Halaman

Rabu, 15 April 2015

Inti Lepat Pisang jadi Lempeng Pisang Inti Kelapa

  Lepas hantar Ilhan ke Sekolah Kebangsaan tutup pagar depan, jalan ke arah berhampiran tempat letak kereta, bunga lotus dan di sebelah bawahnya bunga bawang hippeastrum mekar bahagia hari ini.
 Kemudian mari bersiar ke kebun Gardener Zihan di Sekinchan yang berkongsi mekar sunflower biji benih yang dikongsikan oleh Eira beberapa bulan lepas (related posting klik sini).
 Tukang kebun pun tumpang bahagia tengok Gardener Neta dah boleh tuai cotton bolls dari anak pokok yang dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama tahun lepas. Sekarang dah besar bagai juara dan menghasilkan banyak kapas untuk kegunaan Gardener Neta sekeluarga di Lembah Klang.
 Antara tuaian Kebun Bahagia Bersama pada Isnin lepas seperti citrus, terung pipit, terung telunjuk dan petola segi. Terung telunjuk dan terung pipit dimasak ala pajeri.
 Tuaian pada hari Selasa pula seperti daun remayung merah, asparagus, sengkuang dan jambu air 'Pink Rose Apple'.
 Challenge minggu ini pula ialah nak habiskan setandan pisang nangka yang dah mula masak rebah pada ribut Ahad 5hb April 2015 (related posting klik sini). Snack dearest hubby bawa ke office pada hari Selasa sebalang mangga asam boi; hari Rabu pisang nangka goreng; esok hari Khamis lepat pisang. 
 Petang tadi lepas Tukang Kebun masuk rumah, housekeeper Kak Mizna dah selesai buat inti untuk lepat pisang. Tukang kebun tak buat pemerhati je sebab baru selesaikan kerja luar.

 Bahan-bahannya:

Pisang Nangka
Sebiji kelapa parut
Brown Sugar (ikut citarasa manisnya)
Tepung Gandum
Secubit garam (nak kasi rasa lemak)
Daun Pisang
Nak mudah semua masuk dalam blender, letak air masak sikit-sikit supaya tak jadi cair.
  Dah lama tukang kebun teringin nak makan lempeng pisang berinti Kelapa macam di "Teratak Bunda". Tapi lempeng pisang inti Kelapa tukang kebun lainlah ambil short cut atau bak kata orang putih 'Kill 2 birds in one stone'? Untuk style betul bolehlah jenguk dapur Bunda di Teratak Bunda ya. 

  Memandangkan tukang kebun pun tak de appetite nak makan nasi, jadi Kak Mizna kata inti lepat pisang ini pun sedap juga dibuat ala lempeng pisang. Maka Kak Mizna masakkan juga lempeng untuk tukang kebun beralas daun pisang di atas non-stick pan. Wah ~~~~~wanginya bau lempeng masak atas daun pisang. Abby berebut makan dengan tukang kebun sambil Kak Mizna isi inti lepat pisang dalam daun pisang. Dah habis selempeng, tukang kebun buat lagi satu kongsi dengan Abby.
 Ginseng jawa yang dituai sambil kemaskan Petak 1 tadi, sayur untuk dinner malam ini. Akar Ginseng jawa simpan boleh buat Phoenix Feet Soup nanti (related posting klik sini).

18 ulasan:

  1. Salam bahagia Tukang Kebun. Sekarang ni musim hippeastrum berkembang di mana-mana.. Melilau-lilau mata tengok bunga orang berkembang. Dekat rumah ada dua tangkai baru lepas mekar (merah dan oren), bakal kembang lagi setangkai merah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Nurul.

      Memang cuaca sekarang buatkan Sleeping beauty bangun berbunga membuatkan ramai gardeners happy. Yang ni pun dah setahun lebih tido memanjang. Bunga ini senang nak belakan biar tak payah siram pun.

      Padam
  2. Cantik betul kapas matang dia, aku punya habis disengat serangga menyebabkan kapasnya bergumbal hingga tidak boleh guna juga penuh dengan anak-anak serangga dijadikan rumah tumpangan pula... adehhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Carlz.

      Antara masalah cotton adalah serangan dari white aphid atau shield bug. Air circulation dan pencahayaan yang banyak penting supaya mereka tak suka bertapa di pokok itu.

      Padam
  3. selamat pagi diana
    lama tak singgah sini busy segala macam kerja, bunga2 yg berkembang mmg menarik dan tertarik, tapi nak tanam? aduhh kerja dlm umah belum beres tak tertanam rasa nya, apa2 pun lepat dan lempeng tu sedappp suka yg ada pisang2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Kak Noor.

      Sekarang dekat sini sebelah siang panas. Tak berapa daya sangat nak buat kerja di luar lama. Kekadang bunga yang dah lama tak berbunga dah mula bunga semula pun tak perasan.

      Padam
  4. Kakak memang kagumlah Diana ni. Bukan saja pandai bercucuk tanam tapi juga tahu nak menggayakan segala tanaman - digunakan sepenuhnya. Berbaloi betul kalau macam ini. Bersih dan sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia KakZakie.

      Diana tak pandai sangat bab masak ni main campak -campak je asal rasa tak pelik hehehe. ...
      Masak sendiri bila ramai baru rasa puas makan.

      Padam
  5. Saya bercita-cita nak jadi mcm akak. Hehe tp xde kebun yg luas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia We Linnasya.

      InsyaAllah boleh tanam macam-macam. Vertical garden pun bagi lebih banyak ruang untuk bercucuktanam.

      Padam
  6. mmg mengenalla strategi kill 2 birds 1n one stone tu diana hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia @na.

      Hahaha. ..nak cepat perabihkan bahan. Nanti banyak nak kena melepat.

      Padam
  7. sedapnya lempeng pisang tu, lagi2 makan waktu panas2...emm, emak saudara saya panggil lempeng pisang tu Kuih Puteri Hangus..hihiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Nani.

      Lain kali nak juga panggil nama glamour Kuih puteri hangus.
      Betul makan masa panas lagi syok.

      Padam
  8. Pisang saya pun tumbang ...2 pokok .tapi dah hampir tua so 2-3 hari simpan dah kuning .Sedap lempeng tu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Suzie.

      Masih ada baki nak habiskan pisang nangka yang tumbang hari tu.
      Sekarang menanti ada 2 jenis pisang tak lama lagi nak masak.

      Padam
  9. akakk.. hippeastrum merah imm dah kembang mekar jugak..senyum simpul kite..kejap2 jenguk laman ikut tingkap (^___^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Imm.

      Dah jenguk hippest rum IMM indah sungguh.

      Padam