Minggu ini kami mula officially membekalkan juga keratan buah naga yang isinya berwarna merah. Gambar di atas adalah buah naga yang baru bermula nak meranum.
Kudup bunga buah naga sangat besar ya. Perbezaan dengan buah naga isi putih ialah hujung sepal bunganya lebih berwarna kemerah-merahan untuk buah naga isi merah. Bila bunganya kembang untuk buah naga isi merah, sepal merahnya bertukar kepada warna kuning dan kemerahan. Tengok tu stigma yang terkeluar dari celah-celah kelopak bunga buah naga ini dah macam lidah naga dah kan.
Jika pendebungaan berjaya bertukarlah bunganya membesar menjadi buah naga. Jika diperhatikan penghujung kulit buah naga isi merah yang sedang membesar ini juga ada kemerah-merahan agak berlainan dengan buah naga isi putih. Bila pokok buah naga ini berbunga barulah Tukang Kebun boleh agak-agak yang masa satu buah isi merah atau buah isi putih jika belum dipastikan lagi. Tukang Kebun tak mahir lagi kalau setakat tengok batang-batang pokoknya belum sharp lagi mata yang dianugerahkan ini, tak belek-belek sangat lagi. Tapi bila dah terbentuk kudup bunganya dah bolehlah agak-agak ini jenis buah isi yang mana satu.
Keratan buah naga tak susah nak tanam nak kasi hidup. Yang tak berjaya biasanya sebab over-watering dan tak mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Salah satu propaganda dalam dunia gardening ini kan, make novice gardeners tends to think semua keratan atau biji benih nak kena rendam dalam air tunggu sampai berakar. Bila kita ambil keratan, cuba bayangkan ya bahagian bawah yang dikerat tu dah expose cell tissues, jika kita rendam lama-lama dalam air tak rajin tukar air nanti mudah juga infectious pathogen nak serang bahagian yang sudah luka tersebut. Kalau keratan yang isinya lembut macam keratan naga atau kemboja akan reput lama-lama direndam air sebelum mereka sempat nak berakar sangat pun. So untuk keratan naga dan kemboja jangan rendam dalam air, if not you send them to their deathbed early. Actually lepas dikerat, biasanya lebih baik tak ditanam terus di tanah, letak di tempat redup keratannya, give a few days for the cuts to heal. Lepas tu baru boleh ditanam untuk keratan naga dan kemboja.
Tak perlu nak gunakan penggalak akar pun. Biasanya kalau keratan naga cukup dengan letakkan di kawasan partial shade jika musim panas atau musim hujan direct sun pun tak pe atas tanah semasa baru nak hidupkan jadi pokok baru. Tak perlu nak tanam dalam-dalam. Biasanya Tukang Kebun sandarkan keratan batangnya macam gambar di atas ini dengan sekadar asalkan bahagian paling bawah kena tanah je (tak cucuk-cucuk pun masuk dalam tanam). Then I let nature do all the work-lah for this experiment. Bila dah established ada nampak akar dan pertumbuhan boleh dipindahkan ke tempat yang mendapat cahaya matahari yang banyak sebab pokok buah naga suka matahari yang banyak. Jika dibiarkan di kawasan yang kurang matahari pertumbuhannya jadi sangat lambat berbanding dengan yang lebih mendapat cahaya matahari.
Dalam gambar atas boleh diperhatikan ada dah batang-batang baru yang tumbuh dari keratan asal pokok naga sedang membesar. Yang batang baru paling panjang, akar-akar dah keluar macam bentuk lipan memanjat dinding. Pokok naga ini cerdik, ianya sebenarnya ada sifat-sifat separuh memanjat (half-climber) untuk mencari kedudukan yang lebih banyak cahaya matahari. Inspirasi mencuba -cuba tanam pokok naga sebelah dinding ini timbul apabila melihat pokok naga yang sangat tinggi macam rumah 2 tingkat (related posting klik sini nak tengok pokok tersebut). Boleh juga nak ditanam dalam pasu pokok buah naga cuma pastikan kemudian ada pancang yang kuat atau letak je sebelah dinding tembok supaya intruder susah nak ceroboh.
~ 1 fresh cutting red flesh dragon fruit RM10.00 ~
or
~ 1 fresh cutting white flesh dragon fruit RM10.00 ~
Hujung bulan Mac lepas ada buah naga yang jenis isi warna putih kembang di Kebun Bahagia Bersama. Kalau tengok macam version bunga bakawali tapi saiz lebih berganda tapi kembang sianglah. Bunganya yang baru nak mula kembang pun dah mula semut berduyun-duyun bergotong royong nak ambil dulu manisan dari bunganya. Biasanya adik beradik lebah pun akan datang berkerumun juga.
Barulah Tukang Kebun dapat pastikan yang rumpun pokok naga bergayut di pokok dalam gambar atas ini adalah jenis buah naga yang isinya putih. Itulah masalahnya kadang-kadang tangan ini rancak cacak keratan batangnya sini sana, cuma kemudian dah lupa jenis yang mana satu. Jadi posting blog Kebun Bahagia Bersama ini jadi catatan nota untuk semua Tukang Kebun di KBB ini, bukan sekadar untuk sekarang juga generasi akan datang bila yang tukang tanamnya dah balik ke Penciptanya. Kasihan tau pokok dalam gambar atas ini kulit batangnya terkopak banyak (orange arrow), gara-gara masa nak menghantar Ilhan Mikhail dulu Tukang Kebun kepala pening gaknya nak fikir banyak terlanggar pokok tersebut dengan motor. Nasib baik tak ada kecederaan luka cuma motor je jatuh miring. Dalam kebun pun boleh accident langgar pokok.
Self-Collect Schedule This Week:
~ 16th/17th Saturday/Sunday morning 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan dengan exit Paya Jaras/Saujana Utama/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).
Self-Collect Schedule This Week:
~ 16th/17th Saturday/Sunday morning 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan dengan exit Paya Jaras/Saujana Utama/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).
Betul nak tanam senang aje kerat batang dia biasanya mudah nak tumbuh.
BalasPadamSedangkan kalau kita campak bawah pokok (macam bapak kakaklah campak bawah pokok lengkuas) dia boleh tumbuh akar. Tapi kalau panas macam sekarang ni susah sikit kot..
Rumah kg kakak tak ada yg isi putih.
Pernah tanam dari biji..tumbuh kecil2 mcam kaktus..mengambil kira entah bila tahun nak boleh makan..jadi buang saja anak2 benih yang dah bercambah tu..
BalasPadamdia mmg kene tanam ngn keratan ye kak...
BalasPadamingat boleh ngn biji benihnya yg banyak tuh hehehhe
Salam Bahagia Kak Zakie.
BalasPadamPokok naga ini suka panas, biasanya kalau musim panas keratan letak dekat kawasan separa matahari, InsyaAllah.
Pernah cuba letak je kat tepi pokok kelapa yang dah mati, tumbuh juga lama-lama walaupun terbiar panas di belakang.
Cuma nak kena hati-hati ada pengudaraan yang baik, kalau tak nanti dia ada tanda nak sakit.
Selalu silap bila keratannya yang rendam dalm air jadi reput lama-lama sakit.
Pokok naga dia tak suka banyak air.
Salam Bahagia Kak Mala.
Alahai sayangnya mana tahu dapat buah naga isi purple atau kuning ke hehehe....
Salam Bahagia Dana.
Boleh tanam melalui biji benih cuma nak tunggu lama sket banding dengan keratannya.