Halaman

Isnin, 22 Jun 2015

Golden Torch Mexican Sunflower

  Tukang Kebun dapati jenis Mexican Sunflower lebih tahan dengan cuaca panas berbanding dengan bunga matahari biasa. Matahari atau dipanggil Sunflower adalah dalam kumpulan botani keluarga helianthus. Manakala Mexican Sunlower ialah dalam kumpulan botani keluarga Tithonia. Walaupun nampak mirip tetapi bentuk biji benihnya teramatlah berbeza. Yang koleksi yang ditunjukkan dalam posting ini ialah jenis Golden Torch Mexican Sunflower. Tetapi Tukang Kebun tengok ronanya mirip warna buah apricot yang telah ranum, jadi suka-suka panggil Apricot Mexican Sunflower.
  Walaupun saiz bunganya tak sebesar bunga matahari umum, nampak macam pokok bunga daisy besar pun ada juga. Boleh bandingkan saiz bunga matahari dengan pokok bunga keembung yang tumbuh bersama-samanya di gambar No.2. Kalau cukup sinaran cahaya matahari pokoknya boleh tumbuh tinggi macam bunga matahari dan akan makin keluar berkuntum-kuntum bunga dengan meriahnya.
  Ada juga kelopak bunga yang malu-malu lambat sikit nak kembang banding kakak-kakak yang lain. Pokok Mexican Sunflower ini, Tukang Kebun suka sebab tak gile baja macam bunga matahari biasa. Not hard to please plant as long as you give plenty of sunshine. Musim bunganya pun lebih lama dari sunflower biasa.
~ Golden Torch Mexican Sunflower ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .


  Contoh anak pokok Mexican Sunflower yang sedang membesar seperti di atas. Kalau yang berminat warna terang menyala-nyala ada juga kami bekalkan jenis Red Torch Mexican Sunflower seperti gambar di bawah. Bayangkan di bawah ini cuma 1 pokok yang terima cukup cahaya matahari betapa banyak kembang mekar bunga yang diberikan.

More info on Red Torch Mexican Sunflower klik sini.

~ Red Torch Mexican Sunflower ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Tak disangka masih lagi musim berbunga pokok zinnia orange king yang terabai di laman depan sebelah kolam dek kesibukkan fokus di bahagian lain. Lasak juga jenis zinnia orang king walaupun cuaca bulan Jun ini bahang panas. Bunga Zinnia sesuai dijadikan bunga-bunga kering untuk hiasan atau potpuri sebab jika masa dipotong adalah keadaan elok separuh mula kering layu tahan lama. Lepas potong keringkan betul-betul di tempat yang teduh dan berangin. Sebagai contoh yang sebelah kanan di gambar bawah 3 tangkai tersebut boleh dah nak potong dan preserve keringkan elok-elok sebagai hiasan. 

Info Zinnia Orange King klik sini.

~ Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Untuk berbuka puasa hari ke-5 Ramadhan bulan ini, untuk pertama kalinya Hari ini dalam Sejarah Tukang Kebun cuba buat pengat pisang nangka dan nangka. Double Nangka in the menu. Dahlah tak boleh rasa nasib baik menjadi, rasa lemak dan manis just nice bak kata dearest hubby yang ambik 2nd serving. Jadi seronoklah nak mencuba buat pengat bila kebanyakkan semua bahan-bahan memang dari kebun sendiri seperti pisang nangka, nangka, santan dan pandan (related posting klik here). Cuma gula melaka, gula pasir, garam dan sago jadi dalam budget. Kawan Nasa Mulia kita di Warna Warni HidupKu pun dah berapa kali tap tap keyboard bagi cadangan dan dorongan ke Tukang Kebun buat pengat dari hasil kebun sendiri. 

Pengat Pisang Nangka dan Nangka:

Gula Melaka (Hiris-hiris supaya mudah cair)
Gula Pasir
Garam (secubit nak bagi lemak je)
Helaian pandan diikat simpul-simpul
Santan Pekat
Pisang Nangka (potong serong-serong)
Isi Nangka (keluarkan biji, potong-potong panjang)
Biji Sago (dicuci dan ditapis)

~ Panaskan air sedikit dalam periuk. Masukkan Gula Melaka dan Gula Pasir untuk larut dalam air. Kacau-kacau untuk pastikan tak hangit. Ikut rasa nak manis macam mana, Tukang Kebun lebih letak Gula Melaka dari Gula Pasir. 

~ Dah larut masukkan santan pekat dan pandan.

~ Rajin kacau supaya santan tak pecah, api kecik je. Masukkan pula Pisang Nangka dan Isi Nangka yang dipotong. Kacang-kacau. Kemudian masukkan biji sago. Letak secubit garam.

~ Kacau-kacau sampai sago dah jernih dan pisang nampak lembut. Dah Masak.

Tak sampai 20 minit dah siap masak.
  Hari ini menu tak masak nasi. Buat 2 pizza. Ada goreng French Fries dan Karipap. Menu Air pula air cincau dan teh limau telor buaya. Tak dapat nak buat Susu Frozen hari ini lupa nak rendam dalam air dulu semalaman.
  Kemudian roast steak dalam oven. Sambil-sambil tu sempatlah Tukang Kebun berkejaran di belakang kebun masukkan dalam ternakan sambil daging steak ini tengah masak dalam oven.
  Hari ini ada drama sekejap di belakang, Ilhan menangis-nangis trauma sekejap sebab si Prince serang sabung dengan Ilhan. Si Prince ini memang garang asyik nak tunjuk kejantanan dia je banding jantan-jantan lain. Dengan Tukang Kebun pun dia terbang naik patuk-patuk. Tapi Tukang Kebun balas tendangan balik, kalau tidak dia tak berhenti-henti macam nak bersabung. Garang si Prince ini kalahkan Turkey dan Angsa-angsa dekat belakang sekarang. Berlari-larilah si Ilhan keliling kebun kena kejar dengan Prince. Mama Ilhan cuma tengok dan jerit, kalau dia buat Ilhan, Ilhan buat lah balik. Masing-masing tunjuk kejantanan masing-masinglah hehehe...dah nak masuk green belt Taekwando dah, takkan ayam jantan, turkey jantan dan angsa pun nak takut. 

  Gardeners yang berminat untuk dapatkan ayam kampung teruna hidup (RM12) atau ayam kampung teruna sudah diproses (RM15) pada hari Sabtu ini juga boleh yang dibesarkan di Kebun Bahagia Bersama (related posting klik sini).

Self Collect Schedule This Week:

~ Rabu, 22hb June 2015 antara pukul 9:00malam~9:30 malam di Sungai Buloh.

~ Sabtu, 27hb June 2015 antara pukul 4:00petang ~ 4:30 petang di Sungai Buloh.


7 ulasan:

  1. sedapnya roasted steak tuh-terliur tengok dalam bulan puasa nih

    BalasPadam
  2. X pernah lg raSe nangka buat pengat. Sedapnya. Sy kagum dgn akak. Begitu manfaatkan isi alam. Xde ke nk buat lawatan sambil belajar ke kebun akak. Hehe teringin nk tengok.

    BalasPadam
  3. cantik betul bunga sunflower dulu2 ada tanam tpi dah kepupusan benih

    BalasPadam
  4. Aduh..terliur tengok menu Diana..best sungguh dapat masak bahan terus dari ladang..Ayam kampung tu murah la Diana..Hish kalau dekat2 mau order hari2 ni...

    BalasPadam
  5. hihihi....kelakar baca cita ilhan

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia Ju,

    Jarang-jarang juga makan steak ni, boleh kira dengan jari dalam setahun berapa kali buat hehehe...
    Kami suka pergi Jusco time dah nak tutup cari yang dah let go 50%.

    Salam Bahagia We Linnasya,

    Bulan Ramadhan ini kebun macam hutanlah dear. Tak larat lagi pun bulan June selalu cuaca panas bahang. Semalam baru terserempak dengan biawak terus dia lari masuk dalam semak yang belum sempat clear lagi.

    Salam Bahagia Azri,

    Bolehlah buka ladang sunflower pula Azri.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Harga promosi ayam kampung awal-awal Ramadhan hehehe.....nak kena kasi clear reban sikit sebelum raya.

    Salam Bahagia Suzie.

    Itulah kena sabung dengan ayam jantan pula.

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia Ju,

    Jarang-jarang juga makan steak ni, boleh kira dengan jari dalam setahun berapa kali buat hehehe...
    Kami suka pergi Jusco time dah nak tutup cari yang dah let go 50%.

    Salam Bahagia We Linnasya,

    Bulan Ramadhan ini kebun macam hutanlah dear. Tak larat lagi pun bulan June selalu cuaca panas bahang. Semalam baru terserempak dengan biawak terus dia lari masuk dalam semak yang belum sempat clear lagi.

    Salam Bahagia Azri,

    Bolehlah buka ladang sunflower pula Azri.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Harga promosi ayam kampung awal-awal Ramadhan hehehe.....nak kena kasi clear reban sikit sebelum raya.

    Salam Bahagia Suzie.

    Itulah kena sabung dengan ayam jantan pula.

    BalasPadam