Syukur Alhamdulillah keluarga Auntie Janet dah selesai pun menuai padi huma mereka bulan lepas (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah dapat juga anak-anak merasa nasi dari beras padi huma yang baru dituai sahaja lagi. Nikmat yang jarang-jarang dapat dirasakan sekarang.
Beginilah suasana bendang padi huma yang berdekatan rumah kampung Big Boss awal tahun ini. Yang masih hijau itu kepunyaan bendang padi huma saudara kami. Rajin sungguh mereka lihatlah tidak disia-siakan tanah yang ada anak-anak arwah Uncle Dairin. Sambil menunggu anak pokok getah mereka membesar yang ditanam semula menggantikan pokok getah sudah tua, dibuat sistem inter-cropping dengan menanam padi huma di keliling anak pokok getah. Jadi bukanlah yang getah tersebut semak dengan lalang tetapi dikelilingi pokok-pokok padi huma yang akan memberikan hasil mengenyangkan perut.
Dapat juga Tukang Kebun pelajari dari mereka ini walaupun tak buka kebun getah, suatu hari jika ada rezeki buka lagi dusun buah bolehlah kami intercropping begini sementara nak tunggu anak-anak pokok membesarkan. Manfaatkan kawasan tanah yang ada bukan sahaja bertumpu ke sesuatu jenis hasil tumbuhan sahaja. Dari asyik trend sekarang buka kebun getah dan kelapa sawit lepas tu untuk elakkan lalang naik tinggi sambil menunggu pokoknya membesar matang disembur dengan racun rumpai. Jika kita tanam adik beradik lalang macam padi dapat jugakan hasilnya.
Padi huma ada baka pelbagai jenis. Ada yang kitarannya 4 bulan ada juga yang 6 bulan ikut jenis. Di Borneo sahaja ada lebih 20 jenis padi huma yang diusahakan. Satu keistimewaan tanam padi huma seperti yang dibincangkan tadi ialah kerana sifatnya tak perlu banyak sangat air seperti padi sawah boleh kita tanam sebagai inter-cropping plant. Lebih-lebih lagi dengan masalah kekurangan air sekarang, tanam padi huma adalah lebih mudah dari padi sawah bergantung kepada lokasi, tanah dan persekitaran. Tambahan pula kita boleh usahakan tumbuhan lain bersama-sama.
Jenis bijiran padi huma yang kami bantu tolong tuai tempoh lalu ialah jenis padi atas yang saiz butirannya bulat dan sederhana panjang. Warna berasnya bila masak nasi berwarna merah jambu. Jika buka kulitnya secara manual lagi kuat warna merah jambunya, kalau mesin grinder kurang sketlah warna merah jambunya.
~ Anggaran lebih 250 biji benih padi huma beras isi merah 1 pek RM3.00 ~
Boleh semai dulu biji benih padi dalam pot dahulu sebelum dipindah-pindahkan bila dah nampak kuat anak pokoknya. Jangan pula ingat rumput bila nampak tunas-tunas keluar dari tanah seperti gambar di atas atau di bawah. Itulah anak-anak pokok padi huma yang baru bercambah dan baru nak membesar.
Jarak-jarak bila nak pindahkan anak-anak pokok padi boleh juga check archives gambar posting lama nota Tukang Kebun label 'padi' ya. InsyaAllah dalam jarak 20~30cm boleh agaknya.
Yang ini pula jenis padi huma isinya berwarna putih dan wangi bila dimasak. Boleh nampak perbezaan dengan jenis padi huma isi merah tadi. Yang padi huma ini bijirannya panjang dan nipis. Kedua-duanya hasil dari air tangan keluarga Auntie Janet.
~ Anggaran lebih dari 250 biji benih padi huma putih wangi 1 pek RM3.00 ~
assalam diana
BalasPadamrajin nya diana macam2 di tanam dan di cuba
mesti perlu masa yang cukup ni utk buat ini semua
kaknoor dok mengurus rumah memasak pun dah rasa macam tak cukup kaki tangan dah, ini kan pulak diana macam2 ada ditanam...
Diana, padi ni sesuai tak ditanam di kawasan pantai?
BalasPadamrasa lama sungguh tk ziarah blog....
bgs jgk yek... boleh di tanam kt mana2 sbb tak perlu air banyak mcm padi kebiasaaannya...
BalasPadamtp kalau tak di bgtau org2 msti ingat lalang je almaklum jarang2 org bando tnm padi huma di tp umah
Salam Kak Noor.
BalasPadamTunggang langgang juga rumah dan terkejar-kejar nak masak bila anak-anak masih kecil ni Kak Noor. Cuma mamanya buat macam tak nampak je hehehe....
Buat mana yang termampu je.
Salam Bahagia @na.
Padi pun boleh ditanam berdekatan kawasan pantai tengok mukabuminya.
Sebab di Pulau Langkawi pun dari zaman Mahsuri lagi mereka juga bercucuk tanam dengan padi sawah.
Sehingga ada tempat yang dipanggil apa tu beras hangus.
Salam Bahagia Norhidana.
Ya keperluaannya airnya tak banyak seperti padi sawah.
Cuma bila tanam secara meluas mereka dah biasa agak-agak cuaca bila boleh mula musim menyemai yang sesuai supaya masa musim mengetam dah musim kering.
Ya bila tengok gambar pun mungkin orang ingat semak dengan lalang walhal ianya adalah sumber makanan beras kita.
Saya berminat nak beli benih padi huma. macamana nak beli?
BalasPadamSalam Bahagia Mohd Ali.
BalasPadamBoleh email pesanan benih padi huma ke (kebunkmg@gmail.com).
Saya bak beli benih padi..
BalasPadamBoleh dapatkan benih padi Huma...
BalasPadamBoleh dapatkan benih padi Huma...
BalasPadamBoleh email pesanan benih padi huma putih wangi mohdazimhanipa@gmail.com
BalasPadamBoleh email pesanan benih padi huma putih wangi mohdazimhanipa@gmail.com
BalasPadam