Halaman

Sabtu, 18 April 2015

Angsa Chronicle

   Masuk tahun 2015 ini perubahan Kebun Bahagia Bersama yang ketara ialah kami dah mula fokus bela ternakan sendiri untuk isi perut sendiri. Tak disangka juga sebenarnya sebab its not our 2015 resolution. Tapi Syukur Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi OlehNya, hati ini terdetik nak mencuba-cuba. Agaknya nak hadapi GST ini yang memang membebankan rakyat. Sama juga macam mula jejak dalam gardening ketika itu rasa dunia gelap bingung, hidayah mula nak cuba berkebun itu diterima hampir 6 tahun lalu.  Walaupun pada mulanya secara jujurnya Tukang Kebun amat rasa nervous dan tidak yakin diri nak bela pelbagai jenis ternakan ini. 
   
   Hari ini Tukang Kebun nak kongsi cerita mengenai our adventure struggle nak dapatkan anak angsa secara pengeraman semulajadi yakni bukan memakai incubator. Nak beli incubator berharga beratusan ringgit tu takde budget lagipun bukannya ada beratus-ratus telur dalam sebulan nak kasi menetas pun. Takpe start slowly, have more experience and pratical learning first. Nak beli anak angsa memang takde budgetlah. Kalau anak angsa angsa kelabu sepasang harganya sekarang boleh mencecah sekitar RM150. Kalau baka anak angsa putih sepasang RM250. Di Sabah lagilah anak angsa kelabu sepasang RM600. Itu baru harga untuk anak angsa, belum lagi angsa dewasa, semakin umurnya meningkat, harganya pun meningkat. Big Boss yang menetap di Sabah pun tak sanggup beli walaupun hati Big Boss teringin sangat.
 Al-Kisah, awal Tahun lepas kami dikejutkan dengan perjumpaan 2 telur saiz yang besar dari biasa (related posting klik sini) bersepah dalam kebun. Kami pun teragak-agak ini ada kemungkinan telur angsa ke. Kebetulan Fluffy <Baka ayam telur betina>(Gambar No.1) tengah mood mengeram telur jadi kami tumpangkan sekali. Telur Fluffy kami ambil sebab ianya tak akan menjadi sebab takde ayam jantan. Syukur Alhamdulillah telur tersebut fertile dan sebiji berjaya menetas secara semulajadi dan keluarlah anak angsa berwarna kuning (related posting klik sini) yang kami panggil Febbie. Malangnya beberapa hari selepas itu biawak saiz kecil boleh menyisip bawah pintu reban datang makan anak-anak angkat Fluffy.

  Untuk memudahkan jalan cerita, mari Tukang Kebun perkenalkan angsa-angsa yang ada dalam Kebun Bahagia Bersama sekarang. Ada 3 ekor, yang seekor betina badan paling kecil kami panggil 'Lady', Ada jantan 2 ekor, seekor kami panggil 'Rocket' dan seekor kami panggil 'Kuning'. Kenapa 'Kuning'? Sebab cuba perhatikan salah satu angsa bonggol di kepala dia tu bukan berwarna hitam seperti angsa kelabu asli tapi ada hint berwarna kuning/jingga di kepalanya tu. Mula-mula kami hairan, kenapa Febbie keluar warna kuning? Sebab biasanya anak angsa baka kelabu, anaknya keluar warna kelabu. Kalau anak angsa kuning biasanya baka angsa putih. Bila tukang kebun buat research tengok-tengok ciri-ciri jenis angsa, Tukang Kebun suspect si 'Kuning' ni mesti baka campuran angsa kelabu dan angsa putih berdasarkan warna bonggol di kepalanya dan warna badannya pun tidak segelap seperti 'Rocket' dan ' Lady'. Jadi Febbie memang anak si 'Kuning'. 

 Meruntun hati Febbie dan Penguin kena makan biawak. Sebab ini pun break record kali pertama Anak Angsa berjaya lahir di Kebun Bahagia Bersama setelah berbelas tahun pengalaman bela angsa di KBB sejak kami pindah ke sini. Macam mana Tukang Kebun tak tumpang bahagia sangat sebab berjaya dapatkan anak angsa walaupun yang lain masa tu tak percaya je dengan cadangan Tukang Kebun biar je Fluffy tolong jadi surrogate mother. Asyik-asyik cakap tak jadi kena pakai incubator. Masa Febbie keluar main-main, si Lady pun memang cam itu anaknya dok sayang-sayang walaupun Febbie ingat Fluffy maknya (Gambar No.2).

  Kekadang terfikir ya betapa binatang pun sayang anaknya walaupun anaknya telah diberikan kepada ibu lain untuk dijaga. Walaupun anak tak kenal ibunya, ibu yang sebenar (biological mother) tetap kenal anaknya.  Daripada dibuang anak-anak tepi jalan tak tahu apa akan terjadi, lebih baik kita cari keluarga yang baik teringinkan anak yang dapat jaga dengan penuh kasih sayang dan beri didikan yang baik untuk dijadikan anak angkat.
  Agaknya bila tengok Febbie, hati si Lady teringin nak mengeram sendiri kut. Kali Kedua si Lady bertelur, telurnya tak bersepah dan terkumpul dalam satu tempat. Mungkin Lady baru mula nak belajar dok perhatikan si Fluffy mengeram macam mana. Tukang kebun trick Lady suruh masuk ke Sangkar 6 dan kurung dia. Beberapa hari selepas tu baru nampak dia dok mengeram sampailah telur menetas. Lepas 2 minggu Lady mengeram, Big Boss balik dibuka Sangkar 6 membebel nanti Lady tak cukup zat asyik terkurung sambil mengeram. Bahagia tengok 3 ekor anak angsa kelabu di celah-celah ibunya secara pengeraman semulajadi. Si Kuning pun amat gembira sangatlah sayang dekat si Lady.

  Sebab rasa belas kasihan maka kami tak kacaulah keluarga ni dan tak ambik simpan anak-anaknya. Biarkan mereka jaga. Seminggu lebih lepas tu tukang kebun tengah propagate pokok dengar dalam Sangkar 6 riuh. Lalu tukang kebun jenguk, terkejut tengok scene si Kuning dan si Rocket sedang bergaduh sakan. Pertama kali Tukang Kebun tengok mereka bergaduh begitu sampai bergigitan. Tukang Kebun pun tak berani nak masuk sorang-sorang nak redakan keadaan sebab tengok gaya macam mereka follow its 'Animal Instinct'. Cepatlah menjerit panggil dearest hubby suruh tolong leraikan si jantan-jantan tu sambil Tukang Kebun ambil anak-anak angsa tu. Masa mereka gaduh tu dah tak ingat apa dah sampai Lady dan anak-anak kena pijak.

  Meruntun hati lagi kali ini anak-anak angsa tak survive kemungkinan internal bleeding. Tukang Kebun agak si Rocket tak tahan kut giliran dia pula nak mengawan. Hai Rocket si Lady tu kira masih baru nak berpantang kut. Si Kuning beberapa hari tak dekat dengan Tukang Kebun lepas tu sebab tau buat salah agaknya dah kena sepak dengan dearest Hubby berperangai begitu. Hai nak buat macam mana sebab they just follow their 'Animal Instinct'. Inilah masalahnya bila ada 2 jantan dan 1 betina je jadi berebut-rebut betina.
  Kali Ke-tiga Lady bertelur dia tinggalkan dalam Sangkar 4, dia tak de mood dah nak mengeram trauma agaknya. Lalu sekali lagi Tukang Kebun bagi Fluffy jadi surrogate mother. Telurnya menetas tapi baby di dalam tidak sempurna jadi mati dalam beberapa jam selepas itu.

  Mac 2015 lepas Lady bertelur Kali Ke-Empat dalam Sangkar 6. Kali ini dipaksa mengeram lagi sekali kena kurung dengan Rocket sesama. Tukang kebun tengok si Rocket lebih dominant sekarang sebab sebelum itu Tukang Kebun dah tengok aksi yang si Kuning kalah dengan Rocket. Nampaknya Lady gemar mengeram dalam Sangkar 6. Lepas 2~3 hari kena kurung baru dia duduk mengeram. Si Kuning memang sayang dengan Lady, Kalau Lady bunyi je mesti si Kuning berlari duduk luar sangkar. Si Rocket pun tak nak keluar dari Sangkar 6 walaupun dah berapa kali Tukang Kebun tolak keluar pintu tak mahu bergerak. Angsa jantan very protective dengan pasangannya. Si Rocket ni garang, kalau Tukang Kebun lambat masuk dalam Sangkar 6 kasi makan nanti dia gigit kaki Tukang Kebun. Kekadang bukan masalah bagi makan lambat je, nak minta belai pun ya, manja lebih, adakala mood dia nak kita tadah dulang makan dekat dia pulak. Angsa ni macam anak kita perangai berbeza. Kalau si Kuning pula gentle tak pernah gigit Tukang Kebun, kalau tau macam kena marah dia tak datang dekat.
 Sabtu lepas masa Tukang Kebun ronda-ronda pagi macam supervisor tengok betul ke dearest hubby ni dah check semua sangkar punya makanan dan air, terkejut tengok ada anak angsa dah di sebelah Lady. Bahagialah hati Tukang Kebun. Bukannya Tukang Kebun seorang je yang excited, veteran PETS lain pun asyik datang menjenguk di pintu macam si Big Brother Itik Putih, Turkey dan Ayam-ayam mutiara. Semua welcome baby baru, teruja lama takde kelahiran dalam Kebun Bahagia Bersama. Dah mulalah si Kuning asyik tolak terbuka pintu Sangkar 6 berapa kali dalam sehari. Mulanya dalam hati niat dalam 1~2 hari bagi Lady manja dengan anak-anaknya barulah Tukang Kebun ambil jaga tak nak kisah stampeding berulang lagi. Hai bila si Kuning asyik ceroboh masuk banyak kali, tak sedap hati petang tu juga Tukang Kebun ambil anak-anak angsa tu bawa keluar. Itupun kecoh jantan-jantan tak nak kasi ambik silap-silap tukang kebun kena gigit, dearest hubby kena pegang leher Rocket dan sepak si Kuning keluar dari Sangkar 6.  

 1~2 hari si Lady nampak depressed jugalah Tukang Kebun ambil anak-anaknya duduk nak mengeram balik. Tapi telur lain pun dah pecah tengok tak jadi sifat tak penuh (dah minta dearest hubby tanam). Takpelah Lady dalam sebulan lebih lagi nanti, InsyaAllah anak-anak duduk sangkar belakang boleh jenguk jaga. Nanti dah besar remaja boleh dah lepas jalan sama-sama. Dari kena makan biawak dan terpijak oleh bapak-bapak yang tak sabar tu tak boleh control nafsu. Beranak pinak banyak lagi Lady, InsyaAllah bila dah banyak, diberi peluang Lady pula jaga. Kalau dah banyak rombongan angsa di belakang, biawak pun tak berani sangat nak masuk. Tukang kebun kira-kira, angsa betina kitaran musim telurnya dalam setahun bolehlah sekurang-kurangnya 3 kali.
  Hari ini genap seminggulah umur si 'Momo' dan 'Koko'. Jantina tak tahu lagi masih kecil. Sekarang ini 'Momo' dan 'Koko' kongsi sangkar dengan 10 ekor anak ayam. Dah sebulan juga lamanya Tukang Kebun takde beli apa-apa ternakan dah kena banned oleh dearest hubby. 
  Bila nampak je anak-anak angsa dah menetas terus selepas breakfast kami singgah beli anak-anak ayam sebab memang dearest hubby kata dulu kalau anak angsa dah menetas baru boleh beli PETS baru. Terkejut tukang kebun kali ini seekor anak ayam baru lahir harga RM4.00 dah. Aik takkan anak ayam pun ada kena mengena dengan GST kut. Setahu Tukang Kebun baru-baru ini beli makanan ayam sejak ada GST di kedai lain harga maintain sama je. Ini yang boleh dikatakan peniaga atau pembekal yang ambil kesempatan. Nak kena check harga di tempat lain juga. Sebab Tukang Kebun ambil 10 ekor dapatlah harga RM3.80 seekor. Lagipun tauke tu pun tau Tukang Kebun kalau biasa ambil pun bukannya seekor dua. Batch kali ini jenis ayam kampung jenis kacukan. Yang seronoknya, akhirnya Tukang Kebun dapat juga jenis 'Ayam Botak'. Dah lama teringin sebab masa Tukang Kebun remaja dulu Big Boss rajin juga bela jenis ayam botak. Tapi yang ini tak pasti baka pure ataupun Ayam Kampung campur dengan Ayam Botak. Alasan kali ini beli anak-anak ayam sebab nak temankan anak-anak angsa tidur malam sama sangkar takdelah sejuk. 
  Lihatlah kenakalan si Panther bila tukang kebun alihkan anak-anak ayam ini ke dalam sangkar. Nak cuba ambil anak ayam. This is cheating Panther, nak belajar memburu pergilah ke kebun belakang tangkap tupai. Tukang Kebun dah pesan dekat si Tigger teach Panther not to eat live chicken ya suruh buru benda lain. Tigger dok monitor si Panther.
  Ahad lepas pula Tukang Kebun borong 6 ekor anak ayam belanda berumur 2 minggu pula, mentang-mentang dapat green light semulakan. Disebabkan ambil banyak seekor RM15.00. Anak ayam belanda ni kalau umur dah sebulan biasanya dijual dengan harga antara RM30~RM40. Anak angsa ni macam cepat membesar je, nanti nak kena pindahkan kongsi sangkar dengan ayam belanda pula. Untuk April ini sahajalah shopping ternakan Tukang Kebun kut. Ini kira 1 batch untuk April 2015 bila dah besar akan kongsi sangkar bersama-sama. 

  Belanja beli live ternakan untuk Bulan April 10 ekor anak ayam (RM38) dan 6 ekor anak ayam belanda (RM90). Jumlahnya masih murah lagi jika kena beli sepasang anak angsa kelabu. Syukur Alhamdulillah ada rezeki timang anak-anak angsa kelabu bulan ini. Hopefully Momo and Koko hidup bahagia lama di Kebun Bahagia Bersama. Setahun lebih nak bersabar nak dapatkan anak-anak angsa secara pengeraman semulajadi dan nak perhati layan perangai-perangai angsa. Macam berkebun, ternakan ni pun it takes practice nak tambah pengalaman untuk berjaya. Bukan semuanya ada dalam buku. Lebih-lebih lagi kita nak troubleshooting sesuatu yang tak kena, jadi pemerhatian adalah penting. We learn while they are growing (anak/plants/pets).
   Hari tu ada Tukang Kebun cerita anak-anak itik Muscovy jadi giler kan (related posting klik sini). Tukang kebun dah troubleshooting dan sekarang ini mereka dah 'docile' normal itik balik. Now in their best behaviour. Terima kasih banyak-banyak kepada Sha di 'Falraisi Growing Garden' kerana bagi bantuan tips untuk Tukang Kebun flashback apa punca utamanya. Punca utama adalah pertukaran diet Itik Muscovy yang Tukang Kebun kenakan membuatkan mereka hyper kerana 'Sugar Rush'. Tukang kebun gave them too much sweet candy. 

 Walaupun Itik ini membesar dengan cepat nampak sihat tetapi mereka malnourished tak cukup nutrient kerana diet tidak seimbang jadikan mereka giler. Sebelum mereka mula gigit antara satu sama lain tu dalam seminggu tu sebab dedak habis dan nak cut cost down food, tukang kebun hanya bagi makan jagung. Wah cepat membesar because all of that sugar. Ada juga Tukang Kebun letak kelapa, tapi masalah dengan itik depa ni tak pandai makan isi cuma makan tombong sahaja. Kebetulan stok kelapa yang ada ketika itu semua tak de tombong, anak-anak ayam duduk sama sangkar tak de masalah sebab suka patuk-patuk isi kelapa cuma Itik Muscovy ni yang tak pandai nak meratah isi kelapa. 

  Masalah anak-anak itik Muscovy ini pula bila dibebaskan awal-awal pun tak berapa pandai nak cari makan. Jadi bila tukang kebun ke belakang, jika mereka lapar mesti mengekor Tukang Kebun. So Tukang Kebun tukar diet 50% dedak dan 50% jagung. Lepas dah beberapa hari pandai mula makan daun ini itu. Diorang tak nampak hyper lagi dah. Sekarang ni pun bila potong kelapa, yang tombong besar simpan untuk itik, yang kecik bagi ayam, kena selective. Itik-itik muscovy ini pun dah gemar makan tombong kelapa. Tukang kebun pun ajar makan buah-buahan macam jambu, bila lapar habis juga makan. Anak-anak itik muscovy ini pun dah senyap je tak macam itik telur yang kadangkala memang perangai bising. Tapi anak-anak itik muscovy bila duduk bebas di luar badan jadi susut sikit berbanding bila duduk dalam sangkar. Dah duduk balik dalam kandang baru beberapa hari ni nampak naik badan balik.
  3 hari lepas terpaksa Tukang Kebun kurung semula Itik-itik Muscovy ini sebab rupa-rupanya sebelah petang bila Tukang Kebun takde di kebun ada yang datang jenguk itik-itik Muscovy ini. Patutlah seekor-seekor hilang tiap hari bila Tukang Kebun nak simpan semula masuk dalam kandang. Dah mula datang balik rupanya setelah tahu ada free food dalam Kebun Bahagia Bersama ini. Tukang Kebun pun dah agak mesti biawak ada datang ni sebab dengar pagar besi kekadang berbunyi macam ada yang melarikan diri kelam kabut langgar ketika Tukang Kebun ke belakang waktu petang nak ambil sesuatu.

  Tukang Kebun hairan kenapa angsa-angsa ni bising dekat belakang pada suatu petang minggu ini, bergegas Tukang Kebun tengok sambil capai parang rasa tak sedap hati ke kebun belakang. Mula-mula tak perasan rupa-rupanya biawak besar macam buaya duduk di bawah pokok ciku dan angsa-angsa berdiri bising mundar mandir dekat belah depannya lagi nak bagi warning dekat kawan-kawan lain be careful ada predator. Mula-mula tengok tu adalah juga rasa takut, hai tapi bila fikir 3 ekor itik muscovy yang hilang dah dibaham tu dengan yang anak-anak itik muscovy lain masih ada bermain di luar geramnya hati.

  Dah tak fikir panjang macam Red Indian with a long ponytail angkat parang CHARGE!!! Berlari laju kejar biawak buaya tu sampai dia pun terkejut lari lintang pukang terlanggar tembok belakang beberapa kali nak larikan diri. Never show your fear towards the enemy. Lekas-lekas anak-anak itik Muscovy disuruh masuk kembali ke kandang. Pasti akan datang lagi selagi dia rasa ada makanan di situ setiap hari. Sobsobsob tinggallah 11 ekor je anak itik Muscovy tukang kebun.

   Dah agak dah the next day datang jenguk lebih awal pula sampai Tukang Kebun yang terkejut sebab tak perasan masih tengahari buta lagi baru nak masuk rumah. Sambil Tukang Kebun buang bahan-bahan kayu yang dah pruning ke dalam kolam. Tiba-tiba opposite kolam di mana banyak pelepah kelapa layu dikumpul atasnya ada biawak besar lagi dia pun terkejut juga sebab Tukang Kebun tengah baling kayu. Nasib baik terus biawak tu lari without me having any weapon for defense. Hujung minggu je lah kasi keluar anak-anak itik sementara biawak ni kerap datang semula. Bila kena kurung semula anak-anak itik Muscovy ni nampak naik badan semula lebih cepat.

  Itulah dugaan Tukang Kebun bela ternakan ni, siang si biawak menunggu, malam pula si musang menunggu. Antara sebab angsa-angsa ni penting ronda-ronda di belakang kebun. 'Momo' & 'Koko' pun dah setiap malam asyik tido dengan adik beradik angkat lain juga bakal jadi security guard di belakang kebun jaga yang lain-lain. Hope you have a gentle heart.

12 ulasan:

  1. fuihhh panjangnye tapi imm baca smpai habis..kejap2 scroll balik ke atas sbb lost track, siapa febbie, lady, fluffy..haha banyak betul name2 pets yang keluar f(^_^ ;)

    BalasPadam
  2. Seronok akk membaca...reminiscing old memories. Pagi2 kutip telur itik, angsa jaga kawasan..ayam katik pun ada..siap ada nama lagi..kk nor

    BalasPadam
  3. Faham akan situasi sedemikian, sbb dulu ayah pun ada pelihara ayam... tiap malam dilawati oleh musang dan siang pula terkedek-kedek pula biawak besar gedabak berkunjung tanpa diundang. Diana try bagi makan bangkai binatang yang diletakkan racun dgn syarat letak bangkai tu jauh dari kejiranan haiwan peliharaan agar tidak terjadi apa-apa. Biawak n musang akan tertarik bau tersebut dan makan. pas tu akan mati. Kurang sikit predator pengganggu. Tp hati2 lah jgn kucing peliharaan ko lak yang balun bangkai tu tak pasal2 sasaran tersasar. Good luck

    BalasPadam
  4. Best nya Diana...I pun nak bela ayam rasanya. Tapi sebab duduk kat area perumahan ni terbantut kejap idea. Nak bela dalam cage Kesian plak fikir. Tambah ngan GST yang ada sellers ambik kesempatan atas consumers yg kurang knowledge about this gomen's move etc. Gerammm!! Anyway good to hear about your muscovies and glad that I was able to assist in some small ways. Kudos to u Diana !! :)

    BalasPadam
  5. Lol..nice...nice story ! I've enjoyed reading it. Kelakar betul tengok Panter and mcm2 perangai angsa2 tu.
    Rgds, Choi Min

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Choi Min.

      Panther at the age so playful

      Padam
  6. Seronoknya kalau kakak dpt buat macam ini semua.. Masa kecik semuanya comel-cute. geram tengok:)

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia Imm,

    Terima kasih sudi baca rambling yang panjang lebar ni hehehe...bagi nama senang nak bercerita dengan team members.

    Salam Bahagia Kak Nor,

    Yang ada nama tu memang confirm tak sembelih makan ada peranan masing-masing. Tak de nama banyak juga PETS tu sebab masih belum confirm sembelih atau biarkan je.

    Salam Bahagia Carlz.

    Kucing-kucing pun banyak meronda ni, cantik-cantik pula tu memang sah ada tuan masing-masing. Kucing meronda banyak ni yang bagusnya tak delah masalah tikus sangat. Kekadang takut juga kalau tikus datang menumpang makanan dengan anak-anak itik atau ayam yang masih kecik. Takut tikus makan anak-anak ayam pun ada juga.
    Hai hari ini biawak kecik pula duduk berenang dalam kolam patutlah itik semua tak mandi kolam.
    Biawak kecik ni pula takut boleh menyisip bawah pintu kandang pula.

    Salam Bahagia Falraisi,

    Thank you very much for helping us to figure out what went wrong with the Muscovy.
    Bela seekor dua dulu just to get use and think of a creative way to keep them happy.
    Kalau tak bela puyuh dulu kecik-kecik dapat juga telur.
    You also get free manure. Dah muak telur, daging pun boleh makan.

    Salam Bahagia KakZakie.

    Masa kecik memang geram nampak comel-comel.

    BalasPadam
  8. Kat mana beli febbie (ayam petelur tu)?

    BalasPadam
  9. Salam Bahagia Eman90,

    Fluffy?
    Dekat Pasar Borong Meru.
    Tapi menurut peniaga dah susah nak dapatkan baka Fluffy bila kami ke sana bulan lepas.

    BalasPadam
  10. Ayam yg dah besar ke kecil lagi. Dia reti mengeram ke? Sebab saya ada gak beli ayam pencen (ayam telur yg dahvpencen) tapi xsure boleh mengeram ke x

    BalasPadam
  11. great story!!! lol

    BalasPadam