Halaman

Rabu, 8 April 2015

Muscovy War Zone

   Mulai dari minggu lepas tukang kebun jadi over-stress tengok gelagat itik-itik Muscovy yang baru genap masuk sebulan umurnya hujung minggu lepas. Gambar atas contoh pembesaran itik Muscovy yang baru masuk sebulan umurnya. Anak-anak itik sebenarnya mudah jaga sebab tak mudah demam atau kena serangan penyakit cuma punca utama biasanya kemalangan atau kecederaan yang kritikal sahaja. Ini pengalaman pertama tukang kebun membesarkan jenis itik-itik Muscovy dari baru lahir. Itik-itik muscovy pure ini adalah baka yang asalnya diimport dari France oleh pembekal.
  Begitu pesat pembesaran Itik-Itik Muscovy berbanding dengan PETS yang juga lebih kurang sebaya umurnya di dalam Sangkar D (Gambar baby klik sini). Minggu sebelum itu, tukang kebun hairan juga tengok kenapa itik-itik ini menggigit kepak yang sedang nak tumbuh berbulu antara satu sama lain sampai berdarah. Tengah gatal ke rasa kepak sebab nak tumbuh sayap bulu. Gigi itik muscovy ini sakit tau, makin besar makin terasa sakitnya dia menggigit tapak kaki tukang kebun siap kali masuk. Masuk minggu lepas tukang kebun stress tengok kenapa itik-itik Muscovy ini menggigit bukan sahaja di kepak tapi di bahagian bontot sampai berdarah-darah. Makanan tukang kebun perhatikan masih lagi banyak di bekas jadi tidak mungkin mereka kelaparan. 
  
 Sampai hari Jumaat lepas, ada seekor itik Muscovy antara yang kecil bontotnya berlubang kena serangan gigitan. Akhirnya 2 ekor itik muscovy mati akibat serangan sesama mereka petang Jumaat. Ayam-ayam pula yang jenis ayam kampung kacuk dan ayam mutiara tidak kena serangan. Cuma Ayam daging ada juga yang menjadi mangsa bontot sampai berlubang. Sebab dah over-stress dan kepala pun dah tepu, agaknya dekat raut muka pun nampak depress semacam je, dearest husband balik kerja malam kata takpe esok pagi dia tolong pergi tengok dulu. Sebab tukang kebun nak mentally prepared nak tengok horrifying scene sesama mereka menggigit-gigit bulu sampai takde dan berdarah sampai lemak pun tercabut nampak daging belah dalam.
  
  Jadi Sabtu pagi mana yang itik Muscovy dan Ayam daging dah cedera parah, dearest husband sorting tumpang dalam Sangkar C yang belum dikemas sempurna sebab kes emergency. Semua bontot kena tuang ubat gamat. Kemudian semua itik Muscovy dearest husband keluarkan dari Sangkar D pindahkan kejap ke Sangkar F belum kemas buat sementara waktu nak tengok gelagat mereka. Memang ada 1~2 ekor memang saiz ketara lebih besar, yang itu kuat betul attack bulu-bulu kawan yang lain. Yang itu terus ditangkap dan dikeluarkan dari sangkar terus dibiarkan bebas. Ingatkan dah okay sekali tengok ada yang lain-lain juga mula menggigit yang lain bila yang besar takde. Dari mereka duduk dalam sangkar susah nak melarikan diri lalu semuanya dikeluarkan bebas macam gambar di bawah buat pertama kalinya sampai angsa pun macam: "Are you sure they are ready for this outside world"? Tukang kebun : "Horrifying ducks eating each other butts!!! What should I do? So you help me look after them too okay." Si angsa pun awal-awal supervise diorang ni tak kasi pergi jalan jauh-jauh, area dekat je nanti dia halau kalau pergi jauh suruh duduk dekat area sangkar. Sampai hari ini so far 2 ekor dah mati sebab cedera parah kena gigit bontot sampai lubang, maka tinggallah 15 ekor yang masih buat perangai sama sehingga hari ini buat sakit kepala, trauma jadinya tukang kebun,
  Salah satu gambar contoh how horrifying this juvenile Muscovy duck is when they reached a month old. Ini belum parah lagi tapi tengoklah itik yang dekat belakang tu sebenarnya tengah menggigit bontot yang itik depan. Nampak tak dah ada kesan darah-darah. Ini masih consider cedera mild ada yang lagi teruk. Apa yang mengejutkan lagi bila tukang kebun buat observation minggu ini, itik yang paling parah sampai dah tak de bulu dan lemak di bontot yang kami isolate di Sangkar C bertukar-tukar masuk dengan itik yang cedera lain tiap hari, lepas beberapa hari murung sekarang sihat agaknya, dia pula mula menggigit bontot itik-itik lain walaupun lebih besar darinya. Pening, so apa sebenarnya tak kena dengan diorang ni? Makanan cukup. Dah bebas. Mula-mula ingatkan jantan territorial ke apa, beberapa ekor mungkin jantan. Tapi ini semua perangai macam ini. Masa kecik nampak cute je, now causing terror in our kebun. Help please.
  Sabtu lepas sambil kami buat pemerhatian dekat itik-itik muscovy ini, tukang kebun baru teringat ada 2 minggu pokok pisang tumbang tapi tak teralih-alihkan lagi. Ingat nak kemas frontyard rancangannya Sabtu lepas. Tiba-tiba niat di hati berubah pula, jadi projek mengalih-alihkan pokok-pokok pisang yang ada possibility nak tumbang jika ribut kalau pokoknya yang jenis terapung atas tanah akarnya tak mencengkam tanah seperti dalam gambar di bawah. Kena gali lubang dalam-dalam masukkan bahagian berakar dalam tanah untuk mengelakkan tumbang.
  Biasanya kita alih-alihkan anak-anak pokok pisang, kami pula buat projek pindahkan pokok-pokok pisang yang dah tinggi. Kalau dulu pasti dearest hubby kata mana boleh pindah pokok-pokok yang dah besar nanti mati. Tapi Sabtu lepas tukang kebun dah standby bukti boleh sebab dah agak mesti dia kata tak boleh. Tidak lagi bila tukang kebun dah buktikan yang pokok pisang kapal dah nampak matang, tukang kebun alih dan pindahkan semula bila ia tumbang February lalu (related posting klik sini), sekarang dah keluar jantung pisang dan nampak nak ada peluang berbuah seperti gambar di bawah sebagai bukti tukang kebun. 
  Pada awal masa tukang kebun pindahkan pokok pisang kapal memang lepas tu daunnya semua jadi layu, lalu dipangkas yang dah kering. Kemudian sekarang ini dah mula keluar daun hijau baru dan siap dah keluar jantung pisang lagi. Yang nak buat renovation, kalau tempat tu ada pokok-pokok pisang dah besar teragak-agak, boleh je gali keluar pindahkan ke tempat-tempat lain. Gardeners yang nak kemas kebun nak buat layout baru pun boleh je pindahkan pokok-pokok pisang dari ditebang begitu sahaja dibiarkan mati pun sayang juga. If not buatlah guerilla gardening, pinjam je kawasan perumahan mana yang kosong, kalau dah tinggi takkan kontraktor bandaran tak kenal pokok pisang nak potong kut. Kalau dah besar pokoknya tak lama dah menunggu berbuah berbanding nak mencari anak-anak pokok pisang baru ditanam semula. Pokok yang ditanam pun akan menghasilkan anak-anak pokok baru di sebelahnya.
  Sebagai contoh, dah besar memanjang pun antara pokok-pokok pisang yang dipindahkan seperti gambar di atas ada 4 pokok dipindahkan di sini Sabtu lepas (instant kebun/tree). Antara barisan pokok pisang ini, dearest hubby selitkan keratan-keratan ubi kayu. Rumpai-rumpai tu biasalah cepat tinggi musim hujan ni. Rasanya ada juga 20 pokok pisang kami pindahkan pada hari Sabtu lepas.
  Sambil-sambil pindahkan pokok pisang baru perasan ada betik dah kena tebuk. Cepat-cepatlah tuai lama tak dapat makan betik sebab kongsi rezeki dengan mahkluk Allah lain. Lama tak makan betik untuk dinner, pagi esok lawas betul perut ini asyik menggelora je kasi cuci.

9 ulasan:

  1. Dahsyat juga itik-itik tu. Mana tak pening bila sampai berdarah-darah macam itu sekali..

    BalasPadam
  2. Hi Diana, read out this link about the muscovy...might worth a shot when it comes to their protein diet. Good luck!

    http://www.backyardchickens.com/t/400313/muscovy-ducks-murdering-each-other

    BalasPadam
  3. Aku pun teringin nak bela itik atau ayam. Akan diusahakan nanti bila semuanya ok.

    BalasPadam
  4. kenapa yek itik2 tu cederakan kawan2 dia ye...(nanti saya cuba tanya adik saya, dulu emak mentua dia bela itik...)

    BalasPadam
  5. poultry ni ada social hierarchy yg kita panggil pecking order...sebarang perubahan dlm flock tu, akan ada rearrangement hierarchy yg baru. Selalu makngah tengok kes ni dlm overcrowded flock..dok ramai2 dlm tempat yg terhad. tapi byk lagi faktornya...kalau ayam mudah sikit pasal kita boleh buang sikit paruh tu..tp tak pernah tengok lagi deabeaking ducks kat malaysia ni...tak tahulah sekarang kot ada. Cara mudah jgn bagi nampak darah2 tu kat tempat luka tu...kami pernah guna minyak gamat dan memang berkesan.

    BalasPadam
  6. dasyat nye! kami dulu pun penah ada jgk 5 ekor muscovy ni, masa kecik tgk mmg comei igt nk jadikan pet la tapi bila besar dah tak terkawal, lintang pukang kawasan laman rumah diserangnya...tak tahan betul...untuk mengatasinya kami sedekah semo itik2 tu pada pakcik yang selalu dtg mesin rumput rumah kami...dia balik bela kat rumah di kawasan kampung...itik2 bukan main cerianya lagi...siap bertelur tu...
    Alhamdulillah, kami pun turut dapat merasa telur dan daging itik muscovy...hehehe

    BalasPadam
  7. Eiii seram tengok perangai itik ni ya...suka makan montot gitu...

    BalasPadam
  8. Ganas betul itik Muscovy nih. Tapi daging dia sedap, org Cina Foochow suka makan itik jenis nih dari yg biasa.

    BalasPadam
  9. Salam Bahagia KakZakie.

    Pening kepala tengok itik-itik tu makan bulu sesama mereka. Trauma tengok diorang ni.

    Salam Bahagia Sha.

    Thank you for the link.
    Yes I think it might be their diet, just reminded me that I changed their diet recently which cause them to behave like.
    Give them too much candy (sugar) I supposed make them super hyper.
    Now changing their diet and environment looks like we have more improvement and they don't behave horrifying like that.
    Thanks for the tips.

    Salam Bahagia Carlz.

    Itik ni mudah bela tak mudah sakit dan dapat jangkitan. Cuma nak pastikan ada sumber air yang banyak. Ayam tengok jenis-jenis.

    Salam Bahagia Nani.

    Terima kasih cuba membantu dan ringankan kepala tukang kebun :).

    Salam Bahagia MakNgah,

    Ada kata masa baby Muscovy ni elok deabeaking paruh dia sikit sebab memang tajam giginya. Ataupun sayap kasi clip sebelah. Tapi kalau yang suka-suka bela macam kami ini kesian pula nanti susah nak lari dari predator yang rajin jenguk kebun kat belakang tu macam biawak dan musang.

    Salam Bahagia @na,

    Dulu ada gak muscovy dewasa suka duduk depan laman rumah. Tak tahan sebab main lepas tahi ke sini sana geram dibuatnya.
    Untunglah tu dapat rezeki juga lepas berikan orang lain rezeki. Rezeki kongsi bersama.

    Salam Bahagia Kak Mala,

    Itulah nak pergi jenguk setiap hari nak kena prepare mental dulu sebelum tengok perangai mereka yang dahsyat tu. Sekarang dah okay dah. Silap tukang bela-nya bagi diet tak betul.

    Salam Bahagia Sean.

    Tak tahu lagi nak buat makan ke tidak. Kalau dapat telur pun okay juga.
    A change of their diet and lack some nutrient causes them to act like that. Macam buat experiment animal behavior pula related with nutrition.

    BalasPadam