Syukur Alhamdulillah bahagia hati mendapat berita dari Ibu Raha yang kebunnya di Seri Kembangan juga sedang musim kapas juga. Dapat sudah mengutip hasil kapas dari biji benih Kebun Bahagia Bersama yang disemai agak kira 6 ke 8 bulan lalu. Ibu Raha pun tak sempat nak berikan baja langsung kepada pokok kapasnya tetapi Syukur Alhamdulillah dapatlah Raha tengok bagaimana kapas terbentuk yang menjadi sumber asas kain cotton. Seperti di Kebun Bahagia Bersama juga, pokok kapas Raha juga dah mula berbunga semula (related posting klik sini). Mungkin cuaca di tempat kebun masing-masing adalah agak sama jadi musim kapas pun agak-agak sama. Kalau pendapat Tukang Kebun lah rasanya pokok kapas tak perlu banyak sangat diberi baja nanti mabuk daun je labih.
Syukur Alhamdulillah kiriman buah limau mixed dan beras juga telah selamat diterima oleh Raha sekeluarga.
Rupa-rupanya Tahun Baru Cina kali ini pada hari ketiga giliran Panther pula jadi first-time mother. Alahai bila Tukang Kebun takdelah baru nak bersalin. Kebetulan pula dearest husband ada sebab company cuti 3 hari, jadilah pak bidan terjun. Sampai 1 jam terpaksa Tukang Kebun pula bergayut dekat telephone nak berikan emotional support dekat panther suruh push push menanti yang kedua keluar.
Pak bidan pun tak sangka panther nak bersalin dah, cuma awal pagi hairan ajak panther keluar makan tak mau makan seperti hari biasa. Cuma duduk melepek baring tido di bilik tidur kami. Ketika pak bidan sorang-sorang mengemaskan kawasan depan pergola yang tergendala kelmarinnya sebab hujan barulah terkejut tengok panther tengah mengeluarkan anak di celah pokok keladi gajah yang Tukang Kebun baru kemas masa hari pertama Tahun Baru Cina. Sayangnya kaki keluar dulu songsang belum pandai lagi nak tolak cepat jadi lemas, jadi first born baby panther dah tak bernafas. Dearest husband tanam anaknya sebelah kubur neneknya Tigger. Itu yang terus call Tukang Kebun, pak bidan terjun yang nak emotional support more than panther. Panther pun dengarlah dia respond bila Tukang Kebun cakap menerusi talian telephone.
Menurut Pak Bidan anak kedua bila ditanya apa yang keluar dulu, katanya kepala. Tetapi bila dah panther tolak lagi barulah dia sedar bukan kepala tapi ekor, so kenalah juga tolong panther keluarkan sikit-sikit anaknya supaya tak lemas. While dearest husband tanam 1st born kitten yang lahir mati, no. 3 nasib baik keluar dengan cepat dengan sendirinya tanpa disedari. Sambil No. 3 keluar, sambil dia tolak tembuni no. 2 keluar sekali. Itupun sambil No. 3 keluar yang No.2 dah mula menyusu dengan maknya. Syukur Alhamdulillah dapatlah Panther timang 2 anak. Yang No. 2 kami panggil 'Puma' dan No. 3 kami panggil 'Cougar'.
Hari Kedua lepas Panther bersalin paginya, dearest husband jumpalah 3 ekor tikus tak dapat keluar dari tong makanan ayam. Tong makanan ayam tu memang death zone untuk tikus boleh masuk tapi tak dapat nak keluar. Memandangkan Panther kurang berselera makan instant food, jadi dearest husband bagilah tunjuk Panther supply makan fresh tikus. Memang puas dia meratahnya sampai dearest husband kata Panther baru bersalin dah nampak macam anak dara balik. Yang kelakarnya agaknya 2 ekor si Panther makan licin, lagi seekor dia simpan pergi kasi makan anaknya. Lucu melihat gambar kiriman adik Tukang Kebun yang nampak ada tikus pula sebelah anak-anak Panther yang saiz pun seakan sama. Anak-anak belum lagi lahir keluar 48 hours, belum buka mata lagi, si Panther dah tak sabar-sabar nak latih anak-anaknya makan solid food. Kasih Ibu.
Adoi masa Valentine Day datang lagi biawak lebih besar dari Tahun Baru Cina lalu nak makan besar juga (related posting klik sini). Masa dearest husband waktu nak dekat senja dalam hujan cari anak-anak pokok yang hendak dipos hari ini kedengaran angsa bising dan Sally berteriak-teriak di belakang. Adoi kali ini anak-anak Sally jadi mangsa, 2 ekor anak Sally tak jumpa mesti dah dikerjakan oleh biawak ini. Memang no mercy lagi dearest husband benam kepala biawak ni dalam tanah nak bunuh . Lagipun biawak kali ini lebih garang dan nak melawan. Haiiiii banyak predator pula musim ni.
Diana Sis, your post so happening & interesting. I read sampai habis...hahahaha
BalasPadam1. Kapas ni boleh buat isi bantal ke? Menariklah..
BalasPadam2. Dee kirim pada Raha limau dan beras tu guna courier ke?
3. Alahai kucing pun tahu sayang anak tapi ada manusia pi buang anak merata.
Tahniah Panther dapat anak...
BalasPadamcomeinya anak2 si panther tuh kak... yg itam tu gebus betui....
BalasPadambewak tu mmg menyeramkan... tau nyer nk ngam je apa yg terlintas kt depan mata... dasar bewak...
akak... camne nk oder limau akak tuh? geram lah nengok... tp selfpick je ye kak
Salam Bahagia Olive.
BalasPadamHahahaha...breathless bila banyak bela-bela ni.
Banyak nak kasi makan dengan kena jaga dari kena makan kihkihkih...
Salam Bahagia KakZakie.
(1) Rasanya kapas pun boleh buat isi bantal.
(2) Ya kami kirim limau dan beras gunakan courier Pos Laju Malaysia kepada Raha.
(3) Itulah sayang sungguh si Panther dengan anak-anaknya.
Salam Bahagia Kak Mala.
Terima kasih.
Kali ini dah kira timang cicit dah ni.
Kalau ikut Salasilah
Tiger >>> Panther >>> Puma & Couger.
Salam Bahagia Sis Norhidana.
Ada seekor tu macam maknya Panther.
Betul anak kucing pun biawak pergi makan kalau tak jaga.
Limau jika nak order boleh je pesan email ke (kebunkmg@gmail.com), boleh dipos atau pun self-pick up.