Di pagi Ahad naik motivasi rasa nak menulis blog dan kemudiannya turun berkebun kerana petang Sabtu bila Tukang Kebun intai saiz kudup bunga si Daylily Siloam David Kirchhoff, nampak gemuk memberi petanda esok bunganya akan mekar. Pagi Ahad setelah mengintai dearest hubby rajin pula mencuci kereta, kemudian tengok dari dalam luar rumah kelihatan Siloam David Kirchhoff kembang riang di depan rumah. Riangnya hati melihatnya kembang bagaikan hadiah untuk Mother's Day.
Tangkai bunga yang keluar di celah-celah daun daylily bulan lepas membuatkan Tukang Kebun tersenyum melihatnya walaupun terbiar abai hidup sendiri di kelilingi rumpai. Lama kelamaan kudup bunganya membesar dan mengemuk. Saiz kudup besar dalam gambar di bawah kalau nak petik buat sayur masak pun boleh juga. Musim ini 2 kudup bunga yang dihasilkan oleh satu tangkai bunga.
Warna bunga baka daylily Siloam David Kirchhoff adalah lembut. Seakan ada 3 lapisan warna iaitu kuning, ungu dan peach pucat. Gambar di bawah adalah diambil pada waktu malam lepas selesai packing goodies untuk dipos awal pagi hari ini.
Self-Collect Schedule This Week:~ 13hb Mei 2015 Rabu di Sungai Buloh antara pukul 9:00malam~9:30malam.
~ 17hb Mei 2015 Ahad di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam antara pukul 9:00pagi ~ 11pagi.
subhanallah.. cantiknya.. macam sayang je nak makan..
BalasPadamSeronoknya...
BalasPadamCantik nya bunga... Lembut warna nya... :-) Baru tau kudup bunga blh makan...
BalasPadamSubhanallah,cantiknya...
BalasPadamSalam Bahagia Nudabuffy,
BalasPadamHehehe...memang sayang nak makan, nak tengok bunganya mekar kan.
Salam Bahagia Kak Mar,
Berbunga-bunga hati tersengih Tukang Kebunnya sorang-sorang.
Salam Bahagia Lee,
Kudup bunga daylily boleh makan.
Lembut memang warnanya.
Salam Bahagia Yin Hasni,
Puas mata memandang nikmati keindahannya.
Ada stok tak kak daylily ni?
BalasPadamSalam Bahagia.
BalasPadamStok daylily tiada sekarang.
Mungkin hujung tahun jika berminat.