Teringatkan kata-kata sepupu yang duduk di Johor kos nak beli makanan untuk masak sehari pun sudah dalam RM20 hujung tahun lepas. Itu bahan untuk masak, kira dah berjimat belum lagi yang tapau beli lauk di luar. Kalau masak tiap-tiap hari dalam sebulan kos bahan makanan lebih kurang RM600 belum lagi masuk tong gas dan lain-lain. Kebetulan pula sepupu yang usia muda setahun dari Tukang Kebun juga mempunyai 3 anak yang semuanya sebaya dengan anak-anak Tukang Kebun. Dengan GST sekarang tambahlah hampir RM60 bergantung kepada apa yang dibeli samaada dikenakan GST atau tidak. Tapi pasti lebih tambahan RM60 walaupun barang takde GST sebab banyak barang-barang keperluan tertentu harga dah naik pun.
Tukang Kebun rasa dah lebih masuk pertengahan bulan ini pasti ramai yang cukup terasa dengan lifestyle yang terpaksa diubah bulan ini. Pasti yang lebih terasa adalah golongan pertengahan ke bawah lebih-lebih lagi yang mempunyai tanggungan yang banyak ahli dalam 1 keluarga. Sesiapa yang in a pinch bolehlah makan makanan sihat jadi vegetarian sekejap dengan protein yang boleh diberikan oleh 'Tempe'. 'Tempe' pun biasanya 1 pek RM1 je dan makanan yang sepatutnya tiada GST. Kalaulah ada sayur-sayuran dari kebun sendiri ready untuk dituai boleh jelah campur-campur goreng sekali masak berlada ke atau dan lain-lain dengan Tempe. Makan Maggi pun boleh kira mahal juga. Yang suami isteri bekerja pun boleh, sebab tak perlu pening nak fikir nak kena defrost apa-apa jenis daging bila sampai rumah. Sementara tunggu nasi masak, sempat je nak masak tempe. Nak masak pun cepat, cuma perlu goreng-goreng je dulu pastu ikutlah nak buat style apa. Kalau ada lebih pun boleh tapau buat pergi kerja esok sebab tahan lama. Yang berdiet pun tak perlu risau sangat, kalori tak banyak sangat pun especially kalau 100% vegetarian. Tempe yang dibuat dari kacang soya dari tumbuhan.
Sorry gambar tak berapa menarik sangat. Tapi inilah hasil masakan tempe berlada yang dicampur je dengan apa tuaian of the day dari Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun biasanya beli 2 pek Tempe setiap minggu jadi, seminggu pasti ada 2 hari lauk Tempe berlada. Abby pun sekarang suka makan Tempe. Masak berlada pakai je cili tumbuk fresh dari kebun sendiri. Kekadang masak dengan terung pipit atau pisang pun ada macam dalam gambar. Stok ikan bilis kering dah kehabisan tunggu Big Boss balik Rabu ini ole-ole dari Tawau. Ilhan suka ikan bilis biasanya kalau Tuan Tanah balik Semenanjung Malaysia atas urusan kerja, nenek Ilhan (Big Boss) kirim ikan bilis sebab dekat Sabah lagi murah.
InsyaAllah kalau berani nak cuba berkebun lebih banyak saving, ada pokok cili burung, pokok terung pipit, dan beberapa pokok yang mudah tumbuh macam rumpai jimat belanja dapur banyak. Kalau dekat Kebun Bahagia Bersama ini cili burung, terung pipit dan ginseng jawa banyak tumbuh secara sukarela.
Masa zaman Tukang Kebun kanak-kanak riang roti di atas ini kami panggil roti krim, dalam 20 tahun lalu harganya hanya 20sen. Kemudian pada tahun 2013 harganya 60 sen. So kita agak-agak dalam 15 tahunlah naik harga 40sen. Tahun 2014 bila harga minyak dinaikkan maka naiklah 10 sen jadi sebungkus roti krim ini 70sen. April 2015 harganya sudah melonjak naik 15 sen jadi 85 sen sebungkus. Jadi dalam 2 tahun lebih sahaja pengguna macam Tukang Kebun ni terpaksa tambah belanja 25 sen untuk beli 1 roti krim untuk anak-anak. Mana boleh beli 1 je kan, ada 3 anak jadi tambah belanja 75 sen dah boleh beli sebungkus lagi tahun lepas. We can clearly see how incompetent the current government is handling the country finance/economy (what kind of research have they been doing). WOW dulu it takes 15 years nak naik harga tambah 40 sen. NOW only takes 2 years harga tambah 25 sen? Nasib yang ini tak dikenakan GST, kalau kena GST 6%?
Dulu harga ikan kembung segar lebih mahal dari ikan sardin dalam tin. Sekarang ni baik beli 5 ikan kembung segar lagi murah dari 5 ketul ikan sardin dalam tin tu. Harga ikan sardin dalam tin pun yang Malaysia brand pun harga dah naik mendadak bandingkan dengan hanya beberapa tahun sahaja. Sekarang sudah terbalik Orang Kaya je boleh makan ikan sardin dalam tin bak kata dearest hubby ya. Of course fresh sardine much cheaper lah sekarang ni dari yang duduk dalam tin. Kami pun tahun ini tak beli langsung dah ikan sardin dalam tin sebab lebih healthy beli ikan segar lagi jimat. Katanya GST 6% nak menggalakkan ramai orang masak di rumah terutamanya student. Kami almost everyday masak tapi belanja dapur meningkat juga April ini.
Sebelum kita nak kata pengilang roti contohnya seperti Gardenia dulu mengambil kesempatan, kita nak kena fikir juga walaupun minyak tak naik. Tapi pengilang pun kena bayar logistic atau perkhidmatan transportation yang juga dikenakan GST 6% , tentulah kos bahan mentah juga akan naik sebab bahan mentah pun kena pakai transportation nak sampai kilang. Lepas dah proses pula, untuk pemasaran juga kena gunakan perkhidmatan logistic juga supaya mudah sampai kepada pengguna. Takkan kilang nak rugi besar, pastilah kos mereka nak keluarkan barang juga meningkat. Economy bukanlah major Tukang Kebun tapi adalah pengalaman bekerja di Kilang dulu kena kira-kira kejar Sales setiap bulan, kita fahamlah chart flow dia kos bahan mentah nak buat barang dan nak hantar barang, perkhidmatan kos logistic pun nak kena ambil kira. Yang tak jujur dan tak buat homework dengan betul ialah yang tak tepati janji sedap je kata harga barang kekal dan tak naik. Takkan nak suruh pengilang tempatan kita bankrap tutup kilang, mana diorang nak compensate GST 6% yang terpaksa dikenakan oleh syarikat logistic. Tentulah mereka juga terpaksa naikkan harga barang. Kalau kilang tutup, kesian ramai yang terpaksa dibuang kerja.
Kesimpulan dari contoh cerita di atas, perkhimatan logistic seperti Pos Malaysia pun terpaksalah kenakan pelanggan mereka GST 6%. Yang sedia maklum, Tukang Kebun biasa pakai sampul atau kotak prepaid Pos Laju Malaysia jadi mudah lah dulu harganya seperti tertera di sampul/kotak tersebut. Masuk minggu ini sebab stok kotak prepaid Tukang Kebun dah habis, jadi terpaksalah kos penghantaran naik sebab ada GST 6%. Sebelum April bila beli kotak prepaid contohnya RM20 bayar harga itu sahaja tetapi sekarang beli kotak RM20 kena juga campur GST 6%. Tukang Kebun suka pakai kotak prepaid dulu sebab memang kos penghantaran Tukang Kebun takde tambah apa-apa, ikut harga sampul dan kotak je tepat-tepat, supaya pelanggan tak musykil ingat Tukang Kebun ambil kesempatan. Jadi harap maklumlah kos penghantaran minggu depan untuk Pos Laju dah naik ya. Awal bulan lagi dah naik tapi sebab Tukang Kebun simpan stok prepaid di rumah.
~ Self-Collect Schedule This Week ~
Rabu 22hb April 2015 pukul 9:00 malam ~ 9:30malam di Sungai Buloh.
~ Self-Collect Schedule This Week ~
Rabu 22hb April 2015 pukul 9:00 malam ~ 9:30malam di Sungai Buloh.
Yup, two years and the price rises that much. Kot-kot mereka tak makan roti krim 'low class' nih, cuma order high class bread from some French bakery jadi tak tau kenaikan harga mcm tu. I nih budak besar masih suka makan roti krim tu, hehehe.
BalasPadamOrg yg rajin pun terjejas apa lagi yg tak ada tanam langsung. Memang kena naikkan juga sebab kalau tak kos kena tanggung. Itulah hakikat yg tak boleh dinafikan. Rasa kakak semua dah alert walau dlm hati tak suka..
BalasPadamMemang dah lama kecewa dengan sistem pentadbiran kerajaan skrg...tapi nak buek cemano? Hidup kena diteruskan jugak...
BalasPadamJadi kena tambah usaha sendiri, tanam edible plants utk kegunaan sendiri, jimat jugak la few ringgits. Kalau ada banyak kawasan mcm rumah Diana, boleh usahakan ternak ayam itik...huhuhu
memang best la dapat makan dari hasil tanaman sendiri, ringkas dan berkhasiat...dan paling penting blh la jgk elak sikit gst sana sini tu ...
BalasPadamKak harap makin ramai orang akan beralih arah hobinya kepada berkebun dan menternak...( bukan kerana GST...) memang sangat menguntungkan belanja dapur..kak kagum tengok orang yang duduk rumah flat pu mampu bermini kebun...salute!
BalasPadamMasih blm terima bill 1st half bulan april dari poslaju. So x tau samaada harga dah naik atau masih kekal sama.
BalasPadamSalam Bahagia Sean.
BalasPadamYes so many goods price has rises too much which is insane.
Yup you;re right cos they are born in a golden platter wouldn't care much of the rakyat normal food. The rakyat normal food is not significant to them.
What normal bread to them would be as you said from some French bakery.
Even a hairdresser which invoice them more than 1K per visit is not such a big deal to them. When that per-visit maybe equivalent to someone else worth a month salary.
So many useless heads up there.
Salam Bahagia KakZakie.
Walaupun ada sayur dan daging sendiri, minyak masak, sabun dan beberapa keperluan masih perlu dibeli jadi sedikit sebanyak pun terjejas juga. Sejak ada GST ini our small luxury macam beli minyak masak import seperti canola terpaksalah dilupuskan. Kami ubahlah gaya masak dengan pakai minyak tempatan. Harga terlampau berbeza minyak masak import sekarang.
Salam Bahagia Neny,
Betul sistem pentadbiran sekarang dah tak pandai nak encounter problem economy. Semuanya nak copycat negara moden kononnya nak nak jadikan negara menjadi lebih maju. Kononnya ada GST seperti negara maju, Malaysia lebih maju.
Bila negara dulu gawat, Malaysia berjaya tak perlu hutang dengan World Bank seperti negara lain, semua pandang puji keberanian dan kebolehan Malaysia.
Sekarang ni malu kita dikatakan antara negara paling corrupted which is truue.
Betul nak kena usaha dengan perubahan seperti era zaman dahulu, ramai bertanam di laman nak isi perut.
Majlis Bandaran pun should change its policy berikan peluang untuk penduduk bela 1~2 ekor ayam.
Salam Bahagia @na.
Syukur Alhamdulillah memang jimat masa dan petrol tak perlu keluar kalau bercucuk tanam sendiri. Bercucuk tanam pun mengeluarkan peluh seperti bersenam.
Bolehlah elak GST sikit dan cabar diri fikir masak bahan yang tak dikenakan GST.
Salam Bahagia Kak Mala.
Tapi kalau disebabkan GST pun mana tahu you get addicted growing your own food. Then become a new passion in life.
Asalkan ada sedikit ruang, kalau kreatif boleh je tanam macam-macam.
Salam Bahagia Shas,
Pos Laju related semua kena bayar GST 6% dear. Beli kotak prepaid pun kena tambahan GST.