBB, mata bling bling tengok bakul style dulu untuk isi ayam. Cepat je bagi alasan dekat dearest hubby kata: " Ada bakul tu nanti senang, manalah tahu terjumpa anak ayam mutiara nak beli untuk big boss". Walhal dalam kepala tengah bayangkan betapa syoknya nak masukkan anak-anak ayam/itik untuk anak-anak beramah mesra di rumah bila balik nanti (problem macam mana nak bungkus bakul besar tu balik nanti). Teringat iklan raya, simpan ayam yang nak dikorbankan untuk Raya.
Sebenarnya dah nampak tukang anyam masa sebelum ke pengedar kraftangan hasil pelbagai jenis bakul (gambar No. 1) tapi takut banyak barang nak angkat bila on the way balik barulah singgah. Bila tengok veteran farmers duduk bersama-sama support each other tersenyum tukang kebun teringat pula arwah nenek memang dalam hati dah niat nak ambil sekurang-kurangnya dapat cover duit tambang turun ke tamu pun jadilah. Biasanya mereka turun bersama rakan-rakan, bila ada rakan yang belum habis jualan mereka akan saling membantu tolong promote. Nenek yang bertopi oren siap ada 3 sales assistant tolong promote ke tukang kebun. Macam-macam boleh pakai untuk bakul ini mereka bilang bagi contoh. Walaupun mereka tak berfasih bertutur Bahasa Kebangsaan tapi ada juga nanti antara mereka yang bantu kekadang native passerby pun tolong jadi translator. Orang Sabah friendly jadi jangan takut-takut nak bercakap atau tanya dengan mereka. Siap ada 3 sales assistant, siap 3 bakullah tukang kebun beli macam dalam gambar tu. Tapi rasa berbaloi, lagi murah dari nak beli bakul plastik.
Selain dari bakul-bakul tersebut, Nenek bertopi oren juga ada jual labu. Menarikkan jenis labunya? Sekarang ini musim labu, pelbagai jenis labu ada dijual kalah boutique organic fresh food shop di Lembah Klang, dah seperti di luar negara.
Ada juga gerai yang menjual local beetroots. Setompok RM2. Tak dapatlah harga seperti itu di Semenanjung Malaysia. Sebab salah satu bahan utama fresh juice big boss for breakfast, tukang kebun beli 3 tompok for RM5 (bargain sebab ambil banyak). Gara-gara masa pergi Tamu Tuaran last weekend banyak barang, terbeli bakul yang masuk interframe sikit gambar atas jadi suka pula shopping dengan bakul hand-made product from tumbuhan. Bakul pasar baru tukang kebun hehehe.....itupun dah tukang kebun buat bakul picnic ke Pulau Sapi.
Kemudian terjumpa gerai yang jual hasil lobak merah, putih dan sengkuang segar dari kebun sendiri. Nampak boleh bezakan lobak tersebut dengan yang komersial punya? Tak nampak saiz perfect sekata seperti komersial punya siap ada daunnya segar lagi. Kalau lobak merah yang bukan komersial punya dari small farmers memang akan kami borong semua susah nak cari. Rasa pun lebih sedap manis tidak seperti yang komersial tasteless. Tak pakai timbang pun seikat RM2.
Biasanya kalau yang jual banyak pelbagai sayur-sayuran adalah orang tengah macam dalam gambar bawah ada gerai pelbagai pilihan jualannya.
Bagi tukang kebun lebih seronok beli secara langsung dari hasil tangan tukang kebun yang menanamnya seperti gambar di bawah. Rasa macam farmers kecilan adalah tukang kebun punya comrade sebab kami pun bila ada extra fresh produce bolehlah buat Pasar Online Kebun Bahagia Bersama.
Bila tengok timun jenis ini rindu pula teringat masa kecik-kecik arwah nenek ada selalu Big Boss masak. Lalu beli jugalah 1 biji, tapi masih duduk atas para di dapur sebab asyik keluar mengembara je.
Minggu ini ramai juga menjual hasil laut yang dah dikeringkan. Minggu ini bernasib baik dapat beli ikan bilis kering baru dengan harga lebih murah dari biasa untuk bekalan dapur Kebun Bahagia Bersama.
Sementara tunggu dearest husband beli kuih-muih untuk anak-anak yang tak dibawa sekali, mata asyik memerhatikan apa lagi yang menarik boleh dibawa balik. Nampak kacang tanah segar terus beli setengah kilo (dapatlah juga direbus dan dibawa untuk berehat di Taman Kinabalu on the next day). Tips from tukang kebun, kalau nak beli kacang tanah lagi segar dan murah di Tamu Tamparuli berbanding dengan Tamu Tuaran.
Mula-mula ingatkan harga kuih sekarang macam di tempat lain seplastik ada 4~5 pieces RM2. Rupa-rupanya di Tamu Tamparuli harga kuih masih murah macam kuih lapis, donut, karipap dan lain-lain ada 4 pieces baru sahaja RM1.
On the way ke Tamu Tamparuli belum sampai pun dah nampak Gunung Kinabalu.
Kali ini memang hati berbunga-bunga pergi Tamu Tamparuli, banyak pokok-pokok bunga menarik jadi tangkapan dari nursery bergerak. Antaranya ialah pokok dahlia. Macam mana tak teruja nak ambil, pokoknya pun dah merimbun tinggi lebih 50 cm, jenis bunga besar dan banyak bud bunga yang masih belum kembang. Cepat-cepat ambil sebab tinggal sepasu je lagi. Tak dapat anak ayam mutiara, dahlia jadi pengganti dulu untuk Big Boss. Biar jadi penghuni KingFisher Kebun Bahagia Bersama dahulu beranak pinak nanti diculik bawa ke Sungai Buloh pula.
Untuk peminat pokok bunga Amaryllis (hippeastrum), yang belum ada koleksi warna seperti gambar di bawah available, tukang kebun jadi orang tengah untuk yang jenis ini borong direct dari kebun orang.
~ Hippeastrum Red with White Centre ~
1 bawang saiz besar RM18.00 (kebunkmg@gmail.com) while stock last.
Diana, itu timun betik kan? susah dapat kalau di sini.....
BalasPadamHui! cerah mata kakak tengok semuanya Diana. Kakak rasa satu-dua jam tak habis meronda kalau macam ini punya gaya.
BalasPadamSelain terpikat bunga gambar 2nd last gambar labu dua warna tu kakak tak pernah jumpa tau.. Menarik sangat.
Aduss..menariknya jualan di pasar tamu ni...seronok tengok...
BalasPadamCantiknya dahlia... asyik fail aja menyemai rhizom... benih pula segan nak bercambah.. lili amar tu k Mar nak 1..
BalasPadamAssalamualaikum Kak Diana,seronoknya kakak berjalan2 di tamu, cantik betullah Tamparuli ni, hanya sekali dua je Julie pernah sampai sana, Post kakak ni membuatkan Julie teringatkan kampung makcik Julie di Tambulion Kota Belud hehe..pun boleh nampak Gunung Kinabalu dari jauh :)memang best...
BalasPadamikan masin oi sedapnya
BalasPadamterubuk masin lagi la sedap
lama tak makan terubuk masin dari sabah
jafmy
Salam Bahagia Nasa Mulia,
BalasPadamPanggil timun betik ya?
Tak pastilah sebab kat sana panggil timun kampung je.
Yang suka tu sebab tengah-tengah isinya tu ada rasa asam-asam sedap buat ala acar letak gaul dengan garam, cili potong dan jus limau. Pehhhhh....sedap makan dengan nasi panas bertambah-tambah.
Salam Bahagia Kakzakie,
Memang bila dah lama tak balik, tak puas meronda macam tak nak balik hehehe....
Sekarang musim labu, yang menariknya ada pelbagai jenis labu dijual tak pernah nampak di Semenanjung Malaysia.
Salam Bahagia Kak Mala,
Setiap kali balik kampung mak, memang tak ketinggalan nak pergi Tamu Tamparuli. Mesti buat 2 kali trip hantar barang ke kereta.
Salam Bahagia Kak Mar.
InsyaAllah minggu ini atau minggu depan kami pos bawang amaryllis.
Tak pe Dahlia tu boleh cuba lagi, InsyaAllah lain kali ada rezeki.
Salam Bahagia Julie.
Waalaikumsalam.
Memang tamu Tamparuli boleh nampak Gunung Kinabalu. Tamparuli pun terkenal dengan jambatan gantungnya.
Balik kali ini tak sempat nak berjalan-jalan ke Kota Belud.
Salam Bahagia Jafmy.
Ala....lupa pula beli terubuk masin bawa balik stok dapur.