Syukur Alhamdulillah awal pagi-pagi 24hb Ramadhan ada rezeki tumbuhan yang sempat dituai dari keliling kebun antaranya seperti buah nam nam, mempelam pauh ringan, ciku dan canistel. Mempelam pauh ringan saiz yang sedang mudah nak kupas dan cincang-cincang buat jeruk atau sambal. Minggu ini season buah canistel dah habis, tinggal buah-buah muda kecil dan baru berbunga semula. Maka next season buah canistel, InsyaAllah penghujung bulan September nanti harap maklum. Yang saki baki dituai buah canistel pun bila dipetik dari pokok buahnya dah terus merekah dah masak.
Bukan sahaja rezeki dari tumbuhan dituai tapi ayam kampung juga ada disembelih pagi 24 Ramadhan. Yang handsome besar jantan dengan balung besar dia ni sudah ada tuannya. Tak sempat nak tunjuk live dekat tuannya sebab hantar dah diproses jadi letak jelah dalam posting. Ada paling kurang 1.8kilogram ayam jantan ini lepas diproses. Yang sebelah kesian sexy takde bulu sangat tu hari ini setengah digunakan dalam masakan buat Ayam Masak Merah nak makan bersama Nasi Tomato. Siap staff tempat proses ayam kata baru keluar dari chemotherapy je nampak ayam takde bulu ni. Sama batch je 2 ekor ini, tapi yang putih ni late bloomer kut nanti jadi macam cerita ugly duckling. Ada dulu seekor ayam kampung tu, kawannya lain nampak dah penuh keluar bulu, dia sorang je masih ugly dengan botak sini sana. Sekarang lebih cantik berkilat bulu transformation berbanding dengan kawan-kawan lain. Itu pula jadi kesayangan hehehe....
Tapi tak sempatlah nak tengok how ayam kampung putih ini nak transform sebahagian dah selamat dalam perut. Hari ini pertama kali Tukang Kebun cuba buat nasi tomato. Dahlah guna beras biasa cap rambutan tu, bukan beras basmathi jadi kembang sikit nasi dia, tak jadi sebutir-sebutir (terlebih air sikit pun ia jugalah tu). Bolehlah juga ada rasa nasi tomato. Nasib baik kanak-kanak riang pun tak pernah rasa nasi tomato. Jadi rasa jelah versi Nasi Tomato sempoi Tukang Kebun hand-made with love dululah ya. Dah mencuba ni bolehlah masukkan beras basmathi dalam shopping cart kemudian.
Sebab 24 Ramadhan rasa motivated nak buat Nasi Tomato, maka banyaklah pula stok lengkuas digali keluar dari tanah untuk bahan buat Ayam Masak Merah. Lagipun dekat Raya ni pun banyak nak pakai lengkuas, mudahlah dah ada stok lengkuas standby di dapur dah. Acar sayur pun dapatlah campurkan sekali dengan nenas dan cili padi yang dituai dari kebun sendiri beberapa hari lalu. Syukur Alhamdulillah jimat banyak dapur kami nak buat persediaan masak Nasi Tomato, ayam pun dari kandang sendiri. Hari tu beli Nasi Tomato tak puas makan sebab acar sayurnya rasa sikit sangat, itu yang nak cuba buat sendiri lagipun anak-anak pun tak pernah makan Nasi Tomato. Kalau di Bazaar Ramadhan beli Nasi Tomato berlaukkan seketul ayam dan acar sudah RM6. Bila buat sendiri tak banyak budget pakai jadi lebih puas hati makan ramai-ramai. Rajin tak rajin je kan. Lagipun hari ini kekanda tersayang cat grill pintu dapur jadi ada peneman sambil memasak petang tadi.
Kali pertama dalam bulan Ramadhan ini, masa puasa ke-23 Tukang Kebun lupa nak tekan ke bawah untuk 'cook' dekat rice cooker. Ingatkan semua dah selesai sedia untuk juadah berbuka puasa dah siap goreng karipap, masak assam pedas ikan pari, goreng keropok ikan dan goreng berlada tempe, terung pipit, ubi kayu dan ikan bilis. Tinggal nak masak nasi je sebelum keluar dari rumah nak panggil masuk ternakan balik ke kandang masing-masing masa senja. Bila dah azan baru perasan nasi tak masak sebab lupa nak tekan 'cook'.
Yang berminat nak dapatkan ayam dara/teruna dari Kebun Bahagia Bersama sebelum Raya Aidilfitri hari terakhir untuk self-collect ialah pada Rabu depan 15hb Julai 2015 antara pukul 10:00pagi ke 10:30pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh
Ayam Hidup RM20, Ayam dah diproses RM23.
Boleh juga self-collect goodies lain dari Kebun Bahagia Bersama pada hari tersebut yang mana ada stok lagi.
Pokok canistel kak dah membesar. Benih dari buah yang beli kat Diana aritu
BalasPadamSalam Bahagia Kak Mala.
PadamPokok canistel memang cepat besar lebih-lebih lagi kalau dapat full sun.
seronok tengok hasil kebun- memang berhajat nak beli barang2 harian ni- ayam etc. Tapi belum berkesempatan lagi. Naybe one day, insyaAllah
BalasPadamSalam Bahagia Ju.
PadaminsyaAllah suatu hari dapat pergi self-collect goodies dari KBB. Sekarang ni pagi Sabtu dan Ahad dah bolehlah regular buat pick up depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak Sungai Buloh.