Salam Bahagia, hari Jumaat dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini izinkan Tukang Kebun berikan cadangan untuk weekend gardeners yang rancang nak masak-masak hujung minggu ini. Lebih-lebih lagi yang teringin sangat kalau boleh ada dalam masakan tu dari tuaian segar kebun sendiri. Dengan musim panas sekarang ni macam takde je bahan yang boleh dituai rasanya kan. Take a good look. Kalau ada samaada daun kari atau cili burung bolehlah dah manfaat hasil tersebut dengan buat Udang Goreng Telur Masin. Kali ini seronok advantage untuk Tukang Kebun memasak Udang Goreng Telur Masin sebab bahan-bahan seperti telur itik masin, cili burung dan daun kari semuanya dari Kebun Bahagia Bersama sendiri. Telur itik masin yang dearest hubby prepare hampir 3 minggu dah bolehlah mula digunakan dan rasa pun takde masin sangat sebab buat sendiri (related posting klik sini). Batch kali ini rasa masin takde sangat. Apalagi bolehlah manfaat sepenuhnya hasil dari haiwan dan tumbuhan yang membesar di dalam kebun.
Nak buat pun tidak mengambil masa. Udangnya boleh digoreng dengan kunyit dahulu atau salut dengan tepung jagung yang dicampur dengan black pepper. Tukang Kebun goreng udang salut dengan tepung jagung dengan black pepper yang grinded sendiri. Lepas tu instead of butter atau minyak, Tukang kebun gunakan marjerin kali ini. Semenjak ada GST, harga butter mahal jadi budget sikit, telur masin pun tak perlu beli bolehlah belanja lebih dekat udang. Ilhan Mikhail yang bantu lenyek-lenyekkan telur itik masin yang telah direbus dahulu lepas balik sekolah.
Hari ini tak boleh celoteh banyak, jadi boleh rujuk resepi posting dari dapur MakcikManggis di Jom masak, jom makan makan (klik sini) atau Di Dapur Bujang YouTube di bawah.
Syukur Alhamdulillah memang dah boleh menjadi kegemaran sekeluarga Udang Goreng Telur Masin. Sampai terpinga-pinga pula masa tengah berbuka bila papa Ilhan tiba-tiba ucapkan Thank You dan Ilhan pun cakap Terima Kasih Mama. Kenapa terima kasih dekat Mama Ilhan? Mama masak sedap-sedap (apa kena mood bapak dengan anak berdua ni). Selain itu untuk berbuka puasa hari ke-22, Tukang Masak kacang botor goreng kicap dengan ikan bilis yang dituai hari sebelum itu. Memandangkan Tukang Kebun tak sempat buat dessert, bake 2 simple pizza letak cheese dengan salami je.
Syukur Alhamdulillah untuk bulan Ramadhan tahun ini diberikan tenaga dan nikmat untuk masak berbuka untuk keluarga. Setakat ini baru 2 hari dapur cuti dalam bulan Ramadhan.
Untuk yang baru berjinak dalam dunia gardening, yang suka edible garden tanamlah pokok kari dan cili burung.
Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan anak pokok cili burung (RM4/pot) dan kari (RM5/pot).
Semakin dekat Syawal, bunga kemboja pun makin meriah bunganya untuk persediaan raya tahun ini (Keratan Fragrant Frangipani Blusing Red RM15).
Hari ini dapat jugalah rezeki jatuh dari pokok ialah setandan pokok kelapa tua. Dapatlah separuh simpan stok untuk santan dan separuh dibelah-belah dan diagihkan ke kandang-kandang ayam. Hujung minggu ini yang berminat nak dapatkan kelapa tua (5bijiRM2) atau kelapa parut (1bijiRM1) boleh self-collect sendiri seperti di bawah ini.
~ Sabtu 11hbJulai 2015 pukul 8:30pagi~9:00pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
~ Sabtu 11hbJulai 2015 pukul 4:30petang~5:00petang di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
~ Ahad 12hbJulai 2015 pukul 8:30pagi~9:00pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
~ Ahad 12hbJulai 2015 pukul 3:00petang~3:30petang di Saujana Utama.
Pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com).
Sedapnya udang telur masin tuh...
BalasPadamsalams Diana, kreatifnya udang salut telo masin:):) blh cuba ni:)
BalasPadamSy pernah mkn di kedai namanya udang letup. Xtahu ape yg letup mungkin kepedasannya. Tp sedap. Lbh kurg mcm nih lah. Ade letak udang, telur masin, kcg pnjg, cili.
BalasPadamSedapnye...
BalasPadamteringin nak buat udang tu..best bila tgk resepinya
BalasPadamSalam Bahagia Shahida.
BalasPadamSyukur Alhamdulillah memang family suka lauk ni.
Salam Bahagia Kak Mieja,
Cuba-cuba jangan tak mencuba, memang menjilat jari hehehe....
Salam Bahagia We Linnasya,
Oh panggil udang letup juga ya.
Bahannya tak banyak, simple nak masak.
Bolehlah cuba masak sendiri lain kali.
Salam Bahagia LadyBird.
Syukur Alhamdulillah.
Salam Bahagia Suzie.
Tukar dengan ketam pun boleh juga.