Halaman

Selasa, 12 Mei 2015

Bekalan stock pisang nangka

  Hari ini Tukang Kebun buat catatan kisah untuk kerja-kerja yang dilakukan di belakang kebun pada hujung minggu lepas. Seperti biasa pada hari Ahad akan kami menuai hasil dari belakang atau di keliling rumah. Antara tuaian pada Ahad lepas adalah seperti buah kuning telor, ciku, katak puru, lemon Tahiti, limau kapas, terung pipit, asparagus, mulberry dan kacang kelisa. Kacang kelisa yang melilit pokok mangga di kebun belakang, Tukang Kebun tak perasan yang ianya ada menghasilkan kacang-kacang sebelum ini, jadi banyak dah kacang tua di atas pokoknya. Jadi adalah fresh stock biji benih kacang kelisa dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini.

~ Kacang Botor / Kelisa ~
Anggaran 12 biji benih 1 pek RM1.00 .

 Penghantaran Isnin semalam untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ialah buah Kuning Telor, buah Katak Puru, buah limau kapas, lemon Tahiti dan terung pipit. Jika ada yang berminat slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Buah Kuning Telor untuk penghantaran minggu depan available dalam kawasan Semenanjung Malaysia sahaja (1 pek goodies hampir 2 kilogram termasuk kos penghantaran RM21). Dalam pek goodies tersebut biasanya sekurangnya 1 kilogram buah kuning telor dan hampir 1 kilogram tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama (pesanan email kebunkmg@gmail.com).

  Syukur Alhamdulillah dari minggu lepas itik-itik yang kami bela lahir bulan November lepas dah 5 bulan lebih umurnya dan mulalah musim bertelurnya hampir setiap hari. Itik telur setelah umur 5 bulan ianya akan mula bertelur. Yang di gambar bawah (No. 3) baru 2 bulan lebih umurnya dikeluarkan dari kandang pada hari dearest hubby tak berkerja. Tapi semalam terlepas masa Tukang Kebun masuk kandang nak kasi makan maka bebaslah mereka juga. Yang masih muda ni masih liat nak masuk kandang petang-petang kena main kepong-kepong, tak leh kalau sorang-sorang. Kebelakangan ini stok telur itik nampaknya mencukupi untuk dapur Kebun Bahagia Bersama, maka minggu ini yang extras Tukang Kebun offer untuk yang berminat nak masak telur itik hujung minggu ini. Yang berminat nak dapatkan telur itik dari Kebun Bahagia Bersama boleh booking untuk self-collect pada pagi Ahad minggu ini di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam antara pukul 9pagi hingga 11 pagi. Nak self-collect biji benih dan anak-anak pokok pun boleh pada pagi Ahad ini. Cuma Pasar Online tak dapat self-collect sebab Sabtu busy jadi Tukang Kebun takde masa free nak menuai.

~ Telur itik Kebun Bahagia Bersama sebutir 70sen ~
  Ahad lepas kami pindahkan beberapa anak pokok pisang nangka di kawasan ini sebab dah banyak cahaya matahari yang boleh diterima setelah pokok-pokok buah-buahan besar di keliling sudah diberikan hard-pruning pada Hari Buruh lalu. Bibit kelapa gading yang Tukang Kebun tanam pada hujung tahun lepas yang kurang mendapat cahaya pun dah nampak perbezaan pertumbuhannya (related posting klik sini). Sekarang lagi dapat sinaran matahari, moga lebih cepat pertumbuhannya. 

 Yang berminat untuk tanam kelapa gading boleh juga self-collect bibit kelapa gading di Shah Alam Ahad ini (Promosi bulan Mei 2015; 2 bibit kelapa gading RM5.00). Bolehlah fikir buat guerilla gardening dengan pokok-pokok kelapa jenis rendah di kawasan perumahan. 
  Jika saiz anak-anak pokok pisang nangka yang masih rendah seperti dalam kereta sorong ni, tak bolehlah ditanam di tempat terbuka sedap diratah oleh angsa dan itik. Sekarang ni dah makin meriah dengan ayam dan itik suka sangat mereka meratah anak-anak pokok pisang yang baru je keluar. Batang pisang pun sebenarnya adalah satu sumber bahan makanan yang sihat untuk ternakan. Kalau batang-batang pisang yang baru kena belah-belah lepas ambil tandan pisangnya, ternakan pun suka makan. Jadi tanam pisang ni tak rugi, Tukang Kebun boleh tuai buah pisang, batang-batangnya jadi sumber bahan makanan untuk ternakan atau untuk biar reput sebagai mulching merangkap baja kepada pokok-pokok lain. Kalau Tukang Kebun on holiday biasanya tak risau bab-bab kasi makan beberapa hari jika dibiarkan ternakan lepas, pandai AVIAN pets ni cari makan (habis banyak anak-anak pokok pisang diratah).
  Jadi yang anak pisang nangka masih rendah, dearest hubby tolong tanam di tepi tembok bahagian depan kebun sikit sementara Tukang Kebun sediakan bibit-bibit keladi untuk ditanam berdekatan. Kalau berbuah berat nanti, tembok boleh jadi sandaran nak tampung. Kawasan dalam gambar ini memang pokok kaduk sentiasa naik tumbuh dengan meriah tanpa dibela. Ada juga kami tanam bibit-bibit pisang kadau dekat dengan pokok jambu mawar dan berhampiran dengan tembok ini juga supaya tak pupus Ahad lalu.
  Bulan ini Syukur Alhamdulillah ada beberapa pokok-pokok pisang nangka sedang berbuah dengan pelbagai pembesaran. Yang tercari-cari pisang nangka dan nak booking next batch yang akan masak tak lama lagi boleh email (kebunkmg@gmail.com). Sesisir penuh buah pisang nangka RM5. Sesisir pisang nangka biasanya besar dan bilangan buahnya banyak. 
 Yang ingin menanam pokok pisang nangka juga kami ada bekalkan anak-anak pokok pisang nangka. 

Info pisang nangka juga boleh refer di blog posting sebelum ini (klik sini).

3 ulasan:

  1. K Mar nak kuning telor dan buah pisang nangka .. pek asing2 pun tak pe..

    BalasPadam
  2. AsSalam Diana, tlg reserve kn ank Pokok Pisang Nangka.Bulb Gladiol ade stok lg?

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia Kak Mar,

    InsyaAllah bila semuanya dah nak masak kami pos ya Kak Mar.

    Salam Bahagia Sis Norish.NN,

    Boleh reserve for you anak pokok pisang nangka.
    Gladioli bulb tiada stock sekarang.

    BalasPadam