Halaman

Ahad, 17 Mei 2015

Orange King Zinnia

 Orange King pula menceriakan suasana Kebun Bahagia Bersama bulan ini. Jenis bunga zinnia yang berwarna jingga ini saiz bunganya sederhana dan ketinggian pokoknya juga adalah jenis sederhana. Kelopak sekuntum bunganya ialah jenis berlapis-lapis.
  Ada yang lapisan kelopak bunganya banyak ada yang double sahaja bergantung kepada faktor persekitarannya. Kalau kurang matahari yang diterima lapisan adalah kurang berbanding dengan yang lebih banyak penerimaan cahaya matahari. Pokok bunga zinnia sukakan kawasan yang menerima banyak cahaya matahari. Untuk pokoknya bersambung-sambung menghasilkan bunga, bunga yang sudah layu disyorkan sentiasa dipotong. Ini juga dapat membantu untuk mengekalkan pengeluaran saiz bunga yang besar.
  Bila hujan lebat, Orange King ketika masih rebah dan belum dibangunkan lagi ada yang mengambil kesempatan meratah kelopaknya. Kadangkala angkara si Pak Belalang atau cik Siput. Kalau Orange King Zinnia anda dibesarkan secara organik ianya sebenarnya jenis bunga yang boleh dimakan. Jadi ianya boleh digunakan sebagai hiasan dengan juadah yang sesuai, kalau ada yang adventure termakan pun masih selamat kerana ianya adalah edible flower. Rasa takdelah tasty tapi lebih kepada seronok-seronok tambahan pula dengan warna zinnia yang terang menceriakan. Selain dari edibility bunga zinnia ianya juga sangat berguna dalam edible garden kerana juga dapat dijadikan tumbuhan companion planting untuk digandingkan bersama pokok bendi ataupun cili.
~ Orange King Zinnia ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (kebunkmg@gmail,com).

5 ulasan:

  1. Tgk kebun Diana rs nk borong je semua tanam kat rmh.Nsb baik dh kena sound dgn anak.Tunggu pokok2 yg ada besar dulu.

    BalasPadam
  2. terimakasih infonya,,
    sangat menarik dan bermanfaat,,
    mantap,,

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia Yin Hasni,

    Tukang Kebun pun asyik tak henti-henti menambah koleksi tak berhenti-henti dan tak puas. Semua geram tengok mana yang belum ada.

    Salam Bahagia Rodo,

    Moga dapat dimanfaatkan bersama.

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Sis Siti Zubaidah.

    Ada stock biji benih zinnia orange king.

    BalasPadam