Halaman

Khamis, 2 April 2015

Ilhan Puppet

  Hari Isnin lalu lepas balik sekolah agama tiba-tiba Ilhan tanya: "Mama nak cotton bud boleh tak?'

  Tukang Kebun : Nak buat apa dengan cotton bud?

  Ilhan : Sekolah atas hari ini buat puppet.

  Dalam kepala Tukang Kebun : Kalau buat puppet, berapa banyak cotton bud nak pakai, nak buat rambut agaknya kut.

  Tukang Kebun : Ilhan tak payah bawa cotton bud, stok kutipan cotton mama kan banyak.

  Ilhan : Okay bawa masuk dalam plastik dan nak stokin lama.

  Petang hujan kena ambil Ilhan balik dengan kereta.

  Ilhan : Mama tengok ni Ilhan buat.

  Tukang Kebun : Mama tengah drivelah ni mana boleh tengok tunggu sampai rumah.

  Ilhan : Ni ha hasil puppet Ilhan.

Tukang Kebun : Ohhhh ya ke macam Shaun the Sheep rambut dia.

 Bertuahlah Ilhan banyak cotton nak decorate puppet sumber tuaian dari kebun sendiri.
  Pokok Cotton atau Kapas adik-beradik dengan pokok bunga raya, pokoknya juga boleh bertahan lama yang di Petak 2 pun sudah 2 tahun lebih usianya. Dalam pemerhatian dan nota tukang kebun, tukang kebun perhatikan dengan cuaca sepanjang tahun di Lembah Klang ini peak season menuai kapas di Kebun Bahagia Bersama adalah antara bulan March hingga May yang ketara. Masa awal tahun pertumbuhan pokoknya juga pesat berbanding bulan lain sampai dah berapa kali tukang kebun pruning sebab nak kasi lebih cahaya kepada deretan pokok-pokok terung telunjuk yang sebaris dengannya. Masa musim kemarau ianya memberikan sedikit teduhan kepada pokok terung telunjuk untuk membesar. Ini dah musim hujan kenalah tukang kebun potong dahan-dahan yang melindung cahaya kepada pokok-pokok terung. Tak perlu susah-susah tukang kebun nak pasang netting masa kemarau, natural shade macam companion planting pun ada kan. Pokok-pokok ubi bemban pun yang tumbuh berdekatan dengannya dahulu menjadi-jadi saiz ubinya.

  Yang kekurangan ruang bolehlah amalkan guerilla gardening menanam pokok-pokok kapas adalah juga hasil boleh berkongsi dari pokok-pokok bandaran yang takde hasil boleh dimanfaatkan. Sementara nak tunggu membesar letak je sangkar keliling nak elakkan dari bandaran suka hati potong anak pokok itu. Pokok kapas ini bila tanam di atas tanah memang cepat meninggi membesar. Biasanya teruja nak berbunga bila masuk musim hujan.  Kalau ada masalah bena putih tak perlu nak spray apa-apa cantas sahaja tempat mereka berkumpul nanti keluarlah pucuk-pucuk baru. Yang nak pokok-pokok cotton segera, tukang kebun ada stock dah nak hampir ketinggian 1 meter (self-collect only) available.

~ 1 pot cotton tree RM7.00 ~
~ Approximate 20 seeds for 1 pek RM3.00 ~
~ April 2015 promotion only 100 seeds for RM10.00 ~
   Bila sudah berbunga akan bertukarlah menghasilkan cotton boll. Ejaan sebenar memang 'boll' bukan 'ball' bagi cotton boll dulu tukang kebun pun keliru ingatkan gumpalan tu dipanggil ball sebab bulat macam bola. Kebiasaannya satu bunga akan menghasilkan 3 cotton boll macam gambar No. 4 di bawah ini. Ada juga sebenarnya request diterima tanya tukang kebun boleh supply cotton boll juga. Kekadang rasa tak nak lepaskan je sebab simpan cita-cita nak buat bantal cotton organik sendiri dengan simpanan cotton tu hehehe....

~ Setengah plastik isi kuih muih biasa tu diisi dengan kapas organik Kebun Bahagia Bersama RM3.00 ~
   Ini penerangan guide untuk pembaca-pembaca baru blog Kebun Bahagia Bersama bagaimana nak cari maklumat macam tips penjagaan atau khasiat sesuatu tanaman bolehlah browse laman blog kami (http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/) dan tengok di label archives 'Nota Tukang Kebun' yang sebelah page kanan. Sebagai contoh kalau nak cari mengenai gardening rambling Kebun Bahagia Bersama untuk tumbuhan Cotton, klik di Cotton macam contoh gambar di bawah. Yang nak cari tumbuhan boleh jadi natural resource untuk family planning boleh klik dekat label 'Contraceptive'. Pokok Cotton ini digunakan secara zaman dulu lagi untuk family planning ataupun masa berpantang lepas bersalin.
  Sumber protein untuk anak-anak itik telur kami minggu ini. Peranan Ilhan sekarang tolong tukang kebun tangkap ikan-ikan guppy bolehlah jimat masa tukang kebun nak selesaikan benda-benda lain.  Sampai makanan ikan pun dikautnya sekali.

4 ulasan:

  1. oooo baru tahu kapas adik beradik bunga raya hihi..

    kak diana, seriously lepas kenal blog akak, imm selalu buat ayat "oooo shiranakatta" "laa ye ke baru tau" hahaha..banyak sungguh ilmu dalam ni..

    BalasPadam
  2. akak pun banyak dpt ilmu dari blog diana ni, sebab sebelum ni mmg 0 dalam nama2 pokok dan yang bersangkutan dgn nya, yang kaknoor tau masak je hehee

    BalasPadam
  3. Salam Diana.. Nurul dah terima pesanan biji benih pada hari selasa. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Imm,

    Adik beradik kepada bendi dan roselle juga dear.

    otagaini chishiki yutaka ni shimashoune.

    Salam Bahagia Kak Noor.

    Tukang kebun rajin cuba menanam berkebun je, tapi duduk dapur ni susah sikit nak kasi panas bontot.
    Bila tengok resepi Kak Noor kongsi rasa motivate nak mencuba-cuba pelbagai juadah untuk keluarga.
    Thank you for the inspiration.

    Salam Bahagia Nurul.

    Syukur Alhamdulillah Selamat Terima.
    Minggu ini risau juga sebab Pos Laju macam snail mail.

    BalasPadam