Enquiry yang kerap diperolehi untuk bekalan bunga dari Kebun Bahagia Bersama ialah Ros Jepun. Kalau di Australia dahulu ianya lebih dikenali sebagai portulaca dan bukan Japanese Rose. Untuk Gardeners yang kekurangan ruang ini adalah antara bunga yang digemari untuk dibela sebab mudah tumbuh dalam container garden dan bahagia jika menerima cahaya matahari yang banyak. Big Boss Kebun Bahagia Bersama banyak tanam di kebunnya semasa di Telipok dan sekarang di KingFisher dalam pot letak atas tembok. Ros Jepun jika kekurangan cahaya dan siram banyak sangat air boleh menyebabkan batang lembutnya reput. Jadi perlu berhati-hati lebih baik letak di tempat yang menerima cahaya matahari yang banyak.
Antara jenis Ros Jepun yang rajin menceriakan Kebun Bahagia Bersama ialah jenis White Candy Red Stripe yang berwarna putih dan ada jalur-jalur merah macam Zebra. Jenis kelopak bunganya kembang selapis. Salah satu tempat tukang kebun tumpangkan ros jepun ini kongsi pasu bersama desert rose yang sedang membesar. Jenis ini kenangan Ros Jepun tukang kebun beli masa last trip ke Tamu Donggongan lalu. Ros Jepun ini akan dibekalkan secara rooted plant dalam pot ya. Kebun Bahagia Bersama tak bekalkan dalam bentuk keratan batang Ros Jepun nanti botak pokoknya, tukang kebunnya tak puas jamu mata.
~ 1 pot White Candy Red Stripe Portulaca RM5.00 ~
Minggu lepas pertama kali bawa Panther jalan-jalan ke belakang kebun. Mula-mula menangis tak biasa asyik naik atas kereta sorong atau kaki tukang kebun. Nak minta temankan tukang kebun bersihkan raised bed 1 meter persegi. Sambil-sambil gemburkan tanah tak teringat dulu ada sepokok sengkuang tumbuh sendiri di sini. Sekali tercangkul ubi sengkuang terkejut juga tengok ianya bertapa dalam tanah dah sebesar ini.
Syukur Alhamdulillah bulan ini memang pokok buah nam nam menghasilkan buah yang lumayan. Cuaca bulan ini memang buat pokok nam nam bahagia berbanding dengan tahun lepas.
Self-Collect Schedule:~ 18hb April 2015 Sabtu dari pukul 5:30 PM ~ 6:00 PM di Sungai Buloh
~ 22hb April 2015 Rabu dari pukul 9:00 PM ~ 9:30 PM di Sungai Buloh
haaaaa cantikkk..
BalasPadamharapnye kedai bunga yg imm slalu pegi tu ada lah stripe red ni,,weekend ni nak g terjah lagi hehe..skang imm ade stripe pink je.
Wah! dari mn dapat bunga rose jepun mcm ni? daun dan pokoknya selalu nampak di kebun tp bunga cantik. tak pula saya nampak pokok di kebun tu berbunga... order utk satu bunga rose jepun tu.
BalasPadamfuh! tengok tanah kat pic sengkuang tu fulamakkkk... subur hitam lagi...bahagia sayuran n bunga tumbuh kat situ...
Jika masih ada stok pokok nam nam sy nak impan utk satu pot...
Salam Diana...kk nor nak rose jepun ni. Tlg simpankn satu..boleh bg email address sbb ada benih lain akk nk order dgn Diana. TK.
BalasPadamCandy stripe ni memang cantik dan comel kan Diana. Kak baru semalam duk mengumpul warna2 yang ada..rasa2nya sudah berbelas jenis sudah tapi tak sempat lagi nak susun semuanya setempat...
BalasPadamSalam Bahagia Imm Hassan,
BalasPadamInsyaAllah kalau ada rezeki dapatlah Imm tambah koleksi yang sama macam ini juga.
Salam Bahagia Carlz,
Yang ni beli dekat Tamu Donggongan je suka-suka buat kenangan. Selalu pergi tamu tengok mana yang pelik sikit buat kenangan pergi sana hari tu.
Ini raised bed dulu pernah tanam ikan koi dan kubur angsa.
Tak pula pernah baja.
Salam Bahagia Kak Nor,
Boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).
Salam Bahagia Kak Mala.
Bunga ni Diana tak berapa minat sangat, tak macam edible plants hehehe....
Saja je suka-suka menumpang dalam pasu-pasu lain yang nampak kosong dari dipenuhi rumpai.
Banyak dah tu koleksi personnel Kak Mala.