Rasa begitu pantas hari-hari yang dilalui dalam bulan Ramadhan ini. Minggu depan dah nak masuk bulan Syawal pula. Dugaan beberapa hari ini rasa tekanan darah menyebabkan kepala rasa pening semacam nak pitam atau muntah pun ada. Minggu lepas sampai blur siakap tengok jadi kerapu. Padahal memang siakap yang dikeluarkan dari freezer. Jadi kerapu yang dikeluarkan dari freezer pada 16 Ramadhan pula buat masak stim black pepper, halia dan jus limau kapas yang dialas dengan daun serai acheh. Lepas selesai berbuka dan ibadah wajib bergegas ke 1Utama beli kasut raya kanak-kanak riang.
Terkejut pada 16 Ramadhan kelihatan kelibat anak ayam seekor dah menetas dari Fluffy surrogate mother. Hairan juga kenapa telur ayam asyik bertambah yang Fluffy tolong mengeram, padahal pada awalnya dah banyak yang terpecah tak tahu kenapa. Rupanya ada sahaja beberapa ayam betina yang menumpang bertelur sebelah Fluffy tapi tak mengeram telur sendiri, Fluffy yang terpaksa jadi natural incubator pula. Pertama ayam kampung lahir di Kebun Bahagia Bersama tahun ini. Tapi malangnya lepas 2 hari petang terjumpa pula mayatnya di celah telur dikerumuni kerengga. Kanak-kanak riang pula sejak tahu ada anak ayam asyik pergi jenguk bila ada masa rasa seronok.
Pada hari Sabtu, 17 Ramadhan pula Tukang Kebun dapat cuti kali ke-2 tak masak untuk berbuka puasa. Tak sempat nak masak rasanya jadi tapau sahajalah. Sempat jugalah singgah di kedai butik kanak-kanak berdekatan situ beli baju-baju raya permata-permata hati. Pertama kali petang itu kami menjenguk ke Bazaar Ramadhan di kawasan bandar Sungai Buloh. Pertama kali juga untuk permata-permata hati berjalan ke Bazaar Ramadhan untuk tahun ini pada Sabtu lepas. Seksa bagi Rayyan pergi bazaar Ramadhan asyik nak minta buka puasa sahaja tengok pelbagai minuman yang dijual. Syukur Alhamdulillah berjaya jugalah Rayyan puasa penuh pada Sabtu dan Ahad lepas. So far, Rayyan berjaya puasa penuh 4 hari.
Pagi 18 Ramadhan, kanak-kanak riang diberikan tugas untuk tolong Tukang Kebun kemaskan daun-daun kering pokok durian. Kumpulkan masuk dalam kereta sorong untuk dibuang ke tempat pembuangan green waste. Untuk beri motivation, kali ini 1 kereta sorong penuh daun kering akan diberikan 10sen. Dapatlah 40 sen kongsi berdua, lepas tu dah mood main. Ilhan kata minggu depan nak buat lagi.
Ada juga dearest hubby pruning sepokok rambutan hingga dah 1/3 dari ketinggian asal. Alang-alang nak tuai buahnya yang dah lebih separuh tupai makan dari kait, lebih baik pruning je terus lagi senang nak tuai buah-buahnya dah hampir semuanya meranum.
Pokok katak puru masih rancak lagi berbuah musim ini. Minggu depan hari Isnin, Kebun Bahagia Bersama masih ambil pesanan untuk Pasar Online Ramadhan Kebun Bahagia Bersama jika ada yang nak hantar Hamper Ramadhan kepada kawan-kawan atau keluarga yang tersayang.
InsyaAllah dalam pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dipos minggu depan akan kami campur sekurang-kurangnya 5 jenis fresh goodies. Untuk hari ini estimation Tukang Kebun kebarangkalian kandungan pakej tersebut mungkin yang boleh confirm setakat ini ada buah katak puru, rambutan dan ciku. Jenis goodies yang lain kena tengok nasib untuk harvest day ikut cuaca dan rezeki sedia ada dah ready atau belum macam buah kuning telor, ubi kayu dan pisang nangka. Ada 2 jenis pilihan pakej, samaada nak bilangan goodies ikut muatan kotak prepaid small size yang total berat <2kilogram (RM14) atau kotak prepaid medium size yang total berat < 5kilogram (RM21).
Pasar Ramadhan Online Kebun Bahagia Bersama Option (untuk kawasan Semenanjung Malaysia sahaja):
~ <2kilogram fresh goodies (RM7) + shipment kotak prepaid small size Pos Laju Malaysia (RM14) = Total RM21.
~ <5kilogram fresh goodies (RM10) + shipment kotak prepaid medium size Pos Laju Malaysia (RM21) = RM31.
Ada juga Tukang Kebun tuai baby saiz keladi mawar hujung minggu lepas sebab ada pesanan bibit sulur keladi mawar. Tengah fikir nak masak apa dengan ubinya at the moment.Info keladi mawar boleh buat bacaan di posting sebelum ini (klik sini).
~ 5 bibit sulur tangkai keladi mawar RM5.00 .
Syukur Alhamdulillah pada 18 Ramadhan lepas dapat juga tuai sebiji nangka besar, dapatlah diagihkan kepada jiran dan setengah dari isi nangka tersebut dapat kami berikan kepada Masjid kampung untuk yang berbuka puasa di sana. Bahagia hati dapat juga rezeki kebun dikongsikan pada bulan Ramadhan ini diagihkan juga ke masjid kampung. Malam 19 Ramadhan pula dapat jugalah dermakan setengah (50%) dari jumlah sales Kebun Bahagia Bersama yang telah selesai self-collect atau pos antara (1 Julai ke 6hb Julai 2015) untuk rumah anak-anak yatim. Kebetulan ketika beli kasut kanak-kanak riang di Jusco kelihatan anak-anak yatim juga sedang dibawa membeli belah baju raya. Terima kasih kepada gardeners yang hati mereka terbuka untuk shopping di Kebun Bahagia Bersama pada tempoh tersebut ibarat telah bersedekah untuk anak-anak yatim dalam bulan Ramadhan yang suci ini.
Antara tuaian pada 18hb Ramadhan lepas juga adalah kelapa-kelapa tua dan juga kelapa muda. Bolehlah buat berbuka puasa air kelapa pada petang tersebut. Ada juga Tukang Kebun dapat mencuba buat jeli kelapa pada 19hb Ramadhan baru-baru ini. Minggu ini yang nak self-collect kelapa tua juga available RM2 untuk 5 biji atau 1 kelapa parut RM1. Nangka Muda juga available yang bersaiz sederhana sebiji RM2 untuk self-collect. Tidak ketinggalan juga minggu ini masih available sesisir pisang nangka for RM5.
Cempedak sebab asyik lupa nak check, tupai dah banyak enjoy dulu. Nenas madu Sabah pun hampir sedikit dah mula nak dinodanya. Buah canistel pun banyak masak sendiri minggu ini hampir tiap hari ada je yang jatuh dari pokok. Telur ayam dan telur itik juga syukur alhamdulillah tak putus-putus bekalan setiap hari.
Ada juga kami tuai ubi kayu hujung minggu lepas. Jadi bolehlah dipotong halus dan digoreng ranggup ubinya masak berlada bersama tempe dan ikan bilis untuk berbuka puasa pada 19hb Ramadhan. Makan bersama roasted steak dan air cincau.
Kebetulan dearest hubby dapat curi masa nak membakar green waste di belakang petang 19Ramadhan. Jadi untuk yang berminat mendapatkan tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama hujung minggu ini self-collect available ya.
Info Tanah Bakar klik sini.
~ 1 beg Tanah Bakar RM5.00 ~
Minggu ini pakai guni makanan ayam yang 50 kilogram, biasanya dearest hubby masukkan 1/3 dalam guni tersebut untuk tanah bakar. Berat ada paling kurang 10 kilogram seguni. Tukang Kebun tak larat nak angkat sorang.
Untuk berbuka puasa 20hb Ramadhan pula, masak simple-simple je goreng sayur dan goreng ayam kampung teruna yang membesar di Kebun Bahagia Bersama. Lepas tu rebus telur masin itik home-made Kebun Bahagia Bersama. Air bunga telang dan air tebu dearest husband belanja. Yang ingin dapatkan stok bekalan ayam kampung dara/teruna untuk hujung minggu ini masih available. Seekor ayam kampung dara/teruna hidup RM20 atau dah siap proses seekor RM23.
More info klik sini.
Self-Collect Schedule This Week:
~ Sabtu pagi 11hb Julai 2015 antara pukul 8:00pagi ~8:30 pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
~Sabtu petang 11hb Julai 2015 antara pukul 4:30PM~5:00PM petang di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
~ Ahad petang 12hb Julai 2015 antara pukul 3:00petang ~3:30 petang di Saujana Utama.
Saya ada beli keratan ubi kak diana. Dah besar meninggi dah. Kena tunggu dahan dia tua coklat baru boleh di ambil ubi ke mcm mane? Ingat nal buat kerepek utk raya. Hehe
BalasPadamNak order anak keladi mawar Harga rm5. Simpan utk sy
BalasPadamanak pokok katak puru masih ada stok tak?
Juga pokok salam nak order 3 benda ni jika masih ada stok.
Salam Bahagia We Linnasya.
BalasPadamBiasanya dah umur lebih 7 bulan baru dituai untuk ubi kayu.
Kalau kurang cahaya lambat sikit pembesarannya.
Kalau full sun biasanya 7 bulan dah ada isi.
Salam Bahagia Carlz Jafran.
InsyaAllah pesanan yang diterima lepas Raya kami pos.