Baru dapat proper pusing-pusing check kebun yang dah terbiar jadi hutan di belakang apabila lama dah berminggu-minggu tak berbudi kepadanya pada hujung minggu lepas. Syukur Alhamdulillah walaupun terbiar tidak dihampakan Tukang Kebunnya apabila kelihatan hasil yang bakal dituai-tuai tidak lama lagi. Nampaknya ada beberapa tandan pisang yang dah mula nak masuk phase buahnya meranum. Antara jenis yang dapat kami bekalkan tidak lama lagi ialah jenis buah Pisang Kadau.
Pisang kadau ini sebenarnya sejenis dengan yang pisang raja udang (related posting klik sini). Cuma pisang kadau ini bila masak bukan berwarna kemerahan kulitnya tetapi yang kekuningan apabila masak. Jenisnya sama sahaja kalau di Sabah. Buah pisang kadau ini kalau nak buat shipment lebih mudah berbanding dengan buah pisang lain tak mudah kemek lebih pejal buahnya. Bulan lepas, setandan Tukang Kebun kirim balik ke Sabah. Anak-anak pun Syukur Alhamdulillah suka makan pisang kadau ini semasa cuti sekolah akhir tahun lalu. Kalau lidah Tukang Kebun rasanya berlainan jugalah dengan pisang berangan, walaupun ada kata mirip.
Yang teringin nak rasa pisang kadau boleh self-collect hujung minggu ini atau boleh juga dipos sekitar kawasan Semenanjung Malaysia. Pisang kadau ini tumbuh tanpa letak baja ya. Grown naturally organic from Kebun Bahagia Bersama. Tukang Kebun pun tak perasan ianya berbuah sebab jarang pergi jenguk kawasan ini nun di petak bonglai hantu.
~ Buah pisang kadau sesisir RM5.00 ~
Syukur Alhamdulillah pokok-pokok pisang nangka yang sedang berbunga bulan November lepas juga apabila dilihat kembali bulan January ini sudah pun berjaya membesar dengan baik. Pokok pisang nangka biasanya yang menerima pencahayaan yang banyak akan menghasilkan tandan yang besar dan sisir buah yang banyak. Jika di kawasan yang kurang penerimaan cahaya setandan biasanya menghasilkan dalam lingkungan 3~5 sisir. Jantung pisang nangka pula boleh dibuat ulam atau gulai. Lama bercuti dari berbudi kepada kebun, jantung-jantung pisang pun masih terbiar tak terpotong lagi.
Hujung minggu ini juga available dari Kebun Bahagia Bersama ialah buah pisang nangka segar. Anak pokok pisang nangka juga available. Kedua-duanya boleh self-collect atau dipos dalam kawasan Semenanjung Malaysia.
~ 1 sisir buah pisang nangka organik RM5.00 ~
~ 1 anak pokok pisang nangka RM10.00 ~
Self-Collect Schedule This Week:
~ 23hb Januari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).
~ 24hb Januari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).
Fresh produce yang available dari Kebun Bahagia Bersama juga minggu ini ialah:~ 10 biji telur itik RM7.00 ~
~ 5 biji buah nam nam RM2.00 ~
~ 500gram buat limau campur-campur RM3.00~
~ 1 ikat batang keladi RM1.00 ~
~ 1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 ~
~ 1 ikat daun pucuk ubi kayu RM1.00 ~
~ 3 biji kelapa parut RM5.00 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~
Kakak baru tahu pisang kadau ni Dee
BalasPadamKalau pisang raja udang ok fine dah tahu yg purple tu
Menarik jugalah...
Kakak selalu berangan kalaulah rumah kita ni dekat kan bagus:)
BalasPadamAda tak tanam pisang taring ,saya rasa spesis ini sudah hampir pupus ,agaknya .
beruntung puan ada banyak tanam pisang sendri kat rumah.
BalasPadamMmm..pertama kali dengar nama pisang kadau..mungkin kat tempat kak panggil nama lain
BalasPadamMcm mn nk order?
BalasPadamSy terdengar 2 pandangan org2 tua:
BalasPadam1) kalau jantung pisang hilang/dibuang pisang xkan dpt membesar
2) kalau tak buang jantung pisang, pisang x dpt membesar.
Konfius sy. Sy x pernah tanam pokok pisang sebelum nih. Mohon pencerahan.
Salam Bahagia KakZakie.
BalasPadamManalah tahu suatu hari dapat juga kita berjumpa selain dari dunia cyber ini.
Salam Bahagia Tebing Tinggi.
Pisang taring mungkin ada juga nama lain.
Ada juga pisang yang miripnya macam pisang taring buaya.
Salam Bahagia Azri Hassan.
Tanam suka-suka je pisang ni untuk makan sendiri tapi biasalah setandan tu memang tak larat nak perabih.
Salam Bahagia Kak Mala.
Mungkin ada nama lain juga.
Pisang ni lain negeri, ada juga lain namanya dikenali.
Yang ni orang Dusun-Kadazan panggil pisang kadau.
Salam Bahagia Nazira Saadin.
Boleh juga buat pesanan email ke (kebunkmg@gmail.com)
Salam Bahagia We Linnasya.
Kalaulah ikut pandai sendiri theory Tukang Kebun, jantung pisang ini akan mengeluarkan bunga-bunga dalam stage perkembangan awalnya. Satu-satu kelopak jantung akan dibuka mengeluarkan sesisir bunga bila pendebungaan baik akan terbentuklah membesar buah-buah pisang. Satu buah pisang terbentuk dari satu bunga pisang.
Contoh yang nyata lihatlah gambar No. 3 dalam posting ini di mana setandan pisang nangka itu yang jantungnya masih terkeluar sisir bunga-bunga yang baru. Lihatlah bunga yang asal sebelum terbentuk buah masih melekat di hujung buahnya bagi semua buah-buah pisang.
Bila jantung pisang tidak mengeluarkan sisir-sisir pisang lagi dan cuma bergayut sahaja di hujung tangkai dah boleh dah nak potong jantungnya seperti dalam gambar No. 4. Ianya tidak memainkan fungsi penting apa-apa lagi. Pandangan ketika ini dari membazirkan tenaga pokok pisang yang masih maintain kesegaran jantungnya, lebih baiklah dipotong supaya tenaga dapat diberikan kepada buah-buah pisang untuk membesar lebih baik.
Jadi masa nak potong jantung pisang itu memainkan peranan yang penting. Selepas tiada terbentuk sisir pisang yang baru lagi, lebih baik dipotong. Boleh juga jantungnya dituai sebagai sayur.
Owh baru sy fhm. Terima kasih ya. =)
PadamSama-sama We Linnasya :)
BalasPadam