Halaman

Selasa, 20 Januari 2015

Thailand Powderpuff

 Dalam Bahasa Kebangsaan belum ada nama umum pokok bunga yang bunganya kelihatan seperti buah rambutan merah dari jauh ini. Ianya dikenali sebagai 'Thailand Powderpuff' tapi sebenarnya pokok bunga ini berasal dari benua Afrika. Nama botani-nya ialah Combretum constrictum. Tukang kebun perolehi pokok ini pada Jun 2013 di Tamu Kota Belud. Semasa official dipindahkan ke Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh ketinggiannya tidak lebih pun 30cm. 
 Setahun kemudian setelah menetap di Kebun Bahagia Bersama ketinggiannya sudah pun lebih 2 meter dan tersenyum tukang kebun apabila melihat bud bunga telah mula dihasilkan kelihatan seperti gugusan buah anggur. Begitu pantas sekali pokok jenis memanjat ini tumbuh seperti sepupunya ahli dalam keluarga sama iaitu Akar Dani / Rangoon Creeper (Combretum indicum). Seperti Akar Dani setelah pokoknya dah selesa bahagia hidup di situ, keperluan airnya tidak banyak. Pada musim kemarau tahun lepas 2 minggu sekali tukang kebun siram pun masih segak and steady. Yang menariknya tukang kebun tak sediakan pancang pun tapi batang yang dah matang boleh berdiri tegak dengan sendirinya. Untuk mereka yang sibuk berkerja tiada masa nak siram inilah antara tumbuhan yang sesuai untuk anda jika nak pokok bunga yang berbunga hampir sepanjang tahun setelah matang. A very water-wise and drought-tolerant plant sesuai sungguh untuk kawasan Tanah Rendah Malaysia.
  Bunga-bunga yang baru mula berkembang juga sangat menarik prosesnya diperhatikan seperti Gambar No.3. Pokok ini pun setakat ini tiada serangan atau penyakit yang kronik selama menetap di Kebun Bahagia Bersama. Cantik ditanam di sebelah pagar untuk dijadikan hijab atau menutup aurat. Biasanya hidup totally neglected dibiarkan oleh tukang kebun. Pertumbuhannya pun tak sepantas Akar Dani yang kerap kena pangkas tu. Kalau tukang kebun buat ranking pertumbuhan pokok perennial dari paling cepat tumbuh ke my pace type adalah seperti berikut dari page Kebun Bahagia Bersama 'Flowering Climbing Vine' (klik sini).

Akar Dani > Bauhinia Kockiana > Thailand Powderpuff > Scarlett Passiflora > Garlic Vine (Semua ada stok minggu ini kecuali Bauhinia Kockiana).
 Apabila melihat bunga Thailand Powderpuff janganlah pula keliru dengan Red PowderPuff kerana mereka adalah dari kelompok keluarga yang berbeza. Bunga Thailand Powderpuff pun berkali ganda besar saiznya (lebih besar dari buah rambutan) berbanding dengan Red Powderpuff. Seperti Red Powderpuff ianya adalah kegemaran lebah dan rama-rama. Anak-anak pokok Thailand Powderpuff yang dibekalkan adalah dari semaian biji benih supaya pokoknya lebih tahan kemarau. Cuaca pertengahan bulan Januari ini panas dan kering di tempat kami, takut tahun ini juga nasib sama cuaca macam tahun 2014 jadi wiser to plant plants propagated by seeds. From seeds akarnya akan lebih cerdik mencari air lebih jauh ke dalam tanah dari permukaan tanah.

~ Thailand PowderPuff (Combretum constrictum) ~
1 pot for RM12.00 (kebunkmg@gmail.com) .

 Minggu ini juga masuk ready stock anak pokok Red Powder Puff juga yang tumbuh dari biji benih. Info selanjutnya mengenai benefit pokok red powder puff boleh buat pembacaan pada related posting sebelum ini (klik sini).

~ Red Powder Puff ~
1 pot RM9.00 .

6 ulasan:

  1. Sangat menarik dan cantik bunganya berjarum-jarum:)Kakak tak pernah jumpa tau - dah jadi jakun pulak masuk sini hihi..

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia Kakzakie.

    Jarang tengok bunga Thailand powderpuff ni di mana-mana. Tak sangka mudah betul nak bela dan tak perlu pula siram selalu.

    BalasPadam
  3. Pokok red powderpuff ada stok x lagi,sis?kalau ada sy nak satu...email sy di :fazzie25@yahoo.com ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kzila.

      Pokok red powder puff ada stock.
      Sudah kami email details.

      Padam
  4. Salam Bahagia,

    Boleh contact wassup 0192931340 untuk maklumat lanjut.

    BalasPadam