Halaman

Rabu, 24 Jun 2015

Popiah Pisang Nangka

   Kami bernasib baik kerana Big Boss memang suka tanam pelbagai koleksi pokok buah citrus di kebun. Untung cucu-cucu kecil lagi dah rasa pelbagai jenis citrus. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan tahun ini setiap hari Abby pesan, esok mama buat lagi air limau ya. Kena jugalah rajinkan diri jenguk-jenguk tengok buah citrus apa yang boleh jadi stok dapur hari ini. Hari ini giliran buah limau kapas pula dijadikan salah satu standby untuk membasahkan tekak setelah Maghrib campur dengan teh.
  Hari ini kami buat susu kacang soya frozen lagi. Nyaris terlupa nak rendam biji kacang soya lagi malam sebelumnya. Seperti biasa Ilhan selalu rajin tolong kutipkan bunga-bunga telang setelah balik dari sekolah agama. Semalam punya bahagian pun ada Ilhan kutipkan, Tukang Kebun ada simpan dalam fridge jadi gabungkan dengan yang dikutip hari ini juga jadi warna lebih pekat. 
  Dah beberapa hari terliur-liur tengok mempelam telur (pauh ringan) terbuai-buai atas pokok. Asyik tak sempat ambil. Bukannya ada banyak pun. Biasalah sifat manusia bila sikit barulah terasa sangat nak makan. Lalu ambil tangga dan  dicuba-cuba pukul nak kasi jatuh ke bumi. Dapatlah buat mangga sambal belacan. Menu hari ini pun ringkas sahaja masak 2 ekor ikan bawal. Seekor goreng kunyit biasa je, seekor buat sweet n sour. Sebelum kasi masuk ternakan balik ke kandang masa senja, cepat-cepat petik pucuk ulam raja dan asam gelugor. Tak sempat nak deco-deco, pinggan pun comot-comot tak sempat nak kasi lap rapi dekat tepi-tepi.
  Lepas dah selesai masukkan ternakan dalam kandang. Hari ini dalam sejarah juga untuk pertama kalinya buat popiah pisang nangka, cepat-cepat ingat nak goreng beberapa ketul sebelum masuk waktu maghrib. Dah masuk waktu pun masih tengah mengoreng, makan panas-panas ranggup sedap sikit. Dah lama nak mencuba sebenarnya bila jenguk ke dapur makcikmanggis di jom masak, jom makan makan....., tapi sifat malas menebal asyik tertangguh. Tak susah mana sebenarnya sangat express. Kali ini pisang nangka, Tukang Kebun campur dengan serbuk kayu manis sebelum dilipat dengan kulit popiah. 
 Kemudian masa supper, Tukang Kebun cuba campur dengan cheese pula pisang nangkanya. Tengok tu ambil gambar pun masih atas kitchen towel nak kasi serap minyak. 
    Pertama kali mencuba ini takde buat fancy fancy sangat. Cuma latihan dan testing je, Lain kali bolehlah makan dengan ice-cream ke, hot chocolate ke atau tabur-tabur apa-apa lagi untuk menarik perhatian kanak-kanak riang nak makan lebih banyak lagi. Kebetulan kulit popiah yang buat untuk popiah sengkuang harijadi Ilhan bulan lepas masih berlebih-lebih lagi. Cheese pun masih banyak stok buat pizza hari tu. Semua bahan ada, saja-sajalah mencuba-cuba.
   Bulan ini dari Johor, Gardener Azza berkongsi gambar keratan frangipani Balinese yellow picotee yang dikirim dari Kebun Bahagia Bersama awal tahun ini ditanam dalam pasu sudah pun berbunga. Frangipani memang boleh juga ditanam dalam pasu untuk gardeners yang mempunyai ruang yang terhad.
   Pokok kemboja jenis ini asal dari Bali dwi-warna, berbau harum dan setangkai menghasilkan banyak bunga. Pokok kemboja tak perlukan banyak air untuk hidup. Kalau air bertakung lama nanti batangnya akan mula mereput. Water-wise plant and drought-hardy plant. Jadi sesuai tanam juga dalam pasu.
   Bulan Ramadhan ini ada rooted stock jenis kemboja ini yang dah sekurang-kurangnya 50cm ketinggian available. Sebab tinggi hanya self-collect sahaja. Promosi bulan Ramadhan tahun ini untuk jenis kemboja ini yang dah berakar dengan ketinggian lebih 50cm hanya RM20.


8 ulasan:

  1. sedap popia pisang....saya baru ni buat popia kentang dgn cheese

    BalasPadam
  2. tumb up !- sangat jelas tengok diana dapat grab omost everthing dari laman rumah je.. anyway, blessed knowing u dear.

    BalasPadam
  3. Salam Diana. Alhamdulillah, untung ahli keluarga Diana tak cerewet makan dan mudah terima pembaharuan. Kalau Nurul ni, buat yang lain dari kebiasaannya, semua orang pandang pelik dan tak sudi sentuh. Sentap kadang2 tu. Ada sekali pokok telang kena cabut sebab dianggap tak masuk akal membela pokok tu. Huhu.

    BalasPadam
  4. Sebut pisang nangka, ha, baru sebentar baca posting pasal serunding nangka...wah sebiji nampak macam seruunding daging..Diana pernah makan atau jumpa kedai yang menjual produk serunding nangka ni tak?

    BalasPadam
  5. assalam diana..

    Ramadhan kareem. keratan frangi yg akak beli dgn diana bln ogos thn lalu..smpai skrg x bebunga..asyik daun aja yg byk..cmna nk buat?

    BalasPadam
  6. Assalam diana..ramadhan kareem..

    keratan frangi yg akak beli dr diana bln oktober thn lpas smpai skrg x berbunga,,asyik daaaun ja..cmna nk buat?

    thnx

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia Fida Z Ein.

    Ada yang warna merah gelap bau wangi juga.

    Salam Bahagia Suzie.

    Belum lagi kami kesempatan buat popia kentang dengan cheese. Rasanya kalau tukar dengan ubi kayu menjadi ke tidak?

    Salam Bahagia Sis Ju.

    Challenging juga homework nak fikirkan nak manfaat apa sepenuhnya dengan hasil kebun yang ada.
    Different from just picking at the grocery shelves.
    Mencabar minda but fun.

    Salam Bahagia Nurul,

    Takde juga mudah nak expose pada awalnya nak terima, kena banyak juga gunakan helah hehehe....
    Banyak khasiat bunga telang sekarang orang tengah rush buat kajian.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Oh belum lagi pernah dengar pasal serunding nangka.
    Nanti Diana cuba google google study camne nak buat hehehe...terima kasih berkongsi.

    Salam Bahagia Kak Nor.

    Nak banyak cahaya matahari.
    Kalau dah lebat daun baik tak payah bagi baja lagi.
    Siram pun tak perlu kerap.

    BalasPadam