No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 27 Disember 2014

Third Trip Tamu Donggongon

  Semalam adalah kali ketiga pengalaman tukang kebun ke Tamu Donggongon. Bila dah sampai biasalah mata melilau-lilau nak serap all the atmosphere sambil treasure hunting. Kali ini ditemani dearest hubby dan adik lelaki tukang kebun Dany. Permata-permata hati sedang lena tidur di rumah senyap-senyap kami keluar atuk dan nenek jaga nanti. Tukang kebun dah rasa kurang dari biasa orang menjual sebab masih lagi kuat bahang sambutan Christmas. Tapi adalah juga yang datang menjual hasil mereka dan menarik perhatian tukang kebun dari Kebun Bahagia Bersama. Sepertilah botol labu air yang dah dikeringkan dan diwarnakan seperti gambar di atas menyala-nyala cantik buat hiasan untuk Tahun Baru Cina nanti. Tukang kebun tak beli singgah beli sayur raja dan daun sup sahaja.
  Tukang kebun tengok sekarang ni musim menuai ubi badak dan juga pelbagai jenis labu boleh didapati di Tamu Donggongon penghujung tahun ini. Yang menarik perhatian tukang kebun ialah kulit batang kayu manis. Rempah kayu manis ini banyak yang diambil dari kawasan berbukit area Tambunan hingga Keningau menurut peniaga. On the way kawasan berbukit boleh nampak pokok-pokoknya. Tips dari peniaga ialah kalau sakit gigi berdenyut denyut patah sedikit kayu manis letak air panas suam dan kumur-kumur sambil gigit-gigit kayu manis dapat melegakan sakit gigi dalam 15~30 minit dah rasa kesannya. Juga sangat membantu dalam menghilangkan angin dari badan. Dulu masa Abby baru belajar solid food, Papa Abby suka campur sedikit serbuk cinnamon blender dalam keledek lecek Abby. Antara kegemaran baby food Abby. Cara begini naturally boleh membantu hilangkan angin dari badan si kecil. Souvenir untuk pantry tukang kebun bawa balik bekalan rempah dapur.
 Dekat Tamu Donggongon juga hari ini ramai menjual banyak barangan kering dari laut macam ikan bilis, udang kering dan ikan masin.
 Ikan-ikan air tawar segar masih hidup juga ada dijual dah siap bungkus dalam plastik seperti belut dan labi-labi. Nak scoop keluar ikan talapia merah hidup pun boleh seperti dalam container di gambar bawah.
 Ada juga yang menjual anak-anak pokok longan brazil yang mula popular sekarang. Yang menarik perhatian tukang kebun ialah buah maja yang dikatakan bagus buat jus untuk ubat bagi mereka yang ada masalah jantung. Isinya tidak dimakan. Tapi diperap beberapa hari dan dibuat jus yang warnanya seakan air ribena. Lupa nak tanya rasanya. Uncle gerai kata dia selalu amalkan minum jus maja tak pernah makan ubat hospital sihat sahaja. Badan uncle pun memang nampak sihat yang bagus. 
 Kenangan 3rd Trip Tamu Donggongon tukang kebun terserempak dengan anak pokok eucalyptes yang di Australia buat product Eucalyptes Tree Oil. Mula-mula tengok gambar label ingatkan pokok bottlebrush yang jenis berbunga putih. Tambahan pula daunnya pun amat mirip dengan bottlebrush. Jadi teringin juga sebab yang merah memang dah ada, bolehlah tambah koleksi warna putih. Pastu adik gerai tu kata ini pokok buat minyak sekian-sekian. Barulah teringat kenangan pergi Eucalyptes tree farm Kangoroo Island di South Australia dengan adik-adik perempuan dan mama (big boss). Masa menyewa 4 tahun di Adelaide pun jiran sebelah ada pokok eucalyptes besar yang selalu bila musim bunga banyak burung jenis adik-beradik parrot suka datang menyinggah. Apalagi tukang kebun tangkap anak pokoknya bawa baliklah. Mungkin big boss bagi rumah untuk eucalyptes tu dekat Kingfisher. Semoga anak pokok eucalyptes akan membesar dan memerhatikan penghuni Kebun Bahagia Bersama di KingFisher.
  Memandangkan tukang kebun kerap menerima enquiry  supaya dapat bekalkan beras bukit kampung dari Borneo. Maka yang berminat bolehlah membuat reservation (limited siapa cepat dia dapat). Bila masak beras bukit yang jenis berikut air nak lebih sedikit bila tanak nasi banding dengan beras putih commercial ya. Bila buat pesanan jangan lupa nyatakan beras yang mana satu ya.

~ Beras Merah (Brown Rice) for the health conscious dari Ranau (SOLD OUT) .

~ Beras Pandan Wangi (SOLD OUT) . ~

 Yang ini kami dah rasa semalam dari stok beras big boss. Sedap yang ni tukang kebun suka. Kalau buat beras untuk sushi atau onigiri (riceball) pun tukang kebun rasa beras ini bersesuaian. Kali pertama tukang kebun dapat beli beras jenis pandan wangi ini. Memang nak buat stock untuk dapur kami juga.

~ Beras Mutiara (SOLD OUT) ~

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

beras pandan selalunya wangi kalau tidak lain jadinya
sekali sekali elok rasa beras mahal ni

jangan lupa simpati untuk mangsa banjir dimerata tempat.

jafmy

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana, balik sabah ye...bestnya...Julie rindu juga mo pergi ke tamu Dongongon tu, lama dh x p sana, bila balik sini kak? patutlah email Julie x reply lagi hehe...

Julie22 berkata...

Longan brazil tu pokok buah kristal kan kak? fame tu d Sarawak :) x sangka ada juga sudah ditanam di sabah kan :)

Normala Saad berkata...

Salah satu kegemaran kak bila balik kampung ialah pergi kepasar hari...memang best bolih beli mcm2 makanan yang sukar ditemui tapi kak lihat pasar2 begini di Sabah cukup unik. Banyak hasil tanaman yang tidak pernah dilihat ada di jual di sana.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Jafmy,

Makan beras bukit kampung bagus juga untuk diet sebab makan sikit pun dah rasa kenyang, tidak seperti beras biasa.

Waalaikumsalam.

Salam Bahagia Julie,

Ada rezeki pula last minute dapat balik Sabah sebab dearest hubby nak habiskan cuti kerja.
Tak lama, tinggal berapa hari sahaja nak balik ni. Pesanan Julie InsyaAllah minggu depan kami pos.

Salam Bahagia Kak Mala,

Di Sabah ini lain daerah lain hasil ditemui juga. Itu yang menarik menjelajah tamu-tamu daerah berbeza di Sabah ini. Ada sahaja benda baru dijumpai setiap kali berjalan ke Tamu.