Halaman

Ahad, 25 Januari 2015

Marietta French Marigold

  Bunga marigold juga dikategorikan dalam pelbagai kumpulan. Kumpulan utama ialah African Marigold dan French Marigold. Biasanya jenis French Marigold ketinggian pokoknya adalah lebih renek berbanding dengan African Marigold dan saiz bunganya lebih petite. Di negara barat biasanya pokok-pokok bunga Marigold ditanam bersama-sama dengan pokok yang menghasilkan makanan seperti tomato atau cili mengikut konsep Companion Planting. Bulan ini di Kebun Bahagia Bersama antara Marigold yang sedang rajin berbunga ialah jenis French Marigold Marietta. Bila tengok pokoknya yang renek macam merayap di tanah rasa elok juga tukang kebun tanam untuk menghalang dari rumput-rumput yang degil bermaharajalela naik tumbuh ada juga eye-candy tengok bunga-bunga yang kembang. Sebab French Marigold Marietta tak tinggi bolehlah mudah selit tanam bersama pokok-pokok lain dalam satu pasu yang sama.

~ Marietta French Marigold (Tagetes patula)~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Memory kenangan tuaian Jumaat lepas yang sempat adalah seperti berikut:
 Pucuk daun mulberry dijadikan sayur untuk makan malam 'Masak lemak kuning ikan bilis pucuk mulberry'.
  Sedang sibuk alihkan anak-anak pokok roselle, tiba-tiba buah nangka dah kena tebuk dari 2 arah. Isinya nampak dah masak kuning cantik. Lekas-lekas tukang kebun tuai, ambil belah bahagian yang belum kena bawa masuk rumah, yang lain habuan PETS di belakang. Dapatlah juga Sean and company merasa semalam masa singgah rumah. Manis tak Sean? Buah nampak tak cantik tapi isinya cantikkan?

  Nampaknya dah keluar putik-putik baru, InsyaAllah berbuah semula nanti tak lama lagi. Musim nangka dari pokok ini kali ini sungguh puas hati, banyak sungguh buahnya sampai banyak juga yang diambil muda dibuat sayur. Ramai jugalah kali ini dapat rasa buah dari pokok nangka ini pada hujung tahun lepas yang datang self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama. Biasanya kekadang setangkai banyak buah, kalau nak buah nangka masak besar memang kena tuai yang kongsi tangkai dengannya. Yang gambar di bawah ini saiz kecil sebab tak sempat nak tuai buah-buah yang kongsi tangkai dengannya dulu.
 Gambar di bawah kenangan pokok nangka yang sama pada 4hb Disember 2014. 

  Gardeners lain hujung minggu ini buat projek apa untuk berbudi dengan tanah?

8 ulasan:

  1. Sangat manis dan bersari buah nangka tu, Diana. Sampai asyik diungkit company dalam kereta dalam perjalanan ke Sg Buloh dan balik. Thank you so much for having us there.

    BalasPadam
  2. wahhh pucuk mulberry boleh buat sayur ye kak? shiranakatta..
    boleh la try hari ni..

    BalasPadam
  3. Takut nak try pucuk mulbery tu ....tapi dah npk masak lemak ni boleh cuba nanti ...

    BalasPadam
  4. Sedpnya nangka dang anum nie... Hheheheheh teringin plak

    BalasPadam
  5. Nak French marigold 3 packet diana

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Sean.

    Syukur Alhamdulillah semua suka nangka tu.
    Thank you so much for dropping by and fulfilling my mother wish tree for her new house. Please do come again.

    Salam Bahagia Imm,

    Boleh buat sayur dear. Double happiness tanam mulberry ni, boleh tuai buah dan pucuknya untuk dimasak makan.

    Salam Bahagia Suzie.

    Kami dah banyak kali tuai pucuk muda mulberry untuk dimasak makan.

    Salam Bahagia Hijau,

    Dah boleh makan benda keras-keras ke sekarang?
    Take care dear.

    Salam Bahagia Awin,

    Boleh dear. Gantikan rumput dengan french marigold ;).

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Mar.

      Bersama-sama sambal belacan bertambah selera

      Padam