Syukur Alhamdulillah kenyang betul perut semasa balik Sabah lalu duduk berminggu di sana bersama anak-anak, tak putus-putus pokok petola segi Big Boss berikan hasil. Sampai rasanya inilah pertama kali dalam hidup hampir tiap hari makan buah petola.
Inilah pokok petola Big Boss melilit-lilit sendiri di tembok batu. Walaupun pokoknya hanyalah cuma 1 sahaja, besar sungguh rimbunan dan keluasan yang pandai-pandai suka hati dijajahnya. Itupun sebenarnya sebab nak kurangkan ianya mabuk daun, maka Big Boss petik-petik juga daunnya kasi kurang sehinggalah nampak seperti gambar No. 3 ke bawah. Sebenarnya gambar No. 2 di atas adalah daun-daun lebat semula selepas dipetik seperti gambar No. 3. So kiranya gambar No.3 adalah before dan No. 2 adalah after.
Jika kawan-kawan rasa macam pokok petolanya lambat hasilkan buah dan asyik mabuk daun semacam boleh juga petik-petik kurangkan daunnya. Manalah tau lama-lama terujalah ianya nak berbunga dan menghasilkan buah.
Kalau tembok anda kosong, ada tumbuhan seperti pokok petola melilit di atasnya pun sejuk sikit pemandangan. Tambahan pula bunga kuningnya juga comel-comel juga.
For novice gardeners, jika ada daun tak cantik macam dalam gambar atas ini, berlubang-lubang tak perlu panic ianya adalah normal. Biasalah gardening is not about perfection, but being patient. Nature in balance. Buah petola kalau sekecil macam gambar di atas pun boleh dah nak dibuat masak juga tak perlu tunggu sampai standard size jual di pasar. Lagi rajin kita petik lagi rajin ianya nak bagi lebih buah lagi.
Jika buah petola anda sudah disuntik serangga peminat. Tak mengapa teruslah petik tak perlu biarkan lama-lama ianya merebak. Boleh juga makan tu bila dibelah-belah banyak lagi bahagian boleh digunakan.
Cuaca cukup panas sekarang bila masuk tahun 2016 di KingFisher, Kota Kinabalu. Sup buah petola sedap dimakan musim panas ini bagus untuk sejukkan badan. Yang sup petola kali ini campur dengan sup stock ayam untuk cucu-cucu Big Boss masakkan.
~ Biji Benih Petola Segi dari kebun KingFisher, Kota Kinabalu~Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .
K mar book 1 pek
BalasPadamkaknoor mcm nk tanam petola je lah diana cantik tengok pokok berbunga kuning ni
BalasPadamSalam, oh petik daun, supaya berbunga. Sebab jiran tanam sayur dalam pot, supaya baja tak pergi ke rumput. Cantik bunganya.
BalasPadamSalam Kak Mar.
BalasPadamAda Tukang Kebun simpankan untuk Kak Mar.
Salam Bahagia Kak Noor.
Tanam Kak Noor memang cantik bunganya.
Hasil dari bunganya berjaya pendebungaan pun untung dapat buah.
Salam Bahagia babypose.
Kalau merimbun daunlah lama tak mau berbunga.
Sebab kekadang mabuk daun sebab dah overdose baja.
Selagi baja itu tak habis diserap buat daun, jadi asyik giler daun.