Halaman

Ahad, 8 Mac 2015

Cara tanam Ubi Bemban

  Minggu ini hati terdetik nak kemaskan petak-petak yang berhampiran sangkar tempat binatang PETS avian duduk menghuni seperti di sangkar 2 dan sangkar 4. Kena pastikan tak semak supaya tiada binatang bahaya dapat bersorok atau tak banyak nyamuk. Tengok pokok-pokok ubi bemban di Petak 2 seakan dah boleh dituai cari harta karun. Ubi bemban tersebut ditanam pada awal September lepas (related posting klik sini), jadi sudah lebih kurang 6 bulan usianya. Begitulah hasil ubi bemban yang berumur 6 bulan dapat dituai minggu ini dari Petak 2
  
 Kebetulan pula pada hari yang tukang kebun rancang nak cuba gali ubi bemban, bila check email ada permintaan perlukan ubi bemban untuk berubat sakit kulit anaknya. Sebelum baca email itu, dah rasa malas nak gali ubi bemban sebab cuaca pun dah panas setelah selesai dengan urusan anak-anak angkat baru dengan anak sendiri. Kebetulan hari Rabu malam dah dijadualkan untuk self-collect maka dirajinkan juga diri gali ubi bemban yang agak challenging keluar dari tanah moga dapat memenuhi permintaan tersebut. Syukur Alhamdulillah rezeki 2 pihak secara kebetulan pula, mungkin hidayah dari Yang Maha Esa.

 Hari ini tukang kebun nak berkongsi pengalaman selama ini adventure mencuba-cuba menanam ubi bemban ini ada 3 cara untuk menanam ubi bemban.

(1) Ubi yang dah matang dan ada mata-mata tunas. Tanam je dalam tanah dan siram, InsyaAllah nanti keluarlah pucuk baby dari tanah. Kekadang dekat pangkal ubi bemban yang matang ada nampak dot dot dot mata di situ pun boleh menghasilkan pucuk. Ataupun hujung yang tajam itu pun boleh mengeluarkan pucuk baby.

(2) Instant pokok ubi bemban.

 Janganlah pula buang pokok ubi bemban yang telah dituai ubinya tadi. Selalunya akar-akar yang berselirat dibiarkan sahaja dan tuai jelah ubinya. Kemudian pokok-pokok tu tanamlah semula. Ini cara cepat nak dapatkan hasil ubi bemban.

 Sebagai contoh Gambar No. 2 di atas ini ialah dari pokok-pokok ubi bemban di Petak 2 yang tukang kebun baru sahaja tuai ubinya minggu ini di kitarsemula ditanam di Petak 1 pula (ada juga yang dipindahkan di Petak 4). Yang Gambar No. 3 di bawah pula, pokok-pokok instant ubi bemban di Petak 6 yang tukang kebun pindahkan setelah dituai dari Petak B bulan January lepas (related posting klik sini). Mudah nak biakkan pokok-pokok ini sebab boleh kitar semula dan tahan cuaca panas . Semuanya di dalam situasi partial shade yang di Petak 1 bawah pokok citrus, yang di Petak 6 di bawah pokok jambu air yang sekarang sedang bunganya luruh dari pokok jadi snow kat atas pokok-pokok renek yang berdekatan dengannya.
 (3) Dari nodes tangkai ubi bemban baru (airplant)

  Kadangkala pokok ubi bemban yang matang akan mengeluarkan tangkai yang keras dan bercabang-cabang macam klon anak-anak pokoknya. Masa pokoknya keluarkan tangkai-tangkai ini, pokok asal seakan makin dah nak habis riwayat salah satu petanda juga dah ada ubi-ubi berisi boleh digali keluar dari tanah.
  Kadangkala pada nodes ini bila musim hujan banyak akan muncul akar-akar seperti gambar No. 4 di atas walaupun ianya di posisi tegak di udara. Bolehlah tanam semula jadikan anak pokok baru. Dalam gambar boleh lihat ada 2 nodes kongsi setangkai yang boleh dipisahkan jadi anak pokok baru.

  Walaupun kekadang nodes ini tiada akar bolehlah potong tangkai di bawah tanda nodes (kemerah-merahan bulat) tersebut contoh macam gambar di atas dan cucuk-cucuk dalam tanah, jika ada rezeki akan keluar pucuk baru seperti gambar terakhir di bawah.
 Kalau tak mudah nak faham penjelasan tukang kebun, when you grow them you'll eventually understand if you have a go at it. Berkebun ini bukan main theory asyik baca atau kena ambil kursus, you have to practice and observe. Without practices you won't gain skill and advance to the next step.

~ Ubi Bemban (West Indian Arrowroot) ~

1 pot for RM7.00 .

6 ulasan:

  1. kaknoor tak pernah tanam ubi bemban ni diana, dan tak tau jugak nak masak apa dgn ubi ni, ketinggalan la kak noor ni kan

    BalasPadam
  2. X penah tau ubi bemban ni blh d mkn..byk kt kebun durian arwah ayah pokok ni.

    BalasPadam
  3. Bila lah boleh merasa ubi bemban ni..Last makan masa zaman budak2 dulu kala..hehee...satu lagi ubi garut...sedapnya...

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Kak Noor,

    Macam-macam boleh Kak Noor masak dengan daging ngam.

    Salam Bahagia Gina,

    Bolehlah gali-gali cari harta karun bila pergi kebun durian.

    Salam Bahagia Kak Mala,

    Yang macam pokok canna ada ubi boleh gali tu tukang kebun teringin juga nak makan.
    Tengah keliru mana satu panggil ubi bemban dan ubi garut.

    BalasPadam
  5. Salam,
    Camane if sy nk bli ubi bemban ni yer?. Need it urgently... Thank you.

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia.

    Boleh buat enquiry dengan menghantar email ke (kebunkmg@gmail.com) .

    BalasPadam