Halaman

Sabtu, 9 April 2016

Orkid yang Kawannya Semut

  Antara jenis bunga orkid yang sukakan kawasan cuaca panas ialah seperti 'The Trumpet Player Schomburgkia'. Biasanya bunga orkid ini kembang semasa musim cuaca panas dan kering. Kalau ikut perubahan cuaca sepanjang tahun di Kebun Bahagia Bersama biasanya akan ada pokok bunga orkid 'The Trumpet Player' bunganya akan berkembang pada bulan Jun. Sebab bulan Jun adalah bulan biasanya bila dah lama terdedah cuaca panas dan kering berlalu sebelum nak masuk sebelum musim hujan. Bulan Jun adalah antara bulan paling panas dan kering di Kebun Bahagia Bersama. Setelah bertahun-tahun Tukang Kebun perhatikan rentak musim bunga 'The Trumpet Player Schomburgkia' dengan beberapa populasi yang hidup terbiar secara semulajadi di kebun kami ini, today it cross Tukang Kebun mind that this is a good warm-indicator gauge orkid plant (under condition grown naturally by itself-wild type).
  Dalam dunia yang hangat dengan topik perubahan cuaca/climate change, if you take notes on observation of your plants, they actually in a way help you to understand what kind of weather will your garden face. Hujung bulan March lalu, ada pokok bunga Schomburgkia yang kembang mekar dekat pagar Kebun Bahagia Bersama. Bulan March ini kan cuaca sebelah siangkan bahang panas betul di Lembah Klang ini. Lihatlah betapa panjang tangkai bunga Trumpet Player Schomburgkia ini mau ada 1 meter, and never cease to amaze Tukang Kebun bila lihat betapa panjangnya tangkai pokok bunga orkid ini tumbuh untuk mendapatkan lebih banyak cahaya matahari. Ya ini jenis orkid yang sukakan banyak cahaya matahari. Kalau tempat yang banyak cahaya matahari tangkainya tak tumbuh panjang sangatlah dalam average lebih 50cm tu ada juga. Tapi kalau kurang cahaya punyalah panjang tangkai bunganya. Jadi bila tumbuh pokok bunga orkid jenis Trumpet Player Schomburgkia ini elakkan di kawasan yang sangat kurang cahaya matahari. They do love the sun kiss to flower well.

   Plants does communicate with it gardeners, if you willing to get to know them better like a friend. Plant don't talk so you can't listen to what they trying to say, but they show you if you give them some attention. Bila nampak dah mula keluar pemanjangan tangkai bunganya, this orkid is actually telling you that hot warm weather is coming soon. Tangkai bunganya kan panjang jadi ambil masa jugalah sehingga nak tunggu bunganya kembang penuh masa musim panas membahang. Ambil 1~2 bulan jugalah pertumbuhan tangkai bunganya itu. Jadi your orchid friend is actually already advising its gardener that you have some time to prepare for the oncoming warm weather now bila dia dah mula tunjukkan tangkai bunganya. Such a good friend kan si Trumpet Player Schomburgkia to its gardener, its tells you that the warm hot weather will blazed your garden.
  Bukan sahaja ianya berkawan baik dengan Tukang Kebunnya. Tetapi dengan semut juga hubungannya arkab. Maka tidak hairanlah kenapa nama genusnya diberikan Myrmecophila, di mana gabungan dari istilah Greek "myrmex' = semut dan "philos"= kawan. Ini kerana tumbuhan orkid ini dan semut mempunyai hubungan symbiosis antara mereka. Semut akan menghuni di batang orkidnya dengan menebuk lubang di sebelah bahagian yang tidak terdedah kepada cahaya matahari menghadap batang kayu. Semut akan menyimpan pelbagai bahan organik sebagai stok makanan mereka di dalam batang orkid ini yang lama-kelamaan menjadi sumber baja kepada tumbuhan orkid ini. 

  Oleh itu janganlah terkejut bila dapat batang orkid jenis ini yang berlubang kerana ianya normal dan sebenarnya dari pokok organik yang sihat. Memang kebiasaannya dalam pertumbuhan secara semula jadi batang orkid ini berlubang. Jimat baja, tak perlu Tukang Kebun nak tolong kasi makan. Semut yang kasi makanan dekat pokok orkid ini. Jika batang yang sihat lagi banyak semut kekadang memang tak perasan ada rumahnya di situ, lepas korek keluar dari rumah tumpangannya baru perasan, penuh berkeliaran naik semut atas tangan Tukang Kebun. Tukang Kebun perhatikan jenis semut yang biasanya rapat dengan orkid ini ialah jenis yang hitam seperti gambar. Jenis semut ini bukan yang jenis menggigit, biasanya dia berkeliaran panik je bila Tukang Kebun keluarkan pokok orkid ini dari rumah tumpangannya.

  Boleh kelihatan betapa sukanya si semut juga dengan bunga orkid ini dalam gambar No. 1 berada dalam bunga orkid semutnya. Bunganya juga wangi, cuma takdelah semerbak sangat.

  Ada syarat juga nak mula mengajak kawan baik dengan Trumpet Player ini kena bersabar. This Trumpet Player ini tak susah nak tanam tapi ambil masa nak dipujuk duduk di tempat baru ya. Tak berapa gemar dipindahkan jadi bila pindah tempat baru nampak macam lama tak tumbuh-tumbuh ada perubahan. Dia merajuk kejap. Cuma pada awalnya pujuk-pujuk sikit bagi siraman sekali kala supaya akar baru akan tumbuh. But not too much water nanti akarnya reput. Lama-lama nanti nampak happy semula. Bila dah mula serasi di tempat baru, dah tak perlu siram pun tak pe sebenarnya you can let nature do all the work for you.

  More info and growing tips mengenai jenis orkid The Trumpet Player Schomburgkia ini boleh baca di posting lama (klik sini).

~ 1 Bare-rooted The Trumpet Player Schomburgkia plant RM15.00 ~

  Tadi jenis orkid untuk indicator cuaca musim panas bahang akan menimpa, yang untuk radar hujan ada kemungkinan membasahi kebun kita pula ialah jenis 'Pigeon Orchid' seperti gambar di bawah ini.

More info on Pigeon Orchid (click here).


~ 1  Bare-rooted Pigeon Orchid RM8.00 ~

 Tidak ketinggalan juga masa hujung bulan March lalu si orkid Phalaenopsis pulcherrima juga ada yang mekar berbunga.
    Hampir tidak disedari si Blood Lily pun berbunga di celah-celah semak rumpai yang tak tercabut hujung bulan Mac lalu dalam musim panas. 
  Bila tertengok article research di bawah ini terfikir pula menarik juga kalau buat tajuk research projek/master research projek jika buat kajian kategori tumbuhan-tumbuhan macam jenis orkid dalam wild population sebagai indicator perubahan cuaca sepanjang tahun tengok musim bunganya di tanahair ini. Jika ada peluang seronok juga nak jadi supervisor untuk kajian seperti ini.


4 ulasan:

  1. Kakak kalau nama scientific memang tak tahu Dee.
    Rumah kakak bunga anggerik putih kakak lekatkan kat batang pokok papaya ok jugalah nampaknya

    Kalau dpt yg pink/maroon macam Dee paparkan tu bestnya. Cantiklah. Semut tak rosakkan pokok tak apa..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Diana...blood lily saya masih berdaun lagi....bila nak berbunga semula pun tak tau....

    Pigeon orkid...baunya wangi sangat...dah lama tak cium baunya...

    BalasPadam
  3. pttlah dia kwn baik semut ye kak...
    orkid mmg antara bunga yg lasak n tahan lama kan.... tak perlu di siram selalu tp perlu di belai jgk...

    BalasPadam
  4. Salam Bahagia KakZakie.

    Oh Diana pun nama scientific ni kekadang kena google banyak kali mencari...tapi syukur Alhamdulillah ramai kawan yang tak lokek kongsi ilmu.

    Orkid ini memang ada hubungan rapat dengan semut.

    Salam Bahagia Kak Fida.

    Blood Lily ini sebenarnya tak pernah disiram, terbiar je. Kekadang daun pun dah tak nampak bayang, bawangnya dok tido dalam tanah.
    Ini tangkai bunga keluar dulu sebelum berbunga.

    Salam Bahagia Dana.

    Kalau jenis orkid kampung macam ini biasanya lebih tahan.

    BalasPadam