Halaman

Ahad, 20 Mac 2016

Kelapa Bakar

  Last destination sebelum kami balik ke rumah semasa selfie sama sapi lalu (related posting klik sini), adalah basahkan tekak dulu sebelum kejar waktu Maghrib. Sebenarnya dah berapa kali balik Sabah tak sempat nak singgah rasa lokan bakar berdekatan antara Pantai Dalit dan Telipok. My dearest husband pun dah lama nak merasa juga makan fresh lokan bakar di Sabah sejak kami jadi suami isteri nak masuk 10 tahun Anniversary bulan Ogos nanti. Lama tu menunggu kesempatan nak merasa.

  Antara menu utama di gerai-gerai lokan bakar di sini adalah juga minuman air kelapa segar. Memandangkan tiada pilihan air lain dan memang di sini fokus adalah kalau untuk pelawat/pelancong adalah menikmati air kelapa ataupun lokan/shell bakar. Simple food sambil bersantai-santai di gerai yang cukup ringkas.
   Di sini ada beberapa jenis pilihan minuman air kelapa muda. Boleh pesan air kelapa muda biasa (RM3), ataupun air kelapa muda sejuk (RM4), Jeli air kelapa (RM4) ataupun air kelapa yang buahnya dibakar ditulis sebagai kelapa bakar (RM4). Memandangkan Tukang Kebun belum pernah rasa kelapa bakar jadi teruja nak cuba pesan kelapa bakarlah.

   Bila baru pesanan kelapa bakar tiba di meja memang panas betul airnya. Cuba jugalah kuis-kuis isinya kelihatan yang di bahagian berdekatan kulit telah bertukar kepada warna keungguan. Rayyan dan Abby suka pula makan isi kulit kelapa bakar ini sementara tunggu airnya suam. Airnya walaupun panas masih rasa air kelapa muda lagilah. Salah satu pengalaman yang unik. Lalu Tukang Kebun bagi idea dekat dearest husband lain kali kita bakar green waste dekat belakang bolehlah kita panggang kelapa muda sekali.
  
  Sebab pertama kali kami pesan lokan bakar di sini jadi pada pesanan awal kami cuma order 1 set besar lokan bakar (RM12) seperti gambar di atas. Memang rasa puas hati sedap dan lokannya segar.  Cicah dengan sambal cili campur kicap enak sungguh laju makan. Anak-anak pun suka makan lokan bakar di sini. Most fussy eater si Ilhan Mikhail pun berapa kali menambah. Lalu kami pesan lagi 1 set besar lokan bakar. Kalau makanan laut adik beradik shell macam lokan ini memang kesukaan si Rayyan Haniel. Lain kali bila berkesempatan pasti kami akan singgah makan di sini.
  Hujung minggu depan yang berminat untuk dapatkan bekalan kelapa muda dari Kebun Bahagia Bersama juga available. Boleh self-collect pada hari Sabtu atau Ahad (26/27hb Mac 2016) untuk berkaitan dengan kelapa. Musim panas dan kering ini sesuailah sejukkan badan dengan minuman berkhasiat seperti air kelapa muda. Yang berminat untuk dapatkan isi kukur kelapa tua juga available.

~ 1 buah kelapa muda RM2 ~
~ 1 buah kelapa tua RM2 ~
~ 3 biji kelapa tua siap dikukur RM5 ~

  Syukur Alhamdulillah bila mengemas kawasan di sini yang kadangkala kena semak dengan rumpai sudah kelihatan anak pokok gading telah mula meninggi dan membesar setelah setahun lebih ditanam dari bibit yang telah bertunas. InsyaAllah dalam beberapa tahun jika ada rezeki akan menghasilkan buah-buah kelapa untuk Kebun Bahagia Bersama team members.

~ 1 bibit buah kelapa gading RM7.00 ~


  InsyaAllah juga available buah pinang muda untuk self-collect hujung mingu depan ataupun dipos pada minggu terakhir bulan March 2016 ialah buah pinang muda bagi yang berminat atau memerlukannya.

~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 ~
  Antara jenis-jenis buah-buahan lain yang bakal available untuk self-collect hujung minggu depan adalah seperti berikut:

~  Buah Nangka Muda (untuk sayur) 1 biji RM3.00.
~ Buah Belimbing Buloh 500gram RM3.00 .
~ Buah Ciku 1 kilogram RM4.00 .
~ Buah Canistel/ Kuning Telor 1 kilogram RM5.00 .
~ Buah Limau Mixed 1 kilogram RM6.00.
~ Buah Pisang Mas 1 sisir RM3.00 .
~ Buah Pisang Nangka 1 sisir RM5.00 .

  Yang berminat untuk dapatkan bekalan beras nak merasa yang lain dari beras siam putih juga boleh self-collect atau dipos minggu depan selagi stok masih ada. Bolehlah juga bagi rasa virgin tongue merasa pelbagai jenis bubur kan. Atas tu contoh beras bario merah selepas ditanak. Tapi yang kali ini kekurangan air sedikit. Jika masak beras bario keperluan airnya lebih sedikit dari yang kita masak beras Siam biasa tu. Antara pilihan yang ada untuk jenis beras minggu hadapan ialah seperti berikut:

(1) Beras Bario Hitam ~ 1 kilogram RM15.00 .
(2) Beras Bario Merah ~ <SOLD OUT>.
(3) Beras Bukit Kiulu Kodohiron/Tadong ~ 1 kilogram RM15.00 (info klik sini).
(4) Beras Sawah Pandan Wangi (kali ini stok dari Kota Belud, yang lepas dari Kota Marudu) ~ <SOLD OUT>.
 Fresh sayur atau ulam-ulaman yang available ialah seperti berikut untuk minggu hadapan:

~ 1 ikat daun pucuk gajus RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat daun pucuk nam nam/ katak puru RM1.00 .
~ 1 ikat batang sayur keladi RM1.00 .
~ 1 bungkus terung pipit RM1.00 .

Juga available Tanah Bakar ~ 1 beg RM5.00 (lebih kurang 10kilogram perbag).

Self-Collect Schedule Minggu Depan:

~ 25/26/27 March 2016 Friday/Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama di Guthrie Corridor Highway).

Ada kemungkinan boleh self-collect di Shah Alam samaada Sabtu/Ahad, tapi belum pasti lagi nanti kami update.

4 ulasan:

  1. slaam diana
    nak nangka muda tu hehe
    alangkah bestnya kalau dekat diana kan

    BalasPadam
  2. Kalau dekat kakak pun nak juga nangka muda macam KakNoor
    Masak gulai sedapnya..

    BalasPadam
  3. sedapnya dpt minum kelapa muda. lokan tu pun mcm menarik...

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia Kak Noor.

    Musim panas ini belum masak lagi, tupai rajin juga buat lubang-lubang kat nangka walaupun masih muda.

    Salam Bahagia KakZakie.

    Puas buat gulai dengan nangka muda kan.
    Boleh dapat banyak, puas makan sekeluarga.

    Salam Bahagia Kak Suzie.

    Musim-musim panas ini memang sedap minum kelapa muda.
    Sedap makan lokan bakar yang segar.

    BalasPadam