Halaman

Khamis, 16 Julai 2015

Cheetah

   Kebun Bahagia Bersama Team Members ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca yang masih sudi menjenguk coretan kebun ini walaupun amat sibuk dengan suasana festive season sekarang. Pada malam puasa ke-27, Kebun Bahagia Bersama bertambah member baru lagi, anak kucing diberikan bernama Cheetah. Mirip kepada arwah Tigger dulu tapi matanya lain ada kebiruan. Gara-gara semasa nak balik dari kedai emas baiki rantai yang dah lama putus, tiba-tiba anak kucing Cheetah ni mengekor pula kami ke arah kereta. Dahlah kereta banyak, gerun kami tengok takut kena langgar pula anak kucing ni nak sangat mengekor kami. Dearest husband tak sampai hati pula, dari dibiar kena langgar baik bawa balik je (aik asal kali ini dearest husband yang beriya nak bawa balik anak kucing rindu dekat Tigger kut).
   Abby kami pula dah tak nak lepaskan sudah dipegangnya macam anak patung pula Cheetah ni. Cheetah ni pula jinak semacam dibiar je anak-anak ni pass pass pegang dukung. Dearest husband kata ini macam anak-anak kucing yang baru lahir yang pernah kita nampak lalu dekat kawasan hampiran ni juga beberapa minggu lalu. Dah besar dah tapi ketara masih kecil banding dengan si Panther. Sudah bawa balik je Cheetah sampai rumah, si Panther mengamuk terus merajuk sampai ke sekarang. Biasa keluar masuk rumah, hari ini langsung tak nak duduk depan dapur dan masuk rumah. Nada suara pun masih marah tak puas hati lagi, seharian Panther bawa diri duduk dekat belakang rumah. Panther tengah merajuk...
  Antara tuaian puasa hari ke-28 seperti pucuk mulberry, asparagus dan ubi kayu. Tengah petik-petik pucuk mulberry terkejut apa yang bau harum kuat sangat dekat hidung ni. Rupanya bunga akar dani bergugusan di bawah hidung tak perasan sambil mencari pucuk mulberry. Pucuk mulberry buat masak lemak putih untuk berbuka puasa. Ubi Kayu yang dituai minggu ini untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dan Self-Collect dari projek hujung bulan Oktober lepas (related posting klik sini). Dah habis ubi kayu dituai di kawasan tersebut. Kali ini batch yang telah dituai lingkungan umurnya 8~9bulan telah dibekalkan.
  Isnin lepas adik lelaki Tukang Kebun ada balik rumah sini pula dari Sabah. Dapatlah kami beraya tanpa risau sangat ternakan di belakang. Hari ini hadiah raya dari Uncle kanak-kanak riang untuk mereka ialah tolong pasangkan pelita. Sambil pruning sikit pokok salak, bagus juga idea adik lelaki boleh dijadikan tempat tiang pelita. Duri-duri batang pokok salak dipotong buang dahulu. Untuk gardeners yang berminat nak dapatkan anak pokok salak, Kebun Bahagia Bersama ada ready stock (1pot anak pokok salak RM15.00).
   Ramadhan ke-28 barulah nampak bernyalanya pelita di laman Kebun Bahagia Bersama. Nasib baik adik lelaki ada dapat menolong. Memang tak cukup tangan sebab dearest husband pun memotong rumput. Anak-anak buah tak bagi uncle membuta lama, banyak kali dendangkan lagu tolong pasangkan pelita pagi semalam.
  Tahun ini ada 16 tiang pelita depan laman rumah. Seronoklah kanak-kanak riang bermain bunga api yang stok dari tahun lepas tak sempat nak habiskan. Tahun lepas Abby tak berani nak main. Tahun ini dengan hati-hati Abby main.
   Kali ini hamper Raya dari Atuk Abby kirim dari Sabah ialah ketam. Terpaksalah adik lelaki bawa balik 1 hand luggage penuh dengan ketam dan ikan bilis dari Sabah. Lebih separuh kiriman untuk Atuk di Kepong. Siap masa scan bag ada diundurkan semula, terkejut kut tengok bag penuh dengan ketam. Jadi lauk berbuka malam semalam ialah ketam. Lama tak makan ketam, last sekali masa balik Sabah cuti tahun baru 2015.
  Untuk berbuka puasa ke-26, Tukang Kebun ada masak siakap 3 rasa. Kemudian berbuka puasa ke-27, menu ialah Nasi Ayam. Rasa puas hati masak seekor ayam kampung licin diratah, dapatlah adik lelaki merasa ayam kampung kami bela.
  Hari ini Syukur Alhamdulillah dapat juga curi masa setelah selesai dengan urusan self-collect, dapatlah kami menanam keratan-keratan ubi kayu dan sulur nenas di belakang kebun. Asalnya dulu di situ ada rumpunan pisang. Jadi untuk amalkan crop rotation, jadi kali ini tanam ubi kayu dan nenas di kawasan tersebut. Projek bulan Ramadhan kali ini memang kami lebih banyak fokus menanam nenas dan ubi kayu. Hari ini pun pertama kali sebenarnya Tukang Kebun kukur kelapa pakai mesin kelapa, biasanya dearest husband yang buat. Disebabkan kesuntukan masa nak prepare goodies untuk self-collect maka jadi bidan terjun.
  Syukur Alhamdulillah hari ini bahagia hati sungguh dapat feedback untuk tuaian ubi kayu organically grown dari Kebun Bahagia Bersama yang telah dibekalkan minggu ini. Dapat memberikan motivasi untuk kami lebih rajin usahakan tanaman ubi kayu di Kebun Bahagia Bersama ini. Rasa seronoklah Tukang Tanam batch tersebut dearest husband, bolehlah meringankan tulang lagi nak layan idea-idea Tukang Kebun. Bab melayan menanam ubi kayu ni dearest husband laju sikit nak gerak sebab tak susah main gali lubang dan sumbat je keratan tu. Tapi masih liat nak melayan idea Tukang Kebun nak pindah-pindahkan pokok-pokok pisang lagi. Bulan Ramadhan request pindah pokok pisang biasanya buat tak dengar je. Memang nak guna kudarat banyak, tengok saiz pokok nak kena gali lagi dalam, pastu berat pula tu. 
  Next batch tuaian Ubi Kayu ialah yang tanam pada awal bulan Disember (related posting klik sini). Kira-kira usianya dah 7 bulan.  Mungkin mula penghujung bulan 8~9 dah molek nak tuai nak kasi lebih berisi sedikit. Dengan catatan yang dibuat di sini, bolehlah yang dapat merasa ubi kayu yang ditanam ketahui siapa yang tanam, kawasan macam mana ditanam, dan maklumat lain-lain berbanding dengan ubi kayu yang dijual secara commercial clueless where it came from.

Ada kemungkinan mungkin open Self-Collect Day Isnin depan (20hb Julai 2015) antara pukul 10:30AM~11:00AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Berhati-hati di Jalan Raya.

2 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Diana, Maaf Zahir dan Batin

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Kak Mala.
    Kosong-kosong ya.
    Maaf Zahir Batin.

    BalasPadam