Halaman

Khamis, 1 Januari 2015

Tahun Baru 2015

  Tahun ini tukang kebun pilih tema warna untuk hari pertama bagi tahun 2015 ialah warna emas.  Hiasan hidup yang berwarna emas pada hari pertama tahun 2015 di Kebun Bahagia Bersama antaranya ialah buah terung susu kambing yang dah sangat ranum. Moga tahun ini Kebun Bahagia Bersama dan kebun kawan-kawan juga akan lebih 'shining-shining'. Tahun Baru Cina pun tak lama lagi dan antara hiasan popular untuk warna emas juga adalah buah terung susu kambing. Masa nak dekat Tahun Baru Cina hiasan buah-buah terung susu kambing yang keemasan ini pun harga boleh tahan.
  Biji benih Terung Susu Kambing yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah jenis pokoknya tidak berduri jadi sesuai juga digunakan sebagai pokok hiasan. Ianya juga menghasilkan pokok yang ketinggiannya melebihi 5 kaki. Pokok terung susu kambing yang ditunjukkan dalam posting ini ditanam dalam pasu sederhana sahaja (dalam tanah 20cm). Boleh dilihat dari gambar atas dahan pokok baka terung susu kambing yang tumbuh di Kebun Bahagia Bersama tidak berduri tapi ada bulu-bulu keputihan. Warna bunganya purple lavender seperti dalam gambar. Daun baka terung susu kambing ini juga berbulu rasa velvety to touch. Sangat mudah nak dibezakan dengan terung pipit yang tumbuh bahagia di Kebun Bahagia Bersama juga atau pokok terung jenis lain.

~ Terung Susu Kambing ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Tidak disangkakan blog Kebun Bahagia Bersama yang dimulakan untuk tujuan menjual biji benih  secara online bulan April nanti dah nak masuk 3 tahun. Dari usia baby green macam terung susu kambing yang belum masak di atas bermulanya dari menjual biji benih sahaja, kemudian kepada anak-anak pokok yang dibiakkan sendiri dari Kebun Bahagia Bersama (100%), sekarang kami juga dapat membekalkan fresh produce dari kebun. Tidaklah sampai ke sini kalau bukan dari sokongan, dorongan, motivasi dan bimbingan yang diterima dari anda semua. Infinity terima kasih kami ingin ucapkan kepada semua.

 Semoga tahun ini akan bertambah pengalaman dan pengetahun dalam dunia gardening bila Kebun Bahagia Bersama nak masuk golden age sedang bertukar dari hijau akan bertukar sedikit demi sedikit keemasan seperti terung di bawah. In the gardening world for tukang kebun, I will always be a novice gardener there are always a new things to learn or challenge to face.  Its different from what you imagine when you read a book after you start to apply them. You learn more when you starts to apply them and not only that you gain skill. Knowledge is power, with skills it will become more valuable. Jalan tak pernah lurus dalam dunia gardening, banyak selok belok-nya. The more you fail, the more you actually learn to become better. First basic thing you must remember is no garden is the same. Bacalah kebun anda, pasti berkebun akan lebih mudah. Tahun ini kenalilah lebih lagi purata taburan hujan setahun di tempat anda, pencahayaan yang diterima dalam sehari di setiap sudut kebun, InsyaAllah rather than gardening hard, you can garden smart.
 Team members Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan selamat kick off azam baru moga tahun ini makin shining shining kebun kita bersama-sama.

12 ulasan:

  1. Happy New Year 2015 to all members of KBB...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Mar.

      Happy New Year to you too. Moga lebih shining kebun kita bersama.

      Padam
  2. Selamat Tahun baru Diana & team Kebun Bahagia Bersama. Moga tahun ini bunga2 kita subur dan menjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Mala.

      Selamat Tahun Baru.
      Moga bersama-sama kebun kita shining shining tahun ini. Semoga tahun ni cuaca lebih nyaman dan rezeki hujan banyak.

      Padam
  3. selamat melangkah ke tahun 2015 juga diana....gold, ungu , merah , pink....warna warna kehidupan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Suzie.

      Semoga pelbagai warna indahkan ceria kehidupan kita tahun ini.
      Selamat Tahun Baru.

      Padam
  4. Assalamualaikum Kak Diana, selamat menyambut tahun baru 2015, semoga segala azam & cita2 Kak Diana & family pada tahun ini akan terlaksana, dirahmati & diberkati Allah SWT. Terung susu kambing ni rasa cam nak tanam je, sedap ke terung ni kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Julie.

      Selamat Tahun Baru.
      Moga azam Julie sekeluarga juga untuk tahun ini dipermudahkan dan terlaksana dengan hidayah dari Allah SWT.
      Tak pernah pula makan terung susu kambing ni. Ada kata untuk ubat tapi tak berapa arif dari segi penggunaannya. Suka tengok sebagai hiasan.

      Padam
  5. Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.

    jangan pula kita lupa bulan dan tahun yang telah ditetapkan oleh pencipta segala makhluk.

    BalasPadam
  6. Salam tahun baru Diana..azam tahun baru ni nak lebih hijaukan dan suburkan laman dan blog yg bersawang...hihihi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tahun Baru Gina.

      Looking forward to see more of your garden this year ;) .

      Padam