Yang mula berbunga Ahad lalu di Kebun Bahagia Bersama bila tibanya malam ialah si Bawang Tembaga. Rupa-rupanya bawang tembaga ini mula mekar bila dah masuk malam rupanya. Nasib baik tak macam bakawali yang kembang tengah malam lepas tu terus layu. Bunga bawang tembaga akan terus berkembang sehingga siang hari. Bawang Tembaga ini adalah hadiah dari Eira yang kebunnya di Kuala Lipis. Terima kasih banyak-banyak Eira hajat Tukang Kebun tersampai juga nak lihat pokok bawang tembaga berkembang di Kebun Bahagia Bersama.
Boleh juga jenguk kebun Eira di Kuala Lipis klik di sini.
Lepas dah selesai packing barang-barang untuk dihantar pada lewat malam Ahad lalu, teringat kepada pokok bawang tembaga yang sebelah siangnya kudup nampak macam menggemuk terus pergi jenguk si bawang tembaga kalaulah dah mekar. Dah mekar rupanya dan betul tekaan yang bunga ini kembang bila masuk malam.
Percutian ke Langkawi awal tahun lepas (related posting klik sini) membuka minat nak cuba tanam jenis pokok bawang tembaga ni. Jadi curious berapa lama nak tunggu jenis pokok bebawang ni yang bawang size giant mengambil masa nak berbunga. Semasa Eira pos bawang tembaga ini saiznya hanyalah besar penumbuk Tukang Kebun. Lihatlah dah setahun lebih bawangnya sudah besar dari peha Tukang Kebun seperti gambar di bawah di mana Abby jadi perbandingan saiz pokoknya yang sedang berbunga sekarang. Tidak dibaja dan disiram oleh Tukang Kebun setelah ditanam dibiarkan sahaja.
Ada beberapa bawang tembaga sama yang juga diperolehi dari Eira dan ditanam di beberapa sudut berlainan di Kebun Bahagia Bersama. Tukang Kebun perhatikan yang bawang tembaga ini kalau nak tumbuh dengan pesat jayanya sukakan kawasan yang menerima banyak cahaya matahari dan terik. Kalau partial shade macam terbantut perlahan sahaja pertumbuhannya.
Kesimpulannya bawang tembaga adalah heat and drought-tolerant plant. Sesuai untuk landskap yang lapang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang siang. Tak perlu nak pening-pening kepala nak siram suitable for lazy gardener. Kalau style gardening begitu, masa musim kering ia akan tido atau dormant, nanti bila musim hujan, InsyaAllah berbunga bagi bawang tembaga yang sudah matang.
Gara-gara sebab sesi pengambaran di kawasan ini, barulah timbul mood nak mengemas dan merumput. Biasanya pokok bawang tembaga ini tempat si alamanda almond bertenggek. Barulah nampak tanah bagi nafas sikit dekat bawang-bawang bunga yang banyak tersorok tido dalam kawasan ini. Moga dah clear rumput, musim hujan ini bangunlah berbunga mereka. Yang biasanya takde masa nak merumput atau nak kasi nampak lebih ceria boleh juga bantutkan hasrat rumput nak timbul dengan mengamalkan konsep mulching. Masa musim hujan ni kan rumput tumbuh macam speed turbo. Pakai wood mulching juga nampak menarik. Kekadang musim hujan ini kalau ada kawasan jalan yang lopak-lopak dengan air boleh juga cover kawasan lopak tersebut dengan wood mulch. Boleh juga mengurangkan hakisan tanah di bawa air.
Dalam bayangan Tukang Kebun bila tengok banyak pokok-pokok bawang tembaga di Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam (related posting klik sini) cantik jika tanahnya berganding ditutupi dengan wood mulch.
Mana nak dapat wood mulch yang banyak dengan harga yang berpatutan bolehlah lawat laman ini:
Lokasinya pun tak jauh dari Kebun Bahagia Bersama.
Jika ada sesiapa ada jenis bawang tembaga yang warna merah beritahu Tukang Kebun ya.
Eira kuala lipis kt mana ye, sy pun duduk dlm daerah lipis, kot blh mlwt kebun eira. Best blog ni, dh lma jd silent reader. Tq diana.
BalasPadamBunga ini ada juga di rumah di Kedah....tapi selalu jadi sarang macam kumbang kat daunnya....memang cantik bunganya...
BalasPadamcantiknya bunga ....warna purple...
BalasPadamassalam diana
BalasPadamlama nya akak tk singgah sini
cantik nya bwang tembaga tu belum pernah akak tengok in real rupa bawang tembaga kembg waktu malam jugak ke mcm bakawali tu
Assalamu'alaikum Diana
BalasPadamPokok ni dah lama kita mengidam...ya betul kat Perpustakaan Tun Uda (PPAS) begitu banyak pokok di depan library tu....pernah tergerak nak korek anak anak yang begitu banyak... dah tengok pokoknye yang sudah setinggi orang.... geram... kalau Diana ada anaknya...nanti kita nak beli, boleh?
Wassalam
Ina
Salam Bahagia.
BalasPadamTerima Kasih sudi baca ramblings Kebun Bahagia Bersama.
Tak pasti kawasan mana Eira duduk sebab Tukang Kebun pun tak pernah ke Kuala Lipis.
Salam Bahagia Kak Fida.
Kalau bukan dekat tempat terik nanti ada yang suka menumpang hehehe...
Salam Bahagia Kak Suzie.
Masa senja nampak macam purple kut tapi warnanya putih dan pink macam bertukar pula kekadang.
Salam Bahagia Kak Noor.
Terima kasih luangkan masa di sini.
Kali pertama tengok terasa nak tatap puas-puas di kebun sendiri hehehe...
Itu yang nak sangat tanam sendiri.
Tak kembang tengah malam.
Biasanya senja dah mula mengembang dan gelap dah kembang penuh.
Tak macam bakawali yang midnight baru full bloom.
Salam Bahagia Kak Ina.
Geram kan tengok pokoknya kat library tu.
Diana punya belum beranak pinak lagi sebab malas baja kut hehehe...
Sekarang dah tak ada rumput rajinlah ayam yang bertelur kais cari cacing di situ moga lepas baja jugalah hehehe...