Halaman

Rabu, 25 Februari 2015

Ivory African Marigold

  Bulan January lalu hinggalah musim perayaaan Tahun Baru Cina ini masih lagi musim berbunga marigold jenis African Marigold warna creamy putih jenis pokoknya tinggi berbanding dengan jenis-jenis Marigold lain. Yang kerap kelihatan adalah jenis African Marigold berwarna jingga atau kuning berbanding dengan creamy putih ini. Mestilah tukang kebunnya lagi teruja dapat tengok jenis yang berlainan menghiasi kebun pada musim panas kemarau ini.
 Menarik juga tengok perkembangan bunganya step by step sebelum mekar penuh seperti gambar No. 2 nampak seperti bunga lain pula. Satu pokok seperti menghasilkan 2 warna, warna cream dan putih.
   Bila bunganya mekar penuh warna bunganya pun bertukar dari creamy ke putih cerah. Pokok bunga Ivory African Marigold ini tahan panas. Seperti gambar di bawah kesian pokoknya seminggu lebih tak disiram tapi masih lagi bagi bunga-bunga untuk tatapan tukang kebun walaupun daunnya terkulai masa tengahari buta kena direct sun sepanjang hari. Lama juga ianya bertahan hingga kini dengan cuaca yang masih panas sekarang.
  Semut pun suka berkeliaran atas bunga ivory African Marigold ini ada manisan agaknya. Semut pun pandai pilih yang organik dan original kut. Walaupun ianya adalah warna rare putih tapi ini bukan benih F1 atau hybrid ya. Biasanya yang African Marigold warna kuning dan oren terang-benderang yang biasa Majlis bandaran buat landscape itu semaian dari keratan dan tidak menghasilkan benih. Yang ini tukang kebun semai dari biji benih dan baru mula sorting sorting biji-biji benih yang telah dituai dekat bench work.
  Ivory African Marigold ini adalah jenis baka kampung. Bagi gardeners yang meminati bunga berwarna putih bolehlah juga tambah jenis bunga marigold di kebun mereka.
~ Ivory African Marigold ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 fresh pick from Kebun Bahagia Bersama.

6 ulasan:

  1. segar mekar dilaman KBB, cantik putih dan krimm.....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Diana,
    Subhanallah cantiknya, book 3pkt :) thanks kak...

    BalasPadam
  3. Cantik kan Marygold color ni...belum pernah lihat..

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Sud@is,

    Double happiness dapat perubahan 2 warna dari krim ke putih.

    Waalaikumsalam Julie,

    Dah dipos moga sudah diterima.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Warna jarang-jarang dilihat.

    Salam Bahagia MakNgah,

    InsyaAllah ada disimpan untuk MakNgah.

    BalasPadam
  5. Hi.. boleh post bibitnya? Saya sedia wang postnya

    BalasPadam