Antara herba yang duduk di sudut belakang Kebun Bahagia Bersama yang Tukang Kebun bawa balik dari lawatan pertama ke Tamu Donggongan beberapa tahun lalu ialah Lempoyang hitam ataupun dikenali juga sebagai Bonglai Hitam/Bunglai Hantu (Zingiber ottensii Valeton). Walaupun sekali imbas kelihatan seperti pokok lempoyang (Zingiber zerumbet) yang banyak digunakan untuk kesihatan wanita, pokok Lempoyang hitam yang matang lebih besar dari jenis pokok herba lempoyang yang lebih dikenali. Pokok Lempoyang hitam ini tumbuh lebih besar dari Tukang Kebun. Nampak besar macam pokok lengkuas tetapi batangnya berwarna kemerah-merahan terutamanya di bahagian pangkal pokok yang matang.
Mengimbas kembali semasa temu dengan Lempoyang Hitam dengan Orang Tengah di Tamu Donggongon, Tukang Kebun baru sibuk selesai pajak halia bara. Ternampak Lempoyang Hitam ini yang mula-mula Tukang Kebun hairan rizom nya besar macam halia tua. Ingatkan halia masak yang biasa tetapi Middleman kata itu bukan halia biasa untuk buat bersama dengan masakan tu, tapi kunyit merah jambu herba ubat. Bila sniff sniff memang bau aromanya lebih lain. Macam ada bau kunyit, tapi lebih kuat.
Jika dilihat warna isinya yang sangat matang, terkejut Tukang Kebun tengok rizom sebesar halia/lengkuas tetapi isinya merah jambu atau keungguan pekat. Yang di bawah ini isi rizom muda masih nampak ada keungguan warnanya. Yang matang lebih pekat warnanya. Camera did not managed to pick up the right colouring of the rhizome flesh.
Pokok Lempoyang Hitam dilaporkan berasal dari kawasan Asia Tenggara, berlainan dari kisah asal usul lempoyang yang asalnya dikatakan dari negara India. Di negara barat dalam lingkungan cuaca tropika, ini adalah pokok adik beradik halia yang exotic ramai gemar buat pokok hiasan. Kerana kadang kala mengeluarkan tangkai dari tanah ada rupa bentuk sarang lebah berwarna merah, hence 'beehive' ginger.
Jika tidak biasa lihat sekali imbas mirip macam bunga lempoyang. Tetapi bunga Lempoyang Hitam lebih mekar lama dari bunga lempoyang. Salah satu sebab ianya juga diminati sebagai pokok hiasan walaupun mempunyai nilai herba yang berguna. Biasa juga kelihatan ada gardeners yang susun pokok kantan sebagai hiasan, boleh juga selang seli dengan pokok 'Borneo Red BeeHive Ginger' ini juga pasti nampak lebih menarik dan meriah. Makin matang usia kantung BeeHive Ginger ini akan lebih nampak kemerahan gelap. Nama trend baru untuk Red BeeHive Ginger juga sekarang dilabelkan sebagai 'Cocoa Delight'.
Kenapa Tukang Kebun selalu maklumkan juga sekiranya tahu mana asal usul tumbuhan diambil untuk tanam di Kebun Bahagia Bersama? Walaupun species sama contohnya species Zingiber ottenssi Valeton tetapi ada variant dari composisi kimia yang terkandung di dalamnya bergantung kepada lokasi yang diambil. Sebagai contoh, bila Tukang Kebun buat pembacaan mengenai Lempoyang Hitam rupa-rupanya analysis perbandingan dengan Lempoyang Hitam yang tumbuh di Sabah ada kelainan dengan yang sample diambil dari Johor (Sirat et al 1994, Sri Nurestri Abd. Malek et al 2005).
Untuk rujukan yang berminat untuk menambah koleksi adik-beradik halia, yang mula dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama mulai hari ini ialah Bonglai/Lempoyang Hitam yang asalnya dari Sabah (Borneo Red BeeHive Ginger). Kebun Bahagia Bersama akan bekalkan secara fresh division dari induk pokok bonglai hitam yang rizomnya ada mata tunas. Jimat sikit kos penghantaran tak perlu pakai tanah.
~ 1 set Borneo Red BeeHive Ginger rhizome division for RM25 ~
Secara traditional semasa wanita berpantang di belah utara mak bidan gunakan bonglai hitam akar dan daunnya ditumbuk dan dilumur / tuam (poultice) di badan. Tidak banyak kajian dilakukan lagi mengenai bonglai hitam cuma baru diketahui bahawa mempunyai nilai anti-oksida dan anti-cancer yang tinggi. Sekiranya ada gardeners mempunyai pengetahuan yang dapat dikongsikan bersama mengenai jenis adik-beradik halia yang berasal dari tanahair sendiri ini dialu-alukan.
Antara projek masa cuti Awal Muharram lalu ialah memindahkan beberapa pembahagian rumpun induk Bonglai Hitam ke sudut ini di celah ruang-ruang kosong antara pokok pisang. Pokok Bonglai Hitam boleh hidup di kawasan yang menerima kurang cahaya matahari/partial sunlight/filtered light begitu juga full-sun.
Pokok bonglai juga ada beberapa jenis panggilannya, tapi yang pastinya bonglai hitam (Zingiber ottensii) rizomnya tak berjalur-jalur seperti species bonglai (Zingiber cassumanar) yang dipamerkan di MAHA 2014.
Antara projek semasa hari cuti Awal Muharram lalu juga ialah potong pokok nangka yang di sebelah kolam dah tinggi sungguh. Rasanya dipotong sehingga tinggal 1/3 dari ketinggian asal. Pokok rambutan di sebelahnya pun dipotong. Cerah sudah dunia di situ.
Pokok nangka ini tinggi sangat, buahnya banyak tapi dekat bahagian belah atas tak terambil selalunya. Tak tahu kenapa tupai suka-suka hati sangat buat lubang dekat buah-buahnya. Tukang Kebun pun tak pernah merasa buah nangka dari pokok ini. Baik potong buat rendah je, hati pun tak sakit. Jika ada rezeki berbuah nanti dah ada banyak cahaya di dahan yang renek, bolehlah merasa agaknya.
Antara hasil tuaian pada Awal Muharram untuk dapur kami.
Awal Muharram buat masak lemak rebung cili api.
Macam-macam ada di kebun sendiri
BalasPadamBerapa luas kebun Dee sebenarnya
Kakak rasa macam semua pokok ada sampai yg kakak tak pernah tahu pun ada
pokok lempoyang akak pun berbunga..cantik bunganya. tapi warna bunga lempoyang hitam tu lebih gelap.apa khasiat bunganya ye..
BalasPadamnampak exotic bunga lempoyang tu
BalasPadammasa abg ipar saya baru pindah ke rumah barunya..ada terjumpa pokok ni.. tapi oleh sebab semua cetek ilmu tentang tumbuhan..dan bila ditanya semua cakap tak tahu.. sudahnya,abg ipar cabut semuanya dan buang.. tapi saya agak yg dicabut tu bukan lempoyang hitam,mungkin lempoyang yg biasa..
BalasPadamSalam Bahagia KakZakie.
BalasPadamLuas bidang tanah campur rumah dan kebun seekar.
Bukan Tukang Kebun punya hanya menumpang ibubapa Tukang Kebun punya.
Salam Bahagia Sis Diana Rashid.
Betul jika buang bunga sekilas macam lengkuas.
Salam Bahagia KakYon.
Kalau lempoyang yang kantung bunga merah tu airnya elok untuk wajah berseri pernah dengar orang cerita hehehe....
Tak taulah pula kalau sama kes dengan lempoyang hitam.
Salam Bahagia Kak Mala.
Suka tengok bunga-bunga pokok adik beradik halia ni.
Salam Bahagia Farahhazirah.
Biasalah bila masa belum berminat mengenai tanam menanam ni.