Bagi gardeners yang mempunyai kawasan sempit tapi gemarkan pokok-pokok bunga air, ini adalah salah satu pokok air yang menghasilkan bunga warna putih comel loteh yang mudah dibela. Walaupun dari segi saiz jauh berbeza, sama sahaja keperluan dan sifatnya seperti saudaranya Si keladi bunting (water hyacinth) kerana mereka berdua adalah dari keluarga 'Pontederiaceae'. Pokok ini dalam nama saintifiknya 'Heteranthera reniformis' atau juga dikenali sebagai 'Kidneyleaf Mudplantain' yang berasal dari kawasan tropika benua Amerika, jadi dalam Bahasa Malaysia pun tukang kebun kurang pasti sebab pokok bunga ini masih jarang lagi diketahui kewujudannya di tanahair kita. Memandangkan saiz pokoknya kecil bolehlah nak bagi terapung-apung di dalam saiz klasik aquarium bulat yang selalu diisi ikan emas tu. Boleh kelihatan perbezaan saiz pokoknya dengan pokok kiambang. Shipment minggu lepas dan minggu ini jika ada ruang kosang atau berat tak berlebihan ada tukang kebun masukkan pokok-pokok kiambang, inilah pokok kiambang macam bentuk kubis bagi gardeners yang tertanya-tanya).
Jika pada waktu pagi nampak pokok kidneyleaf mudplantain ada bud bunga, InsyaAllah kejap lagi kembanglah ia pada hari yang sama. Cuma kembang sehari tapi bila dah biak banyak masa musimnya suka nak berbunga tak putus-putus bunganya kembang. Bentuk daunnya juga seperti daun pokok bunga teratai (water lily pad) sangat cantik sebagai pokok perhiasan untuk kolam-kolam kecil atau pasu tanaman yang bertakung.
Pokoknya sangat cepat membiak seperti keladi bunting. Oleh itu kalau terlebih banyak jangan dibuang merata-rata tapi jadikanlah ia sebagai bahan kompos. Kalau tiada tong kompos pun tanam je kat batas terus untuk berikan nutrient kepada tanah.
~ Kidneyleaf mudplantain plant (Heteranthera reniformis) <bare-rooted with moist condition> ~
2 plants for RM10.00 (Enquiries kebunkmg@gmail.com) .
2 ulasan:
As Salam Diana....cantiknyaaaaaaa...suka sangat! Tapi kena stop jap activity gardening & beli pokok ni...until after pindah rumah...which is end of next month..tak sabar nak start semula...:)
Waalaikumsalam Lynna.
Baik tunggu dah settle pindah rumah dulu.
Kurang stress nak tengok banyak benda nak urus.
Catat Ulasan