Halaman

Isnin, 24 Ogos 2015

The Trumpet Player's Schomburgkia

  Sudah 2 hari terperap dalam draft, ilham nak menulis mengenai orkid kurang sikit berbanding dengan tumbuhan lain sebab Tukang Kebun masih belum selesa dalam dunia orkid berbanding tumbuhan lain. Tetapi jika tak mencuba-cuba ilmu tidak akan berkembang, sekurang-kurangnya ada gardeners lain dapat membantu membetulkan kesilapan atau mengajar ilmu baru kepada Tukang Kebun. Segan menulis, ilmu tak ke mana-mana. Orkid yang Tukang Kebun nak highlight hari ini pun Sean penulis 'Half a pound of treacle' yang bantu berikan ID iaitu species 'Myrmecophila tibinicinis' atau nama am-nya The Trumpet Player's Schomburgkia. Ada juga tempat yang panggil 'cow horn orchid'.
  Dalam pemerhatian Tukang Kebun mengenai jenis bunga orkid yang berwarna merah jambu di mana beropol-ropol kelopak bunganya kerinting macam Tukang Kebun kecil Abby adalah jenis bunga orkid yang bermusim. Jika dalam Kebun Bahagia Bersama ikut perubahan cuaca setiap tahun, ianya lebih gemar berbunga pada pertengahan tahun, sekitar bulan Jun~Julai. Yang selalu menarik pemerhatian Tukang Kebun ialah tangkai bunga ini sahaja boleh membesar tinggi sehingga hampir 1 meter. Perhatikan gambar No.2 di mana tangkai bunga jenis ini sedang meninggi keluar dari celah daun atau keluar dari pseudobulb .

 Tambahan pula jenis orkid ini nak bela jimat ruang tak perlu nak sibuk beli-beli pasu, akarnya kuat boleh genggam bertenggek dekat pelbagai jenis kayu. Sebagai contoh gambar No.2 hidup atas pokok Ceri Barbados; Gambar No. 3 hidup atas pokok belimbing besi; Gambar No. 5 hidup atas pokok kemuning; Gambar No. 6 hidup atas pokok kemboja, Gambar No. 7 hidup atas pokok Mickey Mouse.

 Untuk perhatikan lebih terperinci bunga Trumpet Player's Schomburgkia boleh lawat dalam blog in hiatus ini (klik sini).
     Tahun lepas sebab rumpunan pelbagai jenis orkid yang hidup atas ada satu pokok buah-buahan ini dah padat sangat, jadi Tukang Kebun ambil peluang pindah-pindahkan rumpunan tersebut. Sebagai contoh, macam gambar di bawah ini rumpunan orkid 'Myrmecophila tibinicinis' boleh dibahagi-bahagikan pindah menumpang ke beberapa pokok-pokok lain. Tak kisahlah gunakan tali jenis apa, janji boleh ikat orkid tersebut atas pokok tak jatuh sementara nak tunggu akar-akar baru tumbuh. Lepas akar-akar baru kuat memegang pokok yang ditumpang, boleh sahaja bila nak kasi nampak cantik buka balik pengikat tersebut.
  Gambar di bawah ini adalah hasil yang diikat pada pokok kemuning selepas beberapa minggu, sudah boleh kelihatan akar-akar baru sudah tumbuh. Kawasan ini redup sikit jadi cepat mudah pokoknya recover semula.
  Yang ini pula diikat atas sabut kelapa berlapis dengan pokok kemboja. Kalau macam ini lain kali nak kasi kawan pun mudah angkut sabut tu sekali macam ala-ala bekas boleh jadikan hadiah. Yang menarik jenis orkid ini ialah tak perlu belanja baja pun tak pe. Ia adalah jenis orkid yang hidup secara symbiosis dengan keluarga semut di mana semut menjadikan rumah dalam pseudobulb-nya membawa pelbagai jenis bahan yang boleh kompos menjadikan bahan makanan baja kepada pokok orkid yang ditumpang seperti 'Myrmecophila tibinicinis' ini.
  Sabtu lepas, Tukang Kebun sibuk kemaskan kawasan sebelah kolam belah dapur, dok bagi hard-pruning dekat pokok-pokok besar di situ. Tak sia-sia masa yang diluangkan pada petang itu, dapat juga menimba ilmu baru. Terkejut Tukang Kebun, ingatkan yang dipindahkan di bawah pokok mickey mouse ini dah lama Knock-Out akibat kemarau lepas. Just to note ya, pokok-pokok orkid 'Myrmecophila tibinicinis' yang dipindahkan serentak lalu tak pernah pun Tukang Kebun siram sejak dipindahkan cuma harapkan rezeki hujan. Kebetulan yang di bawah pokok mickey mouse ini adalah barangkali yang paling terdedah panas dan kering. Apabila trim pokok mickey mouse ini, terkejut kelihatan ada muncul baby-baby baru pokok orkid 'Myrmecophila tibinicinis' dari celah asal pseudobulb 'Myrmecophila tibinicinis' yang dah pun kering-kontang nampak lama dah ingat dia RIP. A lesson to learn don't be deceived it might look long dead but it still able to reproduce. Yes, in gardening, patience is the virtue. Must have faith and hope.
  So kiranya the babies perk Tukang Kebun punya interest to do a little bit of researching. Rupanya memang 'Myrmecophila tibinicinis' adalah antara jenis orkid yang suka banyak cahaya. Patutlah secara logiknya kenapa pokok orkid ini tangkai bunganya boleh tumbuh sangat panjang, mungkin nak terdedah kepada lebih banyak cahaya juga agaknya. Orkid jenis ini mungkin sesuai untuk novice gardeners baru berjinak-jinak nak berkebun, hard to die plant. Kalau nampak macam mati, mungkin elok cuba pindahkan tempat dan bersabar, InsyaAllah keluar baby-baby baru. Yang berkebun dalam balcony juga boleh hijaukan lagi balcony anda kerana orkid ini tak memakai ruang dan jimat belanja. Boleh juga ikat dekat sabut kelapa dan gantung dekat balcony buat style natural deco. Jika tak kena hujan, spray air sekali-kala.

~ The Trumpet Player's Schomburgkia (Myrmecophila tibinicinis)~
1 bare-rooted plant RM15.00 .
  Hasil kurang separuh dari apa yang dipangkas-pangkas petang Sabtu lepas. Sambil Tukang Kebun buat pruning area ini, dearest husband potong rumput. Tangan kanan Tukang Kebun tengah banyak blisters sekarang kebelakangan ini banyak kerja memangkas.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Diana,
    Memang menarik la tanam orkid ni...tapi Julie rasa Julie cam out of luck la tanam orkid...kebanyakan orkid yg Julie tanam jarang sangat nak berbunga, maybe kena banyak buat study & tanya dgn otai2 orkid tentang cara penanaman & penjagaan orkid & Julie tertarik sangat dgn orkid "Trumpet Player's Schomburgkia" x perlu guna pasu...just tumpangkan saja ke batang2 kayu...memang menarik...thanks utk info tu kak...

    BalasPadam
  2. AsSalam....
    bunda memang suka tengok bunga orkid ni....nak pulak yang bentuknyer pelik2 n unik tu.... tapi bunda sendiri belum pernah beli n tanam.... tak pandai bab penjagaan bunga orkid ni sebenarnyer...

    BalasPadam
  3. Cantik orkid ni, batangnya gemuk-gemuk bunganya tahan lama kalau kumbang kuning tak bertelur pada bunganya.

    BalasPadam
  4. Banyak juga ya orkidnya...saya ada 3 jenis sahaja....beli murah di Padang Besar....

    BalasPadam
  5. Waalaikumsalam Julie.

    Orkid pun banyak jenis kumpulan dan ragam masing-masingkan.
    Memang menarik orkid ni tapi takleh nak focus study dia dulu.
    Yang Trumpet Player's Schomburgkia mudah sikit kut for beginners.
    Usually neglected tak pernah baja dan siram pun boleh hidup sendiri.
    Terima kasih kepada ants yang tolong bajakan dia (symbiosis).
    Jimat memang tak perlu pasu, tumpangkan sahaja dah memadai.

    Salam Bahagia Bunda Nora,

    Tukang kebun pun tak berapa mahir dalam penjagaan orkid.
    Cuma suka cuba-cuba tengok menjadi ke tidak, test sini test sana.

    Salam Bahagia Cikgu Zuraidah.

    Ya batangnya gemok-gemok tu yang dipanggil trumpet agaknya.
    Bunganya bila kembang memang tahan lama.

    Salam Bahagia Fida.

    Orkid ni dah lama hidup di Kebun Bahagia Bersama.
    Memang dah banyak beranak pinak.

    BalasPadam