Halaman

Rabu, 3 Jun 2015

Gara-Gara Hobbit

  Tahun ini Tukang Kebun tak buat perancangan nak ke Floria Putrajaya 2015. Tetapi Sabtu petang tiba-tiba adik call mengajak ke Floria sebab ada rumah Hobbit katanya tengok dalam suratkhabar. Kebetulan Big Boss pun ada balik rumah di sini, cuti sekolah pun baru bermula, lama tak jalan-jalan ramai bersama, maka kami bertolaklah ke Putrajaya selepas Asar. Bolehlah cucu-cucu bermanja-manja dengan nenek di kelilingi tumbuhan-tumbuhan. 
  Tahun 2014 tema begonia, tahun 2015 tema Lily. Antara bunga yang dikaitkan dalam tema tahun ini ialah jenis bunga dari kumpulan lilium (photo 2). Kemudian yang banyak digunakan untuk landskap pertunjukan tahun ini juga adalah dalam kumpulan hippeastrum atau juga dikenali sebagai amaryllis (photo 3).
  Kebetulan dekat Kebun Bahagia Bersama pun sekarang pesta lily juga. Sebelum nak reverse kereta keluar perkarangan rumah pergi Floria pun amaryllis jenis ini dah ceria senyum Selamat Jalan dan Selamat Kembali. 1 bulb jenis amaryllis ini akan dihadiahkan kepada Kak Mar penulis blog 'Suka-Suka'. April lepas tak sempat nak sambut blog anniversary sesama Kak Mar, Tukang Kebun busy sangat.
 Amaryllis Equestre juga lambai-lambai sebelah parit depan rumah Selamat Jalan-Jalan Cuci Mata. Kalau jenis Equestre ini jenis amaryllis yang lebih rajin berbunga di cuaca Lembah Klang ini berbanding dengan kumpulan jenis amaryllis yang lain. Untuk gardeners yang berminat bulan ini ada ready stock semula Amaryllis Equestre available.

More info on Amaryllis Equestre click here.

~ Amaryllis Equestre 1 bulb width size >3cm RM8.00 (or 2 bulbs for RM15.00 valid only June 2015).
 Sacred Lily of Incas juga dari bulan Mei hingga dah masuk bulan Jun ini pun tak putus-putus menceriakan Kebun Bahagia Bersama.

More info on Sacred Lily of Incas click here.

~ 3 bulbs > 3cm width Sacred Lily of Incas for RM10.00 ~
 Kebetulan dalam landscape di bawah ini diperhatikan ada juga Amaryllis Equestre dan Sacred Lily of Incas. Tukang kebun sukakan idea yang dikongsikan untuk kitar semula tayar-tayar jadi tempat berehat-rehat atau activity anak-anak. Manalah tahu bila ada masa balik kampung tak tau nak buat apa bolehlah rajin-rajinkan diri buat kids play area dekat verandah luar dari pening kepala dalam rumah jadi war zone.
  Lepas dah pusing-pusing cuci-cuci mata, dari jauh jelah tengok bot-bot berhias. Tak nampak apa-apa pun hiasannya sebab jauh sangat tengok dekat berhampiran jambatan je sebab Big Boss pun tak larat nak jalan sampai area sana.
  Kebetulan di sebelah pagi sambil-sambil Tukang Kebun melenggang lagi buat kuih ketayap, dearest hubby duduk temankan di dapur sambil tengok movie Jepun 'The Eternal 0'. Tukang Kebun biasanya tak gemar sangat tengok cerita perang-perang ni. Dulu temankan dearest hubby tengok Hollywood movie 'Pearl Habour' tak sampai separuh jalan cerita dah terlelap. Sampai sekarang tak pernah teringin pula nak tengok 'Pearl Habour'. Entah kenapa tiba-tiba Movie 'The Eternal 0' ini dapat tarik perhatian Tukang Kebun setelah tengok video clip di bawah ini pada malam sebelumnya. Menarik pula ceritanya bagi Tukang Kebun tengok sampai habis ikut jalan cerita ini sampai recommend dekat dearest hubby the next day untuk tengok sambil breakfast.



  Ceritanya mengisahkan seorang juruterbang yang sangat mahir dan berbakat membawa kapal terbang perang tetapi ramai memanggilnya pengecut kerana dia selalu berkata dia takut nak mati. Propaganda untuk menjayakan kempen perang di Jepun ketika perang dunia kedua seperti yang kita faham askar-askar akan kena brainwashing yang mati untuk menjaga keselematan negara adalah perkara yang patut dibanggakan. Orang Amerika Syarikat pun tak berani nak buat operasi kamikaze macam Orang Jepun kan. Juruterbang bernama Miyabe ini tak mahu mati ketika berperang kerana ianya percaya nyawanya adalah sangat berharga. Kerana prinsip Miyabe takut mati, pada era itu ramai yang tidak dapat menerima pendapat Miyabe. Mereka semua tidak faham kenapa juruterbang perang yang sangat cekap ada pemikiran seperti itu. Miyabe tidak mahu orang-orang yang menunggu kepulangannya atau yang menyayangi dirinya untuk bersedih atau akan mengalami kesusahan. Miyabe sentiasa risau kesan impact yang akan terjadi kepada masa depan kehidupan isteri dan anaknya jika ianya mati dalam perang. Dalam cerita ini juruterbang-juruterbang yang berkesempatan untuk mengenali prinsip Miyabe kenapa takut untuk mati dapat mempelajari untuk menghargai diri/nyawa mereka. Jalan ceritanya takdelah berkisar mengenai perang sangat, lebih kepada moral value your life.

 Yang on the brink of suicidal, the quiet night can be scary right, so fight fight fight the night, for another day. Remember your love ones what will happened to them without you.

  Kenapa Sabtu pagi Tukang Kebun rajin buat kuih ketayap? Sebab Big Boss memang antara kuih kegemarannya ialah kuih ketayap. Jadi teringinlah nak bagi bonda sendiri rasa air tangan Tukang Kebun buat kuih ketayap for the first time.
  Keadaan economy negara yang tak menentu sekarang dengan harga barang-barang sentiasa meningkat eloklah kita kurangkan belanja dapur dengan berkebun. Kalau tiada ruang sangat pun sekurang-kurangnya daun bawang bolehlah tumbuh dalam botol kitar semula. Ada bawang-bawang dalam dapur tu naik pucuk tanam jelah dalam tanah, tak membazir boleh tuai daunnya.
  Sebab dearest hubby syok kut dapat tengok movie Jepun sebelah pagi, for lunch dearest hubby jadi Chef Jepun pula masakkan ikan saba misoni bersama miso soup. Dah banyak-banyak sangat daun bawang tu bolehlah potong-potong masuk dalam miso soup dan atas ikan saba misoni untuk gardeners yang banyak stok daun bawang.
  Sabtu lepas tak keluar berkebun pun asyik memerap di dapur je, makan-makan je. Tunggu di tebing sungai nak tunjuk anak-anak bunga api pun sambil makan-makan kuih ketayap yang Tukang Kebun buat di sebelah pagi.

4 ulasan:

  1. Nak la Sacred Lily Inca tu...nanti saya email ye.

    Sabtu lepas pon ada singgah Floria tapi sampai dah pukul 8 mlm, tgk2 beratur panjang nak kena beli tiket. Penah pegi Floria 2013 tp masa tu masuk percuma. Kalau x beratur panjang, nak jugak beli tiket tapi sbb masa tu pon dah pukul 8, cancel la.

    Sabtu ni insyaallah nak pegi pagi2 buta...hehehe

    BalasPadam
  2. Salam Bahagia Neny.

    Masa kami sampai pun lewat petang tu panjang kena beratur nak beli tiket. Gate yang tengah kurang sikit berbanding dengan gate yang lebih dekat dengan bazaar.
    Last year floria 2014 dah mula kena bayar entrance.
    I think this year macam harga tiket for adult ada naik harga.
    You also have to buy separate tiket kalau nak tengok yang winter flower showcase.

    BalasPadam
  3. Seronoknya dpt pergi Floria tu.Since dh ddk BtPht mmg xde peluang nk ke sana.Idea tanam bwg mcm dlm foto tu bagus jgk.Tapi tulah sejak dh patahkn mata magic saw terus xde mood nk menukang.Sodap kuih ketayap tu....

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Yin Hasni,

    Kali kedua kami berpeluang pergi Floria sebab dulu asyik merantau je. Tahun ini pun tak budget nak pergi tapi ada yang mengajak rajin sikit nak pergi. Sebab bila ada anak-anak kecil ini penat kira kepala bila ramai sangat manusia.

    BalasPadam