Halaman

Selasa, 31 Mei 2016

Sabah Snake Grass

  Antara herba yang dimasukkan dalam senarai catalog bagi tahun 2016 ini ialah Sabah Snake Grass. Tidak berapa pasti betapa mujarab atau kesan penggunaan Sabah Snake Grass untuk melawan sel kanser secara klinikal. Tetapi ianya hangat dibicarakan mengenai keupayaan untuk menjadi penawar penyakit yang berat seperti barah. Daunnya juga boleh dicampurkan dalam masakan yang juga mempunyai penawar untuk masalah penyakit-penyakit lain juga.

~ 1 pot Sabah Snake Grass RM7.00 ~
  Yang menceriakan dan menemani anak-anak bermain di laman luar rumah permulaan cuti sekolah pertengahan tahun ini ialah jenis hippeastrum/amaryllis dinamakan "Double Bloom". Berlapis-lapis kelopaknya yang berwarna merah memanggil-manggil Tukang Kebun untuk membelek keindahannya.
  Hampir tidak disedari yang si "Double Bloom" bangun dari tidur tahun ini. Dah kembang mekar penuh baru perasan kelibatnya apabila melihat dari jauh apa yang merah menyala di kawasan yang amat jarang dikemaskan ini. 
  Infinity terima kasih kepada Sis Azreeny yang memaklumkan jenis-jenis bunga di bawah ini yang asalnya dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama pada tahun ini tidak putus-putus berbunga memeriahkan taman Sis Azreeny di Sarawak. Syukur Alhamdulillah, Team Members Kebun Bahagia Bersama dapat tumpang bahagia melihat perkongsian gambar-gambar yang dikirimkan oleh Sis Azreeny. Jenis bunga bawang hippeastrum/amaryllis Equestre Salmon Pink ini begitu meriah dan merimbun menceriakan kebun sis Azreeeny. Pokok bunga hippeastrum jenis ini, syukur Alhamdulillah tahun ini memang amat rajin berbunga di merata-rata Malaysia.

~ 1 bawang bunga hippeastrum Equeestre Salmon Pink RM8.00 ~
  Anak pokok Drunken Sailor yang dikirimkan secara moist bare-rooted atau tanpa tanah 2 tahun lalu ke kebun Sis Azreeny di Sarawak pada tahun ini tidak putus-putus meriah berbunga. Pasti kawasan berdekatan rimbunan Drunken Sailor ini semerbak baunya terutamatanya pada waktu malam boleh memabukkan. Bahagianya hati melihat pertumbuhan bunga Drunken Sailor yang selamat dikirimkan kepada Sis Azreeny. 
  Yang berminat untuk menanam pokok Drunken Sailor untuk bulan Jun 2016 ini, kami dapat bekalkan secara moist bare-rooted sahaja (jimat kos penghantaran untuk Sabah/Sarawak). Yang dah siap dalam bekas belum dapat dibereskan lagi. Anak pokok Drunken Sailor yang dikirim sudah mempunyai akar untuk memudahkan ianya tumbuh berbanding dengan keratan.

~ 1 anak pokok drunken sailor moist bare-rooted RM8.00 ~

Self-Collect Schedule This Week:

~1st/2nd/3rd/4th/5th/6th June 2016 Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Isnin, 23 Mei 2016

Edible Tamarind Flower

  Jika ada kawan-kawan yang berminat, Kebun Bahagia Bersama buka semula tawaran bekalan buah assam jawa segar untuk self-collect Ahad akan datang ini atau Hari Isnin/Selasa depan. Yang jauh, tidak dapat datang self-collect, boleh juga dipos pada Hari Isnin depan. Ada kebarangkalian batch atas pokok ini bercampur ada yang masak dan ada yang muda. Sebab bulan Mac lalu, pokok asam jawa Kebun Bahagia Bersama berbunga dan pada ketika itu ada juga buah yang sedang meranum (related posting klik sini). 

~ 500 gram buah asam jawa RM5.00 ~

Self-Collect End May Schedule:

~ 28th/29th/30th/31st May 2016 Saturday/Sunday/Monday/Tuesday Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).
  Syukur Alhamdulillah walaupun dengan cuaca fenomena El-Nino ini nampaknya lebih rajin si pokok assam jawa berbunga tahun ini. Jangan diingatkan buahnya sahaja untuk kita ambil sebagai sumber makanan. Bunga dan pucuk asam jawa juga boleh dijadikan bahan masakan. Boleh dimasak sekali ala-ala gulai kari, lemak putih ataupun masak lemak cili api. Rasanya masam-masam menepati citarasa selera masakan tradisional orang Malaysia ini. Jadi rasanya tidak hairanlah kenapa di Malaysia ini ketika musim panas bahang, pokok yang menghasilkan buah masam-masam rajin berbuah. Kenapa eating seasonal food is better to follow with the nature flow. The nature knows what is the best vitamin for us during that time. Eat local seasonal food is the healthier way. Bukankah makan seasonal local food ini adalah rezeki yang sudah ditetapkan OlehNYA.

Info lanjut khasiat bunga dan daun assam jawa, boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pokok Asam jawa ketinggian lebih 1 meter RM25.00 (self-collect sahaja) ~
  Syukur Alhamdulillah bulan Mac lalu, dapatlah berkongsi dengan Awin milik Petak Hijau pucuk dan bunga asam jawa. Awin balik rumah buat campur bahan dengan kari ikan katanya. Rasanya masam-masam sedap. Lama tak dengar khabar Awin, kami doakan Awin sekeluarga sihat belaka.
  Sebagai catatan, Tukang Kebun perhatikan musim buah asam jawa di Tamu Tuaran ini ada awal bulan May lalu untuk daerah Tuaran. Pernah juga terserempak di Tamu Gaya awal tahun ini beberapa kali masa trip ke sana. 

  Bunga asam jawa yang pemurah bukan sahaja bunganya boleh dibuat sumber makanan untuk manusia. Tetapi juga antara sumber makanan utama bagi serangga penghisap madu.
Antara Fresh Goodies yang boleh self-collect di Kebun Bahagia Bersama:

~ 1 ikat batang sayur keladi RM1.00.
~ 1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00.
~ 1 ikat pucuk ubi kayu RM1.00 .
~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 (boleh pos).
~ 1 pek buah Ceri Barbados RM2.00.
~ 1 biji buah kelapa muda RM2.00 .
~ 3 biji kelapa kukur RM5.00.
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 (boleh pos).
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 (boleh pos).
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .
~ 1 biji buah nenas madu Sabah RM5.00 .
~ 1 sisir buah pisang kadau RM5.00 (boleh pos) .
~ 1 sisir buah pisang bantan/lemak manis RM3.00 (boleh pos) .
~1 kilogram buah ciku RM4.00 (boleh pos).
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telur RM5.00 (boleh pos) .
~ 500gram buah limau mixed RM3.00 (boleh pos_.
~ 500gram akar pokok kapas RM25.00  (boleh pos).
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 .

Isnin, 16 Mei 2016

Sarat Nangka

  Syukur Alhamdulillah dengan pelbagai jenis rezeki yang dianugerahkanNYA di Kebun Bahagia Bersama bulan Mei ini hasil berbudi dengan tanah. Walaupun dalam musim cuaca fenomena El-Nina tahun ini, masih ada hasil-hasil yang dapat dituai dari kebun. Cukup dengan hanya rezeki hujan yang diterima pokok-pokok ini masih berupaya menghasilkan buah dengan berjayanya. Jika sekadar menanam untuk suka-suka bukan commercial, tidak mustahil sebenarnya untuk mendapatkan hasil dengan kaedah penanaman 100% organik.
    
  Setelah hampir 2 tahun, sedikit demi sedikit kami tambahkan bilangan pokok nenas dengan bekalan beberapa pokok induk asal dari kebun sendiri. Syukur Alhamdulillah sudah nampak hasil-hasil yang menambahkan semangat untuk menambahkan keluasan kebun mini nenas lagi. Tukang Kebun pun tak sangka mulai bulan Mei 2016 ini, kami sudah boleh juga menawarkan buah 100% organik Nenas Madu Sabah segar yang berlebihan kepada gardeners lain yang ingin merasanya. InsyaAllah yang berminat, ada limited fresh supply dari kebun untuk self-collect buah nenas madu Sabah hujung minggu ini. Harga promosi perkenalan buah nenas madu Sabah untuk bulan Mei 2016 ini, 1 biji RM5.00 .

  Bulan Mei ini juga musim buah pisang di Kebun Bahagia Bersama ada beberapa jenis sedang proses meranum di tandan. Antara jenis buah pisang yang available untuk self-collect hujung minggu ini atau pos ialah:

~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 ~
~ 1 sisir buah pisang kadau RM5.00 ~

 Pisang kadau ini bila masak berwarna kuning. Ianya adik beradik dengan pisang raja udang (pisang yang warna merah). Rasa lemak manisnya pun mirip dengan buah pisang raja udang.
  Dalam bulan Mei 2016 ini, ada juga beberapa jenis citrus yang dapat dituai juga. Antaranya seperti buah lemon tahiti. Contoh bilangan buah lemon tahiti dalam sekilo lebih adalah seperti gambar di atas. Pokok lemon tahiti yang grafted ada ready stock (1pot RM25).

Info lanjut Tahiti Lemon boleh refer ke posting lepas (klik sini).

  Yang berminat untuk dapatkan pek fresh citrus mixed dari Kebun Bahagia Bersama 1 kilogram RM6.
   Angin kuat betul bila musim El-Nina ini datang tiba-tiba sampai sedahan pokok nangka yang sarat dengan buah nangka muda boleh patah.

~ 1 biji nangka muda segar RM5.00 ~
~ 1 biji nangka yang meranum RM20.00 ~
   Dari adik beradik ciku, buah kuning telur juga sedang meranum di Kebun Bahagia Bersama boleh self-collect atau dipos.

~ 1 kilogram buah kuning telur/canistel RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~

Antara yang available juga dari Kebun Bahagia Bersama ialah :

~ 1 ikat sayur batang ubi keladi RM1.00 ~
~1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 ~
~1 ikat pucuk muda ubi kayu RM1.00 ~



~ Setengah plastik buah Ceri Barbados RM2.00~
~ 3 biji pinang masak RM2.00 ~
~5 biji buah pinang muda RM2.00 ~
~3 biji kelapa parut RM5.00 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~

Ada kebarangkalian Hujung bulan Mei dan Awal bulan Jun ada bekalan segar ubi kayu semula dari Kebun Bahagia Bersama (kami buka reservation untuk self-collect atau pos pada minggu tersebut).
~ 1kilogram fresh 100% organic ubi kayu RM2.00 ~

Self-Collect day minggu ini:

~ 21st/22nd Mei 2015 Saturday/Sunday Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).
  Tidak ketinggalan juga di Kingfisher, Sabah, Big Boss pun last weekend ada tuai juga setandan pisang iaitu jenis yang pisang abu/pisang Sabah. Siap ada juga bahagian pisang yang dibahagikan untuk anak-anak mutiara dan kampung campur yang Tukang Kebun belikan untuknya (related posting klik sini).
  Walaupun anak-anak ayam ini belum dapat dibebaskan lagi tetapi makanannya lumayan. Setiap hari dapat makan buah betik organik dari kebun kecil Big Boss. Menjadi-jadi buah betik Big Boss walaupun beberapa bulan Kota Kinabalu menghadapi musim kemarau kering. Selang satu hari buahnya kena dipetik yang hampir sudah masak sebelum dinoda oleh tupai atau burung. Patutlah cepat gemuk dan membesar anak-anak ayam belaan Big Boss ini. Tukang Kebun pula asyik tanya sempat ke kita nak sembelih untuk Raya tak lama lagi ni hehehe....

  Take care of your soil well and they will feed you forever. Make friends rather than enemies. You must learn to share with visible living creatures or only can be seen under the microscope. Be respectful to all living things. Understand them rather than pointing fingers. Don't be greedy or you destroy the balance in your growing space. In gardening, patience is the virtue. Don't forget that nature is one of the best teachers and we are forever her students. If you listen to her well, you will surely be richly rewarded.


  Selamat Hari Guru.

Ahad, 15 Mei 2016

White Butterfly Bush

  Posting baru-baru ini bercerita pasal tumbuhan air Keladi Bunting yang rajin beranak pinak (related posting klik sini). Hari ini giliran si pokok kembang bugang pula bunganya yang diibaratkan seperti rama-rama putih juga mudah beranak pinak tapi taklah full speed macam Keladi Bunting. Apa yang unik mengenai pokok kembang bugang ini ialah selain dari semaian biji benih, akarnya mempunyai sifat suka merayap. Bukan sahaja merayap ke arah bawah graviti sahaja tapi menjalar jauh  di dalam tanah secara horizontally menjadikan tiba-tiba ada anak-anak kembang bugang muncul makin jauh dari induk pokok. Pandai pula anaknya berjarak tak tumbuh rapat dengan ibunya. Bila dah jarak secara semulajadi tak berebutlah air, cahaya dan makanan. Akar yang rajin berjalan-jalan ini juga dilaporkan mempunyai kandungan yang dapat menjadi penawar racun untuk bisa ular.
  Tukang Kebun kagum dengan pokok kembang bugang ini sebab batang pokoknya pun tak besar setakat saiz jari jemari ini dan begitu juga akarnya tapi sangat kuat menolak tanah untuk mengembara. Akarnya yang suka mengembara jauh ini juga, menjadikan pokoknya jenis tak tamak sangat air. Tambahan pula kekadang bila dah nak cepat sangat, Tukang Kebun tolak je mesin rumput sekali atas pokok kembang bugang (yang dah tersasar jauh ke padang). Bila musim hujan muncul semula keluar dari tanah. Pokok kembang bugang ini memang asal usulnya dari negara kita, jadi ianya memang serasilah dengan perubahan cuaca negara kita sepanjang tahun terutamanya di kawasan tanah rendah. Untuk novice gardener atau yang baru berjinak dalam dunia berkebun, pokok ini sesuai untuk anda. Dia tak merajuk lama, bila pindahkan jika tersilap ada kes terputus sikit ke akar. Dia monyok beberapa hari kemudian ceria tegak semula (pujuklah dengan air dan teduh dia beberapa hari dahulu). 

  Bunganya biasanya belah senja lebih wangi atau pada waktu malam. Biasalah bunga-bunga warna putih tropika ini biasanya lebih wangi bila waktu gelap macam malam. Eloklah untuk kalau tuannya selalu balik kerja lewat. Bolehlah welcome back dengan haruman bunganya dekat pintu masuk rumah setelah lama kena asap kenderaan. Boleh juga hidup elok dalam pasu. Jenis pokok yang tak besar. Untuk balcony gardeners juga sesuai.

More info on Kembang Bugang boleh juga refer kepada posting lama (klik sini).

Terhabis pula stoknya dari bulan Mac tak dapat catch up dengan permintaan. Tunggu semaian baru stabil dahulu, bulan ini baru kami mula bekalkan semula setelah sebulan lebih dipindahkan. Semaian adalah dari anak pokok tunas akar, jadi ianya lebih pantas membesar dan berbunga. Mohon maaf kepada gardeners yang tertunggu-tunggu stok pokok kembang bugang, baru teringat nak inform semula hari ini.

~ 1 pot White Butterfly bush plant RM7.00 ~
  Tukang Kebun rasa tahun ini macam pokok-pokok kapas yang matang di Kebun Bahagia Bersama lebih rajin berbunga berbanding dengan cuaca tahun lepas. Tak putus-putus menghasilkan kapas walaupun langsung tak dibaja dan disiram. Pokok kapas ini tak besar macam pokok kekabu. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah di mana pokok kapas berada di antara pokok nenas. Rasa macam sesuai pula pokok kapas ditanam berdekatan dengan pokok nenas. Tak pasti kalau ini boleh diterima sebagai companion planting. Buat catatan sahaja terlebih dahulu, kalau ya boleh memaksimakan productivity ruang yang ada. 

  Seperti pokok kembang bugang, akar pokok kapas juga ada kegunaannya. Akar pokok kapas dapat membantu dalam natural Family planning kerana ianya dapat membuatkan kehamilan tidak menjadi atau terencat. Oleh itu, perempuan yang mengandung tak boleh consumme rebusan atau air dari akar kapas kerana boleh menyebabkan keguguran. Salah satu cara traditional untuk mempercepatkan dan mempermudahkan kelahiran anak juga dengan bantuan akar kapas. Untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap, ada sumber mengatakan bahawa akar pokok kapas membantu mempercepatkan haid. Ubat alternative semulajadi untuk wanita yang menghadapi menstrual disorder atau gangguan menopause. 

   Be very cautious only use cotton bark root that is 100% organically grown.

  Sebab ada comparison kes penggunaan akar dari pokok cotton commercial membawa kesan sampingan kerana banyak penggunaan racun. Pastikan anda tahu sumber bahan ubat semulajadi datang dari mana dan bagaimana cara pembesarannya dijaga. Antara sebab kenapa Tukang Kebun lebih rela tanam pokok-pokok herba atau pokok ubatan sendiri.

  Ada jugalah sebenarnya beberapa kali kami terima enquiry untuk akar pokok kapas. Kadangkala si suami yang usahakan untuk isterinya yang sedang menderita katanya mohon pertolongan pujuk Tukang Kebun bekalkan juga. Itu kalau yang sendiri berbicara berikan maklumat kenapa perlu. Biasanya Tukang Kebun tak tanya untuk hormati privacy customers. Sehingga ke Sabah pun ada kami pos akar pokok kapas bukan setakat dalam Semenanjung Malaysia. Rupa-rupanya bila dah beberapa kali terima enquiry akar pokok kapas, Tukang Kebun tak sangka pula ada juga rakyat Malaysia yang ambil manfaat dengan akar pokok kapas.

  Secara jujurnya cuma besar pengorbanan rasanya nak ambil bahagian akar pokok kapas. Sebab kasihan dekat pokok kapas tu, Tukang Kebun yang nak kena cederakannya. Kalau bahagian selain dari akar tu, diambil atau dipotong ada tumbuh pengganti. Yang bahagian akar ni, boleh bad mood jadinya pokok kapas atau merajuk lama. Kalau merajuk tak pe lagi, kalau rest in peace lepas tu. Bukan sekelip mata nak tunggu pokoknya membesar dan matang. Nilai harga seperti ganti rugi sebab Tukang Kebunnya berat hati nak seksa pokoknya. Akar yang besar dan power pun ambil masa pertumbuhannya.

~ 500gram akar pokok kapas RM25.00~

~ Anggaran 20 biji benih kapas RM3.00 ~

Jumaat, 13 Mei 2016

Hanyut si Keladi Bunting

  Rasanya setiap tahun ada sahaja pelajar tahun akhir sarjana muda yang menggunakan keladi bunting sebagai bahan kajian untuk Final Year Projek. Jika Tukang Kebun tak control flow pesanan diterima boleh pupus pokok ini di Kebun Bahagia Bersama. Masalahnya permintaan bukan bawah 10 ini nak sampai ratus pun ada. Popular betul bunga keladi bunting ini dikaji dalam pelbagai aspek antaranya ialah dalam waste treatment. Salah satu cirinya juga sedang dihangat dikaji adalah potensinya sebagai water purifier. Jika anda duduk kawasan bandar atau berdekatan kilang ada tadah air hujan, air paip klorin tinggi, nak cedok kitar semula air parit bila nak siram  pokok, sebelum siram dalam air tadahan bolehlah masukkan keladi bunting sebagai water purifier. Memang Keladi Bunting ini ada potensi besar jadi water purifier cuma masalahnya ia amat sukar dikawal dari segi pembiakannya yang pesat out of control. Gila bunting beranak pinak non-stop di populasi liar.
  Jadi as a good citizen and gardener, pesanan Tukang Kebun ialah jangan sekali-kala membuangnya dalam kawasan berair seperti parit, tali air, kolam dan sungai. Ini akan menyebabkan eco-system terganggu dan mengganggu kehidupan aquatik lain. Keladi bunting ini adalah jenis tumbuhan dengan cuaca tropika ini gila membunting je. Ianya adalah bukan tumbuhan asal negara kita tapi diperkenalkan kerana kecantikan bunganya sebagai pokok hiasan. Beginilah yang terjadi apabila keladi bunting terlepas ke Sungai Tuaran. Beranak sakan si Keladi Bunting sehingga air sungai pun tidak kelihatan lagi. A perfect example for introduction of invasive species.
   Nampak tak jambatan gantung Tuaran di gambar atas dah jadi macam canopy walk jadinya sebab bukan macam merentasi sungai tapi merentas bendang rumput. Rasanya Tukang Kebun ambil gambar ini semasa singgah sebelum pergi Selfie sama Sapi (related posting klik sini). Ketika itu memang daerah Tuaran dah lama panas kering sehinggakan bendang keladi bunting pun nampak kering walaupun terapung di atas air. Kelihatan patch coklat sana sini.
 Long weekend cuti Hari Buruh yang lepas, nampaknya Keladi Bunting sudah banyak hanyut. Kelihatan semula air sungai. Sekarang sudah mula musim hujan semula di daerah Tuaran jadi aliran deras dari kawasan hulu ke hilir telah mempunyai kuasa yang kuat menggerakkan keladi-keladi bunting tersebut. Oleh itu, gardeners sekalian, jangan sekali kala buang pokok keladi bunting ke tali air. Kalau hanyut jauh perginya, mengundang masalah. Bukan mudah nak eliminate apabila ianya dah begitu subur bertapak di situ. Biarlah ianya duduk dalam bekas yang kita boleh kawal populasinya. Sekiranya dah penuh dan hendak kurangkan bilangannya, jadikan pokok keladi bunting sebagai bahan baja kompos. Kalau malas buat kompos pun tanam je semula ke dalam tanah biarkan ia mereput menjadi baja untuk tanaman lain.
  Ya salah satu kebaikan bela keladi bunting di rumah sendiri kerana ianya adalah bahan baja organik yang sangat bagus. Boleh dijadikan macam ala-ala konsep green manure. Tumbuhan digunakan semula sebagai baja kompos. Dahlah keladi bunting ini suka sangat beranak pinak, jadi a continuous supply of organic fertiliser. Kalau malas, macam Tukang Kebun kekadang campak je kat tepi pokok-pokok macam buah-buahan biar mereput gitu. Kalau rajin boleh juga buat campuran baja formula campur dengan tanah bakar dan tahi binatang. 

  Yang menarik pada pokok keladi bunting ini juga boleh dijadikan sumber makanan binatang. Bukan binatang sahaja, manusia pun boleh jadikan keladi bunting sebagai bahan makanan. It is an edible plant. Kertas review yang dikarang oleh Jafari bertajuk 'Ecological and socio-economic utilization of water hyacinth (Eichhornia crassipes) sesuai untuk mereka yang ingin ambil manafaat sepenuhnya dengan pokok keladi bunting (boleh baca klik sini). Jika malas nak baca dari awal, skip terus ke muka surat 46 untuk mendalami penggunaan pokok keladi bunting. Banyak ilmu yang boleh diperolehi di situ, good reading for gardeners before sleeping.
  Tukang Kebun memang rajin menghabiskan masa pada pagi Ahad jika berpeluang membeli bekalan hasil laut di Tamu Tuaran. Tukang kebun selalu geram tengok penjual ini hasil lautnya memang saiz lebih besar dari peniaga lain. Setompok udang yang paling besar di situ RM40. Saiz sotongnya macam kami tangkap di Kangaroo Island dulu. 
  Anak-anak hairan tengok pelbagai jenis ikan besar di sini. Ini pula ialah tempat kegemaran selalu Tukang Kebun beli potongan ikan tenggiri. Besar-besar fillet tenggiri anak pun puas makan, kata anak macam makan ayam dah rasanya. Baguslah tu makan fresh fried Tenggiri dari asyik fried chicken je. Anak-anak Tukang Kebun memang dah lama tak jejak KFC, tahun ini pun tak jejak KFC. Last sekali pun dah tak ingat bila. Agaknya sebab tu dah keliru sehingga tenggiri rasanya dah jadi ayam. Berbaloi sungguh beli di sini 1 kilogram ikan bawal hitam dan 10 fillet besar ikan tenggiri baru jumlah RM30.
   Yang tidak kalah juga berbunga musim kering ini ialah tumbuhan air jenis Louisiana Canna. Louisiana Canna jika nak gabungkan dengan keladi bunting dan sagittaria juga sesuai untuk nampakkan lebih meriah. Louisiana Canna ini mudah bela dalam keadaan cuaca begini sebab dia boleh duduk berendam selama-lamanya dalam tanah yang bertakung air. Kalau tinggalkan di rumah 2 minggu lebih atau balik kampung masa beraya pun takdelah risau. Manalah tahu bila balik diberikan kejutan pula kepada tuan rumah.

Info lanjut mengenai Louisiana Canna boleh juga buat bacaan di posting sebelum ini (klik sini).
  Louisiana Canna ada stok semula bulan ini. Nampaknya tunas baru banyak timbul dan meninggi laju bagaikan juara. Gara-gara mereka happy sangat bangun dari tidur setelah terabai dek Tukang Kebunnya yang lupa nak pergi top up air masa kemarau. Dah berminggu dibiarkan sampai takde air dalam bekas. Bila kekadang hujan kilat berlaku sekarang, bangun semula rizomnya keluarkan tunas muda dan air bertakung dari rezeki hujan. Pokok Louisiana canna ini juga lasak kerana ianya berizom. Forgiving on Tukang Kebun forgetfulness. Special offer untuk bulan Mei 2016 ini ada limited bare-rooted rizom yang dapat dibekalkan dan diskaun dari RM15 1 rizome ke RM10 per-rizome. Bulan ini akan dibekalkan dalam bentuk bare-rooted rizom supaya dapat jimatkan kos penghantaran.

Boleh juga ditanam melalui biji benih.
~ 1 pek ada 5 biji benih Louisiana Canna RM3 ~

  Tips dari kami, bila masukkan tanah ke dalam bekas sebelum tanam tumbuhan berair, boleh juga tindan daun-daun kering dahulu dekat bahagian bawah sekali sebelum timbus dengan tanah. Bila daun kering dah reput akan memberikan nutrient untuk tumbuhan air tersebut.  Louisiana Canna tak perlu tanah yang tebal, ada at least 25cm juga dah memadai dan paras air ketinggian 10 cm pun dah okay. Timbus sahaja tanah ke atas rizomnya sampai tidak kelihatan.

Rabu, 11 Mei 2016

Unggas Suka Nangka Masak

  Syukur Alhamdulillah antara rezeki di kebun yang tidak putus-putus mengisi perut unggas di Kebun Bahagia Bersama juga ialah buah nangka. Memang buah ini kalau tak termakan patut juga kami kongsikan dengan unggas, sebab mereka yang tolong bajakan dengan kerap. Tempat unggas berteduh dan korek-korek tanah di keliling pokok sambil mencari ulat. Buah nangka bila Tukang Kebun tersemak semula photo archives, terjumpa pula gambar baru nak membesar dan sudah nak masak seperti deretan Gambar No. 1 di atas. Nak dekat masuk 3 bulan juga menunggu. Telah siap dibungkus Ahad lepas, untuk pastikan tupai tak tebuk dahulu. Sebiji nangka yang kebarangkalian dah elok dituai hujung minggu ini dah kena booking. Jika yang berminat ada lagi dalam proses juga sedang mula nak meranum (boleh booking dulu, dah nak ready akan kami contact). Buah nangka besar gitu 1 tingkat dalam peti ais pun boleh penuh bila dikeluarkan ulasnya.

~ 1 biji buah nangka yang meranum RM20.00 (100% Organically grown).
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .

Juga buah segar available hujung minggu ini adalah buah pisang nangka organik yang 1 sisir RM5.00.

~ 5 biji pinang muda RM2 ~
~3 biji pinang masak RM2~
~ 1 kilogram buah kuning telor/canistel RM5.00 ~
  Buah nangka masak ini memang kegemaran unggas Kebun Bahagia Bersama. Lebih-lebih lagi anak angkat angsa Tukang Kebun si Momo. Meluru-luru Momo datang dekat kalau bau nangka yang dah ditebuk tupai dah masak dipotong jatuh ke tanah. Mulalah Momo buat gaya dan muka manja minta dibelah-belah buah nangka supaya mudah ia makan.
  Tidak ketinggalan juga semua anak-anak ayam mutiara kelahiran Kebun Bahagia Bersama juga pasti pernah merasa makan buah nangka masak. Saiz kanak-kanak dan remaja riang yang duduk di kandang juga akan diagih-agihkan supaya mereka makan makanan seimbang fresh food juga dan bukan dibesarkan hanya dengan process food. Buah-buah yang dah busuk berulat ada ulat dalamnya jadi protein jugakan kepada unggas. 
  Sekarang ini untuk jenis ayam mutiara yang dewasa ada 6 ekor bebas meronda-ronda di Kebun Bahagia Bersama. Kebelakangan ini hanya nampak 5 ekor (gambar No.2 ), jadi tak pasti sama ada  seekor ajal dah sampai atau seekor betina bergilir-gilir seperti dulu duduk mengeram di tempat yang susah nak cari (related posting klik sini). Big Boss dan Tuan Tanah bila balik ke Sungai Buloh pun seronok tengok bilangan ayam-ayam mutiara yang lebih banyak dari dahulu.

  Cuma ada satu je masalah dengan ayam mutiara yang kelahiran berlainan batch ini. Nampaknya ada sikap territorial dan seniority complex. Semasa pertama kali kami lepaskan batch pertama ayam-ayam mutiara lepas mereka dah agak nak dewasa, banyak yang mati dan cuma yang tinggal hanya betina dan 2 jantan veteran asal dahulu berada di kebun. Pemerhatian macam saiz yang lebih besar dahulu satu persatu mati (bukan dengan cara kalau predator musang yang buat), yang tinggal cuma saiz kecil macam betina je survive. Detik hati macam perangai territorial jantan ayam mutiara ni kalau campur geng lain. Jantan ini jadi more possessive bila dah musim bertelurnya dah dekat.
  Alkisah bulan lepas, batch kedua yang masih terpaksa duduk dalam kandang 5 terkeluar seekor semasa diberi makan. Beberapa hari kemudian ditemui mati seperti di atas. Jadi rasanya betullah sangkaan kami yang dah lama dalam dilemma nak bebaskan batch 2 ni terpendam sampai sekarang. Terasa kalau kami lepaskan memang jantan senior di luar itu akan kerjakan jantan junior. 

  Itupun hari tu ayam-ayam mutiara batch 1 buat perangai, dikerjakan anak ayam dalam sangkar seperti gambar atas. Sebelum suami tukang kebun keluar sekejap beli makanan ayam, dah nampak batch 1 ayam mutiara ini macam berlegar-legar pusing sangkar anak ayam (acting innocence) yang diberikan main-main dengan rumput. Lepas balik ternampak tradegi di atas. Ayam mutiara yang good tactician ni punya kerja ini, pandai pura-pura kat depan, takde je mulalah. Ayam mutiara if they have good team members, memang boleh kerjakan ular juga. Nampak mood mereka agak aggresive sekarang, so hopefully musim bertelur jadi harapnya muncullah seekor itu nanti.

  Memandangkan yang duduk dalam kandang 5 pun bulan depan dah hampir masuk alam dewasa. Kemudian, kami tak dapat bebaskan mereka lagi memandangkan batch 2 ini juga back up batch 1 yang bebas di luar jika jadi apa-apa macam kes musang meroyan (related posting klik sini). Betina memang nak simpankan, tapi takut jantan berperang pula bila dah mula musim nak bertelur nanti. Jadi kami fikir-fikir jika ada extra akan kami jadi bekalan daging segar ayam mutiara nak maintain harmoni rumahtangga ayam mutiara kandang 5. Ada very limited livestock, jadi kami cuma akan bekalkan pada Sabtu/Ahad minggu pertama bulan June (self-collect sahaja). Yang memang teringin kena minta simpankan awal-awal.

~ 1 ekor ayam mutiara dewasa RM80 (matang dah lebih 5 bulan) <live/proses>~
  Harga anak ayam mutiara seekor memang lebih mahal dari anak ayam kampung. Sebagai contoh, di sebuah petshop tempat biasa kami beli stok petfood, awal tahun ini harga sepasang ayam mutiara toddler macam gambar di atas belum sebulan RM55. Kemudian, ada juga Tukang Kebun bila sepasang ayam mutiara di Tamu Sabah macam saiz anak ayam mutiara di Sabah untuk Big Boss RM70. Kemudian tanya ayam mutiara besar macam gambar bawah di Tamu Gaya, Tauke kata RM150seekor.
   Bulan Mei 2016 ini, untuk livestock ayam kampung dah fully reserved. Jika ada rezeki, InsyaAllah bulan June depan ada livestock semula kalau membesar bagaikan juara dengan cepat. Hujung minggu ini yang batch boiboiboi (related posting klik sini) dah fully reserved.

  Antara fresh goodies available hujung minggu ini:

~ 1 ikat pucuk ubi kayu RM1.
~ 1 ikat pucuk assam gelugor RM1.
~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.

 Limau minggu ini pesanan ditutup sebab dah ada booking.
  Antara pokok buah-buahan yang sedang rancak berbuah sekarang juga adalah buah ceri barbados seperti gambar di atas. Jika ada rezeki kalau makhluk Allah lain tak jamu dulu sebelum hujung minggu yang berminat boleh juga masukkan dalam wish list. Setengah plastik bungkus makanan saiz sederhana diisi dengan buah organik ceri barbados RM2.00 (Self-collect sahaja).


Self-Collect This Week:


14th/15th May 2016 Saturday/Sunday morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).

Isnin, 9 Mei 2016

Mei Musim Buah dan Bunga Nenas Madu Sabah

  Syukur Alhamdulillah bilangan nenas yang dapat dituai setiap tahun sejak kami mula berjinak-jinak mencuba tanam jenis Nenas Madu Sabah makin meningkat. Walaupun beberapa bulan musim panas kering telah berlalu, tibanya bulan Mei kelihatan buah nenas madu Sabah makin rancak membesar dan mula meranum buahnya. Actually we don't have anything to complain. Walaupun beberapa minggu musim panas berlalu, tak pernah disiram dan tak pernah dibaja ada juga hasil dari tanaman nenas. Jenis Nenas Madu Sabah ini thrive so well di Kebun Bahagia Bersama sebelah Lembah Klang ini with neglect.
  Yang lebih seronok ialah bulan Mei ini juga kelihatan banyak juga kemunculan buah nenas kecil yang telah juga mula musim berbunga. InsyaAllah lihat perkembangan buah Nenas Madu Sabah ini jika ada rezeki adalah buah yang dapat dituai dalam bulan Ramadhan dan bulan Syawal akan datang ini.
  Cuma dugaannya ialah siapa/apa cepat dia dapat dululah prinsip dalam kebun ini. Kekadang mata buah nenas baru sedikit sahaja bertukar kuning nak meranum pun ada yang dah tak sabar testing. Jadi kekadang kalau takut tak merasa bila nampak mata buah dah mula menunjukkan tanda kuning atau buahnya dah condong sangat akan dituai dan diperam di dapur.

  Syukur Alhamdulillah mulai hujung minggu baru-baru ini sebenarnya kami dah mula bekalkan juga buah Nenas Madu Sabah dari kebun. Minggu ini juga sudah kena booking. InsyaAllah tengok kalau ada rezeki jika hujung bulan ini ada yang ranum buahnya. 100% Organically grown. Baja pun tak diberi, yang diserapnya naturally composted material. Kimia juga tidak digunakan untuk mempercepatkan pokok berbuah atau buatkan buahnya masak.
  Buah Nenas Madu Sabah ada dalam 3 bentuk dan salah satunya seperti di atas. Dalam Kebun Bahagia Bersama pun kekadang boleh kelihatan ada 2 bentuk yang berbeza. Mahkota Nenas Madu Sabah biasanya tak besar dan kadangkala berlapis-lapis mahkota kecik.
  Bentuk pokok buah Nenas Madu Sabah seperti dalam kategori Spanish. Jadi buahnya biasa terletak terlindung ke dalam pusat pokoknya. Challenging sikit nak tuai. Tapi kalau macam Kebun Bahagia Bersama ada pelbagai jenis ternakan bebas, jenis Spanish lebih sesuai. Susah sikit diorang nak access buahnya kalau tanam di kawasan yang tidak berpagar. Cuma angsa je lah boleh capai kut. Dulu pokok-pokok nenas ditanam di kawasan berpagar supaya ternakan tak masuk. Tapi sekarang tak perlu, sebab angsa tak usik pokoknya makan daunnya. Yang gambar di atas ini pokok-pokok nenas duduk sebelah pokok kapas, mana kapas yang tak terkutip tu jatuhlah di atasnya macam salji.

 Syukur Alhamdulillah bolehlah awal bulan Jun nanti Tukang Kebun expand lagi kebun nenas di Kebun Bahagia Bersama sebelah Sungai Buloh. Kali terakhir masa cuti panjang Tahun Baru Cina buat kebun kecil (related posting klik sini). Oleh itu, sebelum Tukang Kebun mula expand kebun Nenas Madu Sabah di Kebun hanya untuk bulan Mei 2016 ini kami buat promosi '5 sulur Nenas Madu Sabah for RM10'.
  Bulan Mei ini juga adalah musim buah pisang nangka, yang berminat nak buat kerepek pisang nangka untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri boleh juga dapatkan buahnya yang segar di Kebun Bahagia Bersama. Nak buat pengat ke atau pisang goreng pun boleh.

~ 1 sisir buah pisang nangka RM5 (boleh juga dipos) ~
  InsyaAllah malam ini atau awal pagi esok akan Tukang Kebun email tracking no. untuk pesanan yang menggunakan Pos Laju. Semua pesanan yang telah selesai pembayarannya sehingga petang semalam telah dipos pagi ini. Gambar di atas antara pesanan-pesanan yang disediakan semalam yang  menggunakan kotak prepaid Pos Laju Malaysia sehingga nak dekat pukul 2 pagi tadi baru selesai. Yang gunakan plastik sampul pos laju dan sampul-sampul surat untuk normal postage pun telah selamat dipos. Kali ini dearest husband yang bantu bungkuskan. Sebab Tukang Kebun dah berapa hari sibuk kejar deadline nak siapkan major revision re-submission ke journal. Banyak constuctive comment nak dijawab dari reviewer.

  Terima kasih kepada pembaca yang tinggalkan jejak di ruangan comment. InsyaAllah bila Tukang Kebun dah selesai menjawab comment reviewer nanti kita visit ya. Otak rasa nak pecah ni. Inipun break kejap nak release stress. 

Self-Collect This Week:

14th/15th May 2016 Saturday/Sunday morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).

Sabtu, 7 Mei 2016

Iris Tropika Suka Jalan -Jalan

  Jenis adik-beradik Iris yang bersesuaian dan mudah untuk tanam di kawasan tanah rendah tropika adalah jenis yang dipanggil walking iris. Yang berwarna kuning lebih mudah dibela berbanding dengan warna lain.  Untuk novice gardeners di tanah rendah Malaysia ini yang dah lama berangan-angan nak tanam iris, Tukang Kebun lebih recommend ambil pengalaman tanam jenis walking iris ini terlebih dahulu. Jika walking iris ini ditanam di kawasan tanah rendah tropika bila dah well-established bak kata orang Eropoh atau dah tumbuh subur di situ dah masuk dalam golongan 'hard to die plant'. Tambahan pula pokok ini bila dah well-established adalah drought-hardy plant. Tahan dengan perubahan cuaca tropika sepanjang tahun.
 Seperti kebiasaan jenis pokok-pokok iris lain yang ada rizom, yellow walking iris juga ada rizom walaupun taklah sebesar rizom German Iris/tall bearded Iris. Atas sifat tersebut juga, rumpunan-rumpunan pokok walking iris bunga warna kuning ini di Kebun Bahagia Bersama kami tak perlu siram langsung regardless tengah kemarau panjang. Pokok yellow walking iris yang menariknya boleh sesuaikan diri untuk hidup dalam penerimaan cahaya matahari yang banyak hingga ke kawasan redup. Sepanjang tahun hijau sahaja daunnya kecuali ada kemungkinan yang kesan terbakar daun jika musim panas bahang diletakkan di tempat sepanjang hari terima cahaya terik. The best spot will be kawasan yang masih menerima pancaran matahari macam samar-samar takdelah redup sangat seperti gambar No.2 di atas. Kalau dalam landskap amat sesuai ditanam juga berdekatan dengan kolam atau air.
  Pokok walking iris warna kuning ini boleh juga hidup dalam pasu. Ianya juga boleh dijadikan pokok hiasan dalam rumah. Kalau nak ceriakan ruang tamu atau tandas anda, boleh juga hiasi dengan pokok bunga kuning yellow walking iris. Kalau dalam cuaca tropika ini, Tukang Kebun perhatikan musim bunga kuning walking iris ini ada beberapa kali rajin mood berbunga. Lebih meriah berbunga masa musim hujan ada juga, suka agaknya bila dah lama tak dapat siraman air. Untung orang duduk tropika ini dapat tatap banyak kali bunga kuning walking iris  berbanding dengan kawasan 4 musim. Kalau kawasan 4 musim tu, cuma sekali sahaja musim berbunga bearded iris atau German Iris dan Fairy Iris itu sepanjang tahun (you see it only once a year).
   
  Sebenarnya pesanan untuk pokok yellow walking iris di Kebun Bahagia Bersama trend tahun ini, Tukang Kebun tengok penerimaan banyak dari Borneo. Jadi untuk menjimatkan kos penghantaran, bagi bulan Mei 2016 ini, kami tawarkan pokoknya dalam bentuk moist bare-rooted tanpa tanah. Mudah sahaja penjagaannya, bila terima tanam bahagian yang ada akarnya dalam tanah dan siram setiap hari. Letak di kawasan penerimaan cahaya samar-samar supaya pertumbuhannya lebih cepat berbanding dengan kawasan yang redup. Biasanya untuk pokok yang daunnya tinggi lampai dah tinggi akan ditrim semasa persiapan penghantaran. Lebih baik ditrim sebelum ditanam di tempat baru untuk moist bare-rooted, supaya pokok tak habiskan tenaga kepada daunnya tapi memulakan kehidupan yang baru dengan bagi kerja atau lebih tenaga kepada akarnya untuk settle down first. InsyaAllah cepat semula pokoknya menyesuaikan diri semula di rumah baru.

 Cuma Tukang Kebun tak berapa nak galakkan mulching keliling pangkal pokok bunga yellow walking iris ini terutamanya musim hujan. Sebab kalau lembap sangat nanti takut diundangnya red mites ke akar yellow walking iris. Jadi biarkan pangkalnya terdedah with good air circulation without the use of mulch.

  Untuk bulan Mei 2016 ini, ada promosi 3 moist bare-rooted plant yellow walking iris for RM10.00 (promotion valid only for Mei 2016).

   Syukur Alhamdulillah nampaknya banyak bawang-bawang hippeastrum yang dah bangun dari tidur dan mekar hujung minggu ini sebagai contoh gambar di bawah dan di atas. Terima kasih banyak-banyak juga kebelakangan ini mendapat khabar berita dari gardeners lain yang pernah mendapat bekalan bawang hippeastrum dari Kebun Bahagia Bersama juga telah dapat tatap bunganya. Siap ada bawang bunga hippeastrum kami lupa tanam dah terbabas berbunga tanpa tanah pun.
  Tidak ketinggalan juga pokok orkid pink Trumpet's Player pun ada yang berbunga hampir tak perasan sebab terlindung dengan daun-daun anggur.

  Untuk bawang hippeastrum yang warna peach atau salmon pink seperti gambar No.3 sahaja available sekarang untuk dibekalkan. Freshly dug out from Kebun Bahagia Bersama. Untuk bulan Mei 2016 ini, promosi 2 bawang hippeastrum warna salmon pink ini for RM10 (tawaran sah untuk bulan Mei 2016 sahaja).