Halaman

Jumaat, 30 Oktober 2015

Fresh Khaki Campbell Duck Eggs

  Syukur Alhamdulillah dah mula dekat penghujung tahun 2015 ini tinggal beberapa minggu sahaja lagi, sekarang pelbagai jenis buah-buahan dapat dirasai segar dari kebun. Kebanyakkannya usaha dari atuk dan nenek dapatlah hingga ke cucu-cucu dapat merasa. Beruntunglah cucu-cucu ini, dalam usia muda dapat merasa pelbagai jenis buah-buahan yang bukan mudah untuk didapati di pasaraya, apatah lagi petik terus masuk dalam mulut. Moga minat menanam ini akan juga sebati dalam generasi muda ini. Antara yang rajin berbuah juga pada tahun ini kerap kali adalah buah ceri barbados. Sebagai ibu inilah antara buah yang kadangkala dipetik seberapa banyak yang boleh digenggam sambil ronda di belakang kebun seketika untuk Abby yang kesunyian menunggu di meja dapur. Dapatlah natural supplement vitamin C yang kaya untuk Abby.
  Syukur Alhamdulillah beberapa hari ini rezeki hujan sangatlah banyak sampai tanah juga penuh air nampak overflow dan itik-itik sibuk menyudu dalam air mencari makanan lepas hujan turun. Itik-itik seronok sungguh di belakang Kebun Bahagia Bersama sekarang dengan air kolam (tempat membakar) yang penuh bertakung. Langit biru juga sudah kelihatan sekarang di mana asyik tertutup dengan asap jerebu. Cuma bila hujan tak berhenti-henti, rasa khuatir juga kami di sini jika banjir atau air sungai overflow. Jadi nak kena rajin-rajin intai parit. Kembalinya keadaan udara yang baik dan banyak air sekarang di kebun, nampaknya itik-itik jenis Khaki Campbell yang dibesarkan di Kebun Bahagia Bersama dah mula kerap bertelur dengan hasil yang lebih baik. Gambar No. 2 di atas adalah antara itik-itik betina Khaki Campbell batch kedua yang dibesarkan di Kebun Bahagia Bersama. Sumber telur-telur itik segar yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama.

~ Telur Itik sebutir 70sen ~
 Hampir Tukang Kebun tak perasan yang ada buah-buah bidara yang sudah masak di atas pokok jika bukan ralit mengekor tengok lebah-lebah berterbangan mengumpul makanan. Buah bidara ini kesukaan Rayyan, lekas-lekaslah petik untuk desert makan malam Rayyan. 
  Antara buah yang dapat dipetik segar dari kebun juga minggu ini adalah buah belimbing buloh. mempelam pauh ringan, ciku dan canistel.

  Fresh produce yang available untuk self-collect minggu ini adalah :

~ Buah Ciku (1kilogram RM4).
~ Buah Cili Burung (1pek RM1).
~ Buah Canistel (1kilogram RM5).
~ Buah Mahkota Dewa (500gram RM7).
~ Buah Mempelam Telor/Pauh Ringan (1kilogram RM5).
~ Buah Kelapa Muda (1 biji RM2).
~ Buah Kelapa Tua (3 biji RM2).
~ Kelapa Parut (3biji RM5).
~ Daun Pucuk Muda Asam Gelugor (1ikat RM1)
~ Daun Pucuk Muda Ubi Kayu (1ikat RM1).
 Malam-malam cuaca dingin apabila sebelah petang hujan dah melawat, sedap hirup sup asin-asin panas suam-suam untuk makan malam. Buah pink guava kerap jatuh dari pokok di bahagian ampaian baru perasan tak sempat nak mengintai pokoknya dah ada yang masak atau tidak.
   Syukur Alhamdulillah sekarang bukan sahaja telur ayam kampung atau telur itik sahaja yang dapat dikutip. Tetapi telur ayam mutiara juga dapat dikutip dari kebun. Gambar di atas telur ayam mutiara sebelah telur itik boleh nampak perbezaan saiz bentuknya. Telur ayam mutiara lebih banyak khasiat dari telur ayam kampung. Cangkerang kulit telurnya juga jauh lebih keras dari telur ayam dan itik. Terkejut Tukang Kebun ada sekali tu guna telur ayam mutiara untuk masak sebab dah retak sikit jadi tak dapat nak eram telurnya. Bahagian putih telur ayam mutiara lebih pejal atau kenyal rasanya berbanding dengan telur itik. Begitu mudah nak pisahkan telur putih dan telur kuning.
  Anak-anak pun dah selamat duduk peperiksaan walaupun tertangguh seminggu kesan dari jerebu.

Isnin, 26 Oktober 2015

Kemas Kawasan Katak Puru

  Antara agenda Tukang Kebun di Kebun Bahagia Bersama minggu lepas ialah mengemas kawasan keliling pokok katak puru. Dah gelap dan semak dengan pelbagai jenis pembesaran pesat pokok-pokok di sekeliling. Nak pergi tuai pun takut-takut Tukang Kebun nanti. Bila curi-curi masa dapatlah juga mula buat stock semula anak-anak pokok katak puru yang tak putus-putus timbul membesar keliling maknya. Ada limited stock available semula anak pokok katak puru minggu ini.

~ 1 bekas anak pokok katak puru RM10 ~
  Buah Katak Puru yang dah hampir masak biasanya memang ramai peminat, bukan sahaja Homo sapiens. Pagi-pagi kalau tak jenguk nanti berebut dengan tupai atau burung. Kalau musim kemarau semut pun suka drilling masuk ke dalam buah katak puru. Bukan setakat semut, tetapi ulat bulu pun suka makan isi buah katak puru. Tak disangkakan pula minggu lepas ada sejenis anak beranak lebah pun berkesempatan buat sarang atas pokok katak puru. Challenging sikit nak pergi tuai buahnya dan kemaskan kawasan persekitarannya, asyik boleh lupa sebab tak jauh dari paras ketinggian kepala.
  Antara tuaian Sabtu minggu lepas ialah buah katak puru dan telur-telur dari ternakan Kebun Bahagia Bersama. Buah Katak Puru tak available untuk self-collect minggu ini. Sekiranya telur itik InsyaAllah ada (sebutir 70sen). First Order, First Reserved.
   Nampaknya rizom-rizom Serai Acheh dah jauh berjalan di deretan tembok depan di bawah pokok belimbing besi asalnya sehingga sudah menghuni ke kawasan bawah pokok katak puru juga. Pokok-pokok Serai Acheh atau juga dikenali dengan nama Tepus Wangi boleh hidup di kawasan yang kurang cahaya (half shade). Rumpai pun tidak mampu nak hidup di kawasan ini dengan selesa kerana tidak mendapat cahaya matahari secara langsung. Tetapi Serai Acheh dapat hidup dengan selesa di bawah kanopi pokok-pokok. Minggu lepas sambil-sambil mengemas sempat juga Tukang Kebun buat propagation batch baru pokok-pokok Serai Acheh ke dalam bekas sebelum bekalan stok sekarang yang ada tinggal sedikit terputus. 

~ 1 bekas Serai Acheh RM7.00 ~
  Yang mana tak dicabut betul akarnya sekali, bolehlah untuk treat anak-anak mandi home-spa Serai Acheh. Mandi air Serai Acheh ini memang kegemaran anak-anak lebih-lebih lagi si Rayyan. Boleh bergaduh dengar Rayyan dan Abby claiming Mama buatkan untuk Rayyan?Abby?tak boleh share. Nasib baik abang Ilhan dah besar, tukang reda keadaan kata Mama buat untuk semua lah. Senang nak suruh mandi bila anak-anak ni tahu ada air Serai Acheh tengah direbus. Mama budak-budak ni yang takde peluang nak home-spa, ambil je lah wapnya sambil masak-masak kasi tenang kepala.

 Bulan ini mood nak meroyan tu tak boleh tahan, dugaan rasanya hormone tak stabil kemungkinan masalah " Premenstrual Dysphoric DisOrder (PMDD) ". Jadi Serai Acheh ini boleh dijadikan herba alternatif untuk penenang kepala dari nak rasa meroyan teruk. Penawar tradisional orang dahulu-dahulu untuk penenang. Walaupun masa sentiasa terkejar-kejar, sambil rebus airnya di dapur, Tukang Kebun selalu buat kerja laptop di meja dapur sekarang sebab satu dapur boleh bau wap rebusan air Serai Acheh, therapy penenang masa busy. Anak-anak pula boleh mandi airnya bagus juga pada musim-musim jerebu ni untuk elak masalah sakit respiratory ni. Multi-Tasking too Much Lately. Memang rasa tenang sambil masak-masak juga bila tengah ada Serai Acheh direbus.

Bacaan lanjut mengenai Serai Acheh boleh refer di posting sebelum ini (klik sini).
  Ahad lalu antara hasil dari Kebun Bahagia Bersama available ialah ayam-ayam kampung. Semalam sembelih 7 ekor ayam kampung. 
  Antara hot item bulan ini juga tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama ialah pek citrus mixed. Untuk minggu ini tak available, InsyaAllah jika ada rezeki lagi 2 minggu kami ambil pesanan semula untuk pek citrus mixed.
  Yang kemungkinan available untuk self-collect hujung minggu ini sekiranya cuaca mengizinkan ialah buah kelapa muda (1biji RM2). Untuk kelapa muda self-collect pada hari Ahad sahaja InsyaAllah available.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 28hbOktober 2015, Rabu malam di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh antara pukul 9:00PM~9:30PM.

~ 31hbOktober 2015, Sabtu pagi di didepan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 10:00AM~10:30AM.

~ 1hbNovember 2015, Ahad pagi di didepan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 10:00AM~10:30AM.

~ 1hbNovember 2015, Ahad petang di didepan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Corridor Highway) antara pukul 5:00PM~5:30PM.
  Juga available adalah kelapa tua ataupun kelapa yang sudah siap dikukur. Pasar Ubi Kayu Kebun Bahagia Bersama untuk tahun ini dah tutup. InsyaAllah tahun depan jika ada rezeki ada tuaian ubi kayu lagi dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 3 biji kelapa tua RM3~
~ 3 biji kelapa sudah dikukur RM5 ~
  Minggu ini sudah tiada stok segar ubi kayu, tetapi InsyaAllah daun pucuk ubi kayu masih kami bekalkan.

~ 1 ikat daun pucuk muda ubi kayu RM1.00 ~
~ 1 ikat daun pucuk muda assam gelugor RM1.00 ~

 Yang berminat nak buat sayur buah nangka muda minggu ini untuk self-collect juga, InsyaAllah available (1 biji buah nangka muda RM3).
  Tips kepada yang belum biasa dengan buah canistel ialah, selain dari indicator tekan rasa isinya dah lembut ialah kekadang buahnya bila ranum, kulit buah itu sendiri akan rekah mengupas sendiri seperti contoh gambar di bawah ini. Ini buah yang masak di atas pokok, kami tuai hati-hati sebab kulitnya dah mengelupas seperti dalam gambar. Nasib baik belum ada tupai atau burung yang santap dahulu. Biasanya kalau dah masak betul macam ini tak dapat nak dipos cuma rezeki yang datang self-collect. Bolehlah merasa terus tak perlu nak peram-peram dahulu.
  Minggu ini juga available fresh dari Kebun Bahagia Bersama boleh dipos atau self-collect ialah buah ciku dan buah canistel (buah kuning telor).

~ 1kilogram buah ciku RM4 ~
~ 1kilogram buah canistel RM5 ~
  Untuk buah ciku, minggu ini ada 2 jenis buahnya sedang nak masak. Jenis bujur dan bulat. Gardeners self-collect Ahad pagi semalam mohon maaf sempat tuai yang jenis bujur je, yang datang sebelah petang dapat mixed 2 jenis ciku. Sebab baru hand-pick semalam kena peram dulu ya sehingga masak.

InsyaAllah yang masih available juga ialah:

~ 1 pek cili burung RM1.00 .
~ 500gram buah mahkota dewa RM7.00 .

Sabtu, 24 Oktober 2015

Pucuk Daun Mulberry Putih

  Senja Khamis baru-baru ini sementara sup tulang lembu sedang dimasak di dapur tengah tunggu ianya jadi empok, Tukang Kebun dan assistant kecil si Ilhan Mikhail buatlah kerja di luar. Hari dah nak makin senja, ternakan pun semua dah makan dan duduk dalam kandang masing-masing. Dengan cuaca sekarang ini, Tukang Kebun perhatikan tiba-tiba begitu banyak nyamuk. Rasa malaslah nak berlegar-legar di kebun belakang lama-lama mencari sayur yang dapat dicampurkan ke dalam sup tulang bila nak dekat masak.
  Pada mulanya ada niat nak tuai pucuk-pucuk mulberry di kebun belakang, tiba-tiba baru teringat sebenarnya ada juga jenis mulberry yang dapat dituai betul-betul menghadap pintu dapur. Batang-batang mulberry tersebut pun dah tinggi lampai sungguh sebab dah lama tak dipangkas menghuni di sebelah pokok assam gelugor. Dengan pertolongan Ilhan yang tolong pegang batang mulberry yang sudah Tukang Kebun lenturkan, dapatlah tuai pucuk-pucuk muda mulberry muda yang daunnya jenis lebar-lebar.
  Cuba gardeners perhatikan betul-betul, ini bukan jenis pokok buah mulberry hitam. Saiz daunnya juga sangat besar, lebih besar dari muka untuk daun yang sudah matang. Ini adalah jenis pokok mulberry putih atau nama botaninya Morus alba. Jenis pokok mulberry ini adalah sebenarnya daunnya yang biasa digunakan untuk bagi makan silk worm dalam industri sutera. Biasanya untuk buat teh mulberry yang jenis biasa dikeringkan daunnya untuk dibuat teh oleh Orang Jepun adalah jenis dari white mulberry bukannya dari pokok mulberry yang biasa ditanam di Malaysia untuk nikmati buahnya.

  Ada juga beberapa kali student email tanya nak dapatkan mulberry untuk penyelidikan dalam teh mulberry. So the very naughty Tukang Kebun first reply will be, nak yang mana satu yang biasa buah hitam atau jenis white mulberry? Kalau untuk buat teh daun mulberry kalau dalam pembacaan Tukang Kebun yang jenis white mulberry dalam kitab lama banyak catit. Kalau tak pasti daun mulberry mana satu nak dikaji untuk teh, lebih baik bincang dengan supervisor dululah ya yang mana nak dikaji. Saja-saja testing student. Tengok buat persediaan terperinci dulu atau tidak sebelum memilih sample kajian. Moga pemikiran kita maju setapak, supaya kita tidak membuang masa bila nak laporkan findings kita. Dalam dunia sains tumbuhan ni biasanya nama botani adalah penting supaya ahli penyelidikan lain juga dapat cross reference dengan mudah dan rasa data kita reliable, Dahlah sekarang ni universiti dalam Malaysia semua nak push suruh buat publication kan, kalau asal usul sample pun kita tak tahu macam mana nak publish dalam high-impact jurnal.

  Umumnya pokok mulberry di luar Malaysia terbahagi kepada beberapa jenis dan kumpulan, biasa disebut ialah black mulberry, red mulberry dan white mulberry. Kalau kita keluar negara pergi conference, kalau penyelidik lain tanya kita kaji daun mulberry untuk teh, pakai mulberry mana satu?Kenapa kita pilih sample ni dan lain-lain soalan, ada jugalah jawapannya. Kekadang ada orang very critical, dapat soalan cepu emas , naya. Rasanya bab to be critical ini influence besar supervisor Tukang Kebun yang orang Jerman. Masih teringat-ingat lagi antara nasihat eye-opener supervisor Jerman Tukang Kebun masa baca Research Proposal Tukang Kebun, komennya "you have to be more critical in your writing and thinking". Be a little bit more critical? Memang bab mengkritik ni dulu tak pandai, perlahan-lahan under his guidance dah mula pandai-pandai sket hahaha.... maksud supervisor tu pun salah satunya ialah jangan mudah percaya dengan apa yang kita baca kena nilai juga. Yalah lagi-lagi dunia cyber sekarang ni kan banyak copy paste sahaja.
  So back to Kebun Bahagia Bersama catatan jurnal, dah nak 3 tahun sebenarnya pokok white mulberry ni Tukang Kebun bawa balik dari Australia . Walaupun depan mata, kekadang lupa pula nak ambil manfaat daripadanya. Terbiar sahaja begitu kecualilah bila ada pelajar-pelajar yang nak bekalan pokok mulberry putih untuk buat kajian. Nak keringkan daunnya buat teh dan bandingkan dengan rasa yang pokok mulberry hitam pun tak terbuat lagi, nak kata malas pun lebih kepada tak cukup masa (bagi sedap hati). Jadi kebetulan petang Khamis dengan pertolongan Ilhan ( a part for his education), kami tuailah pucuk mulberry putih mana yang tercapai. Cuci-cuci terus masukkan dalam periuk sup tulang yang dah hampir nak masak. 

  To be honest, mula-mula rasa ragu-ragu juga dah lah daunnya super besar macam keras je lagi dari pucuk mulberry hitam biasa tanam tu. Bila dah selesai masak sup, testing, rasa nak gelak dekat diri sendiri. Tak di sangka-sangkakan, pucuk mulberry putih daunnya lebih lembut dan rasanya lebih sedap dari pucuk mulberry hitam. Memang boleh rasa perbezaannya kalau dah biasa makan pucuk mulberry hitam. Menyesal selama ini ditangguh-tangguhkan testing rasa pucuk mulberry putih. Jadi rasa tak hairanlah kenapa orang Jepun lebih gemar gunakan daun mulberry putih untuk teh dari jenis mulberry lain. Dulu ada Tukang Kebun terbaca sebenarnya yang mulberry putih ianya kurang bergetah berbanding dengan mulberry hitam. 
 Antara-antara kajian yang telah dilaporkan khas untuk mulberry putih (Morus alba) adalah seperti berikut:

~ Ekstrak daun mulberry putih dilaporkan dapat mencegah racun dari ular jenis vipera rusellii dari merebak ke seluruh system badan.

~ Banyak kajian telah melaporkan yang mulberry putih membantu kurangkan masalah kencing manis dan kolestrol tinggi, sehinggakan pelbagai jenis produk supplement telah dibekalkan dari unsur mulberry putih untuk pesakit. Daun mulberry putih mempunyai keupayaan untuk menukar level gula dalam darah.

(Notes: Perlu berhati-hati bagi pesakit (under medication) bila penggunaan white mulberry serentak dengan ubat synthetic yang membantu mengurangkan kolestrol terkandung benzodiazepines, barbiturates atau antidepressants, kesan side-effect dari penggunaan ubat tersebut ada kemungkinan lebih meningkat. Begitu juga jika pesakit sedang mengambil ubat untuk sakit gout).

~ Untuk masalah motor saraf seperti penyakit Parkinson, daunnya mempunyai kandungan gamma-aminobutyric acid yang kaya dapat membantu mencegah kerosakan.

Banyak lagi laporan kajian atas daun mulberry putih, jika ada kelapangan InsyaAllah ada catatannya lagi (Tukang Kebunnya dah ngantuk). Propagation mulberry putih tak semudah yang jenis mulberry hitam.

~ 1 rooted plant White Mulberry RM30 ~

OR

~ 4 White Mulberry cuttings for RM15 ~

  Yang mengidam nak makan pucuk muda daun assam gelugor  (SeIkat RM1.00) juga masih ada bekalan dari Kebun Bahagia Bersama. Telur itik (sebutir 70sen) minggu ini dah fully reserved, InsyaAllah untuk minggu depan masih available.
  Syukur Alhamdulillah walaupun baru 2 minggu lebih (related posting klik sini) keratan ubi kayu yang hasilnya dikutip bukan untuk ubi tapi pucuk muda baru sahaja ditanam berderet di tembok, nampak dah banyak pucuk daun yang keluar. Begitu express pertumbuhannya dari ditanam baru awal bulan ini, kalau mahu boleh dah nak rasa hasilnya. Eloklah orang sebelah tanam pokok asin-asin, kami pula tanam pokok ubi kayu untuk pucuk mudanya. 

  Buah mulberry hitam sebenarnya lebih sedap dari yang buah mulberry putih. Seperti jenis ubi kayu di atas, ubinya tidaklah selalu dibuat makan tapi pucuknya yang lebih sedap berbanding dengan jenis ubi kayu lain yang dituai adalah ubinya. Boleh dibuat perbandingan macam mulberry putih pula pucuk daun mudanya lebih sedap berbanding dengan pucuk daun mulberry hitam. Begitulah sebalik kisah benar ada pelbagai variety species tumbuhan dalam dunia ini. Masing-masing ada keistimewaan mereka.
  Syukur Alhamdulillah kadang kala masih dapat merasa tuaian asparagus dari kebun sendiri. Sayur Raja kegemaran Ilhan Mikhail campur dengan kuah sos pasta. Masih lagi available adalah buah limau/citrus mixed dari Kebun Bahagia Bersama yang ingin self-collect minggu ini (500gram RM3.00).
   Musim minggu jerebu lagi sekarang menyebabkan jadi tertangguh peperiksaan akhir tahun. Masa sekolah bercuti ini kadangkala Ilhan membantu pindahkan anak-anak ayam sementara beberapa jam di atas rumput untuk mereka biasakan diri makan rumput. Antara batch ayam kampung paling muda di Kebun Bahagia Bersama semoga membesar gebu-gebu. Kebun Bahagia Bersama masih membekalkan ayam kampung bulan ini yang telah siap diproses seekor RM25. 
  Buah canistel juga masih available dari Kebun Bahagia Bersama (1kilogram RM5.00). Selalu pembaca kata macam buah mangga tapi lihat tekstur isinya amat berlainan. Sekarang juga musim buah ciku di Kebun Bahagia Bersama, nampak banyak buah dah kena gigit santap oleh mahkluk lain bertabur di bawah pokoknya (buah ciku sekilogram RM4).
           Buah Canistel yang dah masak isinya, kadang-kadang Tukang Kebun lecek-lecek buat cekodok campur dengan tepung gandum.
Self-Collect Schedule minggu ini :

~ 25hbOktober2015, Ahad pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 25hbOktober2015, Ahad petang antara pukul 5:00PM~5:30PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 28hbOktober2015, Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

Khamis, 22 Oktober 2015

Buah Mahkota Dewa

  Pokok mahkota dewa yang ditanam sejak matang mula berbuah sehingga sekarang, Tukang Kebun perhatikan jenis tumbuhan yang tidak putus-putus berbuah di Kebun Bahagia Bersama walaupun tidak dipedulikan sebab tuan sebenarnya dok jauh seberang Laut China Selatan. Belum lagi buahnya habis kesemuanya ranum gugur di tanah, ada yang masih hijau, diperhatikan pokoknya dah teruja nak berputik bunga sekali lagi.

  Pokok mahkota dewa ini cukup serasi duduk di kawasan yang menerima separa cahaya matahari. Masa awal pemindahan anak-anak pokoknya perlu berhati-hati dengan akarnya dan disiram kerap, tetapi setelah ianya menyesuaikan diri tidak perlu kerap disiram. Yang sudah ditanam di atas tanah bukan dalam pasu, sudah usia remaja boleh hidup dengan memadai penerimaan hujan sepanjang tahun. Sebagai contoh, pokok mahkota dewa ini yang matang dalam gambar ini tak pernah disiram oleh Tukang Kebun hanya bergantung kepada taburan air hujan.
   Bunga pokok mahkota dewa yang berwarna putih juga amat cantik bentuknya membuatkan ianya kelihatan juga seperti pokok hiasan. Ada juga pernah menerima pertanyaan dari peminat bunga-bunga warna putih, apa pokok bunga warna putih yang tak berhenti-henti berbunga? Terfikir pula Tukang Kebun pokok mahkota dewa juga adalah pokok yang kerap berbunga, untung juga tanam nampak macam pokok hiasan, buahnya juga nampak comel, jika mahu boleh juga jadikan ianya sebagai ubat herba alternatif bila diperlukan. Double Happiness. Rasa buahnya dah masak biasanya pahit, jika tergigit pun biasanya tak termakan lekas dibuang.
   Biasanya bila Big Boss balik, barulah buah-buah yang masak dipetik oleh Big Boss. Biasanya diracik-racik, kemudian dikeringkan di luar. Buah mahkota dewa bahagian paling racun adalah bijinya sebenarnya, tetapi dengan mengeringkannya dahulu akan mengurangkan kandungan racunnya. Penggunaan mahkota dewa sebagai herba dalam dunia perubatan boleh dikatakan masih baru atau recent findings. Belum lagi banyak penyedilikan secara scientific terperinci dilakukan lagi, termasuklah catatannya dalam kitab-kitab perubatan lama juga tiada. Pokok buah mahkota berasal dari Papua New Guinea yang beriklim tropika menjadikannya pokok yang mudah juga tumbuh di Malaysia.

   Dalam kajian nilai kandungan anti-oxidant dikatakan buah mahkota dewa adalah lebih tinggi dari pelbagai jenis berry yang diketahui dijadikan sumber anti-oxidant (Andrean et al 2013). Bukan sahaja buahnya yang berguna, tetapi daun pokok mahkota dewa juga menurut kajian membantu dalam masalah impotence lelaki dalam proses pembiakan masalah zahir dan batin. Dalam kajian menggunakan buah mahkota dewa atas tikus dilaporkan  kandungan tertentu dalam buahnya boleh menaikkan level hormone testosterone dan juga kelakuan libido haiwan tersebut (Parhizkar et al 2013).
   Buah mahkota dewa tidak boleh dimakan ketika masih segar, perlu dikeringkan betul-betul. Setelah kering pisahkan bijinya dan simpan isi buah yang sudah kering dalam botol bersih. Buat seperti teh rebus isinya untuk diminum. Yang menghadapi masalah kencing manis boleh cuba amalkan minum sehari sekali air rebusan mahkota dewa setiap hari dalam seminggu tengok sesuai ada perubahan atau tidak dahulu. Kekadang side-effect minum rebusan teh buah mahkota dewa boleh membuatkan ngantuk, minum air banyak-banyak jika rasa mengantuk. Untuk orang sedang mengandung tidak sesuai untuk ambil buah mahkota dewa sebagai ubat, boleh menyebabkan keguguran atau mempercepatkan kelahiran. Ambil nasihat pakar dahulu sebelum cuba lebih elok.
 Pokok mahkota dewa boleh dibonsaikan pokoknya supaya tidak besar. Bila pruning biasanya cepat sahaja ianya tumbuh tunas-tunas baru di dahannya (related posting klik sini). Bulan ini nampak banyak buah mahkota dewa meranum di atas pokok, Big Boss pula tiada balik. jadi tak dimanfaatkan buahnya sebab Tukang Kebun pun tak de masa nak belek-belek ada projek lain. Big Boss pun tak kuasa nak bising sebab tahu Tukang Kebunnya di Sungai Buloh tak cukup kakitangan. Lagipun kampung Big Boss di Kiulu juga ada pokoknya baru kecil macam tinggi si Tukang Kebun kecil Rayyan dah berbuah masa kali terakhir Tukang Kebun balik dulu. 

 Pasti di KingFisher juga ada sudah anak pokoknya yang sedang membesar. Adik lelaki Tukang Kebun pun sekarang kerap balik ke Kiulu sedang buat projek tanam cili sama saudara mara sana, jadi yang di kampung ada buah mahkota dewa boleh dibawa balik untuk kegunaan Big Boss. Itulah kehidupan kami macam nomad, pokok-pokok pun macam mengembara sama-sama menetap di tempat lain. Kalau kebun Sungai Buloh di sini terputus takde, InsyaAllah dekat kebun bahagian Borneo pun ada back up. Semoga generasi seterusnya seperti tumbuhan-tumbuhan di Kebun Bahagia Bersama dah beberapa generasi ada dipindahkan merata-rata di mana tanah kebun yang ada akan berterusan bekalan tidak terputus.

Anak pokok mahkota dewa ada ready stock baru, beranak pinak dari pokok mahkota dewa di atas yang dipindahkan ke dalam bekas beberapa bulan-bulan lalu.

~ 1 bekas anak pokok mahkota dewa RM8~

Bulan ini pun InsyaAllah selagi ada fresh stock buah masak mahkota dewa juga dapat kami bekalkan.

~ 500gram buah mahkota dewa RM7~

Rabu, 21 Oktober 2015

Tuaian Tahiti Lemon

    Semalam antara propagation yang dibuat ialah untuk bekalan pokok grafted lemon tahiti untuk hujung tahun ini bila nampaknya ready stok yang ada sekarang sudah tinggal beberapa bekas sahaja lagi yang dapat dibekalkan sekarang. Sambil-sambil itu pruning pokok lemon tahiti untuk bagi lebih banyak pencahayaan sebab dah merimbun sungguh pokok sedia ada sekarang. Kalau tak terima banyak cahaya saiz buahnya akan tidak dapat membesar pada saiz purata sebenarnya. Nanti buahnya kecil-kecil sebagai contoh tuaian upih gambar pertama adalah pelbagai saiz lemon tahiti pada pokok yang sama membesar tidak sekata sebab ada yang terlindung tidak menerima banyak cahaya matahari secara langsung.
  Sebagai contoh gambar No. 2 ini pun nampak samar-samar cahaya yang diterima pada buah yang sedang membesar. Jarang-jarang sekali nampak ada setangkai pokok lemon tahiti ada 4 buah berkongsi setangkai pada gambar No. 3. Keberangkalian pendebungaan baik kerana tangkainya lebih terdedah mendapat cahaya mudah bagi agen pendebungaan nak mencari makanannya.

  Maklumat lanjut mengenai Lemon Tahiti juga boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 bekas grafted lemon tahiti RM25.00 ~

  Dah namanya Tukang Kebun, jerebu ini pun banyak kena habiskan masa di luar. Syukur Alhamdulillah antara makanan yang membantu naikkan system immune badan juga adalah ahli keluarga citrus seperti lemon tahiti. Yang berminat untuk dapatkan pek fresh citrus mixed dari Kebun Bahagia Bersama available minggu ini.

~ 500gram fresh citrus fruit mixed RM3.00 ~
   Kawasan Lembah Klang ke penghujung tahun ini asyik jerebu sahaja sampai kelibat Si Matahari pun jarang nampak disebabkan diliputi asap yang merbahaya. Mudah pedih-pedih rasa mata ini kesan jerebu. Yang menceriakan pemandangan bila rindukan si Matahari, Syukur Alhamdulillah orkid yang berbunga seperti bentuk Matahari ini berbunga juga dalam jerebu ini.

More info mengenai orkid ini boleh lawat previous posting (klik sini).

~ 1 plant vagina bulbophyllum RM15 ~

  Asyik tarik nafas panjang sahaja bila nak sidai baju awal-awal pagi di ampaian. Walaupun cuaca terasa panas, disebabkan matahari terlindung baju pun sebenarnya sukar dan lambat nak kering sebagaimana biasa bila ada kelibat si Matahari. Betapa si Matahari ini memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dan juga benda-benda hidup yang lain. Syukur Alhamdulillah sejak kerap rajin kemaskan kawasan heliconia guyana ini yang menghadap ampaian kami tak putus-putus berbunga sepanjang tahun walaupun jerebu. Jadi bersemangat sambil sidai baju diberikannya terang benderang warna seperti Matahari.

~ Heliconia Guyana 1 set rhizome RM12.00 ~

Selasa, 20 Oktober 2015

Supplement Jerebu

  Sabtu lepas sebelah pagi kami sibuk dengan mengait kelapa-kelapa tua untuk dikumpulkan dan dikukur hujung minggu ini bagi reservation pesanan dari sebuah kampung dalam Kuala Lumpur. Sambil-sambil itu habis kait stok segar kelapa muda yang ada dari sebuah pokok tepi kolam yang macam kelapa gading. Tapi warnanya tak sekuning kelapa gading iaitu warna kuning cair kehijauan. Minggu ini untuk supplement semulajadi kuatkan immune system dari masalah jerebu yang kerap sekarang untuk yang berminat seperti kelapa muda dan buah citrus/limau mixed available dari Kebun Bahagia Bersama. Yang ingin self-collect kelapa muda, hari Ahad baru available sebab kait hari Sabtu. Untuk citrus mixed pula boleh juga dipos jika berminat.

~ 1 biji kelapa muda RM2.00 ~
~ 500gram buah citrus mixed RM3.00 ~
Juga available fresh produce dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini juga :

~ Buah Ciku 1 kilogram RM4.
~ Buah Canistel/Kuning Telor 1 kilogram RM5.
~ Pucuk Daun Assam Gelugor seikat RM1.
~ Buah Cili Burung 1 pek RM1.
~ Ayam Kampung Organik telah diproses RM25 (Self-Collect sahaja).
~ Telur Itik sebiji 70sen (Self-Collect sahaja).

Self-Collect Schedule minggu ini :

~ 21hbOktober2015, Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 24hbOktober2015, Sabtu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 25hbOktober2015, Ahad pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 25hbOktober2015, Ahad petang antara pukul 5:00PM~5:30PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
  Sumber ilham dari dapur Sis Rozana di Saujana Utama, air yang refreshing untuk bahang panas jerebu ini ialah virgin mojito iaitu campuran jus citrus, daun mint dan air soda/sprite/7up. 
   
  Kebelakangan ini agak sibuk, asyik lupa ada swiss chard hijau yang hidup menumpang antara anak-anak pokok di tapak semaian yang Tukang Kebun buat testing neglected. Dah membesar rupanya dan nampaknya Pak Belalang dah mula sibuk munching daun-daunnya. Minggu ini sibuk merancang susun semula mini tapak semaian, setelah Ahad baru-baru ini dearest husband buang serumpun pisang yang tumbuh liar sendiri di sebelahnya membuatkan kawasan gelap. Jenis Swiss Chard ini jenis mudah lagi membesar benih dari Jepun.

~ Swiss Chard Green Japanese ~
1 pek anggaran 30 biji benih for RM3.00 .
  Benih-benih salad yang baru masuk dalam catalogue minggu ini juga adalah seperti berikut:
'Coral Leaf Plume'.
  Daun berwarna maroon berbentuk seperti sayur daun Mizuna. Kerana bentuknya yang nampak menarik kerap digunakan dalam salad mix. Rasanya agak pedas. Yang sukakan sayur daun arugula, juga boleh jadikan sayur ini sebagai pengganti atau tukar selera.

'Summer Green'.

  Setiap 1 pek sayur lettuce yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama tahun ini ialah RM1.00 dengan anggaran 50 biji benih.



  Semalam sambil makan malam team members Kebun Bahagia Bersama belajar sama-sama ambil pengetahuan cara menanam sayur wasabi. Ini adalah antara tumbuhan yang masuk dalam wishlist Tukang Kebun nak cuba menanam sekali dalam hidup Tukang Kebun sejak terjebak dalam dunia berkebun ini. InsyaAllah kalau saki baki riwayat ini dapat dihabiskan masa dah pencen di Banjaran Crocker, mungkin dapat direalisasikan impian kecil ini.

   Dulu masa duduk di Adelaide, ramai nak bagi bibit adik beradik wasabi iaitu horseradish. Tapi tak tergerak hati pula nak mencuba. Tak disangka wasabi ini nak membesar ambil masa 16bulan. Arigatai-ya, Arigatai-ya, memang ambil kesabaran untuk tukang menanam. Sekarang makan makanan dengan wasabi kena feel the gratitude untuk tukang kebunnya.

  Minggu ini ikut kudarat dan kesihatan, Tukang Kebun sibuk kemas semula mini tapak semaian dan propagation re-stock yang mana dah habis ready stock. Reply message ambil masa sedikit ya.

Khamis, 15 Oktober 2015

Kerak Nasi di Makam Mahsuri

  Koleksi gambar Cuti-Cuti Malaysia yang dah lama disimpan dalam archives folder untuk satu jenis tumbuhan ini yang tersengat di ingatan Tukang Kebun apabila melawat tempat ini kali kedua. Kali pertama Tukang Kebun melawat Makam Mahsuri di Pulau Langkawi adalah rombongan sekolah semasa Darjah 6. Begitu jauh perubahannya setelah melawat kawasan pusat pelancangon Makam Mahsuri setelah beranak 3 untuk kali kedua. Sekarang sudah ada replica rumah Mahsuri pada zaman hidup arwahnya.
  Semasa lawatan kami ke Makam Mahsuri kali ini, meriah sungguh musim berbunga si pokok-pokok bunga kerak nasi atau juga dikenali dengan nama kesidang. Panggilan biasa untuk bunga wangi berwarna putih ini di utara ialah bunga kerak nasi. Memang sungguh wangi baunya sampai Tukang Kebun rasa mengidam nak mencari air sirap pandan. 
  Tukang Kebun perhatikan landskap di pusat pelancongan makam mahsuri menggunakan banyak pokok-pokok bunga kerak nasi di sepanjang tepi corridor jalan. Bayangkan kalau pergi peak season berbunga bunga kerak nasi betapa harumannya mengiring pelancong-pelancong di dalam perkarangan Makam Mahsuri. Semasa kami melawat sana adalah pada awal tahun lepas.
  Selitkan gambar kenangan anak-anak dalam contoh zaman rumah kampung masa arwah Mahsuri hidup. Dalam tengah rumah ada buaian anak-anak, menangkap minat si Abby bermain-main duduk dalam buaian. Ilhan suka pula melepak di luar dapur yang boleh dijadikan tempat menjemur hasil-hasil tumbuhan atau laut. Boleh diperhatikan di belakang Ilhan juga ada pokok bunga kerak nasi.
    Hampir seluruh bahagian pokok kerak nasi mempunyai nilai herba. Yang baru lepas bersalin boleh rebuskan bunga dan daunnya untuk buat mandi hilangkan kotoran dalam badan. Bau bunganya pula dikatakan boleh memberikan therapy ketenangan. Nak jimat duit dari beli wangian untuk dalam kereta, sebelum bergerak tuai beberapa rumpun bunganya bawa sekali.
  Rasa macam pertama kali dikelilingi dengan begitu banyak pokok-pokok bunga kerak nasi semasa berada di kawasan pelancongan Makam Mahsuri. Rasa nak ngap ngap pula bunganya sebab wangi sungguh macam sirap pandan rasa geram hehehe....Pokok bunga kerak nasi adalah jenis pokok yang separa memanjat, ianya suka tempat yang banyak menerima pancaran cahaya matahari. Boleh juga hidup ditanam di dalam pasu. Cuma jangan terlampau banyak berikan ianya baja tahi ayam. Nanti daun lebat je tumbuh tapi tak rajin berbunga. Macam kes Kebun Bahagia Bersama dulu si ayam-ayam mutiara dan ayam belanda suka tidur di atas tembok sebelahnya pokok kerak nasi. Jadi pokoknya cepat sahaja lebat membesar merimbun, penat memangkas tapi dah malas nak berbunga sebab lebih nitrogen. 

~ Anak pokok bunga Kerak Nasi / Kesidang (Vallaris glabra) 1 pot RM10.00 ~
  Sesuai dengan tema ala-ala kampung zaman dahulu si pokok bunga Kerak Nasi ini memang all time favourite-kan. Maka tidak hairanlah gandingannya dalam landskap di kawasan pelancangon Makam Mahsuri juga adalah pokok-pokok kelapa gading.

~ 1 Bibit Kelapa Gading RM5 ~
  Sabtu minggu ini kami rasa nak petik kelapa-kelapa muda dari kebun. Untuk yang berminat nak self-collect pagi Ahad minggu ini juga boleh ambil kesempatan nak buat booking untuk kelapa muda dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 biji buah kelapa muda RM2.00 ~



  Minggu ini juga masuk limited available fresh seed stock alpine strawberry dari Jepun dalam original packaging. Kandungannya ada dalam 0.1ml biji benih alpine strawberry, boleh dapat lebih dari 100 pokok tanam alpine strawberry dari biji benih ikut teknik cambahan masing-masing.

~ Wild strawberry/ Alpine strawberry seeds from Japan in original packaging 1packet for RM20.00 (OUT OF STOCK)~



  Minggu ini juga nampaknya sudah masuk musim buah ciku di Kebun Bahagia Bersama, ada 2 jenis sedang berbuah. Juga available untuk self-collect minggu ini juga.

~ 1 kilogram buah Ciku RM4.00 ~

 Tidak ketinggalan juga dalam keluarga yang sama iaitu buah kuning telor/canistel juga boleh self-collect minggu ini. Sebenarnya buah Canistel dan buah Ciku tergolong dalam keluarga buah-buahan yang sama. Selalu ramai keliru yang buah Canistel sama keluarga dengan buah mangga, tetapi sebenarnya buah Canistel tergolong dalam keluarga buah-buahan 'Sapotaceae' bersama-sama dengan buah Ciku.

~ 1 kilogram buah Canistel RM5.00 ~



  Syukur Alhamdulillah pada hari Awal Muharram semalam dapat menambahkan kenalan dengan lebih rapat lagi apabila ada juga keluarga yang mengingati Kebun Bahagia Bersama ini ada ternak ayam-ayam. Jadi dari terbuang membazir beras-beras yang tak elok sudah berkutu dapatlah disedahkan kepada anak-anak ayam Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka suami isteri semalam dan minta maaf mengganggu hingga lewat malam melayan kami di rumah mereka semalam sambil collect beras tersebut. Sudah ada bahagian dah selamat kami tanak untuk kasi makan anak-anak ayam.


Self-Collect Schedule This Week:

~ 17/18hb Oktober 2015 Sabtu/Ahad pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Highway).