Halaman

Selasa, 19 Mei 2015

Tuaian Pertengahan March 2015

 Kebelakangan ini kurang ada masa nak mengambil gambar tuaian, biasanya terus petik dan masak. Ini antara kesimpulan tuaian yang untuk minggu lepas. Terung telunjuk masih berterusan dapat dituai setiap minggu. Pokok terung pipit pula memang sentiasa rancak menghasilkan buah. Asparagus masih bertunas. 

Biji benih stock baru bulan ini masuk dalam catalog.

~ Asparagus Mary Washington ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

~ Terung Telunjuk ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00.
  Buah kuning telor pun banyak yang ranum atas pokok tak terambil minggu lepas banyak jatuh-jatuh ke tanah. Biasanya yang jatuh sendiri selalu paling enak di makan. Kalau yang dah pecah sangat habuan untuk anak-anak ayam dalam sangkar. 
 Tak perasan pula ada sepokok pisang nangka yang memang dah lama tumbang, kami biarkan buahnya masak dengan support tembok dah ranum buahnya. Jadinya tengok di tandan pisang, 2 sisir lebih dah jadi habuan tupai agaknya. Bakinya ada elok sedang ranum terus dibuat lepat pisang.
 Hujung Ahad minggu lepas belum tengahari dah ribut hujan selebat-lebatnya, jadi Pasar Online Kebun Bahagia Bersama punya bahagian tak dapat dituai, tunda minggu depanlah ya. Shipment goodies lain pun terutamanya pakai courier Pos Laju Malaysia baru pagi ini dipos yang sepatutnya dipos semalam.
 Dari minggu lepas juga pokok-pokok mulberry asyik berbuah. Untung tanam mulberry bukan sahaja buah yang masak boleh dituai, tapi pucuk muda daunnya juga boleh dibuat sayur. Pucuk mulberry ini sayur kegemaran Rayyan berumur baru nak masuk 6 tahun. Pucuk mulberry masak lemak putih atau rencah sup dengan ikan bilis pun dah jadi kegemaran Rayyan.

~ Anak pokok mulberry ada stock ~
1 pot RM7.00 .
 Sebenarnya pokok ceri barbados pun rajin sungguh berbuah tahun ini, biasanya Tukang Kebun tak tuai saja-saja. Siapa nak makan tuai terus dari pokoknya. Anak-anak pun kalau mengekor buat kerja di kebun belakang, main-main sambil petik sendiri buah ceri barbados.

~ 1 anak pokok ceri barbados RM10.00 ~
  Syukur Alhamdulillah tumbang bahagia bila Julie di My Wonderful Timez kongsikan hasil dari anak pokok ceri barbados dan keratan frangipani yang dipesan tahun lepas sudah menghasilkan buah dan bunga. Gambar atas dan bawah ini dari kebun Julie, pokok-pokoknya tanam dalam pasu.
  Minggu lepas, bunga teratai jenis lemon hardy water lily pun muncul lagi tahun ini. Baka ini bukan jenis tropical water lily. Tapi yang jenis dari cuaca temperate. Lift up sikit mood nak jenguk kebun, mood tak baik je semenjak ni.

9 ulasan:

  1. Ceri barbados saya tanam kat rumah mak memg tak sempat berbuah ranum. anak buah saya suka makan. Xsempat masak kat pokok, hijau2 dah dimakanyer. Kalau tak ada buah dimakanyer pucuk daun.

    BalasPadam
  2. bestnya ada pokok ceri barbados tu diana, sama macam ceri biasa tak diana? , macam2 ada hasil tuaian diana ya, jeles kaknoor.

    BalasPadam
  3. besarnya terung telunjuk dia.. samalah kita, mood tak berapa baik sejak akhir-akhir ni.. kalau nak melepas geram pergi cabut rumpai kat belakang. kengkonon cabut masalah lah.. hihi

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Ratu,

    Tak tahu pulak Ceri barbados ini pucuknya boleh dimakan.
    Yang hijau tu tak masam sangat ke?

    Salam Bahagia Kak Noor,

    Ceri barbados ini kaya dengan vitamin C jadi rasanya masam-masam walaupun masak. Kalau orang suka masam baru rasa manislah bagi dirinya.

    Salam Bahagia Nurul,

    Oh ikut cuaca juga saiz terung telunjuk ini. Kalau panas kurus je jarinya kekadang.

    Betul bagus idea tu pergi cabut rumpai, cabut masalah.

    BalasPadam
  5. Sy berminat nk beli ank pokok ceri n mulberry.. Cmne ye? 0174377917

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Ety.

    Boleh buat pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
  7. ye. yang hijau tak masam malah ranggup.

    BalasPadam
  8. Salam Ratu,

    Mungkin boleh campur dalam masakan juga lah gaknya macam belimbing buloh kan.

    BalasPadam
  9. Dimana ade jual pokok blackberry raspberry ni ...klo ade wasap no sy ni 0177527859

    BalasPadam