Halaman

Khamis, 31 Disember 2015

Minggu Hari Natal 2015

  Tragedy betul minggu lepas bila awal-awal pagi dearest husband berikan makanan untuk ayam-ayam kelihatan ayam-ayam mutiara dewasa betina yang duduk di dalam kandang tergesa-gesa hendak keluar dari pintu kandang apabila dibuka. Bukan seperti biasanya mereka makan dahulu sebelum keluar dari kandang. 2 ekor jantan ayam mutiara veteran pula tidak kelihatan. Mereka semalam tidak masuk sekali tidur di dalam kandang tapi tidur bertenggek di tempat biasa mereka tidur di tembok luar. Ini adalah perkara biasa kerana mereka sudah bertahun-tahun biasa tidur di luar dan licik dari predator yang attack pada waktu malam.


  Malang sungguh kelihatan bulu ayam-ayam mutiara bersepah-sepah di laman depan di beberapa bahagian. Seekor mati menghadap dapur dengan lehernya sudah terputus. Nampaknya lagi seekor jantan diheret jauh apabila mengikuti bulu-bulu yang bertaburan di keliling rumah ke sebelah buaian sebelah parking kereta depan dengan hatinya sudah dirobek. 



   Kalau tak silap jika begini kebarangkalian angkara si musang. Tetapi bukanlah jenis musang pandan. Yang selalu kami pelik ada musang macam ini hanya selalu kerjakan ternakan avian kami di waktu malam dengan hanya menghisap darah sahaja, isi daging langsung tidak dimakan. Pelik? Tapi benar biasa bahagian leher sahaja digigit untuk hisap darahnya. Dah macam species vampire pula musang ini. Kalau jadi warewolf pun biasanya makan juga dengan rakus isi dagingnya. Tapi ini tidak cuma makhluk tersebut hisap darah sahaja. Disebabkan perkara yang harus Team Members Kebun Bahagia Bersama buat semasa nak senja ialah pastikan semua ternakan dah masuk dalam kandang dan ditutup supaya musang tidak dikacau. Sudah lama tragedi ini tidak berlaku sejak kami setiap senja pastikan kandang-kandang ditutup rapat.

  Ada sesiapa pembaca blog Kebun Bahagia Bersama yang tahu jenis makhluk apa yang suka hisap darah ternakan pada waktu malam ini? Dah macam musang/serigala jadian pula.

  Pernah juga sekali ayam belanda betina yang buta dan lemah beberapa hari disebabkan kena cakar dengan biawak duduk di luar tunggu masa sahaja nak habiskan riwayat. Hampir makhluk penghisap darah besar itu nak habis hisap darah riwayat ayam belanda betina tersebut. Tapi cuma digigitnya sahaja lehernya tapi tak dihisap darahnya. Mungkin baru perasan yang ayam belanda betina tersebut darahnya beracun atau tidak bagus sebab sedang dalam keadaan lemah. Pandai pula tak nak rakus hisap darah binatang dah nak nazak.

  Tapi kali ini entah kenapa yang dah veteran dah bertahun-tahun tidur di luar tidak bisa untuk lari dari predator malam kali ini. Ini mesti kerja group musang yang baru, bukan seekor punya kerja. Bila diperhatikan tempat-tempat kejadian memang ayam mutiara ini juga put on a fight. Itulah antara dugaan waktu malam pula bagi kami sepanjang berjinak-jinak menternak ayam sekarang. Seram juga bila fikir ada mahkluk hisap darah suka datang tengah-tengah malam lawat kandang Kebun Bahagia Bersama. Biasanya jika perasan kekadang boleh kedengaran atap kandang berbunyi ada benda besar jalan di atasnya. Lepas tu dengarlah bunyi angsa-angsa bising di belakang sebagai alarm.

   Nasib juga all is not lost, ada jugalah beberapa ekor batch anak-anak mutiara offspring 2 jantan veteran ini tinggalkan untuk kami. Syukur Alhamdulillah ada berpuluh ekor juga dalam pelbagai umur sekarang dan semoga banyak yang survive hingga dewasa. Cuma yang paling tua batch pearl pun baru umur sebulan lebih sahaja (related posting klik sini). Bermakna kami kena tunggu another 5 months untuk anak-anak ayam mutiara ini matang penuh untuk menghasilkan telur yang fertile. Moga adalah jantan dalam batch pearl tu. Aduhai memang nak kena latih diorang ni bila bebas, bila dah nak senja semua masuk kandang tido. Jadi sekarang hasil telur-telur ayam mutiara yang dikutip buat stok dapur untuk makan sahajalah. Walaupun saiz telur ayam mutiara adalah kecil tapi kandungan nutrisi dikatakan lebih banyak dari telur ayam kampung mahupun telur itik.
  Christmas Eve 2015 kami pergi ke pusat membeli-belah Imago untuk menonton wayang Star Wars. Pagi esoknya ada tetamu tidak diundang pula datang nak jamuan Hari Natal. Ancestor makhluk ni macam dalam tema lukisan gambar Ilhan yang banyak di musim cuti sekolah ini.
  Patutlah pet Big Boss ni menyalak sakan, rupanya ada nak makan besar masa Hari Natal nak pergi makan ayam Big Boss. Lepas tu biawak ni pandai buat pura-pura mati, walaupun pet Big Boss puaslah menggigit-gigit. Nasib baik Big Boss ada dekat kampung habis kena biawak ini RIP pula. Adik Tukang Kebun pula jenis tak sampai hati diheretnya biawak bawa campak keluar.
  Ramai juga bertanya cara-cara nak pecahkan tanah yang keras. Big Boss punya tanah nak menanam dekat KingFisher ini pun keras betul dan penuh dengan batu. Salah satu tanaman yang boleh adapt dengan tanah keras ini adalah pokok betik. Pokok betik walaupun batangnya tak keras macam pokok-pokok buah-buahan tapi akarnya itu kuat. Biasanya elakkan tanam pokok betik berdekatan dengan kawasan yang bersimen. Sebab akar pokok betik boleh masuk hingga ke dalam tanah dan kemudiannya menyebabkan simen boleh merekah dan pecah.
  Oleh itu, bagi mereka yang kurang ada masa nak gembur-gembur tanah selalu salah satu cara ialah biarkan pokok-pokok betik bantu gemburkan tanah. Bila dah rasa habis usia musim peak ianya nak berbuah bila cabut pokoknya, sambil keluarkan pokoknya, akar-akarnya akan sambil ditarik keluar akan pecahkan tanah-tanah juga di kelilingnya. Macam mesin gembur tanahlah. Kalau pokok betik untuk mereka yang ruang terhad juga boleh menanam kan. 

  Kiranya pokok betik ini bolehlah sesuai dijadikan antara pokok-pokok awal yang menghuni kebun baru yang dibuka dengan tanah yang keras dan berbatu selain dari pokok ubi kayu yang juga boleh membantu pecahkan tanah menjadi gembur.
  Gara-gara biawak datang, barulah perasan ada 3 betik dah masak di atas pokok untuk tuaian Hari Natal. Sebelah petang Hari Natal bawa anak-anak ambil angin laut di pusat membeli-belah di Oceanus yang bersebelahan laut. Pertama kali kami berjalan-jalan di pusat membeli belah sini. Sebenarnya nak tumpang letak kereta sahaja di sini sambil keluar ke arah bandar sedikit mencari baju-baju sekolah untuk Rayyan dan Ilhan.
  Sedang meronda-ronda dalam gerimis hujan, dan banyak pula kedai tidak dibuka sebab perayaan Hari Natal limpas pula sebuah kedai Cina cukup ringkas sampai Tukang Kebun pun hampir tak perasan ianya juga menjual pakaian sekolah. Tidak seperti kedai lain yang meriah gantung persediaan untuk ke sekolah. Masa lalu di rak baju terkilas Tukang Kebun terpandang baju kemeja warna putih yang jenis quality kainnya biasa dibelikan untuk baju sekolah Ilhan, kebetulan saiz pula seperti padan dengan Rayyan yang berbadan kecil. Bila terpadang tag harganya macam seolah tak percaya, jauh lebih murah dengan biasa budget Tukang Kebun belanjakan bila beli untuk Ilhan di gedung-gedung pakaian di Saujana Utama (belum lagi banding harga dalam shopping mall yang besar macam Parkson/Metrojaya/Aeon). Its like after harga lepas 60% diskaun. Itupun Tauke bagi diskaun sikit lagi sebab banyak pasang baju shopping.

  Memandangkan tauke pun sudah dengan ramah jemput masuk dalam kedai, Tukang Kebun pun masuklah. Shopping baju-baju anak pun amat mudah sebab Tauke sangat cekap nak teka apa dalam wish list Tukang Kebun untuk 2 hero ni. Tukang Kebun dalam keadaan blur tak selesa sebab basah dengan melekit bahang laut. Dalam cari saiz dan keperluan lain-lain serahkan dekat Tauke tolong ingatkan. Overall kali ini shopping keperluan baju-baju sekolah untuk si Rayyan dan Ilhan amat berpuas hati and very good bargain. Quality wise pun sama sahaja macam biasa Tukang Kebun beli di Saujana Utama mahupun di shopping mall. Memang lepas ni lebih baik shopping keperluan baju sekolah di kedai tauke ini. Harga amat berpatutan dan layanan juga baik. Banding budget setiap tahun perbelanjaan pakaian sekolah untuk Ilhan seorang, sama sahaja jumlah bayar shopping kali ini di kedai Tauke tapi untuk 2 orang. Jadi macam kami jimat 50%~60% di kedai tauke tersebut.

  Syukur Alhamdulillah tergerak hati walaupun dalam gerimis nak berpusing-pusing di kawasan tersebut. Deretan kedai bersebelahan Centre Point nampak macam area jalan TAR di Kuala Lumpur sikit. Kawasan kedai-kedai lama. Ada pokok-pokok besar antara kedai.

   Baju sekolah agama untuk Rayyan sahaja belum ada lagi. 

  Ada penjimatan di situ dapatlah singgah dinner makanan Jepun di Oceanus.

  Hopefully Tahun Baru 2016 tiada tetamu pelik-pelik.

  Selamat Tahun Baru 2016.

Rabu, 30 Disember 2015

Tamu Tuaran Terakhir Tahun 2015

  Salam Bahagia, Syukur Alhamdulillah tahun 2015 ini secara kebetulan dapat lagi menjenguk Tamu Tuaran pada hari terakhir tahun 2015 seperti juga pada tahun 2014 (related posting klik sini). Seperti biasa jika ke Tamu Tuaran, Tukang Kebun jejak kawasan menjual hasil-hasil dari laut dahulu sebab suka parking kereta berdekatan kawasan sana. Sebelum menuju ke Tagal Kampung Poturidong, Kiulu dahulu (related posting klik sini), dari Kota Kinabalu kami singgah ke Tamu Tuaran dahulu. Kali ini kelihatan jenis ikan yang jarang dijual seperti gambar No. 1 di atas, berapa kali si Ilhan Mikhail berdiri sebelah tengok-tengok.
  Biasanya Tukang Kebun tak beli apa-apa hasil laut dulu, bila nak balik baru singgah. Manalah tahu ketika itu penjual dah nak mood balik jadi harga pun mudah nak minta diskaun. Kali ini tak membeli sangat hasil laut sebab ada activity lain nak dibuat kemudian. Kami cuma beli 2 tompok ketam dan 2 tompok udang segar sahaja sebab dearest husband teringin nak makan. Bahan untuk masak tengahari bila dah sampai kampung Big Boss di Kiulu nanti lepas anak-anak dah puas bermain dengan ikan-ikan kelah.
 Ikan-ikan segar dan murah di Tamu Tuaran. Ahad lepas ikan tongkol 2 ekor boleh dapat dengan harga RM10. Kemudian seperti ikan kerisi dalam 1 piring atau orang tempatan kata 1 tompok ada dalam 7~8 ekor saiz sederhana pun boleh dapat harga RM3. Tukang Kebun beli ketam 2 tompok RM16 ada lebih kurang 16 ekor ketam, RM1 lah satu kan kira murahlah nak berbanding dengan di Lembah Klang 2~3 ekor pun dah belas ringgit.
  Rumpai-rumpai laut belum lagi Tukang Kebun berkesempatan nak membeli sebab tak de masa nak main masak-masak lagi di dapur. Makcik yang jual hasil laut seperti rumpai laut ini kerap ada di Tamu Tuaran ni. Di belakangnya adalah di mana tempat nak naik jambatan gantung Tuaran. Bolehlah juga tengok jambatan gantung Tuaran di blog Kak Fida 'MK Collections...'.
  Untuk Kak Fida peminat tegar pokok keladi hiasan, Tukang Kebun snap jugalah gambar nursery bergerak yang ada jual pokok keladi hiasan. Tidak ketinggalan juga untuk Julie milik blog My Wonderful Times yang berminat dengan pokok hiasan jenis calathea.
  Pelbagai jenis tuaian-tuaian segar dari hasil usaha petani tempatan. Yang isi buah hitam-hitam dalam gambar itu dipanggil 'pangi'. Kalau orang Dusun-Kadazan campur dalam pekasam ikan atau dipanggil bosou (betulkah ejaan ini). Nak lihat lebih dekat buah pangi ini boleh check dekat blog Nasa Mulia 'Warna Warni HidupKu'.
  Pelbagai jenis buah dalam kumpulan squash atau labu yang ditawarkan. Boleh simpan lama ini dalam pantry kalau tak de masa kerap nak turun ke tamu. 
  Sesiapa teringin nak makan ubi kayu yang segar dituai juga ada. Yang sebelah kiri kelihatan lebih segar dari kanan, boleh tengok tanah masih moist lagi.
  Ubat-ubatan tradisional bagi yang sedang mencari penawar juga ada. Menyesal pula tak ambil 1 tempat penggiling kayu yang dijual di Tamu Tuaran tempoh hari buatan si penjual. Kalau tidak pun boleh buat hiasan di kebun, boleh juga budak-budak bermain masak-masak atau ahli saintis. Yang bangku kayu masa Tukang Kebun pergi tinggal lagi 2 sahaja, lalu belilah satu sebab ingatkan nak buat bangku letak di luar rumah senang nak basuh baju atau cabut bulu ayam ke lepas sembelih. Kalau yang bangku plastik kalau dibiarkan di luar rumah sekejap sahaja dah reput. Kalau badan terlebih berat macam Tukang Kebun ni nak berdiri atas bangku plastik yang dah rapuh memang terbelah dualah jadinya. Rasa yakin sikitlah nak berdiri ambil barang pakai bangku kayu ini sebab berat berbanding dengan plastik silap step boleh gerak-gerak.

  Lepas tu menyesal tak ambil je 2 bangku terus, bila sampai kampung nenek Ilhan komen asal tak beli je 2 tinggal kat kampung 1. Sebabnya boleh simpan luar lagi 1 supaya mudah untuk Ilhan pakai buat sidai dan angkat baju di jemuran, belum cukup tinggi lagi nak capai kena pakai bangku. Selain dari itu, Tukang Kebun beli juga upih lagi satu. Penjual pun dah kata ambil lah tu kasi murah untuk kau. Bukan selalu rajin sia mau buat ni. Tukang Kebun pun tambah lagi barang nak beli. Salah satu keseronokkan bila di Tamu ialah membeli hasil atau bahan buatan persendirian direct dari yang membuatnya. Beli juga tempat pemotong dari kayu, boleh buat potong-potong ayam.
  Sesiapa yang sibuk bekerja on weekdays cuma ada masa di hujung minggu, tapi mencari-cari ayam kampung untuk buat makan ataupun berubat ataupun makanan berkhasiat semasa berpantang, boleh juga dapatkan live ayam kampung di Tamu Tuaran. Cuma kena proses sembelih sendiri ataupun cari tempat proseslah in advance. Untungnya bela ayam kampung di Sabah, harga yang tuan milik ayam-ayam kampung di bawah ini menjualnya dengan harga hidup 1 kilogram RM15. Lebih mahal dari harga borong ayam kampung bekalan pasaran di Semenanjung Malaysia. Nampakkan ada saiz anak ayam lebih kecil lebih kurang sebulan lebih di sebelahnya dijual dengan harga seekor RM15. Harga daging ayam di Sabah mahal sedikit berbanding dengan Semenanjung Malaysia kerana bekalan masih belum mencukupi. Untuk menjaga pendapatan penternak tempatan Sabah, maka pengambilan ayam daging yang diimport dari Semenanjung Malaysia tidak dibenarkan.
  Jadi orang Sabah yang ada sedikit ruang pun ambillah kesempatan menternak ayam sendiri sebagai pendapatan sampingan. Bukan sahaja orang Sabah, sama saja dengan orang Semenanjung. Tak rugi bah, sendiri pun boleh makan. Boleh bah kalau kau. Uncle Tukang Kebun hujung bulan lepas ada bawa turun ayam-ayam kampungnya hendak ke tamu menjual naik bas awam, belum lagi sampai tamu di dalam bas sudah ada orang membeli ayam-ayam kampungnya.
    Di satu sudut belakang kawasan Tamu Tuaran ini ada dereten menjual barang-barang untuk packaging dari plastik seperti bekas makanan dan minuman pelbagai saiz, plastik untuk membungkus, ataupun bekas untuk doorgift. Polibeg hitam untuk menanam juga ada boleh dapatkan di sini. Tidak ketinggalan bekas untuk cupcake dan muffin pelbagai warna dan corak juga boleh didapati dengan mudah di sini. Tukang Kebun biasanya kalau ziplock plastik dah habis stok kalau terdesak beli juga plastik-plastik saiz kecil di sini untuk bungkus biji benih. Kemudian seal dengan lilin bernyala. Murah-murah beli di sini. Macam-macam jenis bahan bungkusan ada di sini, walaupun gerainya sempoi macam kedai cowboy town.

Selasa, 29 Disember 2015

Tagal Kampung Poturidong Kiulu


  Syukur Alhamdulillah Ahad lepas baru-baru ini kami sekeluarga dapat bersama-sama meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti di kampung Big Boss iaitu di Kampung Poturidong, Kiulu. Antara aktiviti mesra alam yang dapat kami lalui ialah bermanja bersama-sama ikan kelah yang bebas berenang di sungai. Lihatlah di mana gambar pertama di atas Tukang Kebun di kelilingi ikan-ikan kelah.
  Sekarang dengan adanya kemudahan jambatan river crossing, amat mudah lagi untuk terus menaiki kenderaan ke tempat Kelah sanctuary atau lebih dikenali sebagai Tagal untuk orang tempatan. Perjalanan anda bila keluar sahaja dari pekan Tamparuli akan seperti ke Kundasang melalui jalan yang berliku kerana kampung ini terletak di dalam kawasan banjaran berbukit-bukit. Tetapi perjalanan tidaklah sejauh seperti nak ke Kundasang. Biasanya jika menaiki kenderaan dari Kota Kinabalu kurang dari 1 jam untuk sampai ke kampung Big Boss. Bagi Tukang Kebun macam dari rumah nak ke KLIA. Jika dalam geography kiranya sungai di sini boleh dikatakan upstream river.
   Syukur Alhamdulillah setelah penantian yang lama berpuluh-puluh tahun, akhirnya penduduk kampung dapat menyeberangi sungai ini dengan kenderaan dengan lebih mudah dengan kemudahan jambatan (related posting klik sini). Cuaca di kampung beberapa hari agak baik dan tidak hujan lebat menjadikan air sungai tidak beberapa naik membolehkan kenderaan dapat melalui jambatan tersebut. Setelah kami turun bukit, kelihatan beberapa pemuda kampung sedang mencuci motosikal mereka di atas jambatan.
  Seronoknya pengalaman menyeberangi sungai menaiki kereta. Tengok side mirror pun nampak air sungai bukan jalan raya. Jika air sungai besar  kenderaan tidak dapat melalui jambatan. Tetapi bolehlah juga menyeberangi sungai menggunakan jambatan gantung seperti gambar No. 5 di bawah untuk ke kawasan Tagal. Untunglah pelancong jika keadaan air sungai tidak besar boleh rasa menyeberangi sungai menggunakan jambatan gantung dan river-crossing dengan kenderaan. Tak perlu takut-takut jambatan gantung tersebut kuat.
  Bagi permata-permata hati kami ini adalah pengalaman kedua mereka dapat bermesra bersama ikan kelah di Tagal ini. Sebab bukan pertama kali jadi mereka dah tak de rasa takut-takut seperti dulu. Main terjun je dalam sungai dengan tak tukar baju, tak sempat nak cakap apa-apa dah duduk main dalam air. Trip ke Tagal kali ini air tak besar sangat jernih, di dalam gambar bawah boleh kelihatan pelbagai jenis wild ikan kelah berenang-renang. Ada gemuk dari peha si Ilhan.
  Our first trip ke Tagal dahulu pada June 2013, princess papa si Abby ini masih belum lagi boleh berdiri sendiri masih kena berdukung (1st trip posting klik sini). Cepat sahaja masa berlalu.
  Apabila sungai tidak besar atau lama tidak hujan turun, air sungai akan kelihatan sangat jernih. Memang ikan-ikan kelihatan sangat jelas berenang-renang di dalam air sungai yang cetek. Yang tak pandai berenang pun tak delah risau sangat sebab kawasan ini cetek dan arus tak laju jika bukan musim hujan.
  Anda juga bolehlah menderma sedikit untuk kebajikan ikan-ikan kelah tersebut dengan membeli sedikit makanan ikan di pusat Tagal ini. Macam kucing datang makan di atas tapak tangan. Suction ikan kelah ini tak kuat tidak seperti ikan-ikan yang di spa kaki tersebut. Kadang-kadang kalau ikan ini dah ghairah sangat jari kaki pun ingat makanan dihisapnya. Tapi takdelah rasa sakit.
  Tempat ini amat sesuai untuk seisi keluarga. Nak bawa warga emas atau mereka yang uzur juga sesuai kerana terdapat tempat-tempat redup yang selesa untuk berehat sambil menikmati alam semulajadi di tepi sungai. A good therapy. Untuk anak-anak kecil sakit berat pun boleh kita dukung duduk dekat river bank sambil rasa ikan-ikan kelah manja berenang di kaki kita. Kenderaan boleh parking dekat dengan Tagal ini jika jambatan tidak dinaiki air banyak. Kemudahan seperti tandas juga ada. Nak buat Family Day di sini juga boleh kerana penjaga Tagal di sini boleh buat arrangement untuk catering ataupun sediakan tempat BBQ. Homestay juga ada di kampung-kampung bersebelahan.
  Syukur Alhamdulillah sekarang operator-operator white water rafting menggunakan sungai ini juga bekerjasama untuk singgah sebentar di Tagal ini membawa pelancong-pelancong menikmati suasana bermanja-manja dengan wild ikan kelah. Sungai di kawasan ini juga adalah antara sungai yang popular digunakan untuk activity white water rafting.  Activity white water rafting di sini adalah sesuai untuk level beginners. Jadi sesiapa sahaja boleh dapatkan pengalaman white water rafting di sungai ini. Activity white water rafting hanya akan dibenarkan sebelum pukul 3. Kerana menurut orang-orang lama bahawa lepas pukul 3, ikan-ikan akan mula masanya untuk bersiap sedia bertelur. Supaya tempat-tempat di mana ikan berpusat untuk bertelur tidak diganggu maka had masa diberikan sebelum pukul 3 petang untuk mereka yang ingin rafting.
  Marilah Cuti-Cuti Malaysia di kampung Tukang Kebun ya. Main-main dengan ikan kelah boleh, asalkan jangan pergi tangkap sebab ini zon kawasan pemeliharaan ikan-ikan kelah. Nanti kena denda.

Isnin, 28 Disember 2015

Benih Jagung Pulut

    Beginilah rupa benih jagung pulut yang baru sahaja bercambah. Jika dalam keadaan begini masih lagi bagi ayam sedap dimakan dan begitu juga semut akan dibawa pergi jika tidak ditimbus dengan tanah dengan baik. Hujan yang lebat kadangkala benihnya yang telah disemai dalam tanah menyebabkan benih jagung tesebut timbul kelihatan. 
  Organ pembiakan jantan untuk jagung pulut sebelum dilepaskan debunganya untuk disenyawakan kepada organ pembiakan betina amat merah hati warnanya. Mirip kelihatan seperti kulit padi sebelum dibuka kantungnya menampakkan isi beras di dalam.
  Pokok jagung dan pokok padi juga mempunyai ikatan tali persaudaraan. Zaman dahulu untuk mempelbagaikan hasil semasa musim menanam padi, petani juga akan menanam jagung.
 Daun jagung pulut juga nampak berjalur-jalur. Agen pendebungaan bagi pokok jagung biasanya angin. Disebabkan itu ianya biasa ditanam di kawasan lapang supaya angin bertiup sepoi-sepoi dapat mendodoi pokoknya supaya debunga dapat hinggap ke organ pembiakan betina.
 Jika tiada angin sepoi-sepoi yang datang ketika musim pendebungaan pokoknya, bolehlah pada waktu awal pagi goyong-goyong perlahan pokoknya supaya debunga jantan dapat jatuh kepada rambut-rambut muda yang menawan baru sahaja keluar di sisi tangkai batang pokok jagung tersebut. Menarik juga bagi jagung pulut warna rambutnya walaupun masih muda sudah kelihatan berwarna merah hati yang biasanya jagung-jagung jenis lain berwarna keputihan.

 Jika yang nak melancong atau bekerja macam tak sempat nak tuai jagungnya tunggu hingga masak, pada saiz begini boleh juga nak tuai jagungnya sebagai baby corn. Atau disebabkan cuaca yang dahsyat macam ribut menyebabkan batang-batangnya patah dan buah masih membesar muda boleh juga tuai sebagai baby corn. Ataupun banyak buah jagung-jagung yang keluar dari sisi tangkai, jika nak buah jagung yang besar biasanya petani tinggalkan 1~2 tongkol sahaja di pokok. Jadi yang lain boleh isinya dibuat sayur.

More info about babycorn klik sini.
  Jagung pulut seperti jagung baby blue jade (related posting klik sini), jika nak makan sebagai jagung rebus kena tuai sebelum menjadi begitu tua. Sebelum isi jagungnya bertukar ke warna kekuningan gelap. Tuai masa isinya masih berwarna keputihan atau kuning cair. Cara nak tahu masa sesuai untuk dituai sebagai jagung rebus ialah bila kita picit isinya air berwarna susu bukan warna air yang jernih.

  Fresh biji benih jagung pulut baka kampung Sabah available di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 pek anggaran 30 biji benih berharga RM3.00 ~
  Juga available dalam senarai Kebun Bahagia Bersama ialah pelbagai jenis baka kampung kacang tanah.

~ 1 pek kacang tanah pulut anggaran 25 biji benih RM3.00 (info klik sini)
~ 1 pek kacang tanah hitam anggaran 15 biji benih RM3.00 (info klik sini)
~ 1 pek kacang taragang anggaran 25 biji benih RM3.00 (info klik sini)
  Yang mana biji-biji benih kacang tanah yang Tukang Kebun reject lepas sorting, Tukang Kebun tabur di bawah pokok terung sekali terkejut tengok meriah pula bercambah di bawah pokok terung tersebut. Sebenarnya seperti tauge, kacang tanah yang baru sahaja bercambah boleh juga dijadikan sayur. Sedap juga yang kacang tanah yang baru bercambah macam tauge buat masak goreng kicap dengan tauhu. Disebabkan sibuk tak sempat nak petik masa baru bercambah, takpelah jadikanlah ia sebagai 'green manure' untuk baja nitrogen fixer pokok terung tersebut kemudian.

Selasa, 22 Disember 2015

First Pearl


   Hari ini Kebun Bahagia Bersama nak memperkenalkan pula batch 'Pearl' yang lahirnya selepas batch 'Shiro September OffSpring'. Ayam batch 'Pearl' ini lahir ketika musim jerebu teruk pada tahun 2015 ini. Musim jerebu ini telah juga menjadi faktor penurunan hasil telur dan juga anak ayam di Kebun Bahagia Bersama. Diperhatikan jumlah hasil telur ayam dan itik amat ketara turun ketika musim jerebu. Quality telur untuk dieramkan juga tidak berapa elok, banyak telur yang dieramkan, embryo mati didalam telur kerana terencat pembesarannya walaupun telur tersebut adalah fertile. Manakala yang berjaya menetas pula, anak ayam tidak tahan lama beberapa hari sahaja riwayatnya dalam belenggu jerebu. Ada juga yang lahir tidak sempurna anggotanya seperti mata buta sebelah atau paruh sengget.


   Sebagai contoh kelahiran anak ayam ini mengejutkan Kebun Bahagia Bersama kerana matanya buta sebelah. Di dalam gambar No. 2 ini mungkin tidak beberapa jelas, tetapi paruhnya juga senget sebelah jadi crossing di hujung paruhnya. Menunjukkan juga kesan jerebu mempengaruhi pembesaran embryo binatang. Maka, untuk ibu-ibu mengandung juga elakkan dari keluar rumah apabila cuaca jerebu teramat teruk. Pelbagai jenis asap yang terkumpul di udara boleh juga mempengaruhi kandungan kita apabila kita banyak terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Kita kerap baca kesan ibu mengandung yang merokok kepada kandungannya. Tidak menghairankan jika pencemaran jerebu yang teruk juga kebarangkalian mempengaruhi pembesaran kandungan di dalam ataupun menjadi punca masalah-masalah kesihatan lain pada masa akan datang. So be careful.

  
   Maka batch pearl ini memang yang paling survivor dan membesar sihat dapat berjaya harungi cuaca jerebu yang melanda teruk tahun ini. Kenapa dilabelkan batch pearl? Kerana ini adalah pertama kali kami menimang anak-anak ayam mutiara. Syukur Alhamdulillah dari pelaburan kecil awal tahun ini kami beli 10 ekor anak ayam mutiara sebagai induk (related posting klik sini), sudah dapat menimang anak-anak dari ibu-ibu betina tersebut. Walaupun banyak yang mati setelah Tukang Kebun bebaskan dari kandang, tetapi ada yang survive dan rajin bertelur. 

  Tukang Kebun rasa punca kematian ayam-ayam mutiara tersebut setelah dibebaskan, kebarangkalian 2 ekor ayam mutiara jantan veteren kepunyaan Big Boss bersifat territorial. Rasanya ayam-ayam mutiara yang saiz besar seakan jantan yang pula mati mungkin territorial dan berebut betina. Masing-masing nak buat harem sendiri. Yalah yang 2 ekor ayam mutiara jantan veteren tu dah bertahun-tahun duduk membujang je. Sebab yang tinggal akhirnya tinggal betina-betina sahaja dan saiz ketara lebih kecil dari yang dah mati-mati tanpa sebab. Ayam mutiara ini sebenarnya lebih lasak dari ayam kampung dan susah nak jinak. Yang ayam-ayam mutiara betina sekarang di bawah protection 2 ekor ayam mutiara jantan tersebut. Moga makin  banyaklah telur yang fertile diberikan kepada kami.


  Saiz anak-anak ayam mutiara ikut jenis bila baru menetas saiznya lebih kecil dari ayam-ayam kampung. Sebagai contoh dalam gambar No. 4 di atas adalah batch Batman yang semuanya baru menetas pada hari yang sama (related posting klik sini). Kelihatan 2 ekor anak ayam mutiara yang kepalanya berbelang di atas adalah lebih kecil saiznya berbanding dengan jenis anak-anak ayam kampung yang lain.


  Diet batch pearl adalah mirip kepada batch Shiro September OffSpring (related posting klik sini) diberikan pelbagai juga jenis buah-buahan ikut musim di Kebun Bahagia Bersama semasa pembesarannya sebagai contoh buah ciku dan buah belimbing besi. Nasi semalaman yang tidak habis juga akan diberikan kepada batch pearl.

  Terima kasih banyak-banyak kepada Sis Z dari TTDI juga yang menyumbangkan lagi 3 kilogram beras untuk pembesaran batch pearl dan Shiro September OffSpring.

  
  Untuk batch pearl ni kena bagi credit banyak penjagaan makanannya diberikan oleh adik perempuan Tukang Kebun Dahiyah. Tukang Kebun banyak cuti rehat dari kebun.

  Batch pearl ini selalu cuci pandangan tengok Petak E yang sedang semak tak sempat nak kejar pertumbuhan rumpai tumbuh dalam petak ni. Selain dari rumpai yang suka-suka tumbuh sendiri, di dalam Petak E ini ada juga sepohon mulberry dan beberapa pokok nenas untuk tatapan mereka. Biasanya bila dengar Tukang Kebun belah-belah kelapa, penghuni Kandang E bersebelahan Petak E ini suka bertenggek duduk atas para seperti di dalam gambar No. 7 di bawah sambil mengintip Tukang Kebun. Ada tak bahagian isi kelapa untuk kami ini, agaknya sambil menunggu.

  Beberapa hari ini banyak celoteh pasal ayam je kan. Manalah tahu ada yang terbuka hati nak berjinak-jinak belajar bela ayam pula tahun depan untuk sumber makanan. Bela 1~3 ekor pun jadilah kan. Sekurang-kurangnya bila dah berusia ada jugalah kenangan. Kami pun pengalaman kosong juga masa awal-awal timbul minat nak mencuba. Awal-awal banyak juga failure. There are many avian graves in the kebun this year. But don't be down its a part of learning. When you fail you acquire skills and experience along the path of success. The learning part gets more fun when the kids are also having fun learning along with their parents. The kids also give valuable opinion, advice and insight if you give them a chance to embark on this kind of journey together.



   Disebabkan permintaan banyak untuk ayam-ayam kampung, jadi Tukang Kebun pun tak berani nak announce sejak kebelakangan ini berpeluh-peluh nak catch up dengan demand. Batch ayam merdeka lalu terpaksa banyak kali Tukang Kebun tak dapat penuhi permintaan kerana stok habis cepat setelah dibuka offer. Lepas tu jerebu pula bagi setback production anak-anak ayam. Yang berminat untuk dapatkan bekalan daging ayam kampung segar dari Kebun Bahagia Bersama boleh merisik-risik juga bertanya kepada Tukang Kebun tahun depan ya. Tak perlu tunggu Tukang Kebun buat announcement sebab ada kebarangkalian tengok flow permintaan mungkin kami tak umumkan. Serba salah juga nak tolak permintaan bila bekalan tak mencukupi. Jadi boleh sahaja merisik-risik terus bila terasa nak makan daging ayam Kebun Bahagia Bersama tak perlu tunggu announcement di blog posting. Cuma pesanan untuk daging ayam kampung kena confirm sehari sebelum, sebab pada hari self-collect pesanan awal pagi lagi nak kena hantar ayam untuk diproses so you will get fresh meat. Kami tak bekalkan secara frozen kecuali di atas sebab-sebab tertentu.

  Terima kasih banyak-banyak untuk bulan Disember 2015 ini, daging ayam kampung dari batch Shiro September OffSpring dah selesai dibekalkan semua.

Rancangan bekalan daging ayam kampung untuk awal tahun depan adalah seperti berikut :

~ Batch Pearl >>> Pertengahan January.

~ Batch Batman >>> Awal February Tahun Baru Cina.

~ Batch Bujang >>> March.

    Orang kata jauh berjalan, luas pengalaman. Sekarang dengan dunia cyber tak dapat jalan jauh pun boleh belajar dari pengalaman sejarah tempat lain. Siapa yang berminat nak kenali dunia ayam dan telur di Jepun bolehlah tonton video di bawah.