Halaman

Isnin, 21 Mac 2016

Pisang Mas jenis Batang Merah

  Syukur Alhamdulillah pada bulan March 2016 ini adalah musim buah pisang mas di Kebun Bahagia Bersama. Siap kami bawa beberapa sisir balik untuk Big Boss sekali di Sabah untuk double confirm yang ni koleksi pisang mas beliau. Puaslah Kebun Bahagia Bersama team members habiskan setandan buah pisang mas semasa cuti sekolah baru lepas ini.
  Kenapa kami perlukan double confirmation ialah sebab masa mula-mula buahnya membentuk di atas, terasa was-was sebab pokok pisangnya macam sama standard size dengan kebesaran pokok pisang nangka. Pada mulanya tak berapa ambil tahu ingatkan pokok pisang nangka. Tapi bila buahnya dah mula mengemuk, hairan buahnya pendek membulat tak macam buah pisang nangka yang panjangnya 2 kali ganda.
  Hati ini ada terdetik macam pisang mas ataupun jenis-jenis pisang lain yang ada dalam koleksi asal Big Boss tanam. Kemudian lepas dah merasa buahnya memang rasa buah pisang mas. Setelah itu, Tukang Kebun buat sedikit bacaan, rupa-rupanya pisang mas ini ada pelbagai jenis. Yang biasa ditanam secara komersial ialah jenis pisang mas batang putih yang pokoknya tak seberapa besar, cepat berbuah tapi menghasilkan sisir yang tidak berapa banyak dalam 5~6 sisir. Pisang mas batang putih menghasilkan buah selepas ditanam dalam lingkungan 6~8 bulan. Cuma kelemahan pisang mas batang putih ialah mudah dikecam jangkitan penyakit seperti barah ubi.

  Yang jenis pisang mas batang merah pula saiz pokoknya lebih besar macam pokok pisang nangka. Itu pada mulanya keluar jantung dan terbentuk buah yang awal ingat pisang nangka. Pisang mas menghasilkan buah selepas ditanam dalam lingkungan 10 ~ 12 bulan. Tetapi menghasilkan tandan yang besar dan sisir yang banyak boleh mencapai 15sisir. Tambahan pula pisang mas batang merah adalah lebih resistant kepada jangkitan penyakit berbanding dengan pisang mas batang putih.

  Bila Tukang Kebun check nota semula, pisang mas ini anak pokoknya dipindahkan ke sini pada bulan January 2015 (related posting klik sini) lalu. Maka bila kira-kira bolehlah dipakai anggarannya mula menghasilkan buah dalam 10 bulan, sebab nak tunggu masak pun ambil masa lebih 2 bulan juga. Syukur Alhamdulillah masa pindahkan sulur-sulur pisang mas tu Tukang Kebun kuatkan semangat juga nak gali keluar sulur-sulurnya dari induk asal dah nak dekat tengahari baru siap tanam kelam kabut nak siapkan Ilhan pergi ke sekolah masa tu. Merasa juga sekeluarga buah pisang mas setandan tu. Daun-daun pisang yang dikemaskan pun boleh diberikan unggas-unggas makan.

  Syukur Alhamdulillah semasa cuti Tahun Baru Cina lepas sebenarnya kami buka juga mini kebun pisang mas berlawanan dengan deretan pisang nangka menghadap buah kuning telur (related posting klik sini). Cuma hamba Allah ini boleh terdelete gambar tersebut, keliru dengan gambar pisang lain.

  Pokok pisang mas amat menitik beratkan pengaliran air yang baik pada tanahnya. Pisang mas tidak suka air yang bertakung lama. Boleh dilihat jika air banyak dalam beberapa hari daun-daunnya akan menunjukkan kesan-kesan terbakar dan lama-lama kering. Jadi jangan hairan nampak pokok pisang mas akan daunnya kering pada musim hujan bila air banyak walhal bukan musim panas kering. 

'

  InsyaAllah hujung minggu ini pertama kalinya akan kami mula membekalkan sulur anak pokok pisang mas batang merah dan buah pisang mas. Jika ada rezeki, InsyaAllah minggu depan antara nampak buah pisang yang akan boleh dipetik sudah adalah seperti buah pisang mas di atas dan buah pisang nangka di bawah. Naturally organically grown. Tukang Kebun tak pernah baja pun mungkin unggas-unggas yang tolong bajakan.

~ 1 sulur anak pokok pisang mas batang merah RM10.00 ~

~ 1 sisir buah pisang mas RM3.00 ~

~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 ~

  Syukur Alhamdulillah sejak kami mula bekalkan sulur-sulur pisang, termasuk pisang mas batang merah ini dah ada 6 jenis pisang kami officially telah mula bekalkan. 

8 ulasan:

  1. Bila baca pisang emas terus ingat pantun emas emas bawa berlayar hihi..
    Kakak apa pun pisang semuanya suka:)

    BalasPadam
  2. bestnya kak... kalu dpt lah dana jln2 ke kebun akak msti seronok kan... mcm2 buah ada... jakun jadi nya dana nih

    BalasPadam
  3. Besar & tinggi pkok pisang Diana. Kebun R&R kak baru duk berlajar tanam pisang. Tanam pisang yg jenis kecil2 dulu. Memang suka pun makan pisang tu yg nak tanam juga walau tanah keras kedengkung!

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia KakZakie.

    Pantun klasik tu kan Kak Zakie.

    Salam Bahagia Dana.

    Syukur Alhamdulillah walaupun jarang dapat bertugas di kebun sekarang, ada jugalah hasilnya setiap minggu diberikan dalam pelbagai bentuk.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Pokok pisang mas yang ni jenis tinggi, tapi hasil buahnya memang best dan syok amat lumayan hasilnya.

    Kalau tanah keras campak je sisa makanan dari dapur di situ nak promote micro-organism bertapak di situ bantu suburkan tanah merangkap gembur kemudian hari.

    BalasPadam
  5. saya berminat nk usahakn kebun pisang tp tak tau cara..tlg sat

    BalasPadam
  6. Nk beli benih sulur 10 pokok boleh???
    (Pisang emas btg merah)

    BalasPadam
  7. Cm ner cara nk beli benih sulur p.emas btg merah tu???

    BalasPadam
  8. Boleh contact message Nizam (0192931340) untuk maklumat lanjut.

    BalasPadam