Halaman

Isnin, 26 Januari 2015

Plumeria for Instant Garden Landscape Offer

  Antara nama glamour pokok kemboja juga dipanggil plumeria. Bulan ini Kebun Bahagia Bersama diberikan green light oleh Big Boss untuk offer pokok-pokok plumeria yang dah saiz super besar untuk gardener atau landscaper yang berminat untuk mendapatkan bekalan pokok bunga plumeria Bali dwi-warna kuning/putih yang wangi untuk landscape instant garden macam di hotel, restoran, spa atau rumah baru. Terkejut juga tukang kebun tempoh hari bila menebas di belakang kebun bersama Big Boss tanya apasal tukang kebun tak jual pokok pulmeria besar-besar yang berderet di belakang tu. Manalah tukang kebun berani suka-suka nak offer pokok besar mak ni, sebab mak yang tanam punya. Rupa-rupanya pokok plumeria yang membesar di belakang ini memang stock bekalan kedai landscape Bali Big Boss dulu. Big Boss buka offer untuk landscaper atau personnel use sepokok macam gambar di bawah RM500 tapi datang sendiri dig your own (DYO). Ada lebih dari 10 pokok in stock at the moment. Jenis plumeria ini setangkai menghasilkan kuntuman bunga wangi yang banyak.

~ Fragrant Plumeria Bali Yellow Picotee ~
1 Big Tree DYO RM500 (Self-Collect only).

or Fresh per-Cutting <30cm RM10.00 .

 Yang suka mencuba-cuba, Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan fresh cuttings jenis plumeria ini. Plumeria juga boleh ditanam dalam pasu dan rajin berbunga untuk mereka yang mempunyai ruang yang terhad seperti balcony. Plumeria kena rajin pruning baru pokoknya teruja nak cabang-cabang banyak dan teruja berbunga dengan lebih banyak. Plumeria adalah seperti kemboja cina/adenium keperluan airnya tidak banyak. Kesilapan biasa yang dilakukan semasa menanam keratan plumeria ialah terlampau banyak air diberikan. Tanah basah akan menyebabkan fresh cutting mudah mereput atau dijangkiti kuman. Biasanya kalau tukang kebun fresh cutting plumeria tak tanam terus dibiarkan lebih 3 hari untuk kesan potongannya kering sebelum ditanam di tempat teduh. Sebelum siram, rasa dulu tanah dengan tangan masih lembap atau tidak. Kalau lembap tak perlu siram. Seminggu sekali dua siram pun tak pe lebih elok dari tiap-tiap hari siram. Plumeria memang tak perlu banyak air nak hidup.

 Gambar-gambar di bawah ini adalah dari Kak Zalilawati di Hulu Langat hasil fresh cutting plumeria Kebun Bahagia Bersama yang ditanam di dalam pasu.
 Walaupun pokoknya masih pendek dan baru ditanam, keratan sudah pun menghasilkan bunga di rumah barunya. Mata tukang kebun sebenarnya juga tertarik ke background gambar di bawah di mana meja kayu style dulu-dulu di sekolah di kitar semula dibuat reban. 
 Rhizome daylily juga sudah bangun hidup subur menghijau di dalam pasu di kebun Kak Zalilawati.

8 ulasan:

  1. cantiknya kemboja tu, kalau dkt2 nak jugak tanam tapi jauh sngt lah nk gi ambik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia KakNoor.

      Rajin berbunga kemboja ni bila dah besar biar je tak perlu nak siram.

      Padam
  2. Kak pun masih tertunggu-tunggu kemboja bali kuning kak berbunga untuk kali kedua. Setakat ni belum nampak tanda2 lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia KakMala.

      Mungkin pokoknya tengah pakai tenaga nak membesar dan meninggi dulu. Baru ada tenaga lebih untuk bunganya lebih meriah berbunga.

      Padam
  3. Kalau yg berminat tak mustahil dia dtg gali ni Dee. Pokok dah besar dan berbunga siapa tak mahu. Kalau di S'pore suka pokok bunga ni sebab kurang masalah daun.

    Kubur-kubur Muslim di sana more to this type of plants. Cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia KakZakie.

      Memang di kawasan perkuburan dulu banyak ditanam kemboja putih sebab rajin berbunga dan tak perlu jaga.

      Padam
  4. Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Mar.

      Okay nanti selitkan bersama.

      Padam