Halaman

Khamis, 31 Disember 2015

Minggu Hari Natal 2015

  Tragedy betul minggu lepas bila awal-awal pagi dearest husband berikan makanan untuk ayam-ayam kelihatan ayam-ayam mutiara dewasa betina yang duduk di dalam kandang tergesa-gesa hendak keluar dari pintu kandang apabila dibuka. Bukan seperti biasanya mereka makan dahulu sebelum keluar dari kandang. 2 ekor jantan ayam mutiara veteran pula tidak kelihatan. Mereka semalam tidak masuk sekali tidur di dalam kandang tapi tidur bertenggek di tempat biasa mereka tidur di tembok luar. Ini adalah perkara biasa kerana mereka sudah bertahun-tahun biasa tidur di luar dan licik dari predator yang attack pada waktu malam.


  Malang sungguh kelihatan bulu ayam-ayam mutiara bersepah-sepah di laman depan di beberapa bahagian. Seekor mati menghadap dapur dengan lehernya sudah terputus. Nampaknya lagi seekor jantan diheret jauh apabila mengikuti bulu-bulu yang bertaburan di keliling rumah ke sebelah buaian sebelah parking kereta depan dengan hatinya sudah dirobek. 



   Kalau tak silap jika begini kebarangkalian angkara si musang. Tetapi bukanlah jenis musang pandan. Yang selalu kami pelik ada musang macam ini hanya selalu kerjakan ternakan avian kami di waktu malam dengan hanya menghisap darah sahaja, isi daging langsung tidak dimakan. Pelik? Tapi benar biasa bahagian leher sahaja digigit untuk hisap darahnya. Dah macam species vampire pula musang ini. Kalau jadi warewolf pun biasanya makan juga dengan rakus isi dagingnya. Tapi ini tidak cuma makhluk tersebut hisap darah sahaja. Disebabkan perkara yang harus Team Members Kebun Bahagia Bersama buat semasa nak senja ialah pastikan semua ternakan dah masuk dalam kandang dan ditutup supaya musang tidak dikacau. Sudah lama tragedi ini tidak berlaku sejak kami setiap senja pastikan kandang-kandang ditutup rapat.

  Ada sesiapa pembaca blog Kebun Bahagia Bersama yang tahu jenis makhluk apa yang suka hisap darah ternakan pada waktu malam ini? Dah macam musang/serigala jadian pula.

  Pernah juga sekali ayam belanda betina yang buta dan lemah beberapa hari disebabkan kena cakar dengan biawak duduk di luar tunggu masa sahaja nak habiskan riwayat. Hampir makhluk penghisap darah besar itu nak habis hisap darah riwayat ayam belanda betina tersebut. Tapi cuma digigitnya sahaja lehernya tapi tak dihisap darahnya. Mungkin baru perasan yang ayam belanda betina tersebut darahnya beracun atau tidak bagus sebab sedang dalam keadaan lemah. Pandai pula tak nak rakus hisap darah binatang dah nak nazak.

  Tapi kali ini entah kenapa yang dah veteran dah bertahun-tahun tidur di luar tidak bisa untuk lari dari predator malam kali ini. Ini mesti kerja group musang yang baru, bukan seekor punya kerja. Bila diperhatikan tempat-tempat kejadian memang ayam mutiara ini juga put on a fight. Itulah antara dugaan waktu malam pula bagi kami sepanjang berjinak-jinak menternak ayam sekarang. Seram juga bila fikir ada mahkluk hisap darah suka datang tengah-tengah malam lawat kandang Kebun Bahagia Bersama. Biasanya jika perasan kekadang boleh kedengaran atap kandang berbunyi ada benda besar jalan di atasnya. Lepas tu dengarlah bunyi angsa-angsa bising di belakang sebagai alarm.

   Nasib juga all is not lost, ada jugalah beberapa ekor batch anak-anak mutiara offspring 2 jantan veteran ini tinggalkan untuk kami. Syukur Alhamdulillah ada berpuluh ekor juga dalam pelbagai umur sekarang dan semoga banyak yang survive hingga dewasa. Cuma yang paling tua batch pearl pun baru umur sebulan lebih sahaja (related posting klik sini). Bermakna kami kena tunggu another 5 months untuk anak-anak ayam mutiara ini matang penuh untuk menghasilkan telur yang fertile. Moga adalah jantan dalam batch pearl tu. Aduhai memang nak kena latih diorang ni bila bebas, bila dah nak senja semua masuk kandang tido. Jadi sekarang hasil telur-telur ayam mutiara yang dikutip buat stok dapur untuk makan sahajalah. Walaupun saiz telur ayam mutiara adalah kecil tapi kandungan nutrisi dikatakan lebih banyak dari telur ayam kampung mahupun telur itik.
  Christmas Eve 2015 kami pergi ke pusat membeli-belah Imago untuk menonton wayang Star Wars. Pagi esoknya ada tetamu tidak diundang pula datang nak jamuan Hari Natal. Ancestor makhluk ni macam dalam tema lukisan gambar Ilhan yang banyak di musim cuti sekolah ini.
  Patutlah pet Big Boss ni menyalak sakan, rupanya ada nak makan besar masa Hari Natal nak pergi makan ayam Big Boss. Lepas tu biawak ni pandai buat pura-pura mati, walaupun pet Big Boss puaslah menggigit-gigit. Nasib baik Big Boss ada dekat kampung habis kena biawak ini RIP pula. Adik Tukang Kebun pula jenis tak sampai hati diheretnya biawak bawa campak keluar.
  Ramai juga bertanya cara-cara nak pecahkan tanah yang keras. Big Boss punya tanah nak menanam dekat KingFisher ini pun keras betul dan penuh dengan batu. Salah satu tanaman yang boleh adapt dengan tanah keras ini adalah pokok betik. Pokok betik walaupun batangnya tak keras macam pokok-pokok buah-buahan tapi akarnya itu kuat. Biasanya elakkan tanam pokok betik berdekatan dengan kawasan yang bersimen. Sebab akar pokok betik boleh masuk hingga ke dalam tanah dan kemudiannya menyebabkan simen boleh merekah dan pecah.
  Oleh itu, bagi mereka yang kurang ada masa nak gembur-gembur tanah selalu salah satu cara ialah biarkan pokok-pokok betik bantu gemburkan tanah. Bila dah rasa habis usia musim peak ianya nak berbuah bila cabut pokoknya, sambil keluarkan pokoknya, akar-akarnya akan sambil ditarik keluar akan pecahkan tanah-tanah juga di kelilingnya. Macam mesin gembur tanahlah. Kalau pokok betik untuk mereka yang ruang terhad juga boleh menanam kan. 

  Kiranya pokok betik ini bolehlah sesuai dijadikan antara pokok-pokok awal yang menghuni kebun baru yang dibuka dengan tanah yang keras dan berbatu selain dari pokok ubi kayu yang juga boleh membantu pecahkan tanah menjadi gembur.
  Gara-gara biawak datang, barulah perasan ada 3 betik dah masak di atas pokok untuk tuaian Hari Natal. Sebelah petang Hari Natal bawa anak-anak ambil angin laut di pusat membeli-belah di Oceanus yang bersebelahan laut. Pertama kali kami berjalan-jalan di pusat membeli belah sini. Sebenarnya nak tumpang letak kereta sahaja di sini sambil keluar ke arah bandar sedikit mencari baju-baju sekolah untuk Rayyan dan Ilhan.
  Sedang meronda-ronda dalam gerimis hujan, dan banyak pula kedai tidak dibuka sebab perayaan Hari Natal limpas pula sebuah kedai Cina cukup ringkas sampai Tukang Kebun pun hampir tak perasan ianya juga menjual pakaian sekolah. Tidak seperti kedai lain yang meriah gantung persediaan untuk ke sekolah. Masa lalu di rak baju terkilas Tukang Kebun terpandang baju kemeja warna putih yang jenis quality kainnya biasa dibelikan untuk baju sekolah Ilhan, kebetulan saiz pula seperti padan dengan Rayyan yang berbadan kecil. Bila terpadang tag harganya macam seolah tak percaya, jauh lebih murah dengan biasa budget Tukang Kebun belanjakan bila beli untuk Ilhan di gedung-gedung pakaian di Saujana Utama (belum lagi banding harga dalam shopping mall yang besar macam Parkson/Metrojaya/Aeon). Its like after harga lepas 60% diskaun. Itupun Tauke bagi diskaun sikit lagi sebab banyak pasang baju shopping.

  Memandangkan tauke pun sudah dengan ramah jemput masuk dalam kedai, Tukang Kebun pun masuklah. Shopping baju-baju anak pun amat mudah sebab Tauke sangat cekap nak teka apa dalam wish list Tukang Kebun untuk 2 hero ni. Tukang Kebun dalam keadaan blur tak selesa sebab basah dengan melekit bahang laut. Dalam cari saiz dan keperluan lain-lain serahkan dekat Tauke tolong ingatkan. Overall kali ini shopping keperluan baju-baju sekolah untuk si Rayyan dan Ilhan amat berpuas hati and very good bargain. Quality wise pun sama sahaja macam biasa Tukang Kebun beli di Saujana Utama mahupun di shopping mall. Memang lepas ni lebih baik shopping keperluan baju sekolah di kedai tauke ini. Harga amat berpatutan dan layanan juga baik. Banding budget setiap tahun perbelanjaan pakaian sekolah untuk Ilhan seorang, sama sahaja jumlah bayar shopping kali ini di kedai Tauke tapi untuk 2 orang. Jadi macam kami jimat 50%~60% di kedai tauke tersebut.

  Syukur Alhamdulillah tergerak hati walaupun dalam gerimis nak berpusing-pusing di kawasan tersebut. Deretan kedai bersebelahan Centre Point nampak macam area jalan TAR di Kuala Lumpur sikit. Kawasan kedai-kedai lama. Ada pokok-pokok besar antara kedai.

   Baju sekolah agama untuk Rayyan sahaja belum ada lagi. 

  Ada penjimatan di situ dapatlah singgah dinner makanan Jepun di Oceanus.

  Hopefully Tahun Baru 2016 tiada tetamu pelik-pelik.

  Selamat Tahun Baru 2016.

6 ulasan:

  1. Sayangkan sama ayam yang mati tu...kalau dah bela lama memang nangis juga....sedih...

    BalasPadam
  2. makhluk ape agaknya tu.... hisap darah je pulak tu... seramnya...

    BalasPadam
  3. Alahai sedih pulak tengok ayam jadi mangsa itu.
    Sayang pun juga sebab dah besar dah.

    Selamat menyambut 2016 juga dari kakak.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak Diana, Cantik lukisan si Ilhan, pandainya dia melukis.
    Bila tgk ayam2 tu kena serang binatang dan dihisap darah, teringat pula Julie dgn haiwan mitos yg menghisap darah kambing & haiwan ternakan lain yg famous di Mexico iaitu cupacabra. Seram pula.

    BalasPadam
  5. Salam Bahagia Kak Fida.

    Memang hilang juga mood beberapa hari kehilangan ayam-ayam mutiara tu. Sebab dah biasa tengok lagat mereka yang kadang menghiburkan.

    Salam Bahagia Farah.

    Musang rasanya dear...musang dah macam raja bersiung kut.

    Salam Bahagia tiga lalat.

    Jahat tu musang kan...

    Salam Bahagia Kak Zakie.

    Itulah baru simpan cita-cita nak biakkan banyak lagi ayam mutiara.
    Terbantut projek.

    Waalaikumsalam Julie.

    Ilhan lagi pandai melukis dari maknya hehehe...
    Tapi tema dinosaur je asyik...
    Itulah kalau ada rezeki nak juga menghantar ke kelas seni kasi asah lagi bakat melukis tu.
    Nak kena pinjam wildlife punya ambil gambar waktu malam kut pasang dalam kebun camera.

    BalasPadam