Halaman

Sabtu, 14 Februari 2015

Beras Bukit Pandan Wangi Batch Baru

 Tuan Tanah ada balik ke rumahNya di Sungai Buloh 2 malam baru-baru ini. Lalu dapatlah kiriman baru Beras Bukit Pandan Wangi yang Big Boss bantu borongkan untuk stok beras bukit kami di sini. Terima kasih banyak-banyak Mama and Papa siap terkena saman sekali parking tempat yang dilarang. Mereka tak sedar ingat boleh sebab dulu-dulu pun dah berapa kali parking di tempat yang sama. Yang berminat untuk dapatkan Beras Bukit Pandan Wangi dari Borneo sudah ada stoknya kembali. Info Beras Bukit Pandan Wangi boleh lawat posting sebelum ini (klik sini).

~ Beras Bukit Pandan Wangi ~
(SOLD OUT)

 Hari ini tukang kebun nak mengimbas kenangan balik ke kampung Poturidong Kiulu last sekali hari tu sebelum balik sini semula iaitu pada 3hb January 2015. Sebab tukang kebun tak dapat balik kampung cuti Raya Cina akan datang ini layan jelah mood tulis memory balik kampung pada hari itu. Bila sampai ke rumah ternampak padi masak yang baru dituai dan dikeringkan di depan rumah dari hasil tangan Aunty Janet sekeluarga.

 Seperti biasa nak ke rumah di kampung kena lintas jambatan gantung masa musim hujan. Perlahan-lahan dan berhati-hatilah si Rayyan melintas sendiri. Yang di belakang terpaksalah menunggu dan bagi motivasi untuk Rayyan melangkah ke hadapan step by step. Dah besar takkan nak dukung lagi. Cuma Abby je tak mau berjalan disuruh papanya dukung dia. Dukung Abby lagi berat dari nak kendong Rayyan sebenarnya. Rayyan dah berusia 5 tahun lebih masih beratnya lebih kurang 13 kilogram. Takpelah Rayyan asalkan sihat dan aktif mama dah happy tengok Rayyan membesar. Nenek pun sambil tunggu Rayyan nak sampai seberang berhenti ambil gambar seperti di bawah. 
 Bila pulang ke kampung pemandangan ini mesti kami suka tengok perasaannya seperti sudah nak sampai di rumah. Air sungai masih lagi dalam keadaan banjir ketika itu sebab musim hujan, kalau rupa begini orang sana panggil sungai sedang kabut. Jarang penduduk pergi mandi sungai yang dalam keadaan kabut. Tetapi sebab last trip balik kampung jadi beri peluang anak-anak mandi sekejap di tepi tebing sungai sebelum lewat petang atau air sungai makin naik dan deras jika bahagian hulu sungai mula hujan. Jadi maknya watch out jelah tengok keadaan air takut kanak=kanak riang ni leka bermandi-manda.
 Di kawasan rumah ada beberapa pokok limau kasturi. Setiap kali balik mesti lebat buahnya dan saiz besar-besar pula tu. Lagi besar berbanding dengan KBB di Sungai Buloh ini buahnya. Orang dulu-dulu memang akan tanam jenis pokok-pokok jenis limau (citrus) berduri berhampiran di rumah kerana kepercayaan yang benda halus tidak baik tak suka kalau ada benda-benda berduri ini. Pernah juga tukang kebun tengok dulu drama bersiri hantu-hantu Melayu yang jenis suka datang nak makan tembuni atau anak pertama baru lahir jadi disarankan penghuni rumah memasang benda-benda tajam atau berduri di keliling rumah. Big Boss pun pernah cerita masa zaman dulu orang bersalin di rumah jenis ada golong di bawah atau bertingkat, masa nak bersalin di hampar tikar di bawah papan rumah golong orang nak bersalin dan diletakkan benda-benda tajam sepertilah juga hirisan-hirisan buah limau. Sebab isi buah limau ni menyakitkan benda-benda tak baiklah kisahnya yang datang nak ambil kesempatan hisap darah orang bersalin yang mengalir-ngalir jatuh di celah papan. Jadi Big Boss kata arwah nenek dulu bising pesan dekat Big Boss supaya tanam anak-anak pokok limau di kelilingi rumah masa baru-baru dibuat dulu. Siapa pernah dengar kisah-kisah begini yang dipraktikkan dahulu kala? Tapi sekarang ni orang dah crazy tanam adik beradik limau sebab banyak khasiatkan.
  Lepas balik dari mandi sungai, diminta Rayyan teman Papa petik buah-buah limau kasturi untuk stok atuk dan nenek balik ke KingFisher nanti. Nenek tengah masak di dapur yang tukang kebunnya tak habis habis tengah bersihkan cendawan sambil duduk makan tembikai di luar. Ada jugalah sebakul limau kasturi dapat petik.
 Walaupun balik kampung tiada internet masih ada entertainment malam-malam. Pelbagai channel di TV dapat tengok dari mana-mana pelusuk di bumi ini atas bantuan parabola. Pelbagai channel berita boleh tengok tak ketinggalan, boleh tengok channel berita Russia, Al-Jazeera, NHK, China dan lain-lain free of charge. Tukang kebun suka tengok siaran NHK sebab setiap hari ada documentary yang menarik dan inilah je biasanya masa tukang kebun tengok TV. Kalau duduk di Sungai Buloh ni langsung tukang kebun tak de masa nak tengok TV.  Mengimbas kenangan sebenarnya masa Tragedy September 11 attacks di World Trade Centre New York dan Lady Diana bonda kepada Prince William dan Prince Harry meninggal dalam kemalangan maut semuanya diketahui semasa sedang menonton TV di rumah Kiulu ini. Setiap malam sekarang masa digunakan untuk mengajar Rayyan membaca buka dalam English dan Kebangsaan. Banyak nak kena catch up nanti untuk ujian diagnostik.

3 ulasan:

  1. Nak itut balik kampung dianaaaaaaa... Bestnya... Syahdu n sayu lihat keindahan alam.......

    BalasPadam
  2. Memang best betul kampung Diana...semuanya ada..itu betul2 suasana desa.
    Dulu2 arwah nenek kak pernah tanam padi huma kat bukit. Bijinya pendek2. nak masak kena bubuh air banyak. Masa tu kak kecil lagi. Cukup tak suka makan nasi beras tu sebab sebiji2 dan tak lembut..sekarang nak cari pun susah...

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia Ima,

    Doakan projek Tuan Tanah cita-cita HOme-Stay dekat kampung Big Boss ini menjadi, bolehlah menikmati keindahan alam suasana di sini.

    Salam Bahagia Kak mala,

    Syukur Alhamdulillah anak-anak dapat lagi merasa duduk dengan suasana desa dapat escape dari bandar ini sekurang-kurangnya setahun sekali.
    Diana pun dulu tak biasa makan beras bukit ini. Padahal beras bukit ni lagi banyak khasiatkan. Sekarang bila dah lama tak makan memang rasa rindu nak makan. Lagipun makan beras bukit ni cepat kenyang tak macam beras biasa bolehlah kawal nafsu makan.

    BalasPadam