Halaman

Jumaat, 1 Januari 2016

2013 released seedlings

   Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca, moga tahun 2016 ini murah rezeki untuk semua dari pelbagai bentuk. Untuk yang suka menanam, moga banyak tuaian atau bunga-bunga yang kembang dari kebun anda sepanjang tahun 2016 ini. Moga tahun ini juga bertambah lagi kawan-kawan yang mahu berjinak dalam dunia berkebun. Moga makin hijau semula muka bumi ini.

   Hari ini Kebun Bahagia Bersama ingin membuat nota mengenai anak-anak pokok yang mula dibekalkan sepanjang tahun 2013. Pada tahun 2013 bermulanya tahun pertama Kebun Bahagia Bersama membekalkan anak-anak pokok secara pengeposan melalui Pos Laju Malaysia. Maka sudah genap 3 tahun kami membekalkan anak-anak pokok yang disemai sendiri oleh Kebun Bahagia Bersama Team Members. Kiranya 100% hasil belaian tangan orang Malaysia, tiada pembantu asing. Syukur Alhamdulillah masih dapat diteruskan lagi hingga sekarang di atas sokongan dan dorongan pelbagai pihak dan individual. Infinity Terima Kasih kepada semua. 

   Pada tahun 2013, sebanyak 45 jenis pokok telah mula dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama. Bila buat senarai begini, Tukang Kebun sendiri tidak sangka ada sebanyak pilihan itu yang kami mula bekalkan pada tahun 2013. Hingga tahun 2015, ada masih yang tidak putus-putus dibekalkan dan moga tahun 2016 ini juga permintaan-permintaan masih ada. Cuma ada juga kadangkala bekalan terputus sebab tak menang tangan. Untuk masa projek propagation tahun ini nak kena check semula list sebegini untuk memasukkan bekalan anak-anak pokok tersebut ke dalam senarai semula. 

   Perasaan nostalgia ada semula bila diimbas kembali tahun 2013, masa tu Abby masih bayi lagi dan dijaga sepenuh masa oleh kami. Sambil menjaga Abby, sambil berkebun. Lahirnya Kebun Bahagia Bersama pun sebaya dengan Abbiyana Ariel. Abby pun dah masuk tadika tahun 2016 ini, Rayyan pula dah mula langkah masuk Darjah 1. Believe it or not Kebun Bahagia Bersama ini ideanya tercetus masa Tukang Kebun fell into serious mental health problem. I fell into deep depression but somehow playing with dirt has keep me sane. Gardening gives good care for your mental and soul. 

  So women out there, how tough live is, how much expectation you have to face, how many responsibilities you have to shoulder, the garden is also a good place where you can escape. If I didn't escape in the garden, my life has sure ended by now by my own hands. Sesungguhnya dalam kebun itu ada banyak ciptaan Allah yang tak putus-putus berzikir. Pengakuan dari seorang yang hampir bunuh diri yang pernah alami serious post-natal depression. Syukur Alhamdulillah I was shown the way to heal. Bukan sesuatu perkara yang diceritakan untuk dibanggakan. But to give hope for someone out there who is suffering like I did, that there is hope to heal oneself. Takkan kita nak rely atas ubat antidepressants selama-lamanyakan. Rather than medication, I chose gardening as an alternative theraphy. Sekurang-kurangnya ada jugalah hasilnya. 

  Berikut adalah senarai bekalan anak pokok/bibit yang mula dibekalkan dari tahun 2013:


January 2013



~ 1 pot pokok mempelam telur RM10.00 (klik sini).

~ 1 moist bare-rooted Peace Lily/ Madonna Lily RM7.00 (klik sini).

February 2013



~ 1 pot anak pokok katak puru/ nam nam RM10.00 (klik sini).

~ 1 pot anak pokok markisa RM8.00 (klik sini).

~ 1 pot anak pokok bunga pagoda/ pepanggil merah (klik sini) RM10.00.

March 2013



~ 1 pot pokok mulberry RM7.00(klik sini) / 10 keratan mulberry RM7.00.

~ 1 keratan Frangipani yellow white picotee Balinese (klik sini) RM10.00.

~ 1 pot akar dani RM8.00 (klik sini).

April 2013



~ 1 pot kembang bugang / white butterfly RM7.00 (klik sini).

~ 1 rhizome Green Mountain Costus RM8.00 (klik sini).

Mei 2013



~ Bauhinia Kockiana / ketup ketup (klik sini) RM8.00.

~ Sayur manis/Asin-asin RM5.00 (klik sini).

~ Mahkota Dewa RM8.00 (klik sini).

~ Crinum Lily 1 bawang RM15.00 (klik sini)

June 2013



~Sawo Matang/Kuning Telor/Canistel/EggFruit RM15.00 (klik sini).

~ Asam Jawa RM15.00 (klik sini).

~ Ceri Terengganu /Perupok RM10.00 (klik sini).

~ Sayur Raja / Malabar Spinach RM5.00 (klik sini).

~ Yellow Walking Iris RM9.00 (klik sini).

Julai 2013



~ Garlic Vine/False Garlic RM8.00 <klik sini> RM8.00

Ogos 2013



~ Scarlett Passion Flower (Passiflora coccinea) <klik sini> RM12.00

~ Hippeastrum Equestre 1 bawang RM8.00 <klik sini>

~ Ri Ri Ying (Jatropha pandurifolia) RM10.00 <klik sini>

~ Blue Crossandra/Blue Twinkle {Pseuderanthemum graciflorum} RM7.00 <klik sini>

September 2013



~ Spider Lily 3 bawang RM10.00 (klik sini)

~Queen of the Night/Night Blooming Jasmine RM10.00 (klik sini)

~ Belimbing Buloh RM9.00 (klik sini)

~ Keladi bunting (Water Hyacinth) moist bare-rooted 2 for RM5.00 (klik sini)

~ Kari RM5.00 (klik sini)

~ Halia Bara/Halia Merah RM7.00 (klik sini)

~Red Powder Puff RM9.00 <Calliandra haematocephala> (klik sini)

~Puding Belacan (Graptophyllum pictum)<klik sini> RM6.00


Oktober 2013



~ Sireh Kuning RM6.00 (klik sini)

~ Ulam Raja (Cosmos caudatus) RM4.00 (klik sini)

~ Kacang Pinto (Arachis pintoi) RM4.00 (klik sini)

~ Sweet Basil Large Italian Leaves RM4.00 (klik sini)


November 2013



~Firecracker merah/Coral Bush/ Fountain Plant <Russelia equisetiformis>RM7.00 (klik sini)

~Ginseng Jawa RM4.00 (klik sini)

~ Dove Tail/Cola de Paloma (Xiphidium caeruleum) bare-rooted <klik sini> RM8.00

~ Pokok bunga Cina (Gardenia jasminoides)variegated <klik sini> RM10.00

~ Bunga Susun Kelapa <Crape jasmine> (Pinwheel flower) <Tabernaemontana divaricata> {klik sini} RM7.00.

Disember 2013



~ Durian Belanda/Graviola/Soursop (klik sini) RM5.00 .

~ Fragrant Frangipani Bali Blushing Red Fresh Cutting RM15.00 <klik sini>

~ Pigeon Orchid bare-rooted RM8.00 <klik sini>

~ Sunroot/Jerusalem artichokes RM10.00 <klik sini>



16 ulasan:

  1. Alhamdulillah...semoga tahun 2016 akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya..akak beli few pokok from KBB dan yang masih ada adalah pokok mulberry...lots of love from Kak Nor, Ampang.

    BalasPadam
  2. Sungguh bagai dikata - tidak rugi mesra dengan alam yg bukan saja memberi pulangan sebagai salah satu menjana ekonomi. Seperti yg Dee katakan, ia juga merupakan terapi buat naluri diri dan minda. Bersyukur kerana kebahagiaan tercapai selaras dgn nama diberi pun Kebun Bahagia..

    Moga 2016 memberi lebih kebaikan.

    BalasPadam
  3. tanam2an di kebun terapi terbaik termurah bila kesihatan tak ok. dah selalu amalkan. mudah2an 2016 akan lebih baik.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak Diana,
    Selamat Tahun baru 2016, semoga tahun ini rezeki kakak sefamily semakin luas, diberkati dan dirahmati Allah. Pokok2 yg Julie pernah beli dr kakak pun ada yg dh banyak kali berbuah esp ceri Barbados, happy sangat tgk pokok tu berbuah. Terima kasih banyak2 kak.

    BalasPadam
  5. memang betul tu.. saya pun kadang2 kalau runsing.. suka duduk tepi rumah nengok pokok2... walau tak banyak.. yang ada pun dah menyenangkan hati.. berkebun ni kadang2 boleh buat kita lupa pada masalah.. bila tengok hasil tangan kita berjaya.. senyum sorang2 pun boleh.. hahaha.. Selamat menyambut tahun 2016.. semoga tahun ni lebih baik dari tahun2 yang lepas...

    BalasPadam
  6. Selamat tahun baru 2016. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita insyaAllah.Semoga KBB team mbers murah rezeki. :-)

    BalasPadam
  7. bermakna dah tiga tahun dah kita saling mengenali ya Diana. Benih morning glory color pink tu masih ada sampai sekarang. Antara yang paling awal kak order dengan Diana.
    Memang bergardening ni banyak menghilangkan stress yang ada..rasa bahagia bila tengok bunga berkembang.Harap Kebun Bahagia Bersama akan bertambah rezeki pada tahun baru ini. Happy New Year Diana.

    BalasPadam
  8. Semoga usaha puan terus cemerlang pada tahun ini dan tahun2 yang akan datang

    BalasPadam
  9. Salam bahagia kak Diana,
    Dgn kesibukan kerja tmbahan pula sy nk kena pindah rumah (maklum lumrah menyewa) mnybbkn sy hilangmood bkebun.hya siram pokok je.mlm ni tergerak ht nk tgk blog akak n tertarik nk click at this post.sbb ada seeds list.honestly sy mnitis air mata bc apa yg akak harungi.tnyata ujian akak lg hebat dan akak berjaya hadapi.ssesungguhnya ujian Allah beri pd hambaNya yg Dia pasti boleh hadapi.dn akak dh buktikan pd diri sndri.sy pun pnh stress slps delivered smpai klu hujan lebat je jerit kuat2.sbb dh lama pendam.apapun sy doakan yg akak sntsa bahagia n berjaya dunia n akhirat.an jgn lupa selalu post kat sini.kami sntsa sokong akak.insyaAllah.
    -nyza sg petani

    BalasPadam
  10. Salam bahagia Diana. Your blog gives lots of info and inspiration. I am a novice gardener.

    BalasPadam
  11. Salam bahagia Diana. Blog anda Banyak memberi inspirasi dan banyak info tentang ilmu perkebunan. Tahniah Diana.

    BalasPadam
  12. Salam Bahagia Kak Nor.

    Terima Kasih.
    Moga banyak lagi buah mulberry yang dapat dinikmati tahun ini di kebun Kak Nor di Ampang.
    Moga tahun 2016 lebih baik dari tahun sebelumnya.

    Salam Bahagia Kak Zakie.

    Ia macam-macam diperolehi dari aktivity mesra alam ini, selain dapat menjadikannya sebagai pendapatan sampingan. Berkebun ini bagus untuk kesihatan physical, mental dan emotional.

    Moga 2016 memberi lebih kebaikan.

    Salam Bahagia.

    Amalan berkebun memang terapi yang baik.
    Tak perlu nak pakai petrol dan bayar tol nak keluar rumah, kalau duduk di Lembah Klang ni.

    Waalaikumsalam Julie.

    Selamat Tahun Baru 2016 dan doakan yang sama untuk Julie sekeluarga juga.
    Tumpang bahagia dengan yang pokok-pokok lahir di Kebun Bahagia Bersama dah memberikan hasil buah dan bunga-bungaan dengan belaian tangan Julie sekeluarga.

    BalasPadam
  13. Salam Bahagia Farah.

    Ya tak perlu banyak pokok pun, dah boleh menghiburkan hati kita.
    Sambil kita nak bagi belaian kat tumbuhan, memang boleh meralitkan dan membuat kita lupa kepada masalah-masalah kita.
    Selamat Tahun baru 2016 juga kepada Farah sekeluarga dan didoakan moga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

    Salam Bahagia Sis Norish.

    Selamat Tahun Baru 2016.
    Moga rahmat Allah sentiasa bersama-sama kita.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Cepat masa berlalu kan.
    Syukur Alhamdulillah bunga seri pagi tu tak putus-putus memberikan zuriat untuk menceriakan taman Kak Mala.
    Sebuah taman walaupun kecil manapun mampu memberikan kebahagiaannya kepada yang membelanya kan.
    Terima kasih, kami juga mendoakan tahun baru ini Kak Mala sekeluarga banyak rezeki dilimpahkanNya.

    Salam Bahagia Unclenuar.

    Terima kasih banyak-banyak doakan supaya usaha diberkati.

    BalasPadam
  14. Salam Bahagia Nyza.

    InsyaAllah rumah baru lebih mudah nak berkebun nanti.
    Takpe maintainlah dulu pokok yang ada, sekurangnya bila pindah nanti takdelah kosong terus lamannya. Boleh susun-susun pokok yang akan dibawa sekali di rumah baru nanti.

    Generasi parents kita dulu tak open sangat lagi mengenai post-natal depression, semua rahsia disimpan dalam keluarga dan sukar untuk berikan sokongan kepada ibu-ibu.

    Dengan zaman sekarang lebih terbuka, pelbagai bentuk sokongan dapat diberikan kepada ibu-ibu dan ibu-ibu tak perlu nak pendam-pendam sorang-sorang.
    Pendam-pendam lama-lama pun susah kan bila dah meletup tak terkawal. Elok sahaja diluahkan, menjerit pun macam kita nak luahkan jugakan.
    Kadangkala strangers yang kita tak pernah jumpa pun boleh berkawan dan membuatkan kita kuat kerana mereka lebih memahami sebab sudah pernah melalui situasi bersama. Sesungguhnya kita tak tahu siapa yang akan kita temukan olehNYA dalam perjalanan hidup kita untuk menjadikan diri kita lebih kuat.

    Macam Tukang Kebun ni Syukur Alhamdulillah Kebun Bahagia Bersama juga telah membuka peluang untuk kami bertemu dengan ramai wise people who at first a total stranger and now become a good friend who will lend their ear or reached out their hands for us to get going again.

    Salam Bahagia Hayyum Suleikha.

    Syukur Alhamdulillah jika kandungan blog ini bukan perkara yang karut remeh sahaja dan dapat juga berkongsi ilmu apa yang ada.

    BalasPadam
  15. Salam Bahagia.

    Boleh email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) for further details.

    BalasPadam