Halaman

Khamis, 2 Jun 2016

Sulur Pisang Bantan

  Syukur Alhamdulillah mula sahaja cuti sekolah pertengahan tahun ini ada setandan pisang bantan dapat kami tuai. Dalam 2~3 hari dah mula kuning selepas dituai. Bolehlah anak-anak makan buah pisang bantan alas perut dulu sementara tunggu Tukang Kebun mencatas pokok-pokok yang tinggi mengakibatkan kawasan bertambah redup di sekitar ampaian. Lagipun anak-anak suka naik turun tangga di depan ampaian nak ke kebun belakang. Kekadang laluan depan ampaian ini anak-anak bantu hantarkan sisa-sisa makanan dapur yang dapat diberikan anak-anak ayam yang masih belum bebas. Hati Tukang Kebun rasa tak aman jika ada mahkluk yang tak perasan berada di rimbunan pokok yang gelap. Habis cerah kami meneras hari ini di depan ampaian utama. Bagus juga banyak tenaga askar kecil cuti ini, dapat bantu hantar hasil pangkasan ke tempat membakar belakang membuatkan kerja lebih cepat selesai. Hari ini juga anak-anak bantu kemaskan daun-daun kering bawah pokok durian.
  Sulur-sulur pisang bantan juga seperti pisang mas posting semalam (klik sini) ada stok terhad semula untuk yang berminat. Ada juga saiz yang sesuai untuk dipos.
 
~ 1 sulur pisang bantan RM8.00 ~
 
Info lanjut mengenai pisang bantan boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
 
Minggu ini jenis buah pisang segar organik yang available adalah pisang kadau (1 sisir RM5.00).
 
  Yang berminat untuk self-collect anak pokok dan fresh produce seperti hari berikut:
 
~ 4th/5th/6th/7th June 2014 Saturday/Sunday/Monday/Tuesday Morning between 10:30PM~11:00PM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras/Saujana Utama/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).
 
 
Ada kemungkinan hari Sabtu atau Ahad, Tukang Kebun akan ke Shah Alam jadi yang berminat untuk self-collect di sana boleh juga set up meeting dengan Tukang Kebun di Stesyen Minyak PETRONAS Seksyen 13 Shah Alam(kebunkmg@gmail.com). Tentative planning.

 
  Mulai minggu ini, Kebun Bahagia Bersama juga akan mula membekalkan daun kadok bagi yang berminat nak dapatkan bekalan organik segar.
 
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 ~


Jenis ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang antaranya available juga minggu ini dari Kebun Bahagia Bersama ialah:
 
 
~1 ikat daun pucuk assam gelugor RM1.00.
~1 ikat daun pucuk muda ubi kayu RM1.00.
~1 ikat daun pucuk katak puru/nam nam RM1.00.
~ 1 ikat pucuk daun dan bunga asam jawa RM1.00.
~ 1 ikat batang sayur keladi RM1.00 .
~ 1 kilogram ubi kayu RM2.00 .
 
Untuk kategori buah-buahan segar boleh rujuk juga posting semalam tajuk 'sulur pisang mas'.
 
 1 beg Tanah Bakar RM5.00 .


3 ulasan:

  1. Daun kaduk kakak sekarang dah tak sesubur dulu. Harap-harap sekarang hujan dah makin kerap dia akan pulih. Kakak suka masuk dlm masak lemak ikan campur daun kaduk ni. Sedap tau Dee..

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat Diana & keluarga

    BalasPadam
  3. Salam Bahagia KakZakie.

    Samalah.
    Sini baru pulih kembali subur sangat pula lepas ada hujan membasahi bumi.
    Yang di tempat redup memang makin subur berkilat daunnya.
    Ya sedap masak lemak campur daun kaduk kan Kak Zakie.

    Salam Bahagia Kak Mala.

    Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa dari kami juga buat Kak Mala sekeluarga.

    BalasPadam