Halaman

Rabu, 30 September 2015

Kari Daging dan Ubi Keladi

  Hujung minggu lepas 2 hari Sabtu dan Ahad kami sibukkan diri mengemas salah satu sudut Kebun Bahagia Bersama yang lama sudah tidak diusahakan kawasan yang ada dengan lebih productive lagi. Salah satu faktor ianya tidak diusahakan kerana pokok-pokok di keliling sudah meninggi jadi bertambah gelap. Maka pada hari Sabtu memang kami cerahkan kawasan tersebut dah terang-benderang semula apabila pokok-pokok besar telah diberikan hard-pruning. Kemudian hari Ahad sambung kemas-kemas lagi dengan menanam pelbagai jenis tanaman makanan untuk meningkatkan productivity dan kepelbagaian hasil akan datang di kawasan tersebut. Antaranya kami juga menanam beberapa anak pokok pisang. Sebagai contoh, gambar di bawah adalah sulur pisang nangka  yang baru dipindahkan bersebelahan petak keladi yang dah lama dilupakan.
  Punyalah selalu tak endahkan kawasan ini, bila pandang banyak kali pokok-pokok keladi yang terabai ini, barulah Tukang Kebun sedar yang ini jenis variety lain dari jenis-jenis keladi yang ada tumbuh di Kebun Bahagia Bersama. Yang mula-mula menarik perhatian Tukang Kebun tengok banyak kali bila melihat batang pokoknya adalah berwarna keputihan bukan hijau biasa pada pokok keladi yang biasa dibuat makan. Batangnya memang amat berwarna ke arah putih, dan ada warna macam merah jambu pada batang yang berumur berdekatan dengan tangkai leher daun. Belek-belek lagi urat daun belah bawah berwarna putih, manakala urat daun belah atas berwarna hijau kebiru-biruan. Pokoknya pun jenis bukan besar. Lantas cuba cari kalau ada ubi yang belum kena santap dengan PETS di belakang sebab lama tak hiraukan pokok-pokok keladi ini takut dah lama ubinya jadi habuan PETS.
  Nasib ada juga ubi yang saiz sederhana tak kena santap dulu, bila dipotong nampaknya isi berwarna creamy white. Kemudian Tukang Kebun cuba rebus bersama-sama dengan ubi keladi mawar nak tengok perbezaannya. Setelah direbus hingga hampir empuk ubinya, kelihatan jenis ubi keladi berbatang putih ini ada sebahagian isinya bertukar seperti warna keunggu-ungguan. Berlainan dengan texture ubi keladi mawar, ubi tersebut kurang berkanji dan tidak melekit-lekit berbanding dengan ubi keladi mawar. Rasa firm macam ubi kentang.
  Kebetulan untuk dinner semalam target nak masak daging lembu, lepas tu ubi kentang takde pula jika nak buat kari daging. Maka terfikir nak buat experiment gantikan stok ubi keladi yang ada di dapur dengan ubi kentang dalam masakan kari daging. Untuk keselamatan, Tukang Kebun rebuslah dulu ubi keladi tersebut sehingga dah agak empok untuk ditambahkan dalam kuah kari yang akan dimasak kemudian. Siap rebus tukar air 2 kali, in case, tapi tak gatal pun masa kupas kulitnya. Bila dah direbus ubi keladi batang putih ini, nampak isinya macam firm seperti ubi kentang. Memang lepas masak kari daging dan ubi keladi ini, kalau Tukang Kebun tak cakap, dearest husband pun kata dia ingat rasa macam ubi kentang. Rasanya tak berkanji lemak atau tidak melekit macam jenis-jenis tertentu ubi keladi. Syukur Alhamdulillah menjadi juga experiment ini, lain kali kalau tuai ubi keladi jenis ini boleh je substitute sebagai ubi kentang untuk lauk-lauk bergulai macam kari.

  Sebenarnya bila refresh kembali memory Tukang Kebun, rasa-rasanya ubi keladi yang Tukang Kebun tanam di sudut berhampiran bawah pokok kelapa ini ialah yang bibitnya Tukang Kebun bawa balik pertengahan tahun 2013. Kalau tak silap Big Boss suruh tanam bawa balik, masa kami ke Tamu rasanya penjual kata jenis keladi ini batangnya biasa dibuat untuk makan juga. Untuk mengelakkan kekeliruan dengan ubi keladi jenis lain, antara sebab Tukang Kebun tanam di sudut tersebut. Dah tanam, lama terabai.
  Sambil-sambil mengemas sudut ini adalah juga reward yang dapat seperti mangga jenis epal. Walaupun kulitnya tak cantik, isinya masih cantik dan sedap masam manis yang dah masak sikit.
  Kalau kawan-kawan tahu agak-agak ini jenis keladi apa, bolehlah mohon berkongsi ilmu dengan kami. Pokok ubi keladi jenis boleh makan dalam dunia ini pun ada lebih 200 jenis memang jenuh gak nak check setiap characteristic ubi keladi ini.

Kebarangkalian esok pagi jika ada gardeners yang nak self-collect di Shah Alam, mungkin boleh. Yang berminat nak self-collect esok pagi di Shah Alam boleh email Tukang Kebun (kebunkmg@gmail.com) sebelum pukul 5 petang ni ya.

Selasa, 29 September 2015

Jerebu Jailed

  Hari ini untuk kawasan yang mengalami jerebu yang teruk, akhirnya telah kembali semula bersekolah. Moga saki baki jerebu akan hilang tak lama lagi. Kasihan kepada anak-anak kali ini cuti sekolah tidak beberapa dapat bermain di luar akibat jerebu yang memerangkap mereka di dalam rumah hampir sepanjang hari. Kasihan juga tengok kekadang hati mereka semacam meronta-ronta juga nak bermain di luar, dapat jenguk main dengan anak-anak ayam sekejap pun jadilah.
  Kekadang dapat pertanyaaan, Tukang Kebun selalu buat apa dengan daun ginseng jawa? Kalau minat makanan pasta, boleh sahaja campur dalam sos pasta. Kalau suka makanan kampung, boleh je buat goreng sambal belacan.
  Back to school dah ni, kelam kabut juga nak fikir menu simple lunch nak sediakan untuk Ilhan sebelum pergi sekolah kebangsaan. Biasanya yang boleh siap masak dalam 20minit. Tukang Kebun biasanya simpan stok daun segar sayur raja di kebun untuk lunch Ilhan. Ada gardeners suka petik-petik daun sayur raja sahaja. Tukang Kebun lebih gemar sambil pangkas batangnya dan mudah bawa ke dapur tak perlu berjemur lama dengan bahang jerebu. Jika rajin pangkas pokok sayur raja, ianya lebih cepat bercabang-cabang pokoknya.
  Masak simple sahaja ala sup bebola daging campur dengan daun sayur raja untuk Ilhan Mikhail.
  Antara tuaian ever ready di Kebun Bahagia Bersama sepanjang tahun juga adalah seperti buah terung pipit dan daun kari. Tumbuhan-tumbuhan yang mudah hidup seperti anak pokok ginseng jawa, sayur raja, terung pipit dan kari, Kebun Bahagia Bersama buka promosi campur mana-mana tumbuhan tersebut dalam pakej '3plant for RM10'. Untuk campur bersama dengan tumbuhan lain boleh check out page '3 plants mix for RM10'.
   Telur-telur ayam dan itik juga hopefully available semula lebih banyak lepas bebas dari jerebu. Production slow telur sekarang dari kebun, tapi yang berminat boleh sahaja tak perlu malu-malu nak tanya Kebun Bahagia Bersama ada tak telur ayam kampung atau telur itik segar sebelum self-collect. Telur nampak kotor tu bukannya tak segar, tapi segar belum dibersihkan sahaja lagi. Kawan -kawan Gardeners yang biasa berjalan-jalan dengan Tukang Kebun di kebun pun ada yang dah biasa sambil jalan-jalan kita kutip telur itik yang berterabur atas tanah. 
  Antara ayam-ayam kampung betina pembekal telur Kebun Bahagia Bersama yang bebas mencari makan. Telur-telur dari Kebun Bahagia Bersama ialah dari binatang yang bebas atau 'free-range'. Yang paling kiri itu kami panggil si 'Ratu' yang ayam betina penelur paling kecil. Tukang Kebun syak si Ratu ini ayam kacuk phoenix, kakinya berwarna kehitaman dan dari saiz bentuk badannya. Telur yang Ratu keluarkan pun biasanya setengah saiz dari telur ayam biasa. 
  Syukur Alhamdulillah belum sampai setahun sudah dapat mulakan dapat anak-anak ayam dari ayam-ayam kampung betina tersebut. Minggu Raya Haji kami sudah pindahkan batch 'ayam merdeka' ke kandang belakang lebih luas, setelah dipindahkan batch 'ayam pantang' ke kandang lebih besar. Seronok mereka dapat bergolek-golek main pasir. Jika ada rezeki, dapatlah mula hujung tahun ini Kebun Bahagia Bersama mula bekalkan ayam-ayam kampung kelahiran di Kebun Bahagia Bersama. Syukur Alhamdulillah untuk tahun 2015 ini atas sokongan semua dapatlah Kebun Bahagia Bersama mula membekalkan telur itik, telur ayam dan daging ayam. 
  Syukur Alhamdulillah permata-permata hati pun dah makin besar dan lebih ambil bahagian bergotong-royong cuti ini menolong dengan kerja-kerja berkaitan di kebun dan juga dalam rumah. Tukang Kebun niat nanti bekalan pertama ayam kampung kelahiran Kebun Bahagia Bersama nak bagi upah kepada Ilhan Mikhail. Ilhan yang banyak tolong jaga anak-anak ayam sejak kami gunakan pertolongan eram pakai incubator. Sebelum pergi sekolah biasanya Ilhan yang keluarkan anak-anak ayam yang umur kurang 2 minggu dari kotak ke sangkar luar dan bagi makan. Balik sekolah agama kalau takde air akan Ilhan yang isi air. Balik petang dari sekolah kebangsaan ayam yang dah lebih 2 minggu dan kurang sebulan tidur di luar, Ilhan yang pasang kelambu. Yang kurang 2 minggu akan Ilhan simpan dalam kotak bawa masuk rumah. Dulu yang baru lahir pun duduk luar, sebab ada masalah semut datang menyerang pada waktu malam jadi terpaksa kami bawa masuk dalam rumah. Itulah routine biasa Ilhan yang Darjah 2 masa hari persekolahan. Sebab tak dapat ke mana-mana cuti sekolah kali ini, papa Ilhan belanjalah oreo cheesecake untuk permata-permata hatinya.
  Kadangkala kalau dah penat sangat buat kerja kebun, makan ulam-ulam seperti ulam raja, daun pucuk muda assam gelugor bersama sambal tempoyak dengan homa-made telur itik masin serta nasi panas-panas sudah cukup menyelerakan. Kebun Bahagia Bersama juga sekarang bekalkan fresh daun pucuk muda assam gelugor yang berminat seikat RM1.

Isnin, 28 September 2015

Abu oh Abu

  Antara tuaian pada hujung minggu lepas ialah pisang abu, kelapa tua dan kelapa gading muda. Sementara semalam Tukang Kebun sorting pesanan-pesanan anak pokok yang telah dipos pada awal pagi ini, dearest husband menunggu di kebun belakang sambil petik buah-buah kelapa gading muda. Terkejut Tukang Kebun banyak pula tuaian kali ini, dearest husband rajin kait 3 tandan. Jadi kami merasa 3 jenis yang buah masih amat muda, dah sedang muda, dan dah tua sikit. Yang dah sedang muda kali ini rasanya paling sedap. Eloklah musim jerebu ini minum minuman berkhasiat semulajadi seperti air kelapa. Jerubu-jerubu ini mudah rasa sakit tekak dan selsema. Sebahagian untuk pesanan tuaian dalam gambar ini dah pinggiran USJ booking, kebetulan Tukang Kebun nakal menghantar gambar tengah nak nikmati kelapa gading muda dalam kebun. Minggu ini kelapa muda gading dah not available. Kalau bibit kelapa gading ada stock.

~ 1 bibit kelapa gading RM7.00 ~
   Syukur Alhamdulillah jika ada rezeki bulan depan ada juga beberapa tandan pisang abu dapat dituai.  Bulan Oktober ini bakal musim pisang abu. Yang berminat untuk dapatkan buah pisang abu organik dari Kebun Bahagia Bersama melalui minggu ini available untuk self-collect juga. Yang ingin diposkan juga InsyaAllah boleh. Anak-anak pokok pisang abu juga available.

~ Buah pisang abu organik sesisir RM5.00 ~

~ 1 anak pokok pisang abu RM7.00 ~

   Hujung minggu ini dapat juga kami pindahkan beberapa jenis sulur pisang di tempat yang telah dikemaskan. Setelah selesai tuai setandan pisang abu semalam, dearest hubby, potong-potong batang pisangnya dah diletakkan di sebelah bawah pokok buah-buahan apabila ianya mereput akan menjadi sumber baja untuk tumbuhan tersebut.  Sementara itu isi bahagian batang pisang yang lembut boleh dijadikan sumber makanan PETS di belakang itu.
   Batang pisang antara sumber makanan bagus untuk itik-itik. Itu yang banyak anak-anak pisang kena makan dengan itik-itik di belakang jika tidak dipagar. Daun pisang pun si angsa-angsa suka makan. Jadi bila anak pokok pisang dah tinggi dari mereka barulah kami keluarkan dari tempat berpagar untuk disusun dalam kebun yang menerima pencahayaan yang baik. Tahun ini kami rajin pindah dan tanam pokok-pokok pisang, sebab selain dari buah pisang yang dibekalkan, seluruh bahagian pokoknya ada kegunaan. 

Fresh produce available untuk minggu ini self-collect:

~ Buah pisang abu sesisir RM5.00 .
~ Pucuk ubi seiikat RM1.00 .
~ Ayam kampung segar proses seekor RM25.00 .
~ Buah kuning telor/Canistel sekilogram RM5.00 .
~ Kelapa dah parut sebiji RM1.00 .
~ Daun Assam Gelugor pucuk muda seikat RM1.00 .

Self-Collect Schedule This Week;

~ Rabu malam 30hb September 2015, antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ Sabtu pagi 3hb Oktober 2015, antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, highway Guthrie).

~ Ahad pagi 4hb Oktober 2015, antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, highway Guthrie).


Khamis, 24 September 2015

Salam AidilAdha

   Kebun Bahagia Bersama Team Members ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pembaca. Tahun ini kami tak balik kampung, ada sahaja di Kebun Bahagia Bersama ini. Syukur Alhamdulillah urusan korban hari ini telah dipermudahkan urusannya, dapatlah dearest husband gotong-royong sembelih dan lapah daging lembu hari ini bersama-sama penduduk-penduduk kampung sambil merapatkan silaturahim selepas solat raya. Cepat juga selesai sebelum tengahari, telah dibahagi-bahagikan. Tahun ini 16 ekor lembu dikorbankan di Masjid Kampung Kubu Gajah. Infinity terima kasih kepada gardeners yang sudi self-collect goodies pada hari Sabtu dan Ahad lepas ,dapatlah menunaikan hajat Tukang Kebun untuk mengambil sebahagian lembu korban tahun ini. Tahun ini niat untuk Rayyan Haniel.
  Elok sahaja tengahari tadi sambil Tukang Kebun tengah hiris-hiris bawang di meja makan dapur terdengar macam bunyi anak ayam di belakang. Terkejut tengok bukan anak ayam yang menetas. Tapi itik telur jenis itik campbell yang menetas. Seronok sungguh dengan rezeki hari ini, pertama kali itik menetas dalam incubator. Telur yang ini asalnya Tukang Kebun ambil masa 3hbSeptember2015 dari Sangkar 2 yang telah diperam separuh jalan oleh ayam kampung betina dipanggil si Ratu. Sebab telur-telur dalam sangkarnya asyik kena sepah-sepahkan oleh ayam lain, jadi Tukang Kebun kutip semua dan letak dalam incubator. Antara rezeki Hari Raya AidilAdha tahun ini. Anak-anak pun seronok sambil meratah daging lembu yang baru digoreng oleh dearest husband.
  Sementara itu, Tukang Kebun tengah nak selesaikan projek masak kuah kacang. Gambar kuah kacang sedang masak. Syukur Alhamdulillah baru sahaja selesai masak, bolehlah curi masa sambil rehat tulis posting blog hari ini. Saja-saja buat kuah kacang boleh bahagi-bahagikan simpan stok dalam freezer bila nak makan home-made pecal kemudian. Anak-anak juga yang menolong kupas kulit kacang setelah dipanggang.
  Tukang Kebun asyik lupa nak maklumkan untuk yang terlibat yang sebenarnya jumlah pesanan penghantaran yang dipos pada Isnin 7hbSeptember2015 lalu, 50% dari jumlah sales telah kami sedekahkan kepada rumah anak-anak yatim. Memang niat kami minggu sebelum penghantaran, untuk sedekahkan 50% dari jumlah pesanan yang diterima. Kami beranggap bahawa yang membuat pesanan untuk dapat penghantaran dipos pada hari tersebut yang bersedekah kerana hati terbuka menerima hidayah untuk selesai membuat pesanan minggu sebelum itu, walaupun kami tidak inform apa-apa, sambil shopping sambil sedekah. Syukur Alhamdulillah dapat juga kita bersama-sama sedekah awal bulan ini.

Selamat Hari Raya AidilAdha.
Maaf Zahir Batin.

Selasa, 22 September 2015

Pucuk Muda Manihot

  Jenis ubi kayu yang ini, Tukang Kebun lupa apa biasa dipanggil jenis namanya. Kalau ada yang tahu minta tunjuk ajar. Yang ini keratan ubi kayu Tukang Kebun culik dari kampung Poturidong Lama, Kiulu, Sabah masa trip terakhir balik kampung hari tu. Bonda sebenarnya tolong kerat-keratkan batang ubi kayu ini supaya mudah nak seludup packing. Jenis ini yang biasa pucuk mudanya dibuat sayur. Pucuk muda jenis ubi kayu ini lebih sedap dari yang pucuk muda ubi kayu baka dari Sabah yang tukang kebun categorikan supaya tak mudah keliru (related posting klik sini). Bentuk daunnya juga sangat berbeza. Yang pucuk ubi ini macam jejari halus panjang-panjang.
  Yang baru pindah rumah, nak save budget buat tirai sementara boleh makan atau edible hedge tutup pandangan dari mata-mata orang yang lalu-lalang, bolehlah bela pokok ubi kayu yang pucuknya sedap dicelur buat sayur atau pecal. Tukang Kebun kalau tak selera makan, makan nasi panas dengan pucuk muda ubi kayu ini dengan sambal tempoyak dah boleh sumbat nak isi perut. Yang busy berkerja pun bolehlah sumbat keratan ubi kayu ini di dalam tanah lebih kurang lebih 10cm dan biarkan hujan menolong siram, InsyaAllah masa stress ada jugalah nak dituai dari laman rumah selain dari rumput yang tak dapat makan. Sekurang-kurangnya pun letak luar pagar rumah, kalau tak nak sakit hati atau pening kepala jika ada jiran tetangga yang suka parking tak menentu menyusahkan kita nak keluar dari pagar sendiri pula. Ubi kayu ini mudah tumbuh, tanah tak subur pun boleh tumbuh.
  Sayur pucuk muda ubi kayu adalah sebenarnya salah satu sumber protein yang banyak, bolehlah membantu vegetarian dari segi mendapatkan kepelbagaian keluarga protein selain dari sumber kekacang dan telur. Sebenarnya kandungan protein untuk ubi kayu adalah 10 kali ganda lebih banyak didapati dari pucuk mudanya dan bukan dari ubinya. Tahukah anda kandungan vitamin-vitamin dari sayur pucuk muda adalah setaraf dengan lobak merah? Nak tunggu lobak merah membesar bukanlah cepat, tapi pucuk-pucuk ubi keluar lebih cepat jika selalu diambil pucuknya. Untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan, sekali-kala makan pucuk ubi kayu juga bagus kerana ianya almost fat free. Tambahan pula sumber anti-oxidant yang superpowerful untuk mengurangkan masalah sakit jantung, strok ataupun cancer. Seperti lobak merah ada unsur beta-carotene, ianya membantu untuk membaiki DNA kita yang telah rosak.
  Gardeners yang mempunyai kenalan yang menghidap penyakit Alzheimer bolehlah membantu menyediakan sayur pucuk muda ubi kayu untuk salah satu diet mereka kerana menurut kajian ianya adalah salah satu sumber yang dapat mengurangkan kerosakkan saraf di otak untuk sakit tersebut. Yang mempunyai masalah tulang rapuh pula atau osteoporosis, selain dari asyik disuruh minum susu yang tak suka minum susu, ketahuilah bahawa pucuk muda ubi kayu kaya dengan Vitamin-K yang membantu membina tulang. Sumber murah untuk mendapatkan Vitamin-K diamalkan turun-menurun oleh nenek moyang kita di kampung. Itu sebab diorang badan kuat, untuk buat kerja berat, tulang pun kuat. Tak perlu bayar GST 6% nak beli susu proses. Zaman dulu dekat kampung pendalaman bukan mudah nak beli susu segar macam kita sekarang kan.

  ~ 7 Keratan Ubi Kayu untuk Pucuk Muda Manihot for RM5~

atau boleh campur-campur pilihan dalam page '3 plants for RM10'.

~ Yang datang self-collect juga fresh available seikat organik pucuk muda manihot for RM1.00 dari Kebun Bahagia Bersama ~



  Sambil-sambil temankan Tukang Kebun ambil sayur di kawasan ini gambar No.4, Ilhan petik bunga-bunga telang. Bunga telang pun ada banyak khasiat bagus dibiasakan kepada anak-anak sejak kecil akan dibincangkan semula khasiatnya bila ada masa (dah berminggu-minggu lama duduk dalam draft).

Antara organik fresh produce juga open available minggu ini sahaja untuk self-collect ialah:

~ Ayam kampung segar diproses seekor RM25.
~ Telur Itik segar sebutir 70sen.
~ Buah Kuning Telur/Canistel sekilogram RM5.
~ Buah citrus (limau/lemon) mix 500gram RM3.00.
~ Ubi Kayu sekilogram RM2.00.
~ Pucuk ubi kayu seikat RM1.00.
~ Daun Assam gelugor seikat RM1.00.
~ Daun Puding belacan seikat RM1.00.
~ Cili Burung seplastik kecil RM1.00.



Self-Collect Schedule This Week:

~ Ahad pagi, 27hbSeptember2015 antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.



Ahad, 20 September 2015

Minggu Musim Kapas dan Kuning Telor

  Catatan hujung minggu Tukang Kebun untuk minggu ini sebelum berehat tidur. Yang nyata minggu ini adalah musim buah kuning telur dan juga kapas di Kebun Bahagia Bersama.
  Untuk dibuat contoh gambar-gambar tuaian buah kuning telur atau canistel yang dituai hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad) adalah dari hasil 1 pokok sahaja. Lumayankan buah yang dihasilkan dari 1 pokok yang sama. Masih ada banyak lagi di atas pokok tengah nak ranum. Untung tanam pokok canistel tak perlu banyak penjagaan dan menghasilkan banyak buah. Yang berminat nak menanam pokok canistel/kuning telor boleh dapatkan juga anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama (1pot RM15.00).
   Hujung minggu ini juga gali keluar bawang-bawang berlian dari tanah untuk pesanan yang telah diterima. Kebelakangan ini asyik lupa nak tuai terung telunjuk sehingga banyak dah masak keemasan atas pokok.
  Ada juga buah-buah jambu batu yang dapat dikutip dari 2 pokok yang berlainan jenis. Sebab buah membesar secara organik ada ulat di dalamnya satu fenomena yang tidak asing lagi. Limau kapas buah jadi berpasir-pasir sebab yang duduk di atas tanah sambil membesar kerana kuasa gravity dan dicakar-cakar oleh ayam.
   Rasanya bulan ini ada ayam-ayam betina yang baru matang sedang belajar bertelur. Bertelur merata dan saiz pun kecik semacam. Tukang Kebun rasa kesan jerebu kali ini dekat Kebun Bahagia Bersama ialah dekat ayam dan itik kurang menghasilkan telur. Saiz telur ayam gajah pun tak sebesar macam biasa. Hujung minggu depan yang bercadang self-collect  goodies dari Kebun Bahagia Bersama juga boleh booking fresh duck eggs (sebutir 70sen).
  Sabtu baru-baru ini selesaikan hajat yang terbantut akibat kena sengat tebuan masa Hari Malaysia. Tukang Kebun nak sangat pindahkan anak-anak pokok pisang bantan di tempat yang dah dikemaskan hujung minggu sebelum itu, terpaksalah dearest husband layan dulu permintaan itu before jadi more grumpy. Sambil-sambil itu juga pindahkan anak-anak pokok pisang seperti pisang nangka dan pisang abu yang dah tinggi saiz kira selamat dari dimakan oleh angsa ke tempat yang lapang. Mood jadi bertambah baik bila tengok makin banyak tersusun pokok-pokok pisang dalam kebun. Lepas layan permintaan isteri bolehlah selesaikan pesanan nak masukkan tanah bakar dalam guni-guni makanan ayam.
  Kemudian isteri pula layan hajat si suami nak pindahkan batch yang kami panggil 'ayam pantang' yang hampir berumur 2 bulan ke kandang lebih besar. Luas lebih 2 kali ganda dari kandang sebelum itu. Biar banyak space mereka nak bergerak-gerak exercise dan membesar lagi. Belum boleh lepas saiz ni, takut senang biawak dan kucing boleh makan lagi dengan mudah.
  Dalam batch 'ayam pantang' ini ada ayam kampung, ayam botak dan ayam selasih kacuk. Panggil batch 'ayam pantang' sebab memang yang bakal nak berpantang lepas bersalin anak pertama bulan depan punya booking order. Sekarang ini kalau sambil-sambil merumput dekat belakang rasa rajinlah sikit sebab boleh kasi makan dekat 'ayam pantang' ini juga hasil merumput. Laju je habis daun-daun mereka ratah dan lebih sihat pemakanannya.
  Sekarang kalau kukur kelapa memang paling seronok anak-anak ayamlah. Memang bekas saki baki isi kelapa yang tinggal dekat tempurung untuk habuan mereka. Gambar bawah anak ayam gajah antara 1st born Kebun Bahagia Bersama bulan lepas lahir dengan pertolongan incubator seronok dapat makan. Rasanya batch yang lahir bulan Ogos tahun ini for our easy reference nak panggil 'ayam merdeka'. Batch 'ayam merdeka' malam ini first night tidur di luar rumah dengan kelambu. Nak biasakan tunggu besar sikit nanti pindahkan ke kandang sebelah 'ayam pantang'.
  Yang ini pula sangkar anak-anak ayam lahir bulan September umur semua kurang 10 hari. Tukang kebun saja cuba kasi testing bagi diorang bekas tempurung yang sudah isi dikukur ada baki, wah bukan main seronok lagi patuk-patuk isi makan. Yang berminat untuk dapatkan ayam kampung sudah diproses segar bela di Kebun Bahagia Bersama seekor RM25.
 Pesanan-pesanan yang diterima untuk pengeposan 21hbSeptember2015 dah selamat Tukang Kebun packing, InsyaAllah awal pagi esok akan dipos. Kami masih buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk minggu seterusnya (28hbSeptember2015) bagi yang masih berminat. InsyaAllah antara goodies yang available untuk minggu seterusnya adalah seperti buah kuning telur dan lain-lain fresh harvest of the day. Untuk kawasan Semenanjung Malaysia sahaja, 1pek fresh harvest Kebun Bahagia Bersama yang berat hampir 2kilogram termasuk kos penghantaran Pos Laju Malaysia RM21.



Jumaat, 18 September 2015

Mickey Mouse

  Bagaimanakah agaknya bunga warna kuning ini boleh dapat nickname sebagai pokok 'Mickey Mouse' character tikus jantan yang menaikkan nama Disney awal-awal. Pokok yang nama botaninya 'Ochna kirkii'  ini berasal dari benua Africa. 
  Pokok yang mempunyai bunga warna kuning bersaiz sederhana ini sangat mudah tumbuh di cuaca iklim tropika. Pembesarannya juga amat pesat. Boleh juga ditanam dalam pasu dan dibongsaikan bagi yang rajin. Ada juga pokok mickey mouse ini sudah pernah berbunga di dalam pasu. Rajin berbunga sepanjang tahun. Warna bunga yang kuning itu menjadi tarikan serangga penghisap madu seperti lebah dan rama-rama.
   Salah satu tarikan pokok bunga Mickey Mouse ini ialah apabila kelopak kuningnya gugur, seakan ianya bertukar baju menjadi bunga warna merah. Padahal transformation ke seakan bunga warna merah ialah sebenarnya bahagian dalam Bahasa Inggeris dipanggil 'Sepal'. Seperti magic pokok bunga ini seperti dari menghasilkan bunga-bunga warna kuning bertukar kepada bunga-bunga warna merah. Perubahan yang boleh kelihatan pada pokok yang sama iaitu perbandingan antara Gambar No.2 dan No. 4 di bawah.
  Apabila kelopak asal bunga kuning telah gugur, bahagian belakang kudup bunga iaitu sepal akan bertukar ke warna merah, kemudian kantung pemegang biji benih akan terbentuk mengelembung, menghasilkan biji-biji benih yang melekat di bahagian luaran kantung.
  Beginilah rupa bentuk biji benih hijau yang muda terbentuk, menjadi kegemaran burung-burung sebagai makanannya juga. Bagaikan bintang keluarkan tahi bintang hehehe....
  Pokok Mickey Mouse ini tahan lasak apabila ianya dah sesuaikan diri dalam kawasan yang bakal dihuni. Keperluan air pun tidak banyak. Boleh hidup di kawasan penerimaan cahaya yang banyak hingga kurang cahaya. Bagi budaya orang Vietnam pokok ini adalah simbol 'Luck' semasa perayaan Tahun Baru mereka.
  Kenapa diberikan nickname 'Mickey Mouse'. Bila benihnya bertukar warna hitam, tengok kedudukan 2 benih yang tinggal kekadang ianya dikatakan nampak seperti telinga Mickey Mouse. Kali ini tak sempat nak cari antara ranting-ranting pokoknya nak ambil gambar so Tukang Kebun leave it to your imagination ya.

~ 1 pot pokok Mickey Mouse RM10 ~