Halaman

Jumaat, 6 Mac 2015

Salak The Survivor

  Balik dari Sabah awal tahun ini kerana terlampau sibuk, tukang kebun lupa akan nasib anak-anak pokok salak yang bercambah dengan baik sampai dah hampir kering jadinya. Sepatutnya sebab dah padat sangat dipindahkan ke bekas berasingan. Ingatkan dah tiada rezeki lalu dibiarkan begitu sahaja. Bila ada masa tengok belek-belek macam tak kering je pokok ni macam hijau semula. Rupa-rupanya di celahan batang yang kering keluar pucuk-pucuk hijau baru. Nasib baik tukang kebun tak buat keputusan tergesa-gesa nak cabut buang terus dan biarkan ianya kembali sihat semula dengan memindahkan ke bekas-bekas berasingan. Memang betul-betul survivor batch kali ini, semua selamat setelah berminggu-minggu dipindahkan kembali sihat semula. Gambar adalah sebelum dipindahkan dan lihat pucuk-pucuk baru yang keluar bersebelahan tangkai yang dah kering.
  Sebelum ini ready stok anak-anak pokok salak yang ada dalam simpanan semua dah besar tidak boleh dipos cuma dapat self-collect sahaja. Kebetulan ada beberapa gardeners dari Johor mencari anak pokok salak dan inginkan dipos jadi tukang kebun suka-suka sediakan batch baru lagi sekali. Batch baru kali ini tukang kebun label tarikh lahirnya bulan November 2014. Anak-anak pokok salak bila dipindahkan ke tanah cepat juga membesar. Cuma hati-hati jangan tanam dalam sangat bahagian pemisahan akar dan batang pokoknya. Sebagai contoh, Gambar bawah No. 3 ini dalam usia 2 tahun tak pernah dibaja dan disiram oleh tukang kebun pun dah tinggi hidup di antara pokok-pokok pisang bantan. Kalau dipindahkan masa musim hujan tak perlu siramlah, jika kemarau kenalah siram dahulu sehingga pokoknya dah selesa hidup di situ. Jika yang self-collect dapatlah batch dah umur lebih kurang setahun (selagi stok masih ada). Untuk pengeposan batch baru yang dah boleh sedia dipos. Untuk anak pokok salak kena gunakan kotak prepaid large saiz Pos Laju Malaysia (RM30), rasanya boleh muat 1~3 anak pokok salak.

~ Anak pokok salak tempatan ~
1 bekas RM15.00, 

  Semalam sebelum ambil Ilhan dari sekolah agama singgah Pet Shop nak membeli seguni jagung gred B (RM56) dan seguni dedak (RM110) untuk stok makanan Avian bulan March ini. Betul seperti pesanan KakZakie dari Titisan Nurani, anak ayam daging ini super kuat makan (rasa macam 5 kali ganda kuat makan dari ayam normal lain). Seperti biasa bila tengok kandang-kandang Avian dekat Pet Shop dah geram=geram tengok those fluffy feather creatures. Tangkap lagi kasi perabih stok anak-anak ayam tauke Pet Shop tu. Tambahan dalam Sangkar 4 semalam ialah 1 anak ayam gajah dan 7 ekor anak ayam daging. Haggle seekor RM5 diskaun RM4 sebab nak tolong habiskan stok jumlah RM28, tauke kasi diskaun lagi jadi RM25. Beli lagi tempat makan dan minum untuk feather creatures ni, tauke boleh senyum dalam kurang setengah jam tukang kebun belanja Total RM220. 

 Sebenarnya minggu lepas pun tukang kebun ada borong stok ayam kampung yang Tauke kedai tu tinggal ada. Semuanya tinggal 8 ekor, seekor RM5 tapi sebab tukang kebun kata ambil semua dapatlah RM4 seekor (Jumlah RM28). Seekor mati keesokan harinya after purchase, rasanya demam dan tukang kebun dah agak dah tengok ayam tu moyok je masa dipindahkan. Takpelah bukan rezeki (buat baja). Yang lain InsyaAllah sehingga kini sihat belaka dan 6 ekor tukang kebun dah pindahkan ke sangkar 4 duduk meriah bersama yang lain. Seekor lagi masih dalam nursery.
  
 For tukang kebun punya inventory (homework husband suruh buat), batch bulan March 2015 penghuni sangkar 4 sehingga hari ini ada 3 ekor ayam belanda betina, 1 ekor anak ayam gajah, 6 ekor ayam kampung dan 32 ekor anak ayam daging. Jadi jumlahnya 42 ekor. Jumlah anggaran modal yang dikeluarkan untuk batch bulan March 2015 ini RM550 termasuk future food. Just for fun nanti kita tengok balik modal kemudian bila dah saiz sembelih best. Turkey yang modal besar. Semangat berkobar-kobar nak makan daging KFC bela sendiri ni bila Rayyan semalam dinner tanya mama dia, ayam KFC tu untuk makan ya mama? Boleh buat BBQ tak ayam KFC tu mama? Lalu Mama Rayyan shopping live chicks lagi semalam. Semua datang menyibuk welcoming members baru ke sangkar 4 semalam.
 Kesimpulan tuaian semalam yang mana sempat nak petik-petik. Bulan March ini sibuk dengan projek binatang ternakan, berkebun pun kurang sikit. Doakan lah untuk kami bukan sahaja hasil tumbuhan tapi hasil daging pun lumayan tahun ini.
 Yang membasahkan tekak apabila duduk di luar lama juga ialah kelapa muda. Yang dah tua pula dapatlah santannya. Bila ingatkan musim raya pun hanya beberapa bulan sahaja lagi, pokok kelapa gading yang renek mudah sikit nak ambil daun untuk buat sarung ketupat.
 Gambar di bawah anak pokok salak berumur 2 tahun yang berhampiran dengan pokok kelapa gading. Yang dalam gambar batang kelapa tu bukan pokok kelapa gading. Itu pokok kelapa dah tua uzur, antara batch awal yang ditanam oleh big boss. Kami pun tahun ini masuk 21 tahun duduk di kampung ini.
~ 1 bibit kelapa gading RM7 ~

Hujung Minggu ini projek weekend gardener dearest hubby ialah kemas sangkar besar dan tukang kebun potong rumput di sekeliling.

Gardeners lain pula weekend ini projek apa?

3 ulasan:

  1. Minggu in just maintain myiram je la..pasal left hand tiba2 sakit x bole mgenggam..lgpun makngah sekeluarga nk mjenguk permata hati kami di muar...happy gardening team kbb...

    BalasPadam
  2. dah lama kaknoor tak makan ayam yg di bela sendiri, masa kecik2 dulu je, makan ayam kampong sendiri bela, yg tak payah beli makanan special, sekadar makan apa yg ada, nasi sejuk ke, atau apa saja lebihan makanan hee

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia MakNgah,

    Moga tangan cepat sembuh.
    Tukang kebun pun bulan lepas entah kenapa tangan kiri pun tiba-tiba jadi lenguh. Sakit nak angkat benda-benda berat sikit. Terasa sakit urat di pergelangan tangan.

    Syukur Alhamdulillah nampak jugalah ada tempat yang kemas di belakang setelah merumput dan memotong rumput.

    Salam Bahagia Kak Nooe,

    Teringat kat kampung mama dulu. Masa tu zaman peti ais takde. Kedai pun jauh. Jadi bila hari special nanti nenek pilih ayam untuk disembelih.

    BalasPadam