Kebetulan pula musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini banyak tema sedondon menghiasi Kebun Bahagia Bersama. Antara jenis bunga yang bagi Kebun Bahagia Bersama terang benderang dah beberapa bulan ini ialah Red Torch Mexican Sunflower. Walaupun ianya juga dipanggil Sunflower tetapi bukan adik beradik bunga matahari yang dalam keluarga botani Helianthus. Mexican Sunflower adalah dalam keluarga botani Tithonia rotundifolia.
Tukang kebun pun agak terkejut betapa mudahnya nak bela Mexican Sunflower berbanding dengan jenis sunflower keluarga Helianthus yang lebih popular. Pokok bunga Mexican Sunflower ini tak manja seperti bunga matahari yang popular itu. Ianya lebih tahan panas dan keperluan airnya tidak banyak. Tak perlu nak siram tiap-tiap hari walaupun pada musim kemarau bila pokoknya sudah nak matang (musim kemarau pun seminggu 1~2 kali je tukang kebun siram jika ada masa). Lagi-lagi musim panas dan kemarau di full sun lebih menjadi-jadi pokoknya berbunga. Tukang kebun perhatikan Mexican Sunflower sangat bahagia menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang hari di mana pokoknya lebih merimbun besar dan banyak berbunga berbanding dengan lokasi yang kurang matahari.
Mari kita ikut perkembangan Red Torch Mexican Sunflower di lokasi ini. Untuk mengelakan kekeliruan cuma ada 1 pokok Red Torch Mexican Sunflower di sini ya. Sebelum hari Natal sudah mula berbunga pokoknya dan gambar atas tukang kebun ambil sebelum bertolak ke KLIA2 nak terbang ke Sabah (tarikh gambar silap supposed to be December not January). Bahagia sungguh hati tukang kebun bila balik dari bercuti pada minggu tersebut lebih meriah pokoknya makin berbunga seperti gambar di bawah.
Bulan ini sebab pokoknya dah rimbun sangat dan dah ada juga beberapa kali hujan lebat asyik jatuh je pancang pun tak larat nak support lagi dah. Pokoknya pun dah lebih 2 meter. Lagipun sebab dah merimbun, kesilapan tukang kebun jadi pokok-pokok renek di belakangnya dah merajuk kekurangan cahaya disebabkan terlindung oleh Red Torch Mexican Sunflower. Lalu dibiarkan sahaja pokoknya merayap merimbun di atas tanah supaya pokok-pokok di belakang kembali bahagia semula. Walaupun pokoknya sudah dibiarkan rebah begitu sahaja sehingga sekarang masih meriah berbunga-bunga setiap hari tidak putus-putus. Kalau dah begini nampak macam daisy merah liar tumbuh atas rumput. Saiz bunganya bolehlah dibandingkan dengan si Tigger yang suka duduk berteduh di celah rimbunan Red Torch Mexican Sunflower. Diameter bunganya ada dalam linkungan 3~4 inci.
Lagi satu tukang kebun berkenan dengan Red Torch Mexican Sunflower ni ialah tak tamak baja dan tahan dahaga. Tak pernah pula tukang kebun bagi baja tapi begitu meriah ianya berbunga musim panas ini. Memang rasa puas hati setiap hari menatapnya dah lebih 2 bulan berterusan begini. Mereka yang risau tanahnya tak subur jangan risau Red Torch Mexican Sunflower ini tak fussy cuma pastikan tanah jenis air tidak bertakung lama (well-drained) dan kalau nak pokoknya sangat ceria tanam di full sun.
Red Torch Mexican Sunflower ini memang disukai oleh Rama-rama dan Lebah tertarik dengan warna terang benderang yang memanggil-manggil untuk singgah jamu manisan. Red Torch Mexican sunflower adalah antara pilihan bunga yang bagus untuk menarik perhatian agen-agen pendebungaan membantu dalam edible garden. Gardeners yang hendak bersedia menceriakan laman rumah mereka untuk menyambut Raya Aidilfitri tahun ini bolehlah mula menyemai biji benihnya dalam bulan March ~May akan datang ini. Biji-biji benihnya puaslah tukang kebun kemas dalam kereta semasa on the way balik kampung dearest Hubby semasa musim Tahun Baru Cina baru-baru ini. Cuaca panas dan kering ini memang SeedSavers akan busy sebab musim paling sesuai menyemai biji-biji benih dari kebun. Syukur Alhamdulillah dapatlah Kebun Bahagia Bersama bekalkan pelbagai biji benih segar dari kebun bulan February ini.
~ Red Torch Mexican Sunflower (Tithonia rotundifolia) ~Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (kebunkmg@gmail.com).
Cuci mata kakak pepagi ni Diana:)
BalasPadamRumah kampung kakak banyak juga bunga ni tau. Tapi rumah kakak sini sendiri tak ada. Memang meriah bila berbunganya serentak. Yg pasti bunga ni sentiasa ada tak ikut musim.
salam kak diana..nak tanya..red torch ni lepas semai dia amek masa berapa lama nak berbunga ye?benih yg imm beli dr akak haritu baru semai last week hihi
BalasPadamDah lama juga tak menyemai bunga. Teringin pulak tengok si mexican red touch ni. Nampak ceria. Nak booking satu peket ya Diana.
BalasPadamSalam Bahagia Kakzakie,
BalasPadamMemang meriahkan bunganya.
Yang tukang kebun suka sebab tak perlu siram selalu dan tahan panas serta tak putus-putus berbunga.
Salam Bahagia Imm,
Tak lama rasanya berbanding dengan bunga matahari biasa tu Mexican sunflower lebih cepat membesar dan berbunga.
Rasanya tak sampai 3 bulan dah bunga.
Salam Bahagia Kak Muna,
InsyaAllah ada.
Nanti email kami ya.